TUN M TIDAK MAHU DIJATUHKAN

Malaysia's Anwar Ibrahim says he no longer believes former premier ...

Tun M tidak mahu dikenali sebagai bekas PM yang jatuh dengan aib dan memalukan.  Dia mahu berundur disaat namanya baik dan dilihat baik sepertimana dia berundur dan menyerahkan jawatan kepada Pak Lah dulu.

Malangnya, apabila dia dipilih oleh PH menjadi PM selepas PRU14 dulu, dia gagal untuk mengambil kesempatan baik untuk berundur dengan penuh sopan dan terpuji.  Sepatutnya beliau boleh berbuat demikian dengan menyerahkan jawatan kepada Anwar seperti yang dijanjikan melalui manifesto PH, iaitu Anwar akan menjadi PM ke lapan apabila beliau dibebaskan dari penjara dan layak untuk aktif semula memegang jawatan dalam politik dan kerajaan.

Anwar pula sanggup memberikan lebih masa kepada Tun M untuk terus menjadi PM sehingga melebihi dua tahun bahkan tiada masa yang ditetapkan untuk Tun M berundur.  Takdir menentukan Tun M jatuh dikhianati oleh rakan2nya yang paling beliau percayai iaitu Muhyidin dan Azmin.

Cara beliau jatuh itu amat aib dan memalukan.  Beliau jatuh kerana orang2 kepercayaannya bukan kerana Anwar, bahkan Anwar lah yang cuba sedaya upaya untuk mempertahankan kerajaan PH yang Tun M ketuai ketika itu.

Inilah punca yang saya rasa Tun M mahu menjadi PM semula.  Beliau mahu beliau sendiri berundur bukannya dijatuhkan dengan aib sedemikian.  Maka, dikatakan beliau mahu menjadi PM untuk kali ketiga sekiranya PH berjaya mendapatkan kembali kuasa yang dirompak itu. Khabarnya beliau mahu masa 6 bulan saja untuk jadi PM kali ini sebelum menyerahkan dengan beradab kepada Anwar.  Dengan cara itu, beliau harap dapat membersihkan imejnya yang tercalar sebelum ini.

Biarlah beliau fikirkan sendiri bagaimana caranya untuk beliau membersihkan imejnya.  Rakyat yang memilih PH di dalam PRU14 tidak boleh diajak bersama untuk menyelesaikan masalah Tun M yang kronik ini.  Anwar juga tidak perlu diminta untuk selesaikan masalah yang Tun M sendiri tempah.

Kita harus 'move on" dengan agenda reformasi.  Jangan kerana untuk memenuhi keinginan dan nafsu Tun M, maka kita hampakan harapan terbanyak.  Cukuplah sekali rezeki yang datang bergolek kepada Tun M.  Mengapa tidak bersyukur dengan rezeki itu?

Buat Anwar, dia terpaksa menanggung cacian dan cemuhan dari segelintir pejuang reformasi kerana mudah percaya Kepada Tun M.  Sejak awal sebelum PRU14, apabila Anwar berlapang dada menerima Tun M sebagai calon PM dari PH, Anwar teruk diserang oleh para penyokongnya.  Hinggalah kini setelah terjadi apa yang terjadi, Anwar masih diserang.

Kalau dulu beliau diserang kerana menerima Tun M, kali ini beliau diserang pula kerana dikatakan tidak beri laluan lagi kepada Tun M.  Susahnya menjadi insan bernama "Anwar Ibrahim" yang bertahap 'dewa' ini.

WFAUZDIN NS


No comments: