Anwar calon paling layak sebagai PM

Anwar Ibrahim, MB Selangor ke-17? - ismaweb

Dalam sejarah Malaysia, kerajaan Barisan Nasional ditumbangkan rakyat selepas 61 tahun berkuasa kerana tidak berpuas hati dengan penyelewengan, menyalahgunakan kuasa, boros, dan rasuah yang menjadi amalan biasa.
Justeru, rakyat memberi mandat kepada pemerintahan baru, iaitu Pakatan Harapan untuk menghancurkan penyelewengan yang dilakukan pemimpin kleptokrasi.
Kerajaan baru mula menyiasat kes berskala besar seperti 1MDB, Tabung Haji, dan banyak lagi.
Apa yang berlaku adalah pengkhianat merancang menjatuhkan kerajaan PH dengan bersekongkol bersama beberapa pemimpin yang sudi menjadi pengkhianat kepada mandat rakyat.
Pengkhianatan ini dihadiahkan pelbagai jawatan dalam kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan.
Selain itu, keputusan perbicaraan kes dikaitkan dengan 1MDB baru-baru ini membuktikan dengan jelas tujuan sebenar mereka. Apa yang menyedihkan ialah kerajaan sedia ada perlu mendokong kehendak ahli Parlimen tidak berprinsip demi meneruskan pentadbirannya.
Hari ini, saya nampak peluang yang cukup cerah untuk kerajaan PH kembali mentadbir Malaysia dan meruntuhkan kerajaan “pintu belakang/atap” yang tidak menghormati mandat rakyat dalam pilihan raya umum ke-14.
Kali ini, kita perlu mencadangkan seorang calon sangat berkaliber untuk jawatan perdana menteri yang boleh mendapat kepercayaan rakyat serta merealisasikan perjuangan sebenar idealisme PH.
Oleh yang demikian, saya mencadangkan Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri bagi kerajaan PH yang baru.
Saya tidak perlu memperkenalkan latar belakang, perjuangan, dan pengalaman beliau dalam politik. Beliau pernah menyandang jawatan timbalan perdana menteri, menteri kewangan, menteri pendidikan, dan banyak lagi jawatan di peringkat persekutuan.
Pemilihan Anwar mestilah dipercepatkan untuk mengatasi masalah ekonomi dan memulihkan kepercayaan rakyat terhadap sistem demokrasi. Pengalaman beliau juga akan memberi nafas baru kepada pelabur asing yang berurusan dengan negara.
Akhir kata, saya merayu kepada semua pemimpin tertinggi PH supaya menerima cadangan saya dan mencalonkan Anwar sebagai perdana menteri yang baru.
Pappa Raidu Veraman daripada Suara India Malaysia (MIV).

No comments: