TERKANTOINYA SEEKOR PECACAI- CABARAN DEBAT - MP INDERA MAHKOTA BOLEH HANTAR WAKIL TETAPI...



Mamat Sdr Razali Alias ni mungkin tuju kat aku kot walaupun dia tak mention nama aku. Takpelah, aku mention nama dia agar lebih jelas.
Aku bersedia untuk berdebat dengan Sdr Razali Alias atas isu yang sama melibatkan MP Indera Mahkota samada benar beliau khianat atau tidak kepada pengundi2 di IM. Paling penting, MP Indera Mahkota turut hadir pada debat itu nanti walaupun hanya memegang "remote control" . Kita tidak mahu MP Indera Mahkota berlepas tangan.
Soal layak atau tidak saya berdebat dengan MP Indera Mahkota, bak kata Sdr Razali Alias beliau pernah berdebat dgn MP Temerloh Nasruddin Tontowi, saya rasa jawapan saya sama juga seperti jawapan Sdr Razali Alias sewaktu mencabar Tontowi berdebat dulu.
Saya akan utus surat secara resmi kepada MP Indera Mahkota selepas ini. Saya harap beliau sendiri akan setuju untuk berdebat, atau hantar Sdr Razali Alias sebagai jurucakapnya dan beliau hanya akan HADIR sewaktu perdebatan itu nanti. Jika beliau langsung tidak mahu terlibat, saya cadangkan beliau letak jawatan sebagai MP Indera Mahkota dan beri laluan kepada Sdr Razali Alias untuk bertanding.
WFAUZDIN NS

No comments: