ADUN MESTI LETAK JAWATAN SEGERA!



1.Semalam PDRM telah mengesahkan tangkapan terhadap seorang ADUN Selangor dan bbrp yang lain terlibat dalam kegiatan dadah ,judi dan seks haram.

2.Saya amat kesal setelah lebih 24 jam berlalu belum ada kelihatan sebarang tanda2 akan ada keputusan daripada ADUN ini bagi mengambil sikap bertanggungjawab menjaga maruah Negeri dan Dewan Undangan Negeri yang mulia.

3.Beliau tahu beliau bersalah dan kesalahannya hari ini telah diketahui umum dan menjadi akibat kepada maruah negeri dan bangsa yang tercalar.Beliau semestinya meletakkan jawatan segera!

4.Beliau mungkin mahu mengikut SOP seorang menteri sebelum ini yang nyata terlibat dalam kegiatan kotor dan salah tetapi tetap terus jadi menteri malah dilepaskan dari sebarang tindakan undang2.

5.SOP yang digunapakai oleh menteri itu ialah dengan pertama menafikan, kedua sedia diperalatkan untuk menjadi 'berguna' kepada PM yang mahu terus berkuasa selama mana yang dia mahu.

6.Kalau SOP ini digunapakai seseorang itu boleh lepas daripada sebarang tindakan undang2 walapun sekukuh mana bukti yang ditampilkan.Video boleh jadi kabur,rakaman CCTV boleh jadi tidak relevan dan pelaku yang telah mengaku pun boleh hilang.

7.Inilah rupa pemimpin Melayu hari ini yang kononnya berjuang demi maruah melayu dan berkongres maruah melayu tetapi hakikatnya melacurkan maruah bangsa demi kuasa mereka semata-mata.

8.Di negara lain, bangsa lain, pemimpin yang ditangkap dengan kegiatan jijik sebegini sudah pasti meletakkan jawatan serta merta.Tidak di negara ini.

9.Makanya bangsa dan negara lain dihormati dan hebat manakala kita semakin melarat kerana kita mempunyai pemimpin yang hanya hebat berkongres sahaja.Maruah bangsa boleh sahaja dilacurkan demi kelangsungan kuasa peribadi mereka.

10.Episod jijik seorang ADUN Melayu semalam dan seorang Menteri Melayu sebelum ini menjadi saksi kepada hakikat ini.

Mohamad Ezam Mohd Nor
14 Jan 2020, 19 Jamadil Awal 1441H

No comments: