TAPI KKERAJAAN NEGERI KAMU KATA KELANTAN SEBUAH NEGERI YANG MAKMUR

 


‘Bukan pilih kerja, nak hidup glamor, kami keluar niat cari rezeki’, kata perantau dari Kelantan






Pelbagai faktor termasuk keadaan ekonomi dan kepelbagaian kerja
 menjadi faktor membuatkan anak Kelantan merantau untuk mengubah
 taraf hidup.

PETALING JAYA: Tidak semua rakyat Kelantan merantau kerana ‘tradisi’ suka mengembara atau memilih kerja, sebaliknya keadaan ekonomi, gaji dan kepelbagaian bidang yang terhad antara faktor mereka berhijrah ke tempat lain.

Pekerja swasta, Norshamimi, 28, berasal dari Kelantan yang kini bekerja di Johor berkata, meskipun tidak dinafikan Kelantan tidak “kekeringan” pekerjaan, namun bidangnya tidak meluas dan tidak setara dengan kemahiran dan kelulusan yang ada.

“Jangan pukul rata kata anak Kelantan pilih kerja, rasa kerja dekat Kelantan tak glamor, atau tradisi orang Kelantan suka merantau, walhal sebenarnya nak merantau dan berjauhan dengan keluarga bukan keputusan mudah, tetapi keadaan memaksa kita.

“Kerja banyak tapi kalau bidang terhad macam perhotelan? Takkan nak jangka semua anak muda Kelantan ini nak kerja dekat hotel? Kita belajar susah payah mesti nak cari peluang yang sesuai dengan kemahiran dan kelulusan kita,” katanya ketika dihubungi FMT.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Turut sependapat, Ahmad Fakhruddin Che Adib, 28, berasal dari Machang pula berkata, industri perkilangan dan kejuruteraan agak terhad di negerinya membuatkannya mengambil keputusan untuk merantau.

“Secara umumnya di luar Kelantan lagi senang nak cari kerja sebab lagi banyak peluang. Kalau rasa tak sesuai senang nak tukar kerja sebab kita ada pilihan lain,” katanya yang sudah hampir tiga tahun bekerja sebagai jurutera di sebuah kilang di Pulau Pinang.

Sajjad Saimi, 31, dari Pasir Putih dan bekerja dalam bahagian peruncitan di Selangor, menyifatkan ramai anak muda Kelantan merantau tidak seharusnya dipandang sebagai “tradisi” semata-mata.

“Ini bukan tradisi semata-mata, realitinya gaji rendah dan kos sara hidup tinggi. Tak akan kita nak sia-siakan masa muda tanpa keluar cari pengalaman kerja dengan bayaran yang lebih baik…kita ada keluarga yang nak ditanggung,” katanya kepada FMT.

Sementara itu, Ismail Ibrahim, 57, dari Jeli, yang merantau sejak seawal usia 20-an berkata, semenjak dulu lagi ramai anak muda Kelantan keluar merantau untuk mencari rezeki kerana ketika itu peluang pekerjaan sangat terhad dengan gaji yang murah.

Ujarnya, dulu peluang yang banyak adalah kerja-kerja kampung seperti bercucuk tanam, menternak lembu, menoreh dan sebagainya. Justeru keadaan itu membuatkan mereka merantau untuk mengubah taraf hidup.

“Kita keluar merantau sebab tiada kerja dekat Kelantan. Masa itu peluang kurang dan yang banyak kerja kampung, orang muda takkan nak kerja kampung dengan gaji murah, dulu nak kerja buruh pun susah kalau ada pun setakat kerja kontrak gali parit.

“Saya tidak menyesal berhijrah, kerana kalau saya tidak keluar mencari pengalaman dan pekerjaan lain saya mungkin tidak dapat mengubah taraf hidup saya, ” katanya yang kini menetap di Johor.

Terdahulu, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Mohd Amar Nik Abdullah dilaporkan berkata, anak muda Kelantan lebih memilih merantau kerana ia merupakan tradisi mereka, selain ada segelintir bersikap memilih kerja.

“Ada banyak peluang pekerjaan tetapi anak Kelantan lebih suka berada di luar (Kelantan) mungkin rasa tidak glamor, ada juga yang memilih kerja,” katanya.