NEGERI BERKEBAJIKAN - Parking Dalam Perkarangan "Spital
Besar"( HPRZII) Tetap Kutip dan Saman.
Agaknya, kenapa kita ke hospital ? Adakah untuk berseronok dan
lepak santai ? Sudah tentu TIDAK ? Mereka yang ke Hospital ini sudah tentu yang
mempunyai MASALAH kesihatan atau menemani Orang Sakit MENDAPATKAN RAWATAN.
Cuba bayang, bayar Caj Perkhidmatan Hospital RM1 (SERINGGIT).
Tapi Denda Parking Kereta RM 10 atau jika tidak bernasib baik kena RM 110 ?
Jika anda Parking di dalam petak yang disediakan tetapi sudah tamat masa
bayaran, PESAKIT @ peneman kena saman RM 10, itu sudah dikira nasib baik jika
parking diluar petak & kena "Clamp" bayar dulu RM 110 baru boleh
balik rumah.
Pagi ini, saya lihat dengan mata sendiri. Saya faham jika
Parking di luar petak yang disediakan dan jika menghalang lalulintas wajarlah
di ambil tindakan, yang saya ingin persoalkan ialah kereta yang tamat tempoh
bayaran parking dan parking di petak yang disediakan, TETAP di saman.
Dalam Islam ada Ehsan. Wahai Kerajaan Berkebajikan ... Tidak
bolehkan kamu memberi sedikit Ehsan kamu kepada Pesakit, peneman dan pekerja
hospital sedikit Ehsan kamu ? Besar sangat ker pendapatan hasil dari kutipan
Parking dan saman di kawasan Hospital tu ?
#BayarParkingMahalPadaBayarUbat