TANGKAP TAPI TAK TAU NAK TUDUH APA

Terkini:GOMBAK, 2 Nov: Selama lebih 1 jam menunggu tetapi sehingga kini Mahkamah diberitahu tiada pertuduhan difailkan.

Dr Asri dilihat tiba pada jam 9 pagi tadi kerana diarahkan untuk hadir di mahkamah atas alasan secara lisan oleh pihak Jais bahawa beliau mengajar tanpa tauliah.


Dalam kejadian malam tadi,beliau ditahan oleh sepasukan anggota polis dan pegawai JAIS ketika mengadakan ceramah agama di sebuah rumah di Taman Sri Ukay, Hulu Klang, Ahad malam.
Ceramah itu dihadiri kira-kira 100 orang termasuk Anggota Parlimen Ampang (KeADILan), Zuraida Kamaruddin dan Anggota Dewan Undangan Negeri Hulu Klang (PAS), Saari Sungib.

Beliau kini berada di pekarangan mahkamah sebentar tadi, beliau menbidas sikap pihak berkuasa dan pendakwa yang tidak hadir lagi sehingga kini.

No comments: