SUBKONTRAKTOR BINA LCS TIDAK DIKAWAL RAKYAT MALAYSIA?


*Mengapa Najib tidak boleh main-main dengan Mahkamah Persekutuan*



*Pertama,* anda tidak pernah mengambil ringkasan sekiranya anda belum bersedia untuk berhujah di mahkamah. *Kedua,* anda tidak mengambil ringkasan dengan jangkaan bahawa mahkamah akan memberikan penangguhan kepada anda. *Ketiga,* tarikh perbicaraan telah dimaklumkan kepada pihak terlibat dan peguam mereka beberapa bulan lalu. *Keempat,* pasukan undang-undang baharu mempunyai masa hampir 3 minggu untuk bersedia bagi perbicaraan. *Kelima,* adalah tidak beretika dan tidak profesional untuk menakut-nakutkan atau mengancam Mahkamah Persekutuan dengan cara ini. *Keenam,* taktik yang dicadangkan boleh dianggap sebagai pertimbangan Mahkamah Agung. *Akhir sekali,* kepentingan awam menuntut kes jenayah dibicarakan dan diselesaikan dengan segera kerana ia melibatkan kebebasan subjek. 


Najib masih diikat jamin. Jika pasukan pembelaan menarik diri terdapat dua pilihan yang tersedia untuk Mahkamah Persekutuan. *Ia* boleh memutuskan untuk meneruskan pembatalan rayuan atas dasar tertuduh tidak lagi berminat untuk meneruskannya. Dalam kes ini sabitan dan hukuman Mahkamah Rayuan akan disahkan. Jaminan akan dibatalkan dan Najib akan dihantar ke penjara untuk memulakan hukumannya. *Atau* mahkamah boleh memberi penangguhan singkat tidak lebih daripada 1 bulan untuk peguam baru dilantik, menghujahkan perkara itu. Mahkamah juga boleh mengenakan perintah melainkan jika rayuan tidak diteruskan pada tarikh perbicaraan seterusnya ia akan dibatalkan tanpa kebebasan untuk memfailkan permohonan baharu. Permintaan untuk penangguhan bukan sebagai satu perkara yang hak tetapi satu daripada budi bicara kehakiman.


Mahkamah mesti mengimbangi kepentingan awam dan hak tertuduh. Anteseden tertuduh akan menjadi pertimbangan yang relevan. Peguam bela harus mengelak daripada cuba bermain mata dengan mahkamah semata-mata untuk membeli masa dan menangguhkan urusan atas sebab-sebab yang tidak wajar. Setakat ini tertuduh telah menggunakan taktik demi satu taktik untuk menangguhkan pendengarannya sejak penolakan rayuannya oleh Mahkamah Rayuan.



*ISLAM DAN MELAYU TIDAK TERANCAM DI BAWAH PENTADBIRAN PAKATAN, KATA PEMIMPIN AMANAH*

 


WALAUPUN kehilangan kerajaan persekutuan akibat beberapa siri pengkhianatan yang dimulakan oleh Langkah Sheraton, bekas menteri agama Dr Mujahid Yusof Rawa berkata orang Melayu akhirnya menyedari Pakatan Harapan (PH) adalah kerajaan yang lebih baik.


Bercakap kepada The Malaysian Insight, Mujahid berkata isu Islam dan Melayu diancam semasa pemerintahan Dr Mahathir Mohamad ketika memimpin PH, hanyalah tuduhan tidak berasas dan digunakan tanpa fakta.


Bekas ahli PAS itu menegaskan sehingga hari ini, kerajaan pimpinan Muhyiddin Yassin dan pentadbiran Ismail Sabri Yaakob kini masih belum menyelesaikan pelbagai perkara membabitkan masyarakat Islam.


“Umno dan PAS ketika menjadi pembangkang mengelirukan rakyat apabila mereka menuduh PH menjual Islam dan Melayu. Terlalu banyak tuduhan yang dibuat terhadap kami tetapi tidak ada yang disokong dengan fakta.


“Kami berada dalam kerajaan selama 22 bulan, dan jika kami dibenarkan untuk menyelesaikan mandat kami, saya fikir hari ini, Umno dan PAS tidak akan mempunyai sebarang isu lain untuk digunakan terhadap kami kerana mereka menyebarkan pembohongan.


“Apa yang mereka katakan tentang isu sensitif dan menaikkan kebencian. Dia (Umno) pun tak dapat selesai isu kes Adib, isu pemandu mabuk, LGBT lagi teruk. Zaman saya, nak panggil Sajat nak tegur, ini sekarang dia lari terus ke Australia.


“Di mana Islam terancam semasa PH? Islam tidak pernah terancam,” kata ahli Parlimen Parit Buntar itu.


Adib, yang merupakan anggota perkhidmatan penyelamat perubatan kecemasan balai bomba dan penyelamat Subang Jaya, mengalami kecederaan parah semasa rusuhan di luar kuil di USJ 25, Subang Jaya pada 27 November 2018.


Beliau meninggal dunia pada 17 Disember, 2018, selepas 21 hari menerima rawatan di Institut Jantung Negara. 


Pada 27 September, 2019 mahkamah koroner memutuskan kematian Adib disebabkan oleh perbuatan jenayah oleh lebih daripada dua individu yang tidak dikenali. 


Tiada seorang pun yang didakwa berhubung kematiannya. 


Sajat pula kini berada di Australia selepas diberi suaka di negara itu baru-baru ini berikutan penerbangannya ke Thailand yang mana beliau ditahan atas kesalahan imigresen.


Lelaki berusia 36 tahun itu berkata dia melarikan diri ke Thailand awal tahun ini kerana “didera dan diperlakukan secara tidak berperikemanusiaan” oleh pegawai agama di Malaysia.


Beliau ditangkap oleh pihak berkuasa Thailand bulan lalu kerana pasport yang tidak sah dan kemudian dibebaskan dengan ikat jamin.


Mujahid berkata, Umno dan PAS tidak boleh lagi menggunakan isu agama dan kaum kerana rakyat Malaysia kini semakin matang.


Beliau berkata walaupun beliau mengkritik Umno dan PAS, kritikan beliau bukan bermaksud memperlekehkan agama.


“Sekarang isu Islam tidak dibela. Sekarang lebih teruk orang hina Islam. Setiap langkah itu ada hikmahnya,” tambahnya. – 12 Ogos, 2022.


https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/395845



PROTEL KAPAL TAK SIAP-


 KERAJAAN MELAYU ISLE TIPU UMAT.


TAPI KKERAJAAN NEGERI KAMU KATA KELANTAN SEBUAH NEGERI YANG MAKMUR

 


‘Bukan pilih kerja, nak hidup glamor, kami keluar niat cari rezeki’, kata perantau dari Kelantan






Pelbagai faktor termasuk keadaan ekonomi dan kepelbagaian kerja
 menjadi faktor membuatkan anak Kelantan merantau untuk mengubah
 taraf hidup.

PETALING JAYA: Tidak semua rakyat Kelantan merantau kerana ‘tradisi’ suka mengembara atau memilih kerja, sebaliknya keadaan ekonomi, gaji dan kepelbagaian bidang yang terhad antara faktor mereka berhijrah ke tempat lain.

Pekerja swasta, Norshamimi, 28, berasal dari Kelantan yang kini bekerja di Johor berkata, meskipun tidak dinafikan Kelantan tidak “kekeringan” pekerjaan, namun bidangnya tidak meluas dan tidak setara dengan kemahiran dan kelulusan yang ada.

“Jangan pukul rata kata anak Kelantan pilih kerja, rasa kerja dekat Kelantan tak glamor, atau tradisi orang Kelantan suka merantau, walhal sebenarnya nak merantau dan berjauhan dengan keluarga bukan keputusan mudah, tetapi keadaan memaksa kita.

“Kerja banyak tapi kalau bidang terhad macam perhotelan? Takkan nak jangka semua anak muda Kelantan ini nak kerja dekat hotel? Kita belajar susah payah mesti nak cari peluang yang sesuai dengan kemahiran dan kelulusan kita,” katanya ketika dihubungi FMT.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Turut sependapat, Ahmad Fakhruddin Che Adib, 28, berasal dari Machang pula berkata, industri perkilangan dan kejuruteraan agak terhad di negerinya membuatkannya mengambil keputusan untuk merantau.

“Secara umumnya di luar Kelantan lagi senang nak cari kerja sebab lagi banyak peluang. Kalau rasa tak sesuai senang nak tukar kerja sebab kita ada pilihan lain,” katanya yang sudah hampir tiga tahun bekerja sebagai jurutera di sebuah kilang di Pulau Pinang.

Sajjad Saimi, 31, dari Pasir Putih dan bekerja dalam bahagian peruncitan di Selangor, menyifatkan ramai anak muda Kelantan merantau tidak seharusnya dipandang sebagai “tradisi” semata-mata.

“Ini bukan tradisi semata-mata, realitinya gaji rendah dan kos sara hidup tinggi. Tak akan kita nak sia-siakan masa muda tanpa keluar cari pengalaman kerja dengan bayaran yang lebih baik…kita ada keluarga yang nak ditanggung,” katanya kepada FMT.

Sementara itu, Ismail Ibrahim, 57, dari Jeli, yang merantau sejak seawal usia 20-an berkata, semenjak dulu lagi ramai anak muda Kelantan keluar merantau untuk mencari rezeki kerana ketika itu peluang pekerjaan sangat terhad dengan gaji yang murah.

Ujarnya, dulu peluang yang banyak adalah kerja-kerja kampung seperti bercucuk tanam, menternak lembu, menoreh dan sebagainya. Justeru keadaan itu membuatkan mereka merantau untuk mengubah taraf hidup.

“Kita keluar merantau sebab tiada kerja dekat Kelantan. Masa itu peluang kurang dan yang banyak kerja kampung, orang muda takkan nak kerja kampung dengan gaji murah, dulu nak kerja buruh pun susah kalau ada pun setakat kerja kontrak gali parit.

“Saya tidak menyesal berhijrah, kerana kalau saya tidak keluar mencari pengalaman dan pekerjaan lain saya mungkin tidak dapat mengubah taraf hidup saya, ” katanya yang kini menetap di Johor.

Terdahulu, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Mohd Amar Nik Abdullah dilaporkan berkata, anak muda Kelantan lebih memilih merantau kerana ia merupakan tradisi mereka, selain ada segelintir bersikap memilih kerja.

“Ada banyak peluang pekerjaan tetapi anak Kelantan lebih suka berada di luar (Kelantan) mungkin rasa tidak glamor, ada juga yang memilih kerja,” katanya.


INI SATU LAGI KOMEN....BLOG AKU NI ORANG HANTAR KOMEN...AKU SIARKAN KRANA ADA GAMBAR DAN MAKLUMAT.







NEGERI BERKEBAJIKAN - Parking Dalam Perkarangan "Spital Besar"( HPRZII) Tetap Kutip dan Saman.

Agaknya, kenapa kita ke hospital ? Adakah untuk berseronok dan lepak santai ? Sudah tentu TIDAK ? Mereka yang ke Hospital ini sudah tentu yang mempunyai MASALAH kesihatan atau menemani Orang Sakit MENDAPATKAN RAWATAN.

Cuba bayang, bayar Caj Perkhidmatan Hospital RM1 (SERINGGIT). Tapi Denda Parking Kereta RM 10 atau jika tidak bernasib baik kena RM 110 ? Jika anda Parking di dalam petak yang disediakan tetapi sudah tamat masa bayaran, PESAKIT @ peneman kena saman RM 10, itu sudah dikira nasib baik jika parking diluar petak & kena "Clamp" bayar dulu RM 110 baru boleh balik rumah.

Pagi ini, saya lihat dengan mata sendiri. Saya faham jika Parking di luar petak yang disediakan dan jika menghalang lalulintas wajarlah di ambil tindakan, yang saya ingin persoalkan ialah kereta yang tamat tempoh bayaran parking dan parking di petak yang disediakan, TETAP di saman.

Dalam Islam ada Ehsan. Wahai Kerajaan Berkebajikan ... Tidak bolehkan kamu memberi sedikit Ehsan kamu kepada Pesakit, peneman dan pekerja hospital sedikit Ehsan kamu ? Besar sangat ker pendapatan hasil dari kutipan Parking dan saman di kawasan Hospital tu ?

#KerajaanHanyaCakap

#HakikanyaBeginilah

#AmboKesianKoOreKelate

#BayarParkingMahalPadaBayarUbat

 

 

INI PUN SAMA JUGA..JUAL AYAT DAN KATA KATA...TAPI KALAU IKUT KOMEN KENA MAKI BERGUNI...




 

AKIBAT JADI TOLOL


Apa kita belajar dalam ini gambar?

1. Jangan sekali2 hilang plot dan naratif hujah kita. Perlu selalu ingat apa yang dikata. Kalau plot twist kena juga terangkan pendirian kita.

2. Wajar cerita semua fakta dan data yang ada. Bukan bagi sekerat2 pada pembaca. Buat mereka pikir sendiri semua angle. Kalau dah macam ni, nampak dolak dalik dan tak konsisten.

3. Jangan la bagi penulis hantu atau admin tulis your postings. Kan dah lain2. Kepada politisyen dan bakal politisyen, tulis lah sendiri. Anda jual diri anda pada pengundi. Jadi la diri sendiri. Itu yang nak kami undi.

A note to self jugak untuk muhasabah diri. 

MACAM GINI PUN AUNS PILIH JADI WAKIL RAKYAT ? INI DAKWAAN..KALAU TAK BETUL TOLONG BETULKAN...JANGAN BUAT MALU.


 

RAKYAT PULAK KENA BERHATI HATI- HABIS KERAJAAN BUAT APA UNTUK HALANG SEMUA INI BERLAKU?

 

Aktifkan penyahihan 2 faktor, elak akaun media sosial, pemesejan diambil alih





SKMM menasihatkan orang ramai supaya berwaspada dengan tidak berkongsi kod pengesahan kepada mana-mana pihak termasuk individu yang dikenali selain tidak klik kepada sebarang pelokasi sumber seragam (URL) atau pautan mencurigakan.

KUALA LUMPUR: Orang ramai sekali lagi diseru supaya mengaktifkan penyahihan dua-faktor (2FA) bagi setiap akaun media sosial dan aplikasi pemesejan bagi mengelak daripada menjadi mangsa pengambilalihan akaun untuk tujuan penipuan yang semakin meningkat.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) menerusi kenyataan malam ini turut menasihati orang ramai agar tidak berkongsi sebarang kod pengesahan bagi mengelakkan risiko akses oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Menurut SKMM, pengambilalihan akaun aplikasi pemesejan berlaku melalui taktik penyamaran dan pemerdayaan mangsa supaya menyerahkan kod pengesahan atau kod keselamatan 4 digit, 5 digit atau 6 digit yang dihantar oleh penyedia platform aplikasi pemesejan sama ada melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), e-mel atau tetapan lain yang dipilih oleh pengguna.

“Antara helah dan modus operandi yang sering digunakan pelaku termasuk menyamar sebagai pihak berkuasa yang menggunakan akaun pemesejan palsu dan menggunakan elemen ugutan atau pemerasan bagi mendapatkan kod pengesahan.

“Menyamar sebagai rakan atau ahli keluarga dengan menggunakan akaun pemesejan yang telah diambil alih, seterusnya merayu mangsa menyerahkan kod pengesahan dengan mendakwa ia milik mereka dan pihak penyedia platform aplikasi pemesejan telah tersalah menghantar kod kepada mangsa,” menurut kenyataan itu.

Selain itu, pelaku menyamar sebagai pihak berkuasa dan memaklumkan mangsa dipilih menjadi sebahagian daripada ahli kumpulan rahsia yang diwujudkan oleh kerajaan.

“Mangsa seterusnya diarahkan untuk berkongsikan kod pengesahan yang dihantar melalui aplikasi pemesejan atau SMS bagi mendapatkan akses ke dalam kumpulan rahsia tersebut,” kata SKMM.

Pelaku juga akan memancing data dengan menghubungi mangsa sama ada melalui aplikasi pemesejan atau di ruangan pesanan media sosial dengan menyamar sebagai wakil kepada penyedia platform aplikasi pemesejan.

“… seterusnya pelaku memaklumkan bahawa mangsa telah melakukan pelanggaran privasi atau hak cipta sebelum diarah untuk klik pada pautan yang diberikan bagi tujuan pembetulan,” menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu, orang ramai diingatkan agar sentiasa berwaspada dengan tidak berkongsi kod pengesahan kepada mana-mana pihak termasuk individu yang dikenali selain tidak klik kepada sebarang pelokasi sumber seragam (URL) atau pautan mencurigakan,” katanya.

Pengguna yang menjadi mangsa boleh membuat aduan secara terus kepada pihak pengendali platform atau di https://aduan.skmm.gov.my/.


TIKTOK-PENJELASAN STEVEN SIM MENGENAI DCNS DAN KONTRAK LCS


 

GEMPAR TERKINI 🔥 PELUANG CERAH UNTUK ANWAR IBRAHIM ? VETERAN UMNO ?

TIKTOK- FAHMI - NAJIB KATA NAK SELAMATKAN ORANG MELAYU ?


 

TIKTOK- SITI AISHAH-PAS KINI TIDAK LAGI LANTANG


 

TIKTOK - RINGKASAN PENDEDAHAN RAFIZI BERKAITAN ORANG LAIN MENGUASAI SAHAM LTAT


 

TIKTOK : FAHMI TERANG ISU TUKAR MODEL LCS


 

TIKTOK- DATO ZAHRAIN HENTAM KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM


 

NASIB BAIK LA RAFIZI BUAT PENDEDAHAN SEMUA NAIK KALUT: SPRM PUN BUAT BUAT CEKAP NAK DAKWA BEBERAPA INDIVIDU....NAJIB..ZAHID DAN HISHAMUDDIN JANGAN LUPA...

 


LCS: SPRM saran Jabatan Peguam Negara tuduh beberapa individu




Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata agensi itu sudah melengkapkan siasatan terhadap beberapa individu berhubung projek kapal tempur pesisir (LCS). (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyarankan kepada Jabatan Peguam Negara pertuduhan dikenakan terhadap beberapa individu berkait projek kapal tempur pesisir (LCS).

Dalam kenyataannya, SPRM mengesahkan sudah melengkapkan beberapa kertas siasatan terhadap individu yang mempunyai kaitan dengan dakwaan penyelewengan dalam pengendalian LCS.

“Kertas siasatan tersebut telah dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara dengan saranan daripada SPRM untuk mempertimbangkan pertuduhan terhadap beberapa individu.

“Seterusnya, SPRM akan menerima arahan lanjut hasil daripada kajian Pejabat Peguam Negara terhadap kertas siasatan tersebut,” menurut kenyataan itu.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Semalam, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata, beberapa fail telah dibuka bagi tujuan siasatan berhubung projek LCS.

Jelas Ismail, beliau telah mengarahkan supaya siasatan itu dibuat segera kerana ia melibatkan wang rakyat.

Khamis lalu, Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Wong Kah Woh, berkata Kementerian Pertahanan dan syarikat Boustead Naval Shipyard (BNS) telah mengabaikan pandangan tentera laut bagi projek LCS apabila tiada satu kapal pun berjaya disiapkan walaupun kerajaan telah membelanjakan RM6 bilion bagi projek tersebut.

Susulan itu, Bersatu menghantar memorandum ke Istana Negara semalam bagi memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat projek LCS.

PRU15: Anwar pertimbang tanding Parlimen Tambun



Anwar Ibrahim berkata cadangan itu akan dipertimbangkan kerana
 mahu fokus pada jumlah kerusi dan jentera pilihan raya terlebih
 dahulu.

IPOH: Presiden PKR Anwar Ibrahim mempertimbangkan cadangan supaya beliau bertanding di kerusi Parlimen Tambun pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, cadangan berkenaan telah diusulkan kepadanya namun keputusan belum lagi boleh diputuskan kerana fokus parti ketika ini adalah berkaitan jumlah kerusi dan jentera pilihan raya terlebih dahulu.

“Anda fikir macam mana? Kalau anda kata boleh, saya akan fikirkan. Ia satu cadangan yang sedang saya pertimbangkan.

“PKR bahagian Tambun ada usulkan, namun saya belum putuskan lagi. Kawan-kawan di Port Dickson pula merayu minta saya kekal di sana. Saya kena fikir dahulu,” katanya dalam sidang media selepas Mesyuarat Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Perak.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Ketua PKR Tambun, Muhamad Arafat Varisai Mahamad dilaporkan mahu memberi laluan kepada Anwar bertanding di kerusi Parlimen itu pada PRU15 dan keputusan telah dipersetujui di peringkat akar umbi menerusi Mesyuarat Agung Tahunan bahagian sebelum ini.

Menyentuh mengenai kerusi dan calon bagi PKR Perak untuk PRU15, Anwar berkata, perkara itu akan dibincang dan diputuskan pada mesyuarat Majlis Presiden.

Terdahulu, beliau berkata, mesyuarat pada hari ini bersetuju untuk melantik Ahli Parlimen Tanjung Malim yang juga Naib Presiden PKR Chang Lih Kang sebagai Pengerusi MPN Perak bagi penggal 2022 hingga 2025.

BANYAK DIA PUNYA CANTIK.,KRONI KAYA KERAJAAN KENA BAYAR

 


Najib persoal kenapa PH tidak membantu Boustead selesai hutang ketika PH memerintah dahulu. Itulah Najib. Tahunya bila kroni buat hutang, kerajaan yang bayar. Lepas tu kroninya kaya, negara habis duit. Dengan alasan ia projek yang penting.


Baca berita sepenuhnya di: https://bit.ly/3pdAMQE


Persoalan yang paling utama, kenapa Boustead rugi tak perlu diselidik. Macamana Boustead berhutang boleh sampai begitu banyak? Salah tadbir ke? Atau boros tak tentu pasal ke? Mana boleh kerajaan nak terus bantu macam tu saja.


Kalau begitu, senang la jadi kroni. Kerajaan bagi projek penting, dia belanja boros. Duit habis, buat hutang. Lepas tu projek tak jalan, kerajaan tolong bayar hutang. Lepas tu sambung boros, projek tak jalan, hutang bertimbun, kerajaan bayar lagi?


Kalau begini modus operandi Najib, tak hairanlah negara hancur dipegangnya. Sebab itu hampir semua projek yang berjalan semasa pentadbiran Najib harganya selalu naik. Tak kisahlah duit negara habis licin. Janji syarikat kroni selamat.


Macam ini yang rakyat nak harap untuk jaga negara kita? Syukur BN kalah sekejap selepas PRU14 dulu. Walau PH memerintah sekadar 22 bulan, ada juga perubahan yang berlaku dan disebabkan itu, kita dapat tahu cerita penyelewengan begini.


Kalaulah BN tak kalah tempohari, rasanya kecurian duit rakyat ini akan berterusan dan sampai hari ini rakyat ditipu bulat-bulat. Duit habis, potong subsidi. Dah begini punya jahat pun masih ada yang nak panggil dia bossku? Bodoh bebenor? Guane boh?


 

Raja Gelap



RENTASAN 1186 | PANAS!! KENYATAAN 'DALANG' SKANDAL LCS BERCANGGAH DENGAN...




MENARIK DALAM RENTASAN 1186

1. ORANG POLITIK TAMAK, CARI KOMISYEN, KATA ANWAR
2. NEGARA PERLU KELUAR DARIPADA KLEPTOKRASI
3. INI SATU DASAR YANG MENYUSAHKAN ANAK MUDA



UBAH REKA BENTUK KAPAL LCS DAN 10 SURAT PANGLIMA TLDM TAK DILAYAN – KENAPA NAJIB TIDAK PERNAH MENGULAS DUA ISU INI?

 

Kalau kita lihat ulasan-ulasan Najib Razak di laman FB beliau sejak isu kapal perang LCS yang tidak siap ini meletus menjadi isu besar dalam negara, hampir semua aspek digebangnya.

Tujuannya tidak lain ialah untuk menunjukkan beliau sebagai Perdana Menteri serta Menteri Kewangan ketika itu dan Zahid Hamidi yang kini Presiden UMNO selaku Menteri Pertahanan di ketika kontrak LCS ditandatangani pada 2011 tidak terkait dan boleh disisihkan daripada skandal tersebut.

