DALIL KERAJAAN PN WAJIB DITUKAR SEGERA!

 

By

Norman Radzuan

 

Saranan KJ & Ahli2 Perniagaan bukan kerana Anwar

BAHAYA EKONOMI NEGARA JIKA DI BAWAH PN

Hari ini saya ingin mengulas dalil kenapa kerajaan PN wajib dijatuhkan tanpa menggunakan nas dan hadis kerana hujah tersebut hanya boleh digunakan oleh pemimpin-pemimpin parti syurga. Ia bukan soal Anwar tetapi siapa yang mampu menyelamatkan negara.

Bukan hanya kerana Muhyiddin tetapi barisan kabinetnya juga gagal bekerja dgn baik sebagai Menteri kerana himpunan Menteri Muhyiddin disusun bukan kerana kemampuan tetapi siapa yang menyokong.

KJ yg terkenal sikap berterus terang dan profesional mahu PN diserahkan kpd PH... tapi kerana kegagalan kerajaan PN telah membuatkan beliau bersuara walaupun kini bergelar Menteri. Begitu juga luahan ahli perniagaan Malaysia yg tidak berani bersuara tetapi tahu kerajaan ini sgt lemah. Malangnya sunggu kita mendapat Menteri Ekonomi yg tidak tahu buat kerja... hanya memberikan ekonomi utk MP2 sahaja.

Bermula dari Muhyiddin... KJ tak tahu ketidakmampuan Muhyiddin Malaysia ke arah lebih cemerlang. Ketika Korea, Singapuara, Thailand, Vietnam sdg pesat mengembalikan ekonomi mereka Malaysia masih sibuk kerajaan meruntuhkan satu persatu negeri di bawah kerajaan PH dan meletakkan isu Covid sepenuhnya kpd Pengarah Kesihatan, Tan Sri Nor Hisham.

Muhyiddin tidak mempunyai hubungan baik dgn pemimpin negara2 luar samada barat mahupun Arab. Malah sehingga kini selepas 8 bulan Muhyiddin tidak berani berhadapan dgn wartawan tempatan apatah lagi antarabangsa. Muhyiddin bukan intelektual dlm berfikir dan ia diakui ramai pemerhati politik.

Azmin Ali yg diharapkan menjaga ekonomi negara dari zaman PH hingga PN fail 100% utk membangunkan ekonomi negara. Dia lebih sibuk ke sana ke sini bersama PM2 Malaysia. Kerjanya membodek dan mengatur langkah mencuri MP dan menjatuhkan kerajaan negeri. Mahu melihat dia membawa pelabur jauh sekali...malang sekali.

Menteri Kesihatan Adham Baba pula dilihat antara Menteri yg paling gagal dlm sejarah Malaysia. Dia ditolak mentah2 oleh rakyat kerana dilihat tidak berkemampuan utk jawatan sebagai Menteri Kesihatan. Meletakkan tanggungjawab Covid19 sepenuhnya kpd Pengarah Kesihatan adalah sikap tidak bertanggungjawab.

Menteri Pengajian Tinggi... Raja Tik Tok, Noraini sebelum ini dilihat mengambil sikap 'play safe'. Tidak mahu mengambil risiko. Jika dahulu beliau segera mengarahkan pelajar pulang dari IPT dan terbaru sekali lagi mengarahkan pelajar pulang kembali ke rumah masing2 begitu sahaja. Apa salahnya diarahkan IPTA2 bertanggungjawab menguruskan kepulangan pelajar2 terbabit.

Timbul persoalan di kalangan ibu bapa adakah pelajar berumur 7 tahun hingga 17 tahun yg jumlah berkali ganda dari jumlah pelajar IPTA itu lebih bijak mengikuti SOP berbanding remaja intelektual. Patut IPTA dgn menyuruh jalankan SOP yg ketat... setakat ini hanya saran remaja 'Tik Tok.'

KJ (UMNO) dan Nicole ( MCA ) pernah memberitahu pemimpin PAS tidak layak menjadi PM dan TM. Memang benar lihat sahaja Takiri bukan sahaja sombong melanggar SOP malah isu tentang minyak kelapa sawit beliau terus membisu. Tuan Ibrahim pula hanya bijak bermadah dan Hadi Awang kita tak tahu apa fungsi beliau sebagai Menteri Duta Khas Timur Tengah selama ini.

Kita mahu Muhyiddin segera serahkan kerajaan ini kpd yg hak, kpd yg berkemampuan secara bermaruah kerana dia sudah kehilangan majoriti. Malah Menterinya sendiri menyarankan beliau secara bermaruah serahkan kembali kerajaan mandat rakyat ini kpd PH.

Kerajaan membazir ini hanya utk membeli jiwa pemimpin utk pertahankan kerajaannya dilihat sebagai kerajaan yg hanya pentingkan diri sendiri, syok sendiri dan hanya utk keseronokkan pemimpin dan bukan kepentingan rakyat. Kabinet Muhyiddin terbanyak dlm sejarah Malaysia hanya utk puaskan MP yg menyokongnya sehingga rakyat tak kenal nama Menteri apatah lagi Tim Menteri.

Muhyiddin mesti berjiwa besar utk rakyat bukan pentingkan diri sendiri. Muhyiddin jgn bimbang kerana dia cukup mengenali Anwar yg bukan jenis berdendam atas kapasiti peribadi malah tawaran Anwar utk Muhyiddin bekerja dgnnya ia satu sifat pemaaf yg ada pada jiwa pemimpin yg hanya ingin menyelamatkan Malaysia.

 

No comments: