1.Saya membaca kenyataan terbaru Tun Mahathir berhubung peralihan hari ini dan amat faham maksud yang tersirat daripadanya.
2.Saya lebih faham Mahathir kerana saya pernah bertembung dengannya dan sempat dimasukkan ke penjara dizamannya.Di zaman Najib pula saya sempat bertemu dengannya,berdamai dan bekerjasama demi selamatkan negara dari skandal 1MDB.
3.Sejak beliau menjadi PM saya belum pernah lagi bertemunya.Namun dari jauh saya menyokong usaha beliau khusus soal memerangi rasuah dan pernah membuat kenyataan untuk beliau terus menjadi PM dalam tempoh selama mungkin.
4.Hari ini saya tidak lagi menyokong sebarang usaha beliau terus menjadi PM.Malah saya mahu beliau berhenti segera demi negara.Alasannya ialah:
5.Pertama, Isyarat Tg Piai adalah isyarat jelas untuk beliau berundur.Sejak Merdeka parti yang memerintah tidak pernah kalah lebih teruk dari Tg Piai.Tun M adalah PM dan beliau seharusnya bertanggunjawab dan berundur segera.
6.Kedua, Suasana Ekonomi - ekonomi negara ditahap paling teruk dan antara puncanya ialah ketidaktentuan soal peralihan kuasa.Ianya soal penting bagi pelabur.Perbahasan mengenai sudah banyak dan jelas.
7.Ketiga- Kemunculan kembali kelompok elit jahat berkepentingan yang berjaya mendekati Tun M melalui pemimpin elit PH yang belot.Mereka pengaruhi Tun M untuk terus kekal berkuasa.Episod pintu belakang Hishamudin dan Azmin dan percubaan merosakkan dan menidakkan perjanjian PH soal PM8 adalah bukti ketara.(Termasuk pertemuan kira2 20 MP diketuai Hishamudin di rumah Azmin hanya 3 hari selepas PH kalah teruk di Tg Piai).
8.Keempat - Tindak tanduk Tun M sendiri yang bercanggah dengan janji peralihan.Awal tahun 2020 seharusnya sudah wujud langkah2 ke arah peralihan kuasa Mei tetapi sebaliknya berlaku.Tiba2 beliau bermuslihat disebalik sidang APEC pula, menggugurkan menteri dan sedang merangka merombak kabinet.Kesemuanya bukan tanda persedian ke arah peralihan yang tersusun dan teratur.
9.Hari ini bila ada tekanan untuk peralihan berlaku tuntas beliau berselindung dan menggunakan alasan Majlis PH.Walhal dia adalah PM paling lama di negara ini dan amat arif kuasa PM di Malaysia lebih besar dari kuasa Presiden USA di Amerika.
10.Malah beliau sudah pun tunjukkan kuasa dan taringnya, menggugurkan seorang Menteri yang bersih dan mengekalkan seorang menteri yang jelas kotor.Mesejnya jelas bukan?(Dan dalam Majlis PH semua adalah menteri melainkan DS Anwar).
11.Justeru saya percaya ini adalah muslihat dan perangkap Tun Mahathir untuk terus kekal berkuasa.Cukuplah Tun Mahathir.Jangan sampai rakyat meluat dan kenang Mahathir bukan sahaja sebagai PM yang paling lama tapi paling gila kuasa dan pembelit paling hebat pernah dilahirkan dinegara ini.
12.Peringatan Tg Piai bukan sebarang ingatan.Ambillah iktibar darinya sebelum terlambat,nasi sudah menjadi bubur, nama baik Mahathir sudah rosak dan tidak akan pulih sampai bila-bila.
13.Maka, saya gesa Tun Mahathir - Lakukan sekarang proses peralihan secara jujur dan terhormat.
Mohamad Ezam Mohd Nor
14 Jan 2020, 19 Jamadil awaal 1441H.