VIDEO : PAS BERPANDUKAN AGAMA ATAU PANDU-TUNGGANG AGAMA?



“Kepada siapa yang nak minum kalau sudah mabuk patut guna e-hailing.” Sebelum itu, pada 29 Januari lalu, Menteri Pengangkutan ketika itu, Anthony Loke, bertegas untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 bagi memberi hukuman lebih berat kepada mereka yang memandu di bawah pengaruh alkohol dan dadah serta memandu secara berbahaya hingga mengakibatkan kematian. Anthony Loke mengulangi kenyataannya pada 27 Mei. Beliau menegaskan: "Pendirian kami amat jelas. Kami tidak menafikan hak orang bukan Islam untuk mengambil minuman keras. Tetapi, selepas minum alkohol, anda tidak ada hak untuk memandu dan membahayakan orang lain. "Pemandu mabuk mesti dihukum seberat-beratnya!"