Lantik Hadi duta khas: Pas jilat ludah sendiri?
Perlantikan Presiden Pas Hj Hadi Awang sebagai duta khas ke negara-negara Arab membangkitkan bantahan rakyat kerana Pas sebelum ini pernah mempertikaikan perlantikan duta khas ke China yang dilakukan kerajaan Pakatan Harapan
Timbalan Presiden Pas Tuan Ibrahim Tuan Man pernah mengeluarkan kenyataan pada 14 Ogos 2018 mengkritik pelantikan Pengerusi DAP sebagai duta khas.
Berikut kenyataan penuh Tuan Ibrahim pada masa itu :
Jangan ikut langkah BN
PAS kesal Kerajaan PH mengikut jejak langkah Kerajaan BN dengan melantik Tan Kok Wai sebagai Duta Khas ke China.
Di era kerajaan lalu (BN), Pembangkang mengkritik tindakan Kerajaan BN melantik Duta khas Perdana Menteri bertaraf menteri ialah Samy Vellu (India dan Asia Selatan), Ong Ka Ting (China) dan Tiong King Sing (Asia Timur merangkumi Jepun, Korea Selatan dan Taiwan).
Rakyat dimaklumkan kerajaan tidak mampu laksanakan janji 100 hari dan pembatalan pelbagai projek yang memberi impak besar kepada kepentingan rakyat disebabkan ketiadaan kewangan.
Namun, dalam ketiadaan wang untuk rakyat, pelbagai tindakan kerajaan seperti mengadakan semula Formula 1, Kereta Nasional dan kini perlantikan Duta Khas ke China menyebabkan rakyat terasa dipermainkan.
Jangan ulangi kesilapan BN yang suka memutarbelit fakta dan menipu rakyat.
Tuan Ibrahim Tuan Man
Ahli Parlimen Kubang Kerian
Timbalan Presiden PAS
Ahli Parlimen Kubang Kerian
Timbalan Presiden PAS