APABILA TUAN GURU NIK AZIZ DISINGKIRKAN....AL HUSSEYN

Setelah Nik Aziz berjaya disingkirkan ....

Utusan Meloya pernah melaporkan kenyataan Mursyidul 'Am PAS pada Mei 2013 lalu sebagai berikut :
KOTA BHARU 7 Mei - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata, beliau akan 'meludah' muka ahli UMNO yang datang bertemunya bagi menyatukan dua parti terbesar orang Melayu itu biarpun ramai bimbang dengan masa depan negara selepas 'tsunami pengundi Cina' dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), Ahad lalu.

Beliau yang ditemui pemberita di rumahnya di sini hari ini, tetap dengan pendiriannya untuk tidak menjalin kerjasama dengan UMNO kerana mendakwa, telah serik dengan pengalaman lalu.


"UMNO kena buang 'kebangsaan' dan terima Islam dahulu. Sudah lama saya cakap macam ini, sikit lagi ada orang UMNO cari Pas, saya akan ludah muka orang itu, kalau kamu hendak bersatu, buang kebangsaan ambil semangat Islam, tidak kena di mana Islam?'' soalnya. SUMBER 
Sekarang, kalangan UG sudah tidak perlu berselindung lagi apabila TGNA sudah tidak ada kuasa. Beliau terlalu uzur sekarang ini dan hanya mendapat maklumat dari kalangan UG..... 

Beliau kini tidak mampu nak ludah muka-muka yang nak menyatukan Umno dan PAS yang semakin ramai berani menampakan diri mereka yang sebenar.



Puak-puak UG kini berjaya menjadikan TGNA tidak ubah seperti harimau sarkis yang tiada gigi lagi.Kata-kata TGNA habis disanggah dan diketepikan.

TGNA pernah berkata, "Wajib diingat, Pakatan Rakyat perlu terus kukuh dalam medan politik negara. Akar umbi perlu sentiasa segar dengan maklumat agar sikap dan tingkah laku pemimpin difahami dengan jelas.Jika akar rapuh, pohon yang rendang sekalipun tidak akan bertahan lama."


Tetapi apa kata puak UG sekarang ini setelah mereka berjaya menyingkirkan TGNA dan Husam Musa dari menerajui  Kelantan? Bukan sahaja sanggup berpeluk dengan Umno/BN, malah sanggup keluar dari Tahaluf Siyasi bersama Pakatan Rakyat yang telah terbukti membawa banyak kemajuan kepada perjuangan rakyat negara ini.



PAS seolah-olah meronta-ronta mahu keluar dari PR. Bekali-kali ulang kenyataan mahu mengkaji semula tahaluf siyasi. Berkali-kali mengugut mahu keluar PR. Tunggu apa tungu? Keluarlah kamu wahai UG. Jangan ingat kami yang dalam PAS ni semua setuju dengan kamu!

 Tolong buat keputusan yang jitu dan tuntas dalam muktamar nanti.


Gambar TGNA hanya hanya sekadar dimuat hias dalam mana-mana poster program-program UG sahaja....Ngaumannya sudah tidak segarang seperti mana dahulu.

JIWA ANAK MERDEKA



WAJIB DENGAR : Waktu Terbelahnya Langit - Ustaz Jafri Abu Bakar Mahmoodi


ADAKAH KONSPIRASI MENJATUHKAN NAJIB SEDANG BERJALAN? DAN NAJIB SEDANG BERUNDING MEMPERTAHANKAN?

 

 

 

 

 

 

 

 

Pemimpin Umno lapor polis ke atas 1MDB



Datuk Khairuddin Abu Hassan dari Umno bahagian Batu Kawan membuat laporan polis itu di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi petang ini.

"Saya berasa curiga dan ragu-ragu dengan pengurusan kewangan 1MDB yang tidak telus," katanya kepada pemberita.


Melihat kepimpinan Najib yang makin tertekan, Rais Yatim baru baru ini menegaskan bahawa adalah elok jika Najib diberi peluang hanya untuk 3 tahun lagi sebagai PM. Manakala Mahathir dan Daim pula melihat bahawa Najib gagal memguruskan kewangan negara dan berhutang lebih 500 billion malah ada yang menyatakan bahawa ianya lebih dari itu. Walau apa pun ianya telah melebihi 50% had KDK dalam negara.

Rata rata menyatakan tentang kebimbangan akan kadar keberhutangan negara yang dilihat sebagai telah mencapai tahap tenat jika tidak diuruskan dengan baik.Tekanan mengenai bebanan GST dan cukai yang digunakan bagi menjalankan ekonomi domestik dilihat membebakan rakyat dan kakitangan kerajaan menuntut kenaikan gaji akibat tekanan kenaikan harga barang dan petrol.
  
 Mahathir mengkritik pentadbiran Najib,manakala Ku Li pula membidas nasib Umno yang sukar berubah. Mahathir menyatakan bahawa tiada calon untuk menggantikan Najib kerana tiada dari Umno yang berkelayakkan.

Najib semakin panik.

 SIAPA KHAIRUDDIN?

Suami Ummi Aida..bangun dan menjadi kaya raya semasa zaman Pak Lah dengan projek motosikal comelnya kemungkinan bersama Rahim Chik? Asal Bukit Mertajam dan mempunyai kaitan dengan Anwar dan kes awal beliau bersama ummi Hafilda dan juga Azwan Ali perbicaraan kes liwat 1. dan diawal gerakan Reformasi.


Wajah beliau sering kelihatan bersama Ummi  Hafilda ke mahkamah menemani saksi utama kes liwat iaitu pemandu Wan Azizah , iaitu Azizan Abu Bakar.











 Penulis buku (Arwah) Khalid jefri,Umi,Khairuddin antara selebriti utama yang digunakan Mahatir dalam kes liwat pertama Anwar




BACA KOMEN ZAM

INI BUKAN BLOGGER BENGGONG SEPERTI KATA NAJIB..IHSAN BLOG ZAM YANG DIMUATTURUN BARU BARU INI.


"Ketua Penerangan Pas Datuk Mahfuz Omar telah membuat kenyataan mesra dan menyegarkan kepada Dr. Mahathir  dengan   mengnganggap Mantan  Perdana Menteri itu  bersuara  berani  semata mata untuk melihat masa depan negara mempunyai hala tuju yang betul bila beliau  mengatakan  ramai yang layak untuk ganti Najib  sebagai Perdana Menteri.

Mahfuz sebelum ini diketahui sebagai orang Pas yang paling  keras dan lantang mengkritik Mahathir dalam banyak hal.

Bagaimanapun yang lebih penting untuk ditanya adakah kenyataan Mahfuz itu kerana beliau telah mendengar  desas desus mengatakan ada rundingan damai  sedang berlaku antara PKR dengan UMNO  atau adakah kerana Mahathir melihat Azmin Ali sebagai berpotensi untuk calun PM yang perlu kembali  kepada UMNO?."


INI PULA TENTANG KES LIWAT 2 YANG MASIH TERTANGGUH

HAKIM HAKIM MENUNGGU HASIL RUNDINGAN KES LIWAT ANWAR

 

  "Kelewatan kes liwat Anwar Ibrahim ini telah mengesahkan  keraguan orang ramai selama ini terhadap keupayaan sistem kehakiman dan keadilan negara. Masa yang bagitu lama diambil telah menimbulkan berbagai sepkulasi ,prasangka,persepsi  dan pandangan negatif terhadap integriti,   kecekapan,kebijaksaan dan sihat atau tidak sihat  badan kehakiman negara..

Persepsi atau spekulasi paling terkini dan terburuk ialah mengatakan hakim - hakim sedang menunggu keputusan rundingan yang sedang diadakan. Saya tidak tahu apakah rundingan yang sedang diadakan itu? Siapakah yang terlibat? Ada campurtangan politik ke?"

Demikian ulas Zam beberapa hari lepas dalam posting beliau dan bergambar bersama beberapa bloggers Umno veteran yang melihat suasana seakan adanya rundingan dipihak Najib dan dan Anwar?

 Jika diambil kira laporan yang menggunakan Khairuddin, bermakna adanya percaturan sedang berjalan di kem Mahathir untuk menyingkirkan Najib , manakala najib pula sedang berusaha berhadapan dengan masaalah ekonomi dan juga desakan pihak Mahathir yang cuba mencari bintang baru bagi menggantikan Najib. Mungkin beliau melihat Mokhzani sesuai disitu?

 

Tuntutan Cuepacs Semakan Skim Kenaikan Gaji 2015 Naik Bagi Kakitangan Awam : Pelaksana I RM805 & Pelaksana II RM820 Sahaja?












 Tuntutan Cuepacs Semakan Skim Kenaikan Gaji 2015 Naik Bagi Kakitangan Awam : Pelaksana I RM805 & Pelaksana II RM820 Sahaja?
kenaikan gaji 2015
Tuntutan Cuepacs Semakan Skim Kenaikan Gaji 2015 Naik Bagi Kakitangan Awam : Pelaksana I RM805 & Pelaksana II RM820 Sahaja? Tuntutan kenaikan gaji naik 2015 dan juga bonus bukan sahaja melibatkan penjawat awam & kakitangan kerajaan sahaja malahan juga kakitangan swasta. Ini kerana…. mereka merasakan mereka layak menikmatinya.

Hakikatnya, beban kerja yang lebih berat perlu dipikul mereka tetapi pendapatan yang diterima masih lagi ditakuk lama.

Contohnya Cuepacs yang membela nasib 1.4 juta kakitangan awam di Malaysia. Cuepacs malaysia masih lagi kecewa apabila “janji masih lagi tidak ditepati” apabila semakan kenaikan gaji melalui penambaikan kesemua 252 skim perkhidmatan awam tidak ditunaikan sehingga sekarang ini walaupun sudah tidak berapa lama sahaja lagi kita bakal menginjak ke tahun baru 2015.

Dalam pada kerajaan Malaysia mahukan syarikat swasta menaikkan gaji pekerja mereka melalui pelaksanaan gaji minimum di Malaysia, masih ada gaji kakitangan awam di bawah paras kemiskinan peringkat Nasional yang telah ditetapkan pada kadar baru baru iaitu RM880. Sedangkan :

Semakan Kenaikan Gaji 2015 : Ada Gaji Penjawat Awam Bawah Paras Kemiskinan?

  • Gaji penjawat awam Kumpulan Pelaksana I : RM805 sebulan sahaja
  • Gaji penjawat awam Kumpulan Pelaksana II : RM820 sebulan sahaja
  • Gaji kumpulan menengah : masih lagi rendah
Cuepacs Malaysia merasakan untuk apa negara mendapat status negara berpendapatan tinggi sedangkan realiti kakitangan kerajaan masih lagi menikmati gaji yang rendah setiap bulan, dalam pada masa yang sama kos sara hidup semakin hari, semakin meningkat. Setuju?

Dalam keadaan kenaikan harga barang di Malaysia hari ini dan beban kos sara hidup sekarang ini pun sudah menekan terutamanya ramai penjawat awam di Malaysia, Cuepacs semakin risau, apakah penjawat awam di Malaysia mampu menghadapi cabaran seperti untuk 5 tahun lagi?

KLIK SINI : Pendapatan Dan Gaji RM3,600 di Malaysia? Anda Miskin Bandar Sebenarnya? Ku Li Dedah Punca!
Kajian semakan kenaikan gaji kakitangan awam 2015 masih lagi belum ada sebarang tanda dan lampu hijau daripada pihak kerajaan Malaysia baik daripada segi tarikh dan butirannya.
Cuepacs mahu paras gaji minimum di Malaysia bagi kakitangan awam naik kepada paras RM1,200 sebulan.
Bagi Berita Semasa ada baik semakan kenaikan gaji 2015 bagi penjawat awam bukan sahaja kelompok pelaksana sahaja tetapi meliputi semua peringkat. Dan kerajaan Malaysia usahlah menunggu tuntutan daripada Cuepacs untuk membuat kajian semakan gaji kakitangan kerajaan. Sepatutnya setiap tempoh antara 5 hingga 10 tahun perlu diperbaiki sekim penjawat awam yang sedia ada.

Adakah jikalau Cuepacs tidak minta, ia akan kekal begitu sehingga 20-30 tahun daripada sekarang?
P/S : Jikalau orang atas tidak mampu “berkorban” dengan gaji serta elaun yang dirasakan tidak sepadan, jangan minta orang di bawah untuk berkorban dan sekadar bersyukur sahaja.


ZAMAN SEMUA RAKYAT KAYA



DENGARKAN CERAMAH INI



BANGANG....



