SILA DEDAH SIAPA DAPAT PROJEK RUNDING TERUS - GUAN ENG CABAR TENGKU ZAFRUL



YB Menteri Kewangan sebut Kementerian Kewangan zaman PH luluskan 101 projek secara langsung (direct award) bernilai RM6.6 bilion dalam tempoh 22 bulan. Ataupun RM 65.3 juta secara purata setiap projek. 

Kerajaan PH mengamalkan tender terbuka, tetapi pengecualian diberikan tertakluk kepada syarat tertentu seperti perolehan masa krisis atau bencana alam, perolehan yang berkepentingan nasional dan melibatkan keselamatan negara, kepakaran khusus yang diperlukan dan sebagainya. 

Tambahan pula, ia melibatkan keputusan Kabinet. Semua prosedur dipatuhi. 

Menteri Kewangan dicabar dedahkan senarai penuh tender secara langsung (direct award) oleh PH, PN dan BN. Jangan sembunyi dan sorok-sorok. 

Kita tengok nanti siapa yang kantoi. Tengok kroni-kroni siapa yang dapat projek. 

Atau takut kalau terbongkar nanti bahawa YAB Perdana Menteri dan Menteri-menteri "Pengkhianat" pun ada minta tender "direct award" daripada saya semasa menjadi Menteri Kewangan. 

Jangan suka baling batu sembunyi tangan. Berani kerana benar.

LIM GUAN ENG
Mantan Menteri Kewangan.

No comments: