Rasuah jadi isu utama kempen PRU 15 Pakatan Harapan - Hassan Karim



Isu rasuah sewajarnya dijadikan agenda utama dan naratif kempen Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 bagi Pakatan Harapan (PH).


Hal itu dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim.


Katanya, memandangkan mood rakyat melonjak selepas beberapa kes berprofail tinggi mencatatkan keputusan yang adil dan saksama maka fokus ke atas isu berkenaan bakal memberi kelebihan kepada PH.


"Rasuah sekarang muncul sebagai musuh utama negara.


"Isu rasuah patut menjadi naratif nasional PH dalam PRU ke-15.


"Barisan Nasional patut ditumbangkan sekali lagi dalam PRU ini kerana rasuah," katanya.


Hassan yang juga Anggota Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR) itu berkata, keterujaan rakyat dengan sabitan bersalah satu demi satu pimpinan BN dan keluarga mereka harus digunakan untuk menggerakkan gelombang rakyat keluar mengundi beramai ramai sebagaimana pada PRU ke 14 lalu apabila PH menggunakan isu 1Malaysia Development Berhad.


"Kini tanggungjawab para pengundi untuk keluar beramai ramai dalam PRU15 nanti untuk mempastikan perasuah-perasuah dari kalangan pemimpin BN dipastikan gagal kembali berkuasa," kata Hassan yang juga Jawatankuasa Pemantau SPRM.

 

Solidariti ke atas Rafizi, SPRM milikki semua dokumen bila pendakwaan akan dilakukan?


 Siasatan ke atas Timbalan Presiden KEADILAN Rafizi Ramli berhubung skandal pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) sehingga telefon bimbit beliau dirampas tidak sepatutnya berakhir di situ.


Menurut mantan Menteri Pertahanan Mohamad Sabu dan mantan Timbalan Menteri Pertahanan Liew Ching Tong, pihak berkuasa seharusnya menyiasat lebih jauh dalam kes terbabit, termasuk ke atas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr Latiff Ahmad sebagaimana didedahkan Rafizi penglibatan beliau dalam skandal LCS.


"Kami menyatakan solidariti bersama Rafizi Ramli yang telah disiasat oleh polis


"Siasatan polis adalah berkenaan butiran yang dibongkar oleh Rafizi daripada bahagian yang dipadamkan dalam Laporan Pengauditan Forensik skandal LCS.


"Sepatutnya laporan yang telah dinyahklasifikasikan harus disiarkan secara lengkap tanpa mana-mana maklumat atau bahagian yang dipadamkan.


"Hal yang seharusnya disiasat oleh polis bukannya Rafizi, tetapi mereka yang terlibat melakukan jenayah rasuah," kata mereka dalam kenyataan bersama.


Menurut kedua dua tokoh Pakatan Harapan itu, Dr Latiff dan Zainab telah dinamakan dalam Laporan Pengauditan Forensik dan mereka seharusnya dipanggil untuk membantu siasatan skandal RM 9 bilion.


Mohamad dan Chin Tong bagaimanapun bersetuju dengan cadangan Jawatankuasa Kira kira Wang Negara (PAC) bahawa Jemaah Menteri perlu mengarahkan pengauditan forensik selanjutnya dilaksana oleh BHIC ke atas Projek LCS bagi melengkapkan segala transaksi dan aktiviti berkenaan dengan pelaksanaan projek dari tahun 2015 sehingga kini


Begitu juga, memandangkan timbulnya isu penggunaan wang peruntukan LCS untuk pembayaran hutang lapuk New Generation Patrol Vessel (NGPV) oleh BNS, Laporan Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus Perolehan Dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) Berkenaan dengan 6 buah Patrol Vessel (NGPV), Integrated Logistik Support dan Commercial Package Programme oleh TLDM, kata mereka, harus dinyahklasifikasikan sama.


Selain itu, mereka mempersoalkan mengapakah pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) begitu lembab untuk mengesyorkan pendakwaan kepada Peguam Negara terhadap pihak pihak yang terlibat dalam skandal LCS.


"Sejak Laporan PAC berkenaan Projek LCS diumumkan pada 4 Ogos, disusul dengan nyahklasifikasi dua laporan yang berkaitan, SPRM seharusnya telah mempunyai maklumat dan bukti untuk menjalankan siasatan, tangkapan dan pendakwaan terhadap individu-individu yang terlibat.


"Sebenarnya SPRM menghantar wakil ke semua prosiding PAC. SPRM juga menerima semua laporan JKSTUPKK semasa laporan-laporan ini dibentangkan dan Laporan Pengauditan Forensik berkenaan Projek LCS," kata mereka lagi.


Mereka juga mendedahkan laporan JKSTUPKK berkenaan Projek LCS dan Projek NGPV yang dibentang kepada Kementerian Pertahanan pada Ogos 2019 juga telah dipanjangkan kepada SPRM dengan serta merta.


Oleh itu tiada sebab mengapa pendakwaan sukar dijalankan. Mohamad dan Chin Tong berharap siasatan ke atas skandal LCS seterusnya dijalankan dengan segera dan secara telus.

KALAU BOLEH BUNUH MEMANG NAK BUNUH DAH...

 





"Lebih baik bunuh saya" Cewah! Kalau membunuh bukan satu kesalahan, rasanya sebelum masuk mahkamah lagi dah lama dah kena bunuh. Sebab betapa rakyat menderita kesan dari ketirisan suaminya dan dia sendiri menguruskan negara.

Rosmah mengungkit sumbangannya walaupun dia kata tak mahu menyebut sumbangannya. Berapa punya belitlah. Tapi apa sumbangan Rosmah? PERMATA? Apa hasil Permata tu? Yang aku tahu program tu menelan bajet yang besar. Kalaupun ada, sumbangan bukan lesen untuk ambil rasuah.

Boleh baca beritanya di: https://bit.ly/3B8jWtr

Tak timbul soal Rosmah tak diberikan keadilan yang sewajarnya. Mahkamah berlangsung sekian lama. Rosmah dan para peguamnya telah diberi peluang buktikan dirinya bersih dari setiap tuduhan. Tapi peluang itu tidak digunakan sepenuhnya.

Audio "can I advice you something" pun Rosmah tak nafikan secara bersungguh. Bukti-bukti yang dibawa oleh pihak pendakwa pun tidak mampu disangkal. Yang nampak, Rosmah berusaha untuk singkirkan hakim dan tukar peguam pendakwa. Bila gagal dan didapati bersalah, tagih simpati umum, dakwa diri dianiaya.

Aku bukan gembira Rosmah dipenjara. Aku cuma gembira keadilan dapat ditegakkan. Tapi tetap aku bersedih kerana kerosakan telah berlaku. Rosmah masuk penjara pun, hakikatnya hak rakyat telahpun dicabuli. Hakikatnya, rakyat tetap teraniaya.

Sebab itu pentingnya berhati-hati dalam memilih pemimpin. Jangan ikut sentimen parti, kaum atau agama. Asal parti ni, undi. Asal Melayu, sokong. Asal berkopiah, pilih. Tak boleh begitu. Kena nilai sikap dan sifat peribadi orang yang nak dipilih.

Sebab kalau pemimpin itu rasuah, kalau ditangkap pun, itu lepas hidup rakyat disusahkan. Kerosakan dah pun berlaku. Nak pulih tak semudah macam nak merosakkan. Penjaralah biar sejuta tahun pun, belum tentu negara akan terus pulih.

Itu kalau dapat ditangkap. Kalau yang jenis licik? Ubah laporan audit macam Najib, macamana nak dakwa? Kita nasib baik PH menang dalam PRU14 dulu. Kalau tidak, sampai detik ini masih berbilion lagi duit negara mengalir masuk ke akaun mereka.

Nak kata fitnah, seluruh dunia saksikan bagaimana borosnya mereka suami isteri berpoya-poya. Kalah bilionair macam Mark Zuckerberg dan Bill Gates. Siap dia hadiahkan lukisan mahal kepada pelakon Hollywood lagi. Beli jam, rantai gelang, dompet, beg tangan dan banyak lagi barangan lain yang harga ratusan ribu.

Kalau tak curi, mana dapat duit tu? Gaji PM takkan dapat menampung keborosan yang sebegitu. Bapa Najib pun bukan bilionair yang wariskan harta yang banyak. Kalau bilionair pun boros macam Najib, memang bakal muflislah nampak gayanya.

Aku harap apa yang berlaku ini jadi pengajaran buat rakyat. UMNO dan BN bukan lagi pilihan dalam PRU akan datang. Terlalu banyak kekotoran yang perlu dibersihkan. Tapi buat masa ini, UMNO tak bersedia untuk buat pembersihan lagi. Guane boh?

Raja Gelap

 

HUHUHU SEDIH......


 

HUHHH...KALAU PAS LAWAN DAP YANG ADA 42 KERUSI....DAPAT LAGI 42 DAH....

 

MOHD SHAH RIM


DAP menang 42 kerusi parlimen, jika PAS bertanding lawan DAP, peluang untuk menang amat cerah.. dah dapat 40 kerusi dah..