RAKYAT SINGAPURA BOLEH BERBELANJA DAN MEMBELI HARTA DI MALAYSIA



KERJA PUAK UG MENJEBONKAN AHLI-MODUS OPERANDI MUKTAMAR 61 TAHUN HADAPAN









MODUS OPERANDI UG MENGHADAPI MUKTAMAR KE 61(MUKTAMAR PEMILIHAN).

25 orang Jawatan Kuasa PAS Pusat telah di Jebonkan oleh puak UG (Kerajaang Perpaduang).. Apa rahsianya.? Kenapa begitu singkat cara mereka berfikir.?

Mereka cuba menjadikan Pas ini hak milik peribadi kumpulan tertentu demi merialisasikan impian pihak tertentu di dalam Pas untuk bersama UMNO-BN. Padahal mereka sendiri tidak menyedari.

Jelasnya mereka telah merangka strategi untuk menjahanamkan kumpulan yang berpegang teguh dengan PR yang dilihat tidak saliran dengan mereka.

Oleh itu 25 orang Ahli Jawatankuasa Pas Pusat perlu di singkirkan ketika pemilihan. Begitu dangkal sekali cara permainan kotor pihak ini. Apakah semudah itu memperbodohkan perwakilan yang terpilih ke Muktamar.?

Perwakilan Pas Kawasan tentunya tidak akan terperangkap hanya dengan tohmahan UG 'menjebonkan' kumpulan yang mampu membawa Pas naik ke persada Negara.
 
 
 
 

SAUDARA ANWAR DI KUANTAN

EKONOMI MALAYSIA MERUDUM???

BERITA GEMPAR UNTUK RAKYAT MALAYSIA.......KEDAHKINI


Bajet 2015 (Harga Minyak Dunia US$110). Sekarang US$66? Kerajaan Bakal Kurangkan Peruntukkan?





Bajet 2015 (Harga Minyak Dunia US$110). Sekarang US$66? Kerajaan Bakal Kurangkan Peruntukkan? Jikalau dahulu ramai “ahli nujum” dan “tukang ramal” menjangkakan harga minyak dunia yang terus melonjak naik sehingga ke paras USD140 setong akan terus naik sekitar Jun 2008, tetapi akhirnya tidak menjadi realiti apabila ia mencecah paras “break point” iaitu USD145 setong sepertimana dijangkakan pakar-pakar ekonomi dunia. Harga minyak dunia terus menjunam jatuh harga minyak dunia selepas daripada itu.

Dan sekali lagi harga minyak dunia terus jatuh semuka ke paras US$66.19 daripada harga minyak dunia mentah sebelum ini yang berlegar pada paras USD110 setong. Hampir majoriti rakyat malaysia yang terdedah kepada maklumat pantas di media baru sedia maklumkan yang mana pendapatan minyak negara begitu besar maknanya kepada negara.

Apatah lagi bagi mengimbangi bajet defisit yang sudah dibentangkan 17 tahun berturut-turut sejak daripada tahun 1998 lagi

Bagi mengimbangi hutang negara yang terus melonjak tinggi kepada paras RM763 bilion


Persoalannya harga minyak dunia terus jatuh adakah akan berikan impak negatif kepada negara? Atau sebenarnya ia beri kesan positif kepada Malaysia?

Oleh, mari kita kupas satu demi satu faktor-faktor yang terlibat secara langsung disebalik kesan harga minyak dunia jatuh kepada negara. Jikalau ditanya kepada jurucakap kerajaan Malaysia sekarang ini, Ahmad Maslan :

Nilai tukaran ringgit jatuh teruk hari ini, iaitu pada kadar tukaran, baik untuk ekonomi negara secara keseluruhan, baik impak positif kepada rakyat negara
Harga minyak jatuh kepaa negara tidak beri kesan besar kepada negara
Semuanya indah-indah belaka


.KLIK SINI : Peringatan Ahmad Maslan : 3 Bulan Daripada Setahun Hidup Anda di Malaysia Ditaja Kerajaan BN. Respon Rakyat Malaysia?

Faktor & Kesan Harga Minyak Dunia, Ringgit Malaysia Jatuh Kepada Malaysia?

Kerajaan membentangkan bajet 2015 berdasarkan pendapatan melalui harga minyak mentah dunia yang diikat pada kadar USD110, sekarang ini sudah jatuh merudum kepada paras USD66. Harga minyak jatuh tidak beri kesan kepada negara?

Harga minyak jatuh, pendapatan Petronas juga jatuh. Adakah dividen dan cukai akan kekal sama sebelum ini akan dinikmati kerajaan Malaysia?

Harga minyak dunia jatuh, adakah syarikat O&G akan “mampu tersenyum lebar” dalam pada masa kontrak yang diberikan kepada mereka diikat pada harga minyak dunia tinggi? Jualan harga minyak mentah dunia yang tinggi (pendapatan lumayan) mampu membayar kos operasi carigali minyak yang tinggi? Keuntungan berkurang, bayaran cukai kepada kerajaan sama?

Harga minyak dunia jatuh, nilai ringgit Malaysia jatuh juga baik untuk ekonomi negara? Banyak barang mentah yang Malaysia import melalui matawang USD, harga USD semakin mahal, kos bertambah tidak beri kesan kepada Malaysia?

Harga minyak dunia jatuh? Adakah harga minyak kelapa sawit & getah akan kekal sama?
Harga minyak dunia, harga saham akan kekal sama? Berapa ramai pelabur asing yang mampu setia dengan kejatuhan harga saham? Akhirnya tinggalkan pelabur Malaysia yang terkontang-kanting menghadapi kerugian tersebut

Kerajaan Malaysia masih lagi yakin mampu mengurangkan bajet defisit mereka pada Bajet 2016 akan datang? Yakin yang bagaimana mohon diperjelaskan? Mahathir menjangkakan banyak peruntukkan kerajaan akan dipotong bagi tahun 2015 kelak bagi mengimbangi pelan pengurangan defisit negara pada tahun hadapan.

Dan inilah sebabnya kerajaan Malaysia mengumumkan secara drastik mengapa dan kenapa kerajaan Malaysia hapuskan subsidi minyak kepada anda semua
Rakyat tidak dapat menikmati faedah sebenar disebalik kejatuhan harga minyak duni
a

BERITA SELANJUTNYA : Harga Minyak RON95 Turun 4 Sen 1 Disember Selepas Kerajaan Tarik & Hapus Subsidi RM24.8 Bilion! Berpuas Hati?


Di mana kebenarannya fundamental ekonomi Malaysia akan kekal kukuh dan tidak berik kesan besar walaupun harga komoditi utama negara serta nioai tukaran asing yang jatuh merudum?

Berdasarkan semakan Berita Semakan terhadap akhbar The Star melaporkan :

Daripada 5 sektor ekonomi negara, hanya 2 sektor sahaja yang meningkat
perkhidmatan jatuh 58.5%
minyak dan gas jatuh 29.3%

perbankan naik 1.6%
automotif naik 18.2%
komoditi jatuh 37.7%

Harus diingatkan tahun 2015 adalah tahun yang mencabar bagi Malaysia dan rakyat Malaysia. Ini bukan cerita dongeng…

Ekonomi China yang begitu teguh dan gagah perkasa itu pun sudah “hambar”
Ekonomi Eropah sudah mula “mengigil” dan bakal mengucup tahu hadapan
Ekonomi Australia sudah mula menurun
Ekonomi Malaysia?





Bukan niat mahu menakutkan, tetapi mahu mengingatkan kepada diri kami sendiri dan rakyat malaysia semua. Bersiap sedia. Jangan tunggu malapetaka ekonomi datang, masa itu baru tersedar daripada lamunan.

 Cakap benar mengenai realiti keadaan ekonomi negara itu lebih baik. Bercakap benarlah dan berterus-teranglah. Jangan tunggu rakyat hilang sabar baru hendak bertindak…BS


Jangan ambil mudah kejatuhan harga minyak - Apa kata Tun Dr. Mahathir




‬1. Harga satu tong minyak mentah telah jatuh daripada AS$110 per tong, kepada AS$70 per tong.

2. Benarkah perkara ini tidak akan memberi kesan kepada kita (Malaysia), atau adakah ia akan memberi impak yang positif kepada kita?

3. Apabila Kerajaan melancarkan Bajet 2015, ianya telah diikatkan kepada harga minyak mentah yang bernilai AS$110 per tong.

