KENYATAAN MEDIA ALIRAN: Kabinet, Parlimen perlu halang penjualan PLUS kepada pihak swasta


Kabinet, Parlimen perlu halang penjualan PLUS kepada pihak swasta


0
64


PLUS' North-South Expressway - Photograph: Wikipedia
Aliran bimbang tentang kemungkinan penjualan syarikat operasi lebuhraya terbesar negara, PLUS Malaysia Bhd kepada pihak swasta.

Terkini, kerajaan melalui Khazanah memegang 51% saham syarikat manakala Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pula 49% saham.
Lebuhraya tidak sepatutnya diswastakan kerana syarikat persendirian semestinya mahu mengaut keuntungan lebih dengan mengambil alih asset ini dengan harga yang rendah.
Tindakan Khazanah yang menentang penjualan saham mereka di dalam PLUS adalah wajar.
Awal Oktober tahun lalu, pengarah urusan Khazanah memberi komen tentang tawaran ambil alih tersebut: “Apa yang telah dibuat adalah mengambil duit daripada kami dengan membayar harga yang kurang dan menggunakan perbezaan nilai untuk menawarkan diskaun… Jika kamu membenarkan syarikat swasta mengambil alih PLUS dan syarikat tersebut mengaut keuntungan yang berlebihan, rakyat akan rasa tidak puas hati.
Dia juga menambah Khazanah harus memastikan aset strategik seperti PLUS tidak dijual kepada pihak yang hanya ingin mengaut keuntungan tanpa mempertimbangan keperluan rakyat. “Jika PLUS membuat keuntungan, ia akan masuk balik ke dalam tangan kerajaan, atau kepada rakyat Malaysia melalui KWSP.”
Walaupun syarikat swasta menambah baik tawaran mereka pada hujung Oktober 2019, Khazanah tetap dengan keputusan mereka untuk tidak menjualkan bahagian mereka.
PLUS seharusnya kekal di bawah tangan rakyat.
Janji untuk menurunkan kadar tol dalam manifesto Pakatan Harapan untuk pilihan raya umum 2018 mungkin tidak difikirkan dengan baik. Dan janji itu tidak sepatutnya digunakan sekarang sebagai alasan untuk menjual PLUS.
Kerajaan sebaliknya harus menggunakan kutipan tol sebagai leverage atau caj kesesakan untuk menggalak lebih ramai orang untuk mengguna pengangkutan awam. Ini dapat mengurangkan pelepasan gas rumah hijau dalam era perubahan iklim ini.
Selain itu, kerajaan harus menggunakan keuntungan dan dividen daripada PLUS untuk membiayai, mensubsidi dan menaik taraf pengangkutan awam (bukannya membenarkan keuntungan dan dividen ini jatuh ke dalam tangan swasta).
Jika lebih ramai orang mengguna pengangkutan awam, ini akan mengurangkan beban pengguna yang kini perlu menanggung bayaran balik pinjaman kenderaan, kos insurans, kos petrol, tol, cukai jalan dan yuran parkir. Penjimatan dalam kos ini akan meningkatkan kualiti hidup orang awam.
Keuntungan dan dividen yang dijana daripada tol PLUS akan memastikan pulangan stabil untuk kerajaan dan pekerja, melalui pulangan yang lebih tinggi dari simpanan KWSP mereka. (Kerajaan juga perlu mengkaji semula kos penyelenggaraan lebuhraya PLUS yang tinggi.)
Oleh itu, Aliran menggesa kabinet dan Parlimen untuk menghalang penjualan PLUS untuk melindungi kepentingan awam
Jawatankuasa eksekutif Aliran


No comments: