KETUA PENERANGAN PEMUDA PAS MERAPU

 

Image may contain: ‎1 person, ‎text that says "‎Sinar sinarharian.com.my Harian Rabu 7 Oktober 2020 cari >> BERITA POLITIK > Pas sifatkan Shafie rakus, Anwar kamikaze Pas sifatkan Shafie rakus kamikaze Anwar ZUBIR SULAIMAN 6 Oktober 2020 0סם Nazir Helmi‎"‎‎



Saya pun pelik, masakan sebagai Ketua Penerangan beliau tidak tahu hujung pangkal apa yang berlaku di Sabah sebelum PRN dan apa yang berlaku terhadap kerajaan PN di Pusat?

Beliau salahkan Shafie Apdal kerana berlaku PRN di Sabah sehingga mencetuskan serangan Covid "kluster kabinet" yang meningkat di negara ini. Beliau tahu atau tidak bahawa berbulan sebelum PRN Sabah, terdapat beberapa menteri dari kerajaan PN telah datang ke Sabah bagi tujuan "jual beli" Adun Sabah? Mereka tidak peduli tentang Covid waktu itu, apa yang mereka mahu adalah merampas kuasa dari Shafie Apdal. Akhirnya, beberapa katak berjaya dibeli tetapi bilangannya tidak cukup atau kuat untuk mengambil alih kerajaan negeri di bawah Warisan.

Apa yang Shafie Apdal buat adalah menyerahkan kembali kepada rakyat mandat untuk memilih kerajaan. TYT Sabah setuju untuk bubar Dun kerana beliau tidak mahu kerajaan Sabah di'curi' oleh satu dua kelebihan Adun kerana sudah pasti kerajaan itu tidak stabil dan bila2 masa boleh bertukar lagi. Katak tetap katak dan bila2 masa akan melompat untuk cari makan. Maka Dun dibubarkan. Mengapa salahkan Shafie Apdal dan kaitkan dengan Covid pula sedangkan puak2 kamu dan menteri2 kamu yang melanggar SOP Covid.

Beliau juga gelar Anwar 'kamikaze". Memang perangai lebai suka melabel orang. Kamu yang bersubahat dengan pengkhianat merampas mandat rakyat di Putrajaya kerana rakus mahu jadi kerajaan dan menteri sewaktu Covid mula masuk ke negara ini, kamu boleh salahkan Anwar yang berjuang untuk mendapatkan kembali mandat rakyat yang dirompak itu?

Lebai apa kamu ini? Kamu jual maruah parti kamu dan gadai prinsip serta jual agama demi habuan dunia? Sepatutnya sebagai parti yang kononnya membawa dasar Islam, kamu patut menasihati pengkhianat agar terima dan akur dengan mandat rakyat, bukannya kamu yang lebih sudu dari kuah. Begitu murah agama yang kamu jual hanya dengan nilai jawatan menteri Mewa yang jaga tong sampah dan duta khas?

Sekarang parti kamu berada di mana? PN, Bn atau MN? Sebelah kaki di satu sampan, sebelah lagi di sampan yang lain. Bila kedua2 sampan itu bergerak ke arah yang berbeza, kaki kamu terkangkang, jubah koyak, kamu salahkan Dap. Kenapa bangang sangat lebai?

WFAUZDIN NS

 

No comments: