Kalaulah TH masih operasikan hotel….
Kredit: Ipohmali
Hari ini kerajaan Arab Saudi meminta seluruh dunia menghentikan persiapan untuk Haji dan Umrah buat tahun ini.. dan kemungkinan besar tidak ada ibadah Haji untuk tahun ini.. Dan doa lah semoga ianya tak berlaku..
Tapi itu bukan persoalannya.. Apa kesan rantaiannya ? Sudah pasti yang paling terjejas adalah Institusi seperti Tabung Haji yang menjadikan perniagaan berasaskan Haji Umrah adalah teras perniagaan dan pendapatan mereka..
Jika Haji dibatalkan, Sudah pasti..giliran menunggu akan lebih panjang.. Bukan hanya menyentuh Soal Ibadah Haji Umrah..Kemungkinan besar, Pelaburan Tabung Haji dalam sektor Hartanah, Perladangan, Pasaran Saham , Perhotelan dan Perniagaan juga akan tetap terjejas..
Dari kes Tabung Haji ini sahaja kita akan merasa kesan rantaianya yang besar.. Jadi Bagaimana ? boleh jadi ada anak syarikat yang terpaksa membuang pekerja.. bayangkan dari institusi Tabung Haji ini pun kesan rantaiannya besar..bagaimana agaknya kesan kepada sektor Oil & Gas, Perhotelan dan Penerbangan..
Benda seperti ini makcik kiah tak mampu berfikir.. yang depa tahu RM 1600 itu kerajaan perlu bayar.. kalau makcik kiah tak faham, kita tak heran, Menteri Ekonomi dan Kewangan pun tidak fahaman gelombang besar yang akan melanda negara kita tidak dapat diselamatkan dengan hanya memberikan Cik Kiah Duit..,,
Dalam keadaan ekonomi hari ini..Apakah Tabung Haji masih mahu mengambil alih aset saham dan Hartanah yang diletakkan dibawah Kementerian kewangan dan UJSB.. Tabung Haji nak ambil semula pengurusan Perhotelan Tabung Haji dari kementerian kewangan ?