Islam tidak hukum rakyat kelaparan?
Kredit: Ipohmali
Dalam keadaan kita menghadapi wabak bencana ini, sedih membaca berita ada remaja perempuan yang dihukum penjara 3 bulan dan denda RM 10,000, hanya kerana kehilafannya sebagai seorang yg jahil menghina anggota Polis…
Begitulah yang lainnya yang ditahan melanggar arahan PKP… Memang benar, kita mahu semua yang ingkar itu dihukum… Tetapi berpada-pada lah… Cukup sekadar denda, atau melakukan kerja amal… Perlu ada sifat manusiawi ketika bencana… Mereka bukanlah mencuri atau berzina… Jangan hilangkan hak dan masa depan mereka hanya kerana kesalahan kecil…
Ada pula Mufti mahu rakyat dibuang kerakyatan… Bila Mufti pun sudah gila! Sebagaimana ayat yang aku sentuh semalam… Sebarang hukuman mestilah seimbang dengan kesalahannya sebagaimana firman Allah…
الَّذِينَ عَمِلُوا السَّيِّئَاتِ إِلَّا مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ..
Maka orang-orang yang telah mengerjakan kejahatan itu hanya diberi balasan (seimbang) dengan apa yang dahulu mereka kerjakan.”
(Surah Al-Qashas: 84)
(Surah Al-Qashas: 84)
Melihatkan budak tersebut baru masih muda, ierjanya sebagai pembantu kedai… Boleh jadi dalam keadaaan hari ini masing2 hidup dalam tekanan… Kadang kita kena berhukum melihat waqi’ keadaan semasa… Atau gambaran sebenar rakyat ketika ini… Sebagaimana satu kaedah Fiqh…
الْحُكْمُ عَلَى الشَّيْءِ فَرْعٌ عَنْ تَصَوُّرِهِ
Hukum atas sesuatu adalah cabang dari gambarannya…
Apa gambaran rakyat ketika ini? Ada ketika manusia hilang pertimbangan, Hatta seorang pada ketika lapar… Sedangkan Ulama para asatizah mulut mereka lancang menghukum dan memaki hamun sesama Muslim, apalah sangat rakyat biasa yang jahil… Rakyat biasa tambahan mereka di awal usia remaja…
Apa yang berlaku hari ini serupa apa yang berlaku di zaman Khalifah Umar, sebelum datangnya wabak di kota Syam, Madinah terlebih dahulu dilanda kemarau panjang 9 bulan lamanya… Ketika itu dikenal sebagai Tahun Kelaparan atau kelabu… Atau pun di dalam surah Al Balad dikenal dengan istilah dzi mas-ghabah ( ذِي مَسْغَبَةٍ )
Pernah berlaku suatu hari, Saidina Umar melihat keadaan rakyatnya, keluar malam bersama Al Aslam, ketika itu rakyat dalam tekanan dengan kelaparan, lalu di kawasan perkhemahan, Saidina Umar melihat seorang ibu yang sedang memasak, membiarkan anaknya menangis… Lalu Saidina Umar bertanya, kenapa kamu membiarkan anak mu menangis… Apakah dia sakit? Jawab wanita itu, anaknya lapar…
Kata wanita tadi, aku tidak ada apa untuk dimasak, hanya cuba menghiburkan anaknya… Dan akhirnya Saidina Umar melihat, wanita itu hanya merebus batu… Ketika itu Saidina Umar menangis…
Masa tu apa kata wanita yang tidak mengenali Saidina Umar itu kepada Saidina Umar?
“Khalifah Umar ini tidak layak menjadi Pemimpin… Dia tidak menjaga keperluan rakyatnya…”
Apakah Saidina Umar masa itu menghukum manusia tersebut kerana menghinanya? Tidak… Begitu keadaannya bila Umar dimarahi rakyat kerana membiarkan bayi kelaparan susu… Lalu Saidina Umar mengumumkan bantuan dan subsidi susu kepada anak kecil… Kenapa Saidina Umar tidak marah? Sebab dia faham ketika itu rakyat berhadapan dengan tahun kelaparan dan kebuluran…
Malah apa kata Saidina Umar ketika dilarang untuk memikul gandum di belakangnya untuk membantu wanita tadi?
ومن يحمل عني يوم القيامة ذنوبي
“Dan siapa yang akan memikul dosa ku nanti di hari Kiamat…”
(At-Thabaqatul Kubra)
(At-Thabaqatul Kubra)
Begitulah sikap Saidina Umar ketika berhadapan dengan tahun kelaparan, bukan sahaja Saidina Umar mengikat perut… Malah menangguhkan kutipan zakat dan menggugurkan Hudud atas sebab syubhat, hatta melibatkan kes kecurian… Sebagaimana satu kaedah fiqh…
الحدود تسقط بالشبهات
Gugurnya Hudud itu atas sebab syubhat…
Cuba lihat kita hari ini… Kita lebih gemar menghukum sebelum kita mengisi perut-perut rakyat yang kelaparan… Sedangkan tanggung jawab kita sendiri sebagai kerajaan kepada rakyat belum ditunaikan… Andai semua keperluan ini sudah ditunai… Ia menjadi hak kerajaan untuk menghukum…!