AMK KEDAH DESAK YB LUNAS LETAK JAWATAN. JANGAN WUJUD LAYANAN DUA DARJAT

 


Image may contain: 2 people, text that says "KLUSTER POLITIK: 010 Air mata YB LUNAS WAJIB LETAK JAWATAN, JANGAN WUJUD LAYANAN DUA DARJAT. MOHAMMED FIRDAUS JOHARI KETUA ANGKATAN MUDA KEADILAN KEDAH 00 PKASA NAAMANAMANE HARARA"


Kenyataan Media

Angkatan Muda Keadilan (AMK)

Negeri Kedah

Ahad | 4hb Oktober 2020

#KLUSTER_POLITIK: YB LUNAS WAJIB LETAK JAWATAN, JANGAN WUJUD LAYANAN DUA DARJAT

Negeri Kedah telah digemparkan dengan beberapa Kluster Jangkitan Covid-19 yang baru iaitu Kluster Bah Rose, Bah Ketil dan Bah Lunas di mana ianya amat membimbangkan. Wujud persoalan di kalangan rakyat Negeri Kedah, adakah ketiga-tiga Kluster baru ini sebenarnya Kluster ‘Super Spreader’ yang sama puncanya?

Lebih mengecewakan ialah kejadian yang melibatkan EXCO Kerajaan Negeri Kedah iaitu YB Azman Nasruddin. Sikap tidak bertanggungjawab beliau yang mementingkan diri sendiri dengan tidak membuat swab test dan kuarantin diri sendiri setelah pulang dari Sabah berkempen untuk Kerajaan Perikatan Nasional amat mendukacitakan. Akibat dari sikap beliau ini menyebabkan isteri beliau yang juga merupakan seorang guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Permatang Janggus, Penaga, Pulau Pinang positif Covid-19. Ini sekaligus menyebabkan lebih 600 pelajar dan guru mengalami kesusahan kerana terpaksa menjalani ujian saringan Covid-19. Sekolah tersebut terpaksa ditutup selama lapan hari. YB Azman Nasruddin juga telah menghadiri pelbagai program rasmi Kerajaan Negeri dan beberapa program di Langkawi pada 27hb September 2020.

Angkatan Muda Keadilan (AMK) Negeri Kedah bersimpati dengan keadaan kesihatan beliau dan seluruh keluarga serta mendoakan agar beliau cepat sembuh. Walau bagaimanapun, salah tetap salah. AMK Kedah menuntut YB Azman Nasruddin untuk memohon maaf secara rasmi dan terbuka kepada seluruh rakyat di Negeri Kedah termasuk kepada semua ibu bapa serta guru-guru SK Permatang Janggus.

YB Azman Nasruddin wajib meletakkan jawatan beliau sebagai EXCO Kerajaan Negeri Kedah dengan segera. Ini melibatkan isu Integriti beliau sebagai seorang pemimpin Negeri yang perlu mengambil tanggungjawab sepenuhnya terhadap kejadian yang berlaku.

AMK Kedah juga mendesak YB Azman Nasruddin didakwa di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. Jangan wujud layanan dua darjat antara rakyat marhaen dan pemimpin politik.

Adakah Kerajaan Negeri Kedah atau pihak berwajib akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka sebagaimana tindakan undang-undang yang telah diambil terhadap lelaki yang menjadi punca bermula dan merebaknya Kluster Sivagangga dulu? Setiap rakyat di Malaysia harus dilayan serta dibicarakan dengan adil dan saksama. Hak keadilan itu perlu diutamakan.

Sekian. Terima kasih.

MOHAMMED FIRDAUS JOHARI

KETUA

ANGKATAN MUDA KEADILAN (AMK) NEGERI KEDAH

 

No comments: