Persamaan Malaysia, AS: Orang Melayu mahukan penyamun perintah?
MananRazali
Saya rajin menonton CNN sejak dari dulu lagi utk lihat perkembangan-perkembangan terbaru di Amerika Syarikat.
Sejak Trump jadi Presiden, banyak stesen-stesen TV, wartawan dan selebriti Amerika yang mengecam dan memarahi Trump, terutamanya sejak minggu lepas apabila dia disahkan menghidap penyakit Covid-19 disebabkan kelakukan dia yang bangsat kerana masih tetap angkuh dan menyombong diri macam koboi gila.
Kenyataan-kenyataan Trump yang masih tidak kesal dengan bahaya Covid dan cuba berlagak seperti hero kampung amat dikesali oleh media-media dan selebriti di Amerika. Yang terbaru ialah apabila dia berkata “Don’t be afraid of Covid” malam tadi. Boleh dikatakan hampir semua media elektronik dan media cetak perdana sedang menghentam Trump mengenai kenyataan yang sangat tidak sensitif ini terhadap semua ahli keluarga kepada 210,000 mangsa Covid yang telah mati.
Cuba fikir baik-baik soalan saya sekarang : Apa persamaan di Amerika dan di Malaysia sejak beberapa tahun kebelakangan ini?
Ini analisis dan jawapan saya : Pada PRU-14, seramai 70% dari pengundi di negara kita menolak reform yang sepatutnya dilakukan terhadap institusi-institusi kerajaan agar negara boleh ditadbir dengan ketelusan, pertanggung-jawaban dan akauntabiliti yang tinggi supaya ahli-ahli politik tidak boleh lagi menunggang jawatan mereka untuk kepentingan diri dan seterusnya merosakkan negara seperti apa yang sedang berlaku sejak berpuluh-puluh tahun lamanya.
Malangnya, majoriti orang Melayu masih tetap mahukan penyamun, perompak, pemakan rasuah dan penunggang agama terus diangkat jadi pemimpin disebabkan oleh semangat perkauman yang tebal hinggakan agama pun diseleweng dan dicemar kesuciannya agar ia dapat digunakan untuk tujuan semangat perkauman sempit ataupun asabiyyah yang keterlaluan. Rakyat yang kurang daya fikiran mereka kerana mempunyai IQ tahap kura-kura mudah ditipu dengan retorik ini sementara yang menipu mereka pula mempuyai matlamat utama yang tidak lain hanyalah untuk memperkayakan diri dan keluarga sendiri sahaja.
Tanpa sokongan majoriti dan padu dari bangsa Melayu untuk melihat usaha reform ini berjaya, kerajaan yang ingin melaksanakannya pincang dan lemah walaupun ia memenangi PRU kerana kemenangannya datang dari hampir 90% sokongan dan undian dari orang-orang bukan Melayu dan bukan Islam.
Akibat dari ini, setiap yang dilakukan oleh kerajaan untuk melaksanakan agenda reformnya dijadikan modal politik orang Melayu yang hanya tahu mencari alasan untuk membangkitkan rasa marah masyarakat semata-mata kerana pemimpin-pemimpin korup yang mereka sokong tidak lagi berkuasa. Tanpa sokongan majoriti orang Melayu, kerajaan PH sebenarnya lemah, dan keadaan inilah yang telah diambil kesempatan oleh mereka yang gila kuasa untuk sanggup berpakat dengan penyamun-penyamun dan penunggang-penunggang agama untuk merampas kuasa dengan cara yang tidak bermoral dan beretika.
Walaupun ini merupakan pengkhianatan besar terhadap mandat rakyat, namun ia mendapat restu dan sokongan padu dari bangsa Melayu yang berpihak kepada penyamun-penyamun dan penunggang-penunggang agama atas dasar sentimen perkauman dan asabiyyah yang tebal. Lantaklah nak jadi apa kesan atau akibat kepada negara kita di jangkamasa panjang asalkan yang berkuasa sepenuhnya ialah orang Melayu walaupun jika pemimpin-pemimpin Melayu ini akan menjahanamkan rakyat dan negara dengan sikap mereka yang tidak amanah itu. Inilah sikap dan pendirian majoriti bangsa Melayu.
Di Amerika juga, perkara yang sama telah dan sedang berlaku sejak Trump memenangi pilihanraya dan berjaya menjadi Presiden negaranya sejak 4 tahun lalu. Trump menang dengan sokongan majoriti rakyat Amerika anyg berotak kampung dan benci kepada bangsa asing. Mereka adalah dari kalangan White Supremacist yang marah negara mereka mengambil pendirian yang sangat terbuka dan liberal dari segi hubungan perniagaan dan perdagangan dengan bangsa dan negara lain sehingga ekonomi Amerika sangat dipengaruhi dan dikuasai oleh syarikat-syarikat millik negara asing. Golongan kampung dan White Supremacist di Amerika sangat gusar dengan keadaan ini dan melihatnya sebagai ancaman yang sangat besar terhadap survival mereka di negara sendiri.
Saya yakin kita sama-sama boleh melihat kesombongan Trump dan sering jadikan dia sebagai bahan lawak dan kutukan kita. Rasa menyampah dan meluat kita kepadanya sangat tinggi kerana kebodohan dan keangkuhannya telah menyebabkan dunia jadi huru hara. Tapi kita harus faham bahawa keputusan dan tindakan meletak Trump di kerusi Presiden Amerika sebenarnya datang dari suara majoriti dari rakyatnya sendiri. Trump tidak menduduki jawatan Presiden Amerika dengan mewarisinya dari bapak atau moyang dia. Sebaliknya, dia dipilih dengan cara yang sah oleh rakyatnya sendiri melalui proses demokrasi.
Bahkan seperti yang saya katakan di awal rencana tadi, hampir semua media cetak dan elektronik mengecam dan mengutuk kegilaan Trump, tetapi segagah-gagah media Amerika yang kita kata adalah media syaitan kerana peranannya meracuni pemikiran warga dunia dengan apa jua agenda jahatnya, mereka masih tewas kepada suara majoriti rakyat Amerika yang tetap menyokong Trump.
Kalau kita benci dan meluat dengan Trump, kita sepatutnya marah dan menyoal rakyat Amerika yang memenangkan Trump secara demokrasi untuk menjadi Presiden Amerika yang diakui secara umum adalah manusia yang paling berpengaruh dan berkuasa sekali di atas planet bumi.
Bukankah hal ini saling tidak tumpah sama dengan sikap orang Melayu? Bukankah negara kita pun adalah bahan lawak masyarakat dunia yang geleng kepala melihat bagaimana pemimpin-pemimpin kita adalah dari kalangan penyamun-penyamun dan lebai-lebai yang otak mereka tidak ubah macam otak siput babi? Dan bukankah kejayaan mereka menguasai kerajaan pada hari ini adalah dengan restu majoriti bangsa kita yang sangat menyokong tindakan rampasan kuasa mereka pada akhir bulan Februari lalu?
Persoalanya ialah : Adakah 70% dari kalangan pengundi-pengundi Melayu yang telah memilih penyamun-penyamun, pengkhianat-pengkhinat dan penunggang-penunggang agama untuk menjadi pemimpin-pemimpin negara ini pada PRU-14 lalu akan membuat pilihan yang sama pada PRU-15 akan datang nanti?
Satu persatu keburukan, kezaliman dan kebodohan mereka dilondehkan oleh Allah untuk tontonan kita supaya kita ambil pengajaran darinya. Tetapi ramai dari kalangan kita masih buta, pekak dan berhati batu lagi.
Dalam Al-Qur’an, perkara-perkara yang sama Allah kisahkan dan cabar manusia yang ada otak supaya berfikir dan ambil pengajaran dari sejarah-sejarah kaum yang Allah telah hancurkan seperti kaum Nabi Nuh, kaum Tsamud, kaum Aad, penduduk-penduduk Madyan, Firaun dan para pembesarnya, kaum Yahudi dan macam-macam kisah lagi. Disebalik sikap kaum-kaum ini menolak keesaan Allah yang telah menyebabkan mereka jadi jahat dan sombong, jangan lupa bahawa ada satu lagi sebab dan faktor utama kenapa mereka dihancurkan oleh Allah. Jawapannya ialah kerana mereka adalah pendokong-pendokong kezaliman dan ketidak-adilan! Inilah yang umat Islam gagal fahami dengan betul.
Kita pikir hanya kerana kita hafal rukun Islam yang 5 perkara dan juga rukun Iman yg 6 perkara itu, maka kita sudah selamat dan pasti akan dipelihara oleh Allah. Jauh benar kefahaman kita dari tuntutan Islam yang sebenar!
Amerika dan dunia sedang ribut dengan Trump dan Covid. Malaysia pun sedang kelam kabut dengan Covid dan sebuah kerajaan bangang yang tidak berfungsi. Segala-gala undang-undang terpilih dan peraturan dilaksanakan secara double standard dalam negara ini dan inilah antara sebab utama kenapa Covid kembali mengganas.
Pihak yang saban hari kononnya mengingatkan rakyat supaya patuh kpd SOP Covid jika tidak mahu dihukum oleh undang-undang, rupa-rupanya adalah pihak sama yang melanggarnya hingga negara jadi huru hara sekarang tetapi mereka terlepas dari semua tindakan undang-undang.
6 bulan rakyat menderita demi mendisiplinkan diri untuk mengalahkan Covid dan kita hampir berjaya memenanginya. Tiba-tiba disebabkan oleh rasa tamak dan gila kuasa, kerajaan PN telah mengorak langkah cuba menebuk atap kerajaan Warisan di Sabah untuk merampasnya bersama dengan seorang penyamun yang dibebaskan dengan ajaib dari 46 tuduhan rasuah.
Tindakan tidak bermoral dan jahat inilah yang telah mencetuskan masalah Covid yang kini sedang mengganas kerana menteri-menteri dan ahli-ahli politik yang pulang ke Semenanjung dari Sabah dengan selamba melanggar SOP kerana mereka diberi layanan istimewa tidak perlu menjalani kuarantin di rumah. Sebaliknya mereka bebas ke sana ke sini berkeliaran seperti pelesit yang tidak bertuan.
Entah apa yang bebal sangat orang Melayu kita ini yang masih tidak faham-faham lagi bahawa jika kita berpihak kepada ketidak-adilan dan kezaliman, maka Allah akan hancurkan kita. Jika tidak sekarang, pasti di masa depan apabila anak cucu kita mewarisi negara ini dari kita.
Menghancurkan kita bukan semestinya bermaksud bahawa kita akan dimatikan beramai-ramai sekaligus dalam suatu bencana atau musibah yang dahsyat seperti yang Allah timpakan atas kaum-kaum di masa lampau. Sebaliknya, kehancuran juga boleh datang dalam bentuk kemiskinan yang meluas berserta kesempitan hidup yg amat memeritkan walaupun negara kita pada asalnya adalah sebuah negara yang sangat kaya dengan pelbagai hasil semulajadinya yang telah dilimpahkan oleh Allah .
Wahai orang Melayu!! Ingatlah kepada angka keramat ini sentiasa : 70% dari pengundi bangsa kita yg memililh supaya kita lingkup!!
Maka apakah kita fikir bahawa Allah akan selamatkan kita secara ajaib yang menyalahi Sunatullah-Nya jika sebahagian besar dari kita sendiri tetap memilih supaya kita lingkup?