PAKATAN HARAPAN : CUKUPLAH DENGAN MAHATHIR



 1. Apabila Mahathir tak henti menghina dan memperlekeh DSAI maka tiada sebab untuk KEADILAN bekerjasama dan membantu beliau.

2. Aku membantah keras mana-mana pemimpin dan Anggota KEADILAN membantu kempen PRK Slim River.

3. Ingat, Mahathir manusia yang paling tidak boleh dipercayai.

4. Beliau memperkuda nama Melayu bagi menggapai cita-cita untuk berkuasa semula.

5. Jika bertemu dengan beliau, ini ayat yang sering digunakan untuk memancing sokongan dan simpati:

"Saya perati sudah lama, saya tengok oghang Melayu ini akan hilang dari negara sendiri. Maksud saya, oghang akan hilang identiti, akan hilang jati diri, akan hilang integriti dan kuasa. Saya lihat oghang Melayu lemah dari segi ekonomi, jadi sapa-sapa nak jadi pemimpin dan ahli politik, mereka kena ambil Cina duduk back up belakang mereka. Akhirnya oghang Melayu depan saja dia pemimpin tapi belakang dia Cina. Oghang Cina yang kawal pemimpin Melayu. Kalau ini berterusan saya jangka lagi 20 tahun oghang Melayu akan hilang segala-galanya. Akan hilang kawalan ke atas tanah air sendiri...."

6. Dengan umpan di atas, ramai juga di kalangan pemimpin PH terutama pemimpin Melayu yang terpengaruh.

7. Persoalannya ialah menjadi Presiden Umno, Parti terbesar orang Melayu apa yang dia buat untuk perkukuh kedudukan orang Melayu dari sudut ekonomi.

8. Menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun apa yang dia buat untuk mengangkat Bani Melayu keseluruhannya.

9. Bagi mengukuh kuasa pada waktu itu yang beliau buat ialah membina dan memperkaya kroni dan anak-anaknya.

10. Peluang kedua diberi kepadanya bersama PH disia-siakan sehinggalah kerajaan yang menang PRU14 tumbang dirampas.

12. Perjuangan PH sejak dari waktu BA dan PR selama 20 tahun menjadi debu akibat kesombongan Mahathir yang menolak usaha Reformasi Sistem yang diperjuangkan oleh PH.

13. Manifesto PRU14 yang sajikan kepada rakyat bukan perkara yang boleh dipermainkan, namun Mahathir sendiri memperlekeh manifesto tersebut.

14. Apa yang dibuat semasa menjadi Pengerusi PH ialah cuba memecah belahkan kerukunan dan setiakawan komponen asal PH iaitu KEADILAN, DAP dan AMANAH.

15. Semasa menjadi Perdana Menteri pula, yang dilakukan ialah memperkukuh PPBM dengan mengimport masuk Ahli-Ahli Parlimen Umno.

16. Untuk oang Melayu dan negara tiada apa yang beliau lakukan. Menteri-Menteri dari Bersatu juga tidak berfungsi dengan baik. Yang dilihat bertungkus lumus memperbetul sistem dan menyelesaikan masalah ialah Menteri-Menteri dari kalangan KEADILAN, DAP dan AMANAH. (Kecuali Azmin Kartel)

17. Usaha yang Mahathir buat kini untuk berkuasa semula hanyalah bertujuan mengulangi perkara lama iaitu untuk memastikan anaknya mendapat tempat dan laluan menjadi Perdana Menteri. Selain itu beliau juga mahu memastikan kroninya terpelihara kerana kroni-kroni inilah yang akan menjaga kepentingan anaknya nanti.

18. Oleh yang demikian, PH terutama KEADILAN tidak perlu lagi memberi muka kepada Mahathir.

Salam Reformasi,

Aki Rock