KAH..KAH...KETAQ LUTUT KA WOIII..MENANG SIKIT TU ......PEJA..KAU BUKAN LAWAN ANWAR LA PEJA..ISTANA PUN TOLAK KAU..UMNO PUN TOLAK..DARI MB JADI MENTERI TAK PERFORM....ANWAR TANDING TAMBUN NAK TENDANG KAU LA TU

 

 

38,661 Undi
33,341 Undi
14,948 Undi
  • Dimenangi Oleh:
    AHMAD FAIZAL DATO' AZUMU
    PARTI KEADILAN RAKYAT

    Jumlah Undi: 38,661

    Majoriti : 5,320

  • Telah Menewaskan:
    DATO' SERI AHMAD HUSNI HANADZLAH
    BARISAN NASIONAL

    Jumlah Undi: 33,341

  • Telah Menewaskan:
    USTAZ IBRAHIM ZAKARIA
    PARTI ISLAM SE MALAYSIA

    Jumlah Undi: 14,948






Tanding di Tambun: Anwar bimbang ditolak pengundi Port Dickson, kata Peja.



Ahli Parlimen Tambun Ahmad Faizal Azumu berkata Anwar Ibrahim
 mungkin bimbang ditolak di tempat sendiri maka pilihan lebih selamat
 adalah menjadi Ahli Parlimen nomad.

PETALING JAYA: Tindakan Presiden PKR Anwar Ibrahim cuba mencari kerusi selamat pada pilihan raya umum (PRU) akan datang mungkin didorong rasa bimbang akan ditolak pengundi Parlimen Port Dickson, kata Ahmad Faizal Azumu.

Ahli Parlimen Tambun itu berpendapat kebimbangan berkenaan menyebabkan Anwar menimbang kemungkinan bertanding di kerusi dimenanginya pada PRU lalu.

Faizal secara sinis juga berkata, Anwar kini mengintai kerusi Parlimen baharu kerana beliau telah menyelesaikan semua masalah penduduk Permatang Pauh dan Port Dickson.

“Mungkin mereka (PKR) berpandangan bahawa Permatang Pauh dan Port Dickson telah membangun dengan amat hebat, tiada lagi masalah rakyat yang perlu dibantu.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

“Ataupun, beliau bimbang ditolak di tempat sendiri maka pilihan yang lebih selamat adalah dengan menjadi Ahli Parlimen nomad (berpindah-randah),” kataya menurut Malaysiakini.

Semalam, Anwar yang juga bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh mengesahkan sedang mempertimbangkan cadangan supaya beliau bertanding di kerusi Parlimen Tambun.

Anwar turut berkata, cadangan itu telah diusulkan kepadanya namun keputusan belum lagi boleh diputuskan kerana fokus parti ketika ini adalah berkaitan jumlah kerusi dan jentera pilihan raya terlebih dahulu.

“PKR bahagian Tambun ada usulkan, namun saya belum putuskan lagi. Kawan-kawan di Port Dickson pula merayu minta saya kekal di sana. Saya kena fikir dahulu,” kata Anwar yang juga ketua pembangkang.

Oktober lalu, Ketua PKR Bahagian Tambun, Muhamad Arafat Varisai Mahamad dilaporkan mahu memberi laluan kepada Anwar untuk bertanding di kerusi berkenaan dan keputusan itu juga dikatakan dipersetujui di peringkat akar umbi menerusi mesyuarat agung tahunan bahagian sebelum ini.

Pada PRU14, Faizal yang juga timbalan presiden Bersatu menang kerusi Tambun bawah tiket Pakatan Harapan dan menewaskan penyandangnya Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah daripada BN dengan majoriti 5,320 undi.

No comments: