BERPOLITIK DEMI AGAMA ATAU MENGGUNAKAN AGAMA UNTUK BERPOLITIK?


Melihat gambar ini membuatkan saya teringat kenangan lama ketika saya dikatakan terkesima dengan hujah seorang pimpinan sebuah parti dalam isu RUU355 (sebenarnya tidak terkesima pun).
Bahkan ada pimpinan yang nak sekeh kepala orang lain kerana isu ini.
Ada juga yang nak menjiratkan mayat orang yang tidak menyokong pindaan akta walaupun bentuk cadangan pindaan itu masih boleh diperhalusi dan diteliti.
Hari ini, Timbalan Menteri nyatakan ia perlu penelitian dan itulah yang saya suarakan sejak dulu lagi sehingga sebahagian penyokong parti politik mengecam saya.
Entahlah. Adakalanya kita perlu ikhlas bertanya diri sendiri adakah kita mahu berpolitik demi agama atau menggunakan agama demi politik?
Dr Rozaimi Ramle