Kenyataan Media oleh wakil Majlis Pimpinan Negeri dan Jabatan Pilihanraya Parti KEADILAN Rakyat Pulau Pinang – YB Sim Tze Tzin
15 Disember 2011
Majlis Pimpinan Negeri Parti KEADILAN telah mengemukakan 15 point Memorandum kepada Jawatankuasa Pilihan Khas (PSC) berhubung dengan Penambahbaikan Proses Pilihanraya. Ini adalah hasil penyelidikan mendalam yang dijalankan oleh Parti KEADILAN Rakyat. Bersama-sama dengan Kenyataan media ini, dikepilkan memorandum yang berjumlah 53 mukasurat dan CD yang memaparkan ratusan ribu kes ragu.
Antara 15 cadangan utamaParti KEADILAN adalah seperti berikut:
1. Tiga sesi Debat Perdana antara calon Perdana Menteri dari Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional.
Debat Perdana mengenai dasar ini seharusnya disiarkan secara langsung dalam kesemua TV dan Radio milik kerajaan dan Swasta. Setiap sesi tidak harus kurang daripada 1 jam. Ini akan menjamin bahawa semua rakyat mempunyai maklumat yang sewajarnya apabila membuat pilihan.
2. Bersihkan Daftar Pengundi
Kami ingin menarik perhatian terhadap kes Kg Bagan Serai, Permatang Pauh yang mempunyai 91 pengundi didaftarkan dirumah bernombor alamat 1155 manakala 67 pengundi didaftarkan dirumah bernombor alamat 1138. (rujuk m/s 13-17)
3. Mereformasikan Undi Pos (m/s 40-42)
Kami ingin mengadukes DUN Batu Maung yang pengundi pos meningkat mendadak sebanyak 1400 undi dalam suku tahun ke-3 2011.
4. Penggunaan Dakwat Kekal. (m/s 43)
Kami telah sertakan bukti bahawa Majlis Fatwa telah menghalalkan penggunaannya pada 8 Ogos 2007. Oleh itu, SPR tidak lagi perlu untuk menunggu Fatwa sekali lagi.
5. Tempoh Kempen minimum 21 hari. (m/s 43)
6. Akses Media yang Adil. (m/s 45)
Kami ingin menonjolkan kes Mutiara FM yang merupakan satu-satu Radio untuk negeri Pulau Pinang. Sejak Kerajaan Pakatan Rakyat memerintah, tidak pernah seorang Exco Pakatan Rakyat dibenarkan wawancara dengan radio Mutiara FM. Tetapi semua pemimpin BN dibenarkan sehinggakan NGO-NGO berdemo anti Kerajaan Negeri diwawancara. Mengapa tidak diberi wawancara seimbang?
7. Kukuhkan institusi Awam (m/s 46)
8. Hentikan Rasuah Politik Wang (m/s 46)
Kami ingin mencadangkan system kewangan pilihanraya untuk parti politik ala Negara Jerman dimana kerajaan pusat akan menyalurkan kewangan untuk sebahagian daripada perbelanjaan parti politik
9. Hentikan Politik Kotor dan Lucah. (m/s 47)
10. Hentikan sekatan polis dan FRU semasa tempoh berkempen (m/s 47)
11. Pemantau Antarabangsa dan Tempatan dibenarkan. (m/s 48)
12. Tarikh Pilihanraya ditetapkan lebih awal secara rundingan bersama Ketua Pemimpin Pakatan Rakyat
Kami menyeru kerajaan BN menjamin kestabilan politik dan ekonomi dengan menetapkan tarikh PRU13 dengan lebih awal dengan cara bermuswarah dengan pemimpin Pakatan Rakyat umpamanya ketua Pembangkang supaya Parlimen dan Dewan Undangan Negeri Kerajaan Pakatan Rakyat dibubarkan sama sekali.
13. Deposit dikurangkan (m/s 51)
14. Umur layak Pengundi diturunkan ke umur 18 tahun (m/s 52)
15. Jangkamasa pameran pengundi dipanjangkan ke 21 hari. (m/s 52)
16. Pendaftaran Automatik menjadi pengundi selepas umur layak
Parti KEADILAN Pulau Pinang menerima baik beberapa cadangan yang baru diterima dalam Parliament, tetapi ingin menyeru supaya Pilihanraya hanya boleh diadakan selepas kesemua cadangan PSC dilaksanakan umpamanya cadangan hari ini di Pulau Pinang. Kerajaan UMNO/BN harus menunjukkan keikhlasan terhadap janji-janji Transformasi politik dan bukan sekadar berselindung disebalik PSC. Segala cadangan-cadangan PSC akan menjadi sia-sia jika parlimen dibubarkan dalam masa terdekat seperti diramalkan.
Parti KEADILAN Pulau Pinang juga ingin merakamkan rasa kesal terhadap kerajaan UMNO/BN atas kelewatan melaksanakan beberapa perubahan yang dianggap senang untuk dilaksanakan terutamanya akses media yang adil. Ini boleh dilaksanakan dengan serta merta.Adakah ini menunjukkan bahawa kerajaan BN langsung tidak berminat untuk memastikan Pilihanraya yang adil serta bebas?
YB Sim Tze Tzin
Jurucakap, Mewakili Majlis Pimpinan Negeri
Parti KEADILAN Rakyat Pulau Pinang