Pelajar terkandas: Beza Dr Maszlee dan mufti
Ipohmali
Pelajar Universiti Terkandas : Beza Dr Maszlee dan Dr Zulkifli Al Bakri dalam memahami Falsafah Ibnu sabil..
Semalam tidak sampai 24 Jam, Selepas Dr Maszlee buat live mengenangkan Nasib pelajar University yang terkandas.. Dr Maszlee berjaya mengumpulkan lebih RM 46 ribu sumbangan Derma dan menerima 3 ribu permohonan.. Bagi aku ini gambaran Pemimpin yang Progresif dan memahami falsafah kepimpinan dalam Islam..
Malangnya, Kita tidak dengar lagi apa apa reaksi dari Menteri Agama Dr Zulkifli Al Bakry atau Mufti akan nasib nasib pelajar ini… begitu juga Institusi zakat yang patutnya lebih utama memberikan respon balas.. Itulah beza antara orang Alim dan faqih yg aku tulis sebelum ini…
Kerana dikalangan Asnaf yang layak mendapat Zakat itu adalah dengan gerangan dibawah takrif Ibnu Sabil, Iaitu mereka yang terkandas dalam Perjalanan… Tidak ada respon dari satupun pusat Zakat lagi… sedangkan keperluan mereka mendesak..
Itu sebab aku kata, ramai Agamawan hebat membicarakan Soal Agama di medan Kuliah, Tetapi gagal mempraktikkan ilmu dalam Kehidupan apalagi dalam Pemerintahan…
Apalah sangat kalau Pusat Zakat mengeluarkan dana Segera bernilai RM 1 juta setidaknya.. Dulu pandai pulak segerakan bantuan RM 100 ribu dari tabung Musa’adah kepada guru PASTI milik PAS…
kalau bab Bendera terbalik, isu BMF.. atau DAP.. Mungkin Mufti dan Menteri ini akan laju buat kerja seperti mana kerja kerja bantuan di Sabah yang dilakukan Menteri Agama baru baru ini…
Pelajar pelajar dari kalangan latar belakang Miskin dan Pelajar ini layak untuk dapatkan bantuan Zakat..Jika tidak dibawah takrif Ar-Riqab pun, Tetapi takrif Ibnu sabil.. mungkin depa hanya faham makna “fi sabilillah” hanya dalam urusan parti depa, Kerana Parti depa itu konon berada dijalan Allah…. Menuntut ilmu itu mungkin bukan Jalan Allah..
APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN ASNAF IBNU SABIL ?
Antara Takrif yang berikan oleh Imam Ibnu Utsaimin , dia mengatakan,
السبيل : الطريق ، وابن السبيل أي : المسافر ، وسمي بابن السبيل ؛ لأنه ملازم للطريق..
” As-Sabil artinya jalan. Ibnu Sabil artinya musafir. Disebut Ibnu Sabil (anak jalanan), karena dia kelazimannya selalu berada di perjalanan..”
فعلى هذا يكون المراد بابن السبيل المسافر الملازم للسفر ، والمراد المسافر الذي انقطع به السفر أي نفدت نفقته ، فليس معه ما يوصله إلى بلده
” kerana itulah.. maksud dari Ibnu Sabil adalah musafir yang sedang dalam perjalanan. Sementara makna musafir yang tidak mampu melanjutkan perjalanan, maksudnya orang yang kehabisan bekal, sehingga dia tidak memiliki bekal untuk meneruskan perjalanan pulang ke daerah/negeri nya… “
Bagaimana apakah layak Zakat ini diberikan kepada mereka yang belum lagi melakukan Perjalanan..? Kata Ibnu Utsaimin..
وأما من كان في بلده ويريد أن يسافر فإنه ليس ابن سبيل ، فلا يعطى من الزكاة لهذا الوصف…
” Adapun orang yang berada di daerahnya, dan hendak berangkat safar, maka dia belum disebut Ibnu Sabil.oleh kerana itu, tidak boleh diberi zakat dalam keadaan ini…”
Apakah Asnaf Ibnu Sabil ini mensyaratkan Mereka yang datang hanya dari Keluarga Miskin ?
berkata Ibnu Utsaimin..
وابن السبيل يعطى لحاجته ، وليس شرطاً ألا يكون عنده مال..
” Ibnu Sabil diberi zakat untuk menutupi keperluan perjalananya, dan bukan syarat dia harus orang miskin di daerahnya…”
Apapun Perbahasan Fiqh.. Jika Menteri Agama dan Institusi Zakat tidak caknapun.. Sepatutnya Kementerian Pengajian Tinggi itu sendiri yang patut bertanggung jawab…semua kesilapan ini dari mereka sendiri.. Tapi apa boleh buat.. Inilah Gambaran Kerajaan dan Kelompok ruwaibidhah.. Mereka tidak mampu menguruskan urusan Manusia..
خَيْرُ النَّاسِ أَنْفَعُهُمْ لِلنَّاسِ
” Sebaik-baik manusia adalah orang paling bermanfaat bagi orang lain…”