4. Kerajaan pastinya telah menganggarkan bahawa keuntungan jualan minyak mentah kita akan menyumbang kepada Bajet berdasarkan harga minyak yang telah disasarkan tinggi itu tadi. Adakah penurunan harga minyak mentah akan memberikan kesan kepada Bajet Kerajaan, atau akankah ianya meningkat kesan daripada penurunan harga minyak mentah kepada AS$70 per tong.

5. Petronas merupakan antara penyumbang dana terbesar kepada Kerajaan melalui bayaran dividend dan cukai petroleum. Adakah jumlah sumbangan Petronas kepada Kerajaan akan kekal sama apabila pendapatan mereka daripada jualan minyak, LNG dan gas semakin berkurang?

6. Empayar perniagaan minyak & gas yang semakin pesat kebelakangan ini adalah berpaksikan kepada kos tinggi yang perlu dibayar hasil daripada keuntungan jualan minyak yang lumayan. Kadar keupayaan untuk pembayaran kontrak-kontrak tersebut yang masih lagi terikat kepada harga minyak yang lama, sudah pasti akan terjejas.

7. Harga minyak yang semakin rendah sudah pastinya akan memberikan kesan negative kepada servis dan pembayaran hutang oleh pengeluar. Mereka perlu menjual lebih banyak dalam pasaran yang lemah. Kadar dapatan keuntungan perlu dikurangkan bagi mengelakkan kerugian. Jumlah bayaran cukai kepada Kerajaan sudah pastinya akan berkurang.

8. Defisit yang ditanggung Kerajaan akan terus parah, melainkan mereka (Kerajaan) mengurangkan peruntukan mereka. Jaminan bahawa perkara ini tidak akan meningkatkan jumlah defisit yang ditanggung oleh Kerajaan perlu diperjelas.

9. Apabila Kerajaan mengurangkan peruntukan mereka, banyak sektor perniagaan akan mengalami masalah. Keuntungan dan hasil kutipan cukai akan jatuh menjunam. Hasil kutipan Kerajaan pasti akan berkurang akibat daripada pengurangan peruntukan itu.

10. Harga petrol di Pam Minyak hanya akan terus berkurang sekiranya subsidi dikekalkan. Tetapi keupayaan untuk memberikan subsidi sudah pastinya berkurangan akibat daripada kurangnya pendapatan dan sumbangan daripada Petronas. Tanpa subsidi, harga minyak akan kekal sama kepada pengguna. Malah, jumlahnya mungkin juga akan menaik akibat nilai Ringgit yang semakin susut. Jadi, benarlah bahawa rakyat tidak akan dapat menikmati manfaat hasil daripada kejatuhan harga minyak mentah?

11. Kita mengimport kebanyakan daripada bahan mentah dan komponen untuk keperluan industry kita. Kebanyakkan daripadanya adalah dijual dalam USD, yang kini semakin mahal. Kita perlu mengeluarkan lebih banyak Ringgit untuk mengimport. Ini akan menafikan faedah daripada kejatuhan nilai Ringgit.

12. Saya rasa kita tidak sepatutnya mengambil mudah akan kejatuhan harga minyak mentah. Harga saham di Amerika telah jatuh dengan ketara. Bolehkah kita mengekalkan harga saham kita, terutamanya saham yang melibatkan sektor minyak dan gas? Ingatlah bahawa kita menerjah masuk ke dalam sector ini ketika kos masih tinggi. Sudah pastinya kita menjangkakan pulangan yang lumayan.

13. Apabila pulangan yang diterima lebih rendah akibat kejatuhan harga minyak, adakah harga saham akan kekal sama? Seperti biasa, orang pertama yang akan angkat kaki adalah pelabur asing. Orang tempatanlah yang akan ditinggalkan untuk menangani masalah tersebut.

14. Kita masih lagi belum menandatangani TPPA. Sudahkan kita bersedia untuk menghadapi implikasinya apabila terjadi perpindahan besar-besaran kualiti dana asing?

15. Kebetulan, terdapat pula permintaan baru yang menginginkan gaji minima yang lebih tinggi. Kenaikan kadar gaji minimum perlulah sejajar dengan kenaikan gaji atas paras minimum untuk mengekalkan jurangnya. Kos pengeluaran akan meningkat dan harga juga akan naik mendadak. Kita akan menjadi lebih lemah dalam persaingan pasaran, dalam dan luar Negara. Malah, sebahagian perniagaan akan gulung tikar. Penganguran hanya akan lebih meningkat.

16. Saya rasