Nak buat pendedahan, jangan gantung ayat…
Via WhatsApp
- Amat bahaya bila seseorang itu biarkan hujahnya tergantung !
- Bila Menteri Kewangan Gomen Tebuk Atap yang Khianat Mandat Rakyat cuba nak “score points” dengan mendakwa 101 projek rundingan terus telah diluluskan oleh Kerajaan PH dan ia bernilai RM 6.61 bilion, beliau sepatutnya tak biarkan ayat itu tergantung setakat itu. Tapi malangnya itu yang Menteri ” freshie” telah lakukan !
- Beliau patut sebut siapakah senarai para penerima projek secara rundingan terus ( direct nego ) itu dan kenapakah ia diberikan secara rundingan terus. Itu yang diminta oleh ramai ahli Dewan Rakyat. Dan adakah jika diberikan, ia dibuat mengikut guidelines yang MOF tentukan?
- Keadaan ini sama lah macam YB Tg.Karang dedah kononnya lebih kurang 40 jawatan dalam GLCs didakwa diberikan kepada para ahli politik PH ..ia pun ayat tergantung.
- Bila YB PH+ minta senaraikan hal tersebut, kita boleh lihat YB yang dedah itu kelihatan terkapai-kapai macam orang lemas untuk bacakan senarai (macam watak P. Ramlee dalam filem Pendekar Bujang Lapok gagal baca surat dari anak gadis Pendekar Mustar).
- Untuk berlaku adil kepada YB Tg Karang dia dan YB Arau ada dedah ..tapi …bila didedah terbuktik dakwaan YB Tg Karang amat meleset kerana yang didedah bukan senarai sykt GLC . Sebaliknya ia sama ada agensi di bawah kementerian atau badan berkanun.
Misalnya YB Arau sebut Malaysian Timber Industries Berhad -yang diterajui oleh YB Lanang ( DAP ). Itu bukan GLC tapi badan berkanun di bawah Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi Utama.
- Berhujah secara tergantung amat bahaya. Saya teringat kata seorang agamawan jika kita guna hujah dengan bersandarkan dalil yang kita kerat, ia macam kita berhujah dalam Al-Quran kononnya ada ayat melarang kita sembahyang ( hujah sekerat) sedangkan ayat itu bersambung janganlah kamu bersembahyang “dalam keadaan kamu mabuk”. Jika frasa “dalam keadaan kamu mabuk” kita tinggalkan/kerat ia seolah-olah AlQuran larang kita bersembahyang.
- Bila Abu Nawas berkata ” bersembahyanglah kamu semua tapi jangan rukuk dan sujud”, ramai orang yang marah kat Abu Nawas hingga beliau kena dipanggil oleh Khalifah.
- Abu Nawas kata ” Tuanku, mereka tak dengar lagi penjelasan saya tapi mereka terus laju menghukum saya.. Yang saya maksudkan sembahyang tanpa rukuk dan sujud itu adalah sembahyang mayat, Tuanku !