Subhanallah:Saya tak terliur nak ambil duit...aku hanya nak pahala- Arwa...PAS ERA NIK AZIZ



BOB KELANANG

Pas era ATGNA..

Kata2 seorang TOK GURU mutiara tidak ternilai.Ia sentiasa mengajak manusia arah kebaikan.Terungkainya sempadan ilmu dan amal.

Banyak pemimpin bijak berkata2.Hakikatnya sekadar menari dibibir.Bila berhadapan dng realiti mereka rebah dan tersungkur.Apa yang dikata sekadar retorik.Mereka tidak mampu mengotakan apa yang dikata.

Terlebih malang golongan TOK GURU bersekongkol melindungi kezaliman,kemungkaran dan pembohongan.Hukum Allah berubah2 demi kepentingan politik mereka.

Jawatan dan gelaran Dato' idaman utama sahinggakan ada usul dlm mesyuarat parti.Amat bertentangan dng dasar ilmu tasawuf.Penyakit gila dunia menjatuhkan mertabat orang ALIM.

Godaan habuan dunia memerlukan kekuatan ilmu dan amal.Allah sentiasa menguji hamba2nya dari berbagai sudut setaraf kuasa yang ada.Silap langkah mereka terjerumus menjadi hamba mencari kemewahan,kedudukan dan pangkat.

ATGNA berjaya membina satu persepsi kearah jalan dakwah gabungan politik ilmu dan amal.Akhirnya sampai ketahap ZUHUD dng memandang kuasa dunia hanya sementara malah punca segala penyakit.

Masyarakat bukan Islam cukup kagum kehebatan ATGNA mengotakan apa dikata.Sekali gus falsafah Islam yang merangkumi siasah Islamiah, syariat,usul fiqh dan Fikrah berpolitik tidak secara langsung dihayati sepanjang memimpin gerakan Islam.

Beliau tidak bersandar kpd politik Asobiah bangsa malah menjadi musuh kpd dasar tersebut.Islam untuk semua umat.Peranan dakwah menjadi keutamaan mengajar umat manusia dari jahil kpd faham.Untuk apa kita berbalah dng umat bukan Islam sedangkan kita KALIFAH atas muka bumi ini.Jangan jadikan ISLAM RAHMATAN LIL ALAMIN retorik satu ungkapan menari dibibir sahaja....Raja Laut