*PAS vs TH*


Tadi ada pentaksub PAS pertikai jualan tanah TH Plantation atas nilaian RM 4,500 sehektar... Kata Menteri, murah macam tu, semua orang nak beli... Tu dia, dia ingat urusniaga TH Plantation tu jual tanah... Depa jual pegangan saham... Bukan tanah... Bukan boleh ikut logik macam tu...
Macam saham FGV lah... FGV ada pemilikan tanah, tapi saham milik FGV disenaraikan pada harga RM 4.50 sesaham... Bila jatuh bawah seringgit... Tak kan korang nak kira nilai saham yg dijual dengan jumlah hektar tanah dia... Bukan maksud tanah dijual murah, tapi saham dan prospek syarikat tu jatuh...
Meh aku bagi contoh mudah faham, ni baru betul gadai tanah... Sebelum PRU-13, ingat tak UMNO main isu apa? Bagaimana YIK di bawah pengurusan Nik Amar gadai tanah sawit pada syarikat Cina... Masa tu depa kata syarikat DAP...
Syarikat pertama yang digadai Cina juga... Gagal... Kali kedua Syarikat Upayapadu pun Cina juga... Masa tu Nik Amar dalam roadshow, dia pertahan sungguh2, apa salah jual pada Cina...?
PAS gadai tanah pada YIK (Yayasan Islam Kelantan) seluas 10,526 hektar pada syarikat Upayapadu Sdn Bhd, dengan pajakan 50 tahun katanya... Tapi ikut pendedahan tu... Rekod pejabat tanah, tanah tu pajakan 70 tahun...
Masa tu berapa nilai pajakan? RM 100 for 1 ekar setahun... Bayangkan 10,526 hektar, RM 100 seekar setahun... Maknanya 1 ekar sewa sebulan lebih kurang RM 9 ringgit la... Jadi boleh tak aku tanya... Kat mana boleh aku dapat sewa tanah seekar RM 9 ringgit sebulan? Kalau ada, aku nak bayar 2 kali ganda... Itu kalau ikut logik jahat Timbalan Menteri Agama si Marzuki...
Tu belum cerita pajakan tanah ladang sayur di tanah Lojing lagi... Belum cerita katanya tanah ladang rakyat dipajak dan digadai pada syarikat Cina Singapore... Belum cerita tanah balak lagi... Belum cerita kawasan perlombongan emas yg dipajak pada syarikat Cina lagi... Awat tak tanya... Tak dak syarikat Melayu kaa?
Nasib lah PAS tak buat perbandingan harga jualan air pada Singapore 3 sen seribu gelen... Dengan harga air yang dijual pada rakyat... Mau PAS kalau jual syarikat air... Dia akan kira jumlah gelen air dalam empangan... Lepas tu banding jualan air dah ditapis...
Jadi sembang boleh lah PAS ni... Tapi heran, bila kerajaan jual tanah TRX pada 1MDB pada harga RM 50 sekaki... Lepas tu, 1MDB jual tanah TRX pada Tabung Haji RM 2,700 Sekaki... Tak dak pula PAS pertikai... Siap ramai-ramai pi buat rombongan kat Tabung Haji... Lepas tu puas hati... 🙂
*Ipohmali*

No comments: