MENJELASKAN HUJAH HADI AGAR TIDAK TERSESAT




MENJELASKAN HUJAH HADI AGAR TIDAK TERSESAT


Tidak perlu ulamak besar untuk menjawab hujah Hadi ini.  Aku yang jahil ini pun boleh jawab hujah Hadi dan aku anggap ini hujah paling low class dari seorang Presiden Pas.

Sekali baca, memang ada benarnya hujah Hadi ini, iaitu orang beriman, walaupun sejahat mana, perasuah mana pun akan diterima taubatnya oleh Allah dan akhirnya ke syurga juga.  Orang tidak beriman yakni orang kafir tetap akan ke neraka walaupun di dunia ini banyak melakukan amalan kebaikan.

Namun, di dunia ini Allah menyeru kita untuk menyokong orang yang melakukan kebaikan dan menolak orang yang melakukan kejahatan, tidak kira apa jua agama mereka.  Muslim yang baik wajib kita sokong, muslim yang jahat atau perasuah wajib kita tolak.  Jangan sesekali bersekongkol dengan kezaliman, kelak dibakar api neraka.  Itu pesanan Allah.  Apakah boleh kita sokong perasuah dan pengkhianat walaupun mereka Islam?  Apakah boleh kita membantu dan bersekongkol dengan puak2 ini hanya kerana mereka itu Islam?  Ini bukan ajaran Islam.

Sekiranya kita menolak seseorang yang bukan Islam walaupun mereka berbuat baik dan menyokong seseorang muslim yang jahat dan mungkar, itu adalah ajaran sesat.  Seorang muslim mengajak kita minum arak, dan seorang kafir mengajak kita minum teh, wajarkah kita mengikut muslim itu tadi?

Orang tidak beriman memang tempatnya di Neraka.  Tetapi tidak boleh kita menghukumnya akan masuk neraka selagi seseorang itu masih hidup.  Berapa ramai orang kafir asalnya tetapi mendapat hidayah di  hujung nyawanya?  Ada juga orang Islam asalnya tetapi di akhir hidupnya telah murtad. 

Jangan kerana termakan dengan hujah dangkal Hadi ini, maka kita beranggapan tidak kisah menyokong pemimpin rasuah dan pengkhianat asalkan mereka Islam kerana mereka boleh bertaubat dan taubat mereka Allah akan terima.  Jika di hadapan kita telah ada dua pilihan, satu pemimpin Islam yang tidak rasuah dan bersungguh2 melawan perasuah, dan satu lagi pemimpin Islam yang bukan sahaja perasuah, tetapi melepaskan perasuah yang lain, mana satu pilihan kita? 

Ulamak yang menggunakan agama untuk politik wajib ditolak, dan pilihlah pemimpin yang walaupun bukan ulamak tetapi menggunakan politik untuk agama.  Ada bezanya. 

WFAUZDIN NS