Friday, April 3, 2020

PPBM SEDANG SEKAT KEMARAAN PAS DLM PN SECARA LICIK.



MOd Zulaimi kazin

Menyedari PPBM asalnya hanya ada 12 MP shj sblm ditambah dgn migrate UMNO dan Kartel PKR menampakkan mereka lebih MP dari Pas yg ada 18 MP.

Bila mengatur kabinet, kita menjangkalan Pas akan dapat 5 Menteri sama dgn Amanah dapat dlm PH tapi sedihnya hanya 3 Kementerian shj utk Pas sedangkan jumlah Kementerian bertambah.

Semua orang menjangkakan Menteri Agama (JPM) sudah tentu milik Pas sbb dalam Pas ramai ulamak yg berpengalaman tetapi Muhyiddin bertindak bijak dengan memberi jawatan itu kpd bekas Mufti WP yg dilantik jd YB Senator.

Apakah MP Pas tiada yg layak? Dari Presiden, Timbalan Presiden dan Ketua Dewan Ulamak semuanya layak dan setanding dgn DS Dr Zulkifli Al Bakri. Saya tak pertikaikan kelayakan DS Dr Zul tapi saya nak sama2 kita perhalusi kenapa tidak dilantik MP Pas? Dr Zul pun fikrahnya juga Pas dan rapat dgn pimpinan Pas tp dia tidak pernah bersama dgn Pas dalam organisasi Pas jd dia tidak boleh memberi manfaat kpd Pas.

Kenapa tidak lantik MP Pas?... sekali lagi kita tanya.

Kalau Pas yg pegang Menteri Agama, ianya amat2 strategi kpd Pas utk terus bina pengaruh khusus dikalangan orang melayu melalui mimbar2 masjid dan struktur agensi di bawah Menteri Agama... cukup besar dan inilah yg membimbangkan PPBM dan Umno. Mereka takut Pas akan jd parti dominan dalam PN dan mengawal PN utk jangka panjang. Umno dan PPBM tidak blh duduk bawah Pas, mereka hanya perlukan Pas utk dijadikan tangga utk naik ikut bumbung saja.

Langkah 2, PPBM dan Umno nak lemahkan PAS adalah dengan melantik TGHH sebagai Duta PM ke Negara Timur Tengah bertaraf menteri. Apakah ini benar2 satu keperluan selain dr untuk melemahkan Pas secara organisasi. Alasan sebagai bekas Naik Ketua Ulamak Dunia itu sbg kipas utk menyalakan semangat TGHH seolah2 sbg penghormatan tp sebenarnya ia akan menjadi asebab Pas akan jadi makin lemah. Kekuatan Pas sekarang ini terletak kpd Tok Guru, dia penentu hala tuju Pas hari ini. Bila dah berada luar negara, ramai kalangan pemimpin kanan Pas akan sibuk berulang ke Timur Tengah dan tinggalah TITM utk uruskan Pas. Bila mula2 masuk Kementerian, sibuknya sehingga terlepas pandang ttg urusan parti dan inilah yg PPBM dan Umno mahukan.

Saya faham kalau ada sahabat agak tidak setuju dgn pandangan naif ini  dan saya blh agak ramai yg akan mengutuk pandangan ini, itu biasa sbb gaya pemikiran mereka mmg mcm tu, cuma kalau ada sorang dua yg blh menyingkap minda agar dpt lihat dari luar kotak mereka hari ini akan nampak jelas apa yg sdg dirancang oleh PPBM dan Umno agar Pas terus lemah sbb mereka takut Pas terus mara.

No comments:

Blog Archive

My Blog List

Followers