
Perdana Menteri (PM) kerajaan Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin diingatkan supaya melepaskan jawatan seandainya beliau tidak lagi mempunyai sokongan majoriti dalam kalangan ahli-ahli Parlimen.

Perdana Menteri (PM) kerajaan Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin diingatkan supaya melepaskan jawatan seandainya beliau tidak lagi mempunyai sokongan majoriti dalam kalangan ahli-ahli Parlimen.
Susulan pemakluman Anwar Ibrahim pada minggu lalu bahawa beliau telah mempunyai sokongan yang kukuh dan meyakinkan untuk mengambil alih kerajaan, keghairahan orangramai untuk melihat ia menjadi kenyataan turut meningkat.
Di mana-mana, apabila saja ada perbualan mengenai politik negara, soalan yang tidak terlepas daripada pertanyaan ialah bila Anwar akan mengangkat sumpah?
Lebih daripada itu, ramai kawan-kawan dan saudara mara juga turut bertanyalan soalan yang sama.
Makin hari berlalu, soalan yang sama terus ditanya dan kedengaran di mana-mana, meskipun rata-ratanya faham bahawa Agong belum dapat menerima Anwar untuk mengadap berikutan masalah kesihatan yang dihadapi baginda.
Ini memperlihatkan keghairahan rakyat Malaysia untuk melihat Anwar mengambil alih kerajaan amat tinggi, sama tinggi dengan bimbangnya penyokong Muhyiddin Yassin terhadap kejatuhan kerajaan Perikatan Nasional.
Realitinya, selagi Anwar belum dapat mengadap Agong, maka selagi itulah soalan “bila Anwar akan mengangkat sumpah?” terus tiada jawapan.
Anwar sudah memaklumkan sebelum ini bahawa jumlah bilangan Ahli Parlimen yang menyokongnya hanya akan dipersembahkan kepada Agong terlebih dahulu, selepas itu jika ada keperluan, barulah akan didedahkan kepada umum.
Maka, selagi Agong tidak sihat dan Anwar tidak dapat mengadap, tiada siapa tahu berapa jumlah Ahli Parlimen yang sudah menyatakan sokongan kepada Presiden PKR itu mengambil alih kerajaan.
Juga tidak akan diketahui bila tarikh angkat sumpah akan dilangsungkan.
Sebelum ini, Anwar sudah pun mendapat tarikh untuk mengadap Agong iaitu pada 11 pagi Selasa, 22 September bagi mempersembahkan jumlah sokongan yang telah diperolehinya dan selepas itu suatu sidang akhbar akan diadakan.
Tetapi, berikutan keadaan kesihatan Agong yang tidak mengizinkan, majlis mengadap telah ditangguhkan ke suatu tarikh lain yang belum ditentukan.
Untuk itu, Anwar telah mengadakan sidang media pada 23 September memaklumkan rancangannya untuk mengambil alih kerajaan itu dengan hakikat sokongan yang dimilikinya adalah kukuh dan meyakinkan.
Dalam hal ini, Anwar terpaksa mengadakan sidang akhbar, walaupun belum mengadap Agong kerana bimbang rancangannya itu bocor kepada pengetahuan umum terlebih dahulu.
Yang penting di sini, dengan Anwar telah memohon untuk mengadap Agong, malah malah disahkan oleh Istana Negara dan sudah diberikan tarikh dan masa untuk pertemuan, bermakna beliau tidak berbohong dan bukan main-main dengan jumlah sokongan yang telah diperolehinya serta usahanya untuk mengambil alih kerajaan.
Ia kemudian diperkukuhkan lagi dengan kenyataan Presiden UMNO, Zahid Hamidi yang tiada halangan jika Ahli-Ahli Parlimen BN mahu memberi sokongan, sambil beliau juga dimaklumkan bahawa sudah ramai daripada kalangan mereka itu telah pun menyokong Anwar.
Selain itu, bekas Perdana Menteri, Najib Razak juga agak berteka-teki mengenai perkara itu – tidak mengiya dan tidak pula menafikan.
Dengan sokongan yang dimiiliki Muhyiddin hanya antara satu atau dua undi saja di Dewan Rakyat, menjatuhkannya bukan masalah besar sebenarnya jika dilihat kepada semakin membesarnya perasaan tidak puas hati di pihak UMNO terhadap kepimpinan Perdana Menteri sejak kebelakangan ini.
Pokok pangkalnya, bertukar atau tidak kerajaan dalam waktu terdekat ini hanya boleh diketahui selepas Anwar dibenarkan mengadap Agong dalam waktu yang terdekat ini.
Setelah Anwar mengadap Agong dan mempersembahkan sokongan yang dimilikinya, selepas itu Agong tentu saja akan memanggil Muhyiddin pula untuk mengadap baginda.
Seterusnya, jika terbukti Anwar memiliki sokongan yang mencukupi, Muhyiddin ada dua pilihan – meletak jawatan dan menyerahkan kepada Anwar untuk mengambil alih kerajaan atau membubarkan Parlimen bagi diadakan pilihanraya.
Kuncinya di sini ialah sementara Anwar mungkin tidak sabar menunggu tarikh untuk mengadap Agong yang turut disertakan doa agar baginda segera sihat seperti sediakala, rakyat Malaysia secara umumnya pula turut tidak sabar untuk melihat bila majlis angkat sumpah Perdana Menteri baru akan dilangsungkan. (Shahbudindotcom 01/10/2020)

Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi
Fadzil menafikan bahawa satu sidang media yang menampilkan Presiden KEADILAN
Datuk Seri Anwar Ibrahim akan diadakan di Kuala Lumpur hari ini.
Menurut Fahmi pemakluman sidang media
yang menggunakan nama beliau dan Biro Komunikasi KEADILAN adalah palsu dan
direkayasa oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Ahli Parlimen Lembah Pantai itu menafikan sekeras-kerasnya
pihaknya atau parti akan mengadakan sidang media di tempat dan waktu yang
ditularkan.
By
-
1.okt 2020

Najib telah meninggalkan kesan mendalam iaitu kelemahannya; dia ialah suatu kegagalan dan telah secara sedar menjatuhkan keutuhan Malaysia, CW menulis.
Pada 30 Julai, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur
telah mendapati mantan Perdana Menteri yang sedang menanggung malu, Najib Razak
bersalah di luar keraguan munasabah terhadap kesemua tujuh pertuduhan jenayah
pengubahan wang, jenayah pecah amanah, dan salah guna kuasa – dan
menjatuhkannya hukuman sehingga 72 tahun penjara yang berjalan serentak (secara
pelaksanaannya 12 tahun) dan denda RM210 juta.
Merujuk kepada tinjauan
pendapat Merdeka Center baru-baru ini, sebahagian besar majoriti
rakyat Malaysia, termasuk ramai dari kalangan penyokongnya, merasakan Najib
adalah bersalah: 61% daripada 3,514 responden daripada semua 14 negeri – satu
sampel wakil berstatistik tinggi – setuju dengan Mahkamah Tinggi yang dia bersalah
untuk jenayahnya. Hanya 18% merasakan sebaliknya.
Walaupun Najib dengan hiba mendakwa di dalam mahkamah dia “tidak sedar” sumber dana tersebut telah masuk ke akaun bank peribadinya, Hakim Mohd Nazlan Ghazali melakukan perkara yang betul dan mensabitkan dia bersalah. Dalam alasan penghakiman 801 muka surat, hakim tersebut telah memberitahu Najib bahawa kesnya ialah salah guna kuasa yang paling “teruk” pernah disaksikan di Malaysia dan mantan Perdana Menteri itu telah mengkhianati kepercayaan umum.

Alangkan sumpah laknat di mahkamah yang
memalukan, tunggangan motorsikal yang nampak kekok, dan ucapan kelakar
“masyarakat yang lebih adil dan penyayang” pun tidak dapat memujuk majoriti
Melayu bahawa dia tidak bersalah: lebih kurang enam dalam 10
orang Melayu ditinjau pandangan setuju Najib bersalah terhadap
jenayahnya. Sedangkan gabungan kerajaan disokong Umno juga mengeluarkan
kenyataan rasmi menyokong hukuman Mahkamah Tinggi.
Support the struggle to build a Malaysia based on Justice,
Freedom, Solidarity:
·
Sign up for Aliran's free daily email
updates or weekly newsletters or both
·
Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran
Negara, CIMB a/c 8004240948
·
Schedule an auto donation to Aliran
every month or every quarter
Akhirnya, Najib ialah bos yang tiada apa
sehabuk pun. Bertentangan dengan citra jenama lembik “bossku” cuba dibikinnya,
kini dia bukan sahaja seorang badut tapi juga seorang penjenayah yang bersalah.

Spot
the odd one out
Najib patut dilayan sebagai seorang yang
terbuang bukan kerana dia adalah Perdana Menteri Malaysia paling teruk yang tak
perlu diragui lagi atau sebab pemimpin dunia
nampaknya menyisihkan dia berkali-kali di pentas dunia, tapi
kerana dia sebabkan kesengsaraan berjuta rakyat Malaysia yang tak bersalah dan
menjatuhkan Malaysia di mata dunia. Tapi, seperti diperhatikan Hakim
Nazlan, Najib tidak
menunjukkan rasa kesal ke atas apa yang telah dia lakukan.
Walau bebanan pemberat pembuktian fiskal, namun dia masih menafikan yang dia
telah mencuri berbilion daripada rakyat Malaysia.
Najib masih tidak dapat menerima hakikat.
Sebagai salah seorang ketua
kerajaan (kini bekas) di yang paling tidak popular di dunia, Najib mempunyai
kemerosotan keperibadian yang amat terang dan nyata. Namun tragiknya, tiada
seorang pun dalam hidupnya yang mahu bersikap prihatin untuk cuba bantu dia
menerima kesalahannya.
Kelemahan Najib menjadi pusaka kekal
peninggalannya; dia telah jadi suatu kegagalan dan telah secara sedar
menjatuhkan integriti Malaysia. Dia adalah modal peranan yang teruk untuk sesiapa
sahaja dan contoh terbaik untuk seorang politikus luput yang tak tahu apa pun.
Najib ialah seorang dungu, tapi pada tahap
tertentu, dia juga sedar diri, mengaduk perancangan untuk menggilap imej
lemahnya di mata orang lain, Ramai kroni Najib yang membolehkan pelbagai
skandalnya berlaku masih belum disabitkan untuk jenayah berkaitan mereka, dan
kita masih belum melihat mereka merangkak keluar dari persembunyian untuk
membela Najib.
Untuk meringkaskan penulis Aleksandr
Solzhenitsyn, Najib ialah bos yang lemah dan bodoh, dan gabungan kedua-dua itu
biasanya memang elok untuk meraih populariti yang hebat di Malaysia. Setakat
ini, dia masih bergerak dan berucap dengan bebas.
READ MORE: The People v Najib Razak Ep 68:
Didn’t know you then, but now I do
Namun, hari keputusan yang memalukan dengan
hampir seribu “penyokong” Najib – yang nampaknya kenyang dijamu dan dibawa khas
ke mahkamah – juga memakan diri.
MSO
Kerajaan Sabah membentuk kabinetnya dengan tiga orang Timbalan Ketua Menteri. Pelantikan itu sama sekali tidak memenuhi keperluan bagi tujuan pentadbiran kerajaan negeri berkenaan melainkan kerana memenuhi kehendak politik. Pelantikan itu juga bukan menjimatkan wang rakyat tetapi menghabiskan wang rakyat.
Tiga orang timbalan ketua menteri itu mewakili tiga buah parti, STAR, UMNO dan PBS. Ketua menteri daripada PPBM.
Apa yang berlaku itu aneh sekali, tetapi itulah pentadbiran cara politik dan apabila kerajaan yang dibentuk itu dengan gabungan tiga buah parti yang lemah.
Ternyata apa berlaku di Sabah itu berbeza dengan kerajaan PN di peringkat federal, yang tidak ada langsung timbalan perdana menteri. TPM yang boleh menjalani tugas PM kalau sakit atau keracunan makanan dibantu oleh empat orang menteri kanan.
Seorang daripada Umno, seorang daripada GPS dan dua orang daripada PPBM. Perdana Menteri daripada PPBM.
GRS tidak ada wakil di kerusi menteri kanan, demikian juga dengan Pas. Jika mengambil formula di Sabah itu sewajarnya Pas juga mendapat jawatan menteri kanan. Alang-alang nak sapu dan santap wang rakyat biar berbaloi. Buat baik jangan berpada-pada buat jahat perlu banyak kali, itu falsafah dalam politik.
Trims.
Politik Malaysia dijangka memperlahankan pertumbuhan ekonomi untuk dekad akan datang, menurut Firma penyelidikan perniagaan Fitch Solution.
Ditambah pula dengan pertambahan populasi yang lebih perlahan dan pengurangan ruang fiskal untuk mengurangkan impak kejutan ekonomi negatif di masa depan, Fitch meramalkan pertumbuhan KDNK sebenar untuk 10 tahun seterusnya pada kadar 3.4 peratus, berbanding 6.4 peratus sepanjang dekad lalu.
Dalam laporan yang diedarkan hari ini, Fitch berkata antara isu politik yang akan memberi kesan terhadap ekonomi negara adalah perubahan kuasa dengan Malaysia keluar dari era pemerintahan satu parti.
“Kami menjangka kuasa akan sering bertukar tangan, membawa kepada kesinambungan dasar yang boleh dipersoalkan dan terhentinya memontum pembaharuan,” katanya sambil membangkitkan peralihan kuasa Februari lalu sebagai bukti bahawa pergolakan boleh berlaku.
“Walaupun peralihan yang berjaya ke arah sistem dua parti atau pelbagai parti yang lebih berjaya membawa bersama demokrasi yang lebih matang pasti akan tetap menguntungkan Malaysia, ketidaktentuan sementara mungkin menjadi faktor negatif yang diambil kira pelabur berpotensi,” katanya dipetik.
Katanya, ia akan meletakkan Malaysia dalam keadaan kurang baik dalam soal menarik pelaburan langsung asing dari kalangan negara yang ingin beralih dari China.
Sementara itu, Fitch meramalkan ahli politik akan menggunakan pendekatan-pendekatan populis demi meraih sokongan.
“(Ini) boleh memburukkan persekitaran niaga kerana lebih banyak pendekatan perlindungan (protectionist) akan dilaksanakan,” katanya.
Firma itu memetik dasar PH untuk menaikkan gaji minimum, denda untuk pengambilan pekerja asing, dan subsidi untuk pengambilan tenaga kerja tempatan sebagai contoh.
Ia berkata peralihan sokongan ahli politik boleh menyebabkan peningkatan semula amalan rasuah dan korupsi selain naungan politik.
“Dengan mengambil kira latar ini, pembaharuan utama yang boleh membuka potensi pertumbuhan di Malaysia mungkin tertangguh.
“Contoh utama adalah dasar afirmatif yang berpihak kepada masyarakat Melayu, yang kemungkinan besar diteruskan, akan menyebabkan ‘brain drain’ di mana masyarakat bukan Melayu yang berbakat mencari peluang di luar negara,” katanya.
Firma itu turut membangkitkan apa yang disifatkan sebagai “padang tidak sama rata” dalam soal pemerolehan kerajaan sebagai turut menjadi masalah.
“Dasar berdasarkan kaum ini sukar dikendalikan dan akan memperlahankan pembangunan ekonomi untuk masa akan datang,” katanya lagi.
Sementara itu, Fitch juga meramalkan kadar purata untuk pertumbuhan penduduk bagi dekad seterusnya adalah satu peratus, berbanding 2.3 peratus pada 10 tahun terakhir.
Ia juga akan menyebabkan pertumbuhan KDNK sebenar yang lebih perlahan.
Selain itu, menurut firma itu, kerajaan juga mempunyai ruang fiskal yang lebih kecil untuk dikemudi jika berlakunya kejutan ekonomi negatif yang seterusnya.
Ia diburukkan lagi dengan peningkatan hutang negara, termasuk hutang dijamin kerajaan, katanya.
“Selain itu, langkah populis mungkin termasuk pemberian tunai secara kerap pada tahun-tahun mendatang, yang akan terus mengehadkan sumber untuk menyokong ekonomi di saat yang lebih mencabar,” katanya lagi.
HAMDAN TAHA
Bn dan umno jika nak
kuat semula perlu berkeadaan asal iaitu bertanding di semua kerusi di peringkat
parlimen dan adun...
Baru lah semua ahli
dan bahagian berfungsi dan aktif. Baru ramai ketua bahagian dan sesiapa sahaja
yang rasa nak jadi calun keluar duit dan berbelanja dan buat program maka ahli
dan cawangan bole di gerakan...
Tapi jika berjongsi
kerusi dengan pas dan bersatu....akan merosotkan Bn dan Umno. Jika dapat kerusi
yang di peruntukan dalam gabungan hanya 50 kerusi...maka umno akan aktif di
semua kawasan itu sahaja....di kelantan...terengganu...kedah...dan banyak
tempat lagi umno akan mati terus....sebab tidak ada sebab ketua bahagian beria
ia melaksanakan program dan keluar duit jika sekadar menguatkan pas dan
bersatu...kerusi semua depa punya...jawatan semua depa punya....
Jika lah Malaysia ni
tampa Cina dan bukan Melayu....hanya ada orang Melayu sahaja...bagi saya dah
lama kita berperang saudara...dan tidak boleh aman....seperti di Afganistan....masa menentang Rusia boleh bersatu...tapi bila dah
menang...bergaduh sesama sendiri lebih teruk dari menentang Rusia....

Saya tak pasti bila kes Dato Zahid akan di buat keputusan oleh Hakim....Semoga di doakan beliau berjaya dalam kes beliau daripada di jatuhkan hukuman. Jika itu berlaku dia akan menjadi gagah perkasa sebagai Presiden Umno.....
Tapi jika dia juga di jatuhkan juga hukuman oleh mahkamah....sementara
di buat rayuan....apakah dia wajib letak jawatan Presiden Umno....jawapannya
ia....maka jawatan Presiden akan di pangku oleh Tok Mat Hassan....
Apa akan jadi pada Dato Zahid dan Najib....saya boleh percaya
masa itu mereka berdua boleh saja melakukan Amok Tok Nadim......dan beralih
sokongan....dan menjadikan kerajaan PN gugur berkecai....boleh saja jadi
begitu....

Kes rasuah melibatkan ketirisan perolehan kerajaan membabitkan penjawat awam dilihat semakin kritikal, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Azam Baki.
Tanpa mendedahkan statistik berkenaan, beliau berkata hampir 50 peratus kes ketirisan perolehan kerajaan banyak berlaku melibatkan agensi-agensi kerajaan.
“Saya boleh katakan ketirisan pada analisa SPRM banyak berlaku di sektor awam, dengan mereka (pihak pimpinan tertinggi agensi kerajaan) yang berkuasa dalam memutuskan sesuatu perkara itu (perolehan kerajaan) terlibat penyelewengan dan salah guna kuasa.
“Apabila berlakunya ketirisan perolehan kerajaan, siasatan kami menunjukkan terdapatnya elemen rasuah yang menyebabkan sesuatu nilai perolehan kerajaan turut naik,” katanya kepada Bernama dalam temu bual sempena Ulang Tahun SPRM ke-53, hari ini.
Menjelaskan perkara itu, Azam memberi contoh jika sesuatu perolehan kerajaan bernilai RM1 juta maka nilai rasuah juga akan naik berbanding nilai asas.
“Ia bukan hanya nilai rasuahnya naik malah kualiti projek juga tidak berkualiti. Saya ingin memberi contoh kes terbaru melibatkan projek naik taraf jalan di Sarawak.
“Projek jalan ini dikurangkan kualiti pembuatannya sehingga menyebabkan jalan terlibat cepat rosak lalu menyebabkan kerugian jutaan ringgit kepada kerajaan,” katanya.
Azam berkata pihaknya perlu ada pakar dalam perkara berkenaan dan perlu bekerjasama dengan pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk membuat penilaian semula.
Pada awal September lepas, Bernama melaporkan SPRM telah menahan dua pengarah syarikat berpangkat Datuk disyaki terlibat rasuah dan mengemukakan tuntutan palsu bernilai puluhan juta ringgit berhubung pelaksanaan 10 projek menaik taraf jalan di Sarawak bernilai RM800 juta.
Ditanya sama ada sektor swasta turut berlaku ketirisan, Azam berkata pihaknya ada menerima kes ketirisan melibatkan sektor swasta, namun jumlahnya tidak membimbangkan seperti dalam sektor awam.
“Hasrat SPRM adalah untuk menyiasat kedua-dua pihak ini (sektor awam dan swasta) jika terlibat ketirisan perolehan kerajaan, kami akan bawa ke mahkamah untuk pendakwaan,” katanya.

Kenyataan Wan Ahmad Fayhsal kelihatan jelas dimanipulasi seakan ada jarum-jarum halus yang menikam kerana tidak mahu melihat muafakat utamanya parti Melayu melalui kerajaan Perikatan Nasional.
Ketua Penerangnan Armada Bersatu, Mohd Ashraf Mustaqim berkata, amat menyedihkan pada saat dan ketika agenda penyatuan menjadi tunjang utama, ada juga segelintir pemimpin utama UMNO yang mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang mengguris perasaan pihak lain.
“Ini tampaknya samada termakan dakyah jarum pemisah atau demi agenda ‘peribadi’ semata tanpa memikirkan nasib orang Melayu dan masyarakat Malaysia umumnya.
“Jika dinilai dari kenyataan-kenyataan yang dilemparkan beberapa pemimpin UMNO, ARMADA malah kepimpinan BERSATU sebegitu utamanya Tan Sri Muhyiddin Yassin langsung tidak memperbesarkan hal dan kecoh untuk berpolitik sepanjang masa kerana melihat maslahat yang lebih mustahak; demi orang Melayu, rakyat Malaysia dan agenda penyatuan!
“Saya percaya perselisihan pendapat ini akan mematangkan malah mengeratkan lagi hubungan antara semua, demi agama, bangsa & negara,” katanya dalam satu kenyataan.
Jelasnya Sebegitu hasrat mereka mengangkat pemimpin Melayu yang baik nilai dalam menjadi cerminan bangsa yang bertekad setia berkhidmat untuk seluruh rakyat Malaysia tidak kira latar.