RUNDINGAN TERUS DI MINDEF & KDN



Memang kalau kontrak melibatkan soal keselamatan negara di MINDEF dan KDN perlu diberi melalui rundingan terus. PH tak boleh pandai2 buat open tender.

Tengku Zafrul ada huraikan jawapan LANJUT tapi dicelah oleh Azmin sebab Azmin takut insiden Zafrul dedahkan hutang negara memang RM1 trillion berulang lagi.

Dalam jawapan lanjut Zafrul, dia ada cakap, memang kontrak diberi secara rundingan terus jika melibatkan logistik pertahanan dan keselamatan yg sifatnya perlu disegerakan. Dengan syarat2 antaranya hanya satu syarikat bumiputera yang layak.

Dalam laporan penuh, Kerajaan PH telah menepati syarat tersebut. Jawapan ini yang Azmin potong cepat2. Sebab Azmin mahu rakyat hanya tahu tajuk tapi tak tahu konteks.

Kredit penulis asal.
Malaysiakini
BERITA

Laporan Mindef dapati 'land swap' juga 

berlaku di bawah Dr M

Diterbitkan 
Dikemaskini 12 May 2019, 3:48 pm
Rumusan laporan akhir jawatankuasa siasatan Kementerian Pertahanan
 berhubung projek 'land swap' menunjukkan berlakunya "pertimbangan politik melebihi kepentingan kerajaan," termasuk ketika penggal pertama Dr Mahathir Mohamad sebagai 
perdana menteri.
Ketika membentangkan laporan Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus,
 Perolehan & Kewangan Kerajaan di Dewan Negara pada Khamis lalu 
- ulang tahun tahun pertama PH berkuasa - Menteri Pertahanan
 Mohamad Sabu menegaskan bahwa kepentingan politik berlaku 
dalam 13 dari 16 transaksi pertukaran tanah yang berlaku sejak 1997.
Walaupun tidak menyebutkan nama secara spesifik, Mohamad 
berkata perdana menteri dan menteri pertahanan dalam pentadbiran 
sebelum ini turut terlibat dalam urusan berkenaan.
Bagaimanapun, dalam sidang akhbar susulan pada hari sama, 
Mohamad menafikan penglibatan Mahathir dalam kes-kes berkenaan.

No comments: