KENAPA GUAN ENG TAK BALAS SURAT KELUAR DAP ZAID IBRAHIM ?

 

Barangkali ramai yang tidak menyedari bahawa Zaid Ibrahim, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan bekas Ahli Parlimen Kota Bharu, bukan lagi ahli DAP sekarang ini.

Ia mungkin antaranya kerana beliau agak memencilkan diri daripada memberi sebarang komen mengenai perkembangan politik negara sejak mutakhir ini.

Beliau bagaimanapun sebenarnya telah keluar DAP sejak beberapa bulan dulu lagi.

Zaid telah mengutus surat memaklumkan keluar daripada DAP pada 15 April 2020 yang lalu.

Ketika itu, PKP sedang dilaksanakan di seluruh negara berikutan pandemik Covid-19.

Surat memaklumkan berhenti menjadi ahli DAP itu dihantarnya melalui email kepada Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP.

Bagaimanapun, menurut Zaid, tiada balasan diterimanya daripada DAP sehingga ini berhubung surat yang dihantarnya itu.

Mengapa Guan Eng tidak membalasnya atau memaklumkan kepada media bahawa Zaid bukan lagi ahli DAP?

Adakah DAP tidak mahu tindakan Zaid keluar parti itu diketahui umum?

Seterusnya, tambah Zaid lagi, beliau mahu berehat dahulu buat masa ini dan belum memikirkan lagi untuk menyertai mana-mana parti.

Bulan lalu, beliau menjalani pembedahan lutut di sebuah hospital swasta di ibu kota dan antara yang datang menziarahinya ialah bekas Perdana Menteri, Najib Razak. (Shahbudindotcom 04/10/2020)




No comments: