DSAI Sebagai Trendsetter Politik



@RaheemArshavin

Dato Seri Anwar Ibrahim (DSAI) sememangnya seperti sebuah medan magnet. Apa sahaja yang dia lakukan pasti akan diambil oleh media menjadi bahan berita dan diangkat sebagai inspirasi oleh banyak pihak. DSAI merupakan trendsetter dalam lapangan politik.

Ini termasuklah dua perkara yang akhir-akhir ini menjadi seperti virus. Pertama, kuliah politik DSAI menerusi media sosial. Kedua, aksi membeli-belah DSAI untuk keperluan dapur di sebuah kedai runcit.

Kedua-dua aksi itu akhirnya dicontohi oleh Tun Mahathir dan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin. Kedua-duanya kemudiannya meniru apa yang dilakukan oleh DSAI.

Walau bagaimanapun, sebagai trendsetter DSAI tidak semata-mata hadir hanya untuk mencipta satu trend. Sebagai trendsetter politik, DSAI muncul natural dari idea-idea yang asli diiringi tingkah lakunya. Kenapa demikian, kerana DSAI apabila melakukan sesuatu tidak pernah berpura-pura.

Apa pun aksinya, samada DSAI sedang berlari atau bersenam, DSAI sedang bermain dengan cucu-cucu, DSAI sedang menikmati hidangan Kak Wan, DSAI berbelanja untuk keperluan asas, semuanya adalah aktiviti yang biasa dilakukannya. Bukan sesuatu yang dibuat untuk mendapatkan tindak balas media atau membina imej.

Oleh itu, tidak begitu tepat rasanya untuk merujuk DSAI sebagai trendsetter politik. Dia lebih hebat dari itu, dia adalah contoh buat seluruh rakyat Malaysia. Dia adalah seorang pejuang politik Malaysia yang selaras dengan sikap anti-rasuah dan anti diskriminasi terhadap sesiapa. Respect DSAI!

***