12-13 NOV 2019
Mesyuarat bersama Pengerusi Dalla al-Barak Syeikh Salleh Abdullah Kamel di Mandarin Oriental Hotel. Sentuh dan bincang tentang pendekatan Al Quran terkait sistem perbankan Islam.
Di Parlimen hari ini bersama teman-teman, juga bertegur sapa dengan MP-MP dari pembangkang.
11 NOVEMBER2019
Di ceramah terakhir semalam di Tanjung Piai. Alhamdulillah, dukungan yang kuat dizahirkan warga Tanjung Piai kepada Pakatan Harapan. Semoga kita dapat kekalkan kemenangan ini dengan majoriti yang lebih besar, inshaAllah.
.
Di ceramah PRK Tanjung Piai di Taman Utama, Pekan Nanas malam ini. Saya sebut bahawa naratif kini adalah untuk membetulkan sistem dan membela mereka yang miskin tanpa kira kaum dan agama, bukan mencari titik perbalahan.
Di majlis Ramah Mesra Bersama Komuniti Masyarakat Cina di Pekan Nanas sebelum ke ceramah akhir di Tanjung Piai malam ini. Alhamdulillah, sambutan dan dukungan masih utuh kepada Pakatan Harapan.
Saya sempat berkunjung ke rumah Mas Kamil (Shahnon) yang merupakan pendukung setia saya sejak 1998 dan tinggal di kampung yang sama dengan calon PH Haji Karmaine Sardini. Beliau kini uzur akibat sakit tua. Saya mendoakan kekuatan buat sdr Mas Kamil.
Petang tadi menghadiri program ramah mesra bersama penduduk dan pengundi di Tanjung Piai. Saya turut melakukan lawatan ke Bilik Gerakan PDM Jalan Rimba Terjun. Semoga kemenangan memihak Pakatan Harapan.
Di Parlimen pagi ini saya terima kunjungan Clive Horwood dari majalah kewangan terkemuka Euromoney. Bincang situasi ekonomi semasa serta usaha dan upaya dalam pertumbuhan dan percambahan ekonomi.
10 NOV 2019
Alhamdulillah, terus diberi kesempatan untuk mengadakan majlis bacaan Yassin, zikir dan solat hajat mingguan di rumah malam ini. Saya hargai kehadiran teman-teman semua termasuk anak-anak tahfiz. Semoga kita semua dalam keberkatanNya, inshaAllah.
Menghadiri majlis Jalinan Mesra Peladang 2019 yang dianjur oleh Kementerian Pertanian dan NAFAS pagi ini di Selayang. Tegaskan bahawa selain mendukung keputusan-keputusan menteri, NAFAS juga harus ambilkira pandangan dan suara peladang-peladang.
KONVENSYEN KEADILAN MELAKA
#KonvensyenKEADILAN2019 pentas untuk wakil anak muda, wanita, ahli akademik dan masyarakat madani melontarkan idea untuk KEADILAN selepas lebih setahun pentadbiran Kerajaan Persekutuan Pakatan Harapan.
Pemidato pimpinan kanan KEADILAN:
1. Presiden, ANWAR IBRAHIM
2. Setiausaha Agung, SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
3. Ketua Penerangan, SHAMSUL ISKANDAR MD AKIN
4. Ketua Setiausaha Pengelola, NIK NAZMI NIK AHMAD
2. Setiausaha Agung, SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
3. Ketua Penerangan, SHAMSUL ISKANDAR MD AKIN
4. Ketua Setiausaha Pengelola, NIK NAZMI NIK AHMAD
Di Ayer Keroh, Melaka siang tadi bersama anggota dan pimpinan di Konvensyen KEADILAN Melaka. Alhamdulillah, idealisme dan asas kembali digilap. Juga diingatkan supaya kuasa yang diamanahkan rakyat tidak disalahguna dan turut menggesa agar masalah kemiskinan diberi perhatian.
9 NOV 2019
Di Jempol hari ini menghadiri Konvensyen KEADILAN Negeri Sembilan. Saya tegaskan bahawa naratif kini harus tumpu dan fokus soal kemiskinan, pengangguran dan kesenjangan yang mengesankan ramai terutamanya B40 dan ekonomi dipacu ke arah membela mereka yang terpinggir.
Menghadiri Youth Economic Forum 2019 di Sasana Kijang, Bank Negara Malaysia. Bicara soal kemiskinan dan kesenjangan yang mesti diberi tumpuan utama. Harus segera rencana ke arah pengukuhan dan pembangunan ekonomi yang memanfaat dan membebas semua.
8 NOV 2019
Menyampaikan ucapan di Konvensyen KEADILAN Pahang di Kerdau malam ini.
Saya kagum dengan semangat yang ditonjolkan dengan kehadiran dari pelbagai lapisan kaum dan latar belakang.
Dalam ucapan saya gesa semua pihak untuk bekerja dan menumpukan perhatian ke arah memperbetulkan ekonomi negara.
Saya juga menyentuh soal Lynas di mana kita harus mencari jalan untuk mengetatkan syarat supaya rakyat lebih selamat dan tidak terkesan di kemudian hari.