Terbaru, sebagai satu lagi usaha ke arah itu, Najib turut memuatkan sejarah pengkorporatan Limbungan TLDM pada 1991 ketika era Tun Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri yang mana daripada situlah didakwanya bermula masalah hutang menimpa BNS, syarikat yang diberi kontrak membekalkan kapal pegang LCS.

Selain itu, hampir semua kritikan atau pendedahan pelbagai pihak berkaitan kegagalan projek LCS juga akan segera dijawab dan disanggahnya.

Ternampak hebat dan serba tahu Najib nampaknya, walaupun ketika di mahkamah banyak jawapan tidak tahu telah diberikannya.

Iyalah…di mahkamah dia sendiri kena hadir, tetapi di FB ramai admin yang membantunya.

Tetapi, dalam hebat dan gebang kencang itu, jika diperhati dengan teliti, ada dua isu yang sehingga sekarang Najib tidak pernah menyentuhnya sama sekali.

Pertama, berkenaan perubahan reka bentuk kapal LCS daripada jenis Sigma kepada Gowind, sedangkan di sinilah masalah banyak bermula.

Perubahan rekabentuk itu dicatatkan berlaku hanya dua bulan setelah sebelum itu Zahid Hamidi selaku Menteri Pertahanan bersetuju dengan reka bentuk Sigma.

Perubahan kepada Gowind adalah atas cadangan BNS bersama DCNS iaitu syarikat yang pernah membekalkan kapal selam Scorpene ketika Najib menjadi Menteri Pertahanan.

Yang dipertikaikan ialah bagaimana Zahid Hamidi boleh bersetuju dengan cadangan menukar reka bentuk LCS daripada Sigma kepada Gowind oleh BNS dan DCNS, walhal dua bulan sebelum itu telah bersetuju dengan reka bentuk Sigma?

Bila reka bentuk ditukar, ia bermakna fungsinya juga turut berubah daripada kapal tempur kepada kapal peronda yang sekaligus bermakna kosnya tentulah tidak lagi sama.

Contoh mudah, masa kontrak ditandatangani, kereta yang nak dibeli ialah Ford Ranger Raptor 4 x 4, tetapi apabila projek sudah diluluskan, yang nak dibeli ditukar kepada Proton X70 dengan kos harga yang sama.

Jadi, dalam hal ini bagaimana Najib selaku Menteri Kewangan boleh meluluskan pertukaran rekabentuk itu?

Apakah Najib tidak meneliti dengan mendalam perubahan itu atau adakah oleh kerana Zahid Hamidi yang menjadi Menteri Pertahanan ketika itu adalah bekas Setiausaha Politiknya sebelum ini, maka ia dipersetujui begitu saja?

Kedua, tentang 10 surat bantahan atau teguran yang dihantar oleh bekas Panglima TLDM, Dr Abdul Aziz Jaafar berkenaan LCS tapi langsung tidak dilayan atau dibalas.

Memetik kenyataan Abdul Aziz kepada media, beliau dilaporkan telah menghantar sekurang-kurangnya 10 surat teguran dan rasa tidak puas hati serta pendirian TLDM berhubung tatacara perolehan projek LCS.

Surat rasmi berkenaan dihantar kepada Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Menteri Pertahanan, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Ketua Setiausaha Negara dan juga Perdana Menteri.

Sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, kenapa Najib hanya berdiam diri dan tidak memberi sebarang respon kepada 10 surat tersebut?

Kalau satu surat, mungkin boleh diterima jika alasannya tidak perasan, tetapi bagaimana jika sampai 10 surat yang dibantar?

Sebagai Perdana Menteri, kenapa tidak merujuk kepada Kementerian Pertahanan dan Kementerian Kewangan untuk memberi respon, lagi pun yang menghantar surat itu bukan calang-calang orang, tetapi seorang Panglima TLDM yang bergelar Tan Sri?

Sekarang ini, terlanjur Najib tengah banyak gebang kencang, apa kata beliau secara sendirian atau bersama Zahid Hamidi memberi jawapan kepada dua hal berkenaan? – ShahbudinHusin 11/08/2022.