PH TIDAK PERNAH SELINDUNG PROJEK RUNDINGAN TERUS (DIRECT NEGO)




FAEZUDDIN PUAD

Dua tahun lalu, pada 13 Mac 2019 Kementerian Kewangan Malaysia telah mengeluarkan satu siaran media bertajuk: '121 BUAH PROJEK INFRASTRUKTUR BERNILAI RM13,932 JUTA DI SELURUH NEGARA YANG DITAWARKAN SECARA RUNDINGAN TERUS DAN TENDER TERHAD OLEH KERAJAAN BN AKAN DITERUSKAN SELEPAS RUNDINGAN SEMULA HARGA OLEH KERAJAAN PERSEKUTUAN PAKATAN HARAPAN DENGAN PENJIMATAN KOS SEBANYAK RM805.99 JUTA.'


Kemudian pada 19 September 2019, Kerajaan PH sekali lagi mengumumkan bahawa terdapat projek secara Rundingan Terus diperlukan dalam keadaan tertentu seperti melibatkan faktor-faktor kecemasan, kepakaran tertentu dalam bidang tertentu yang diperlukan ataupun sebab-sebab khas yang lain.

Sebagai contoh atas faktor keselamatan dan kepakaran bidang berkaitan, kerajaan boleh membenarkan pembelian peralatan bagi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dilakukan melalui rundingan terus jika aset terbabit dibekalkan oleh satu syarikat saja.

Contoh yang lain, penganugerahan pelbagai projek berkaitan padi secara rundingan terus kepada NAFAS adalah bagi membela dan menjaga kebajikan 920,000 ahli pertubuhan itu. Majoriti ahli pertubuhan adalah melayu Islam.


Mustahil Azmin Ali bekas Menteri Hal Ehwal Ekonomi di zaman PH tak tahu semua ini.

Oleh itu, tuduhan pihak tertentu mengatakan PH tidak bentang dalam kabinet, tidak maklum kepada umum atau menyembunyikan projek-projek rundingan terus adalah tidak benar sama sekali.

No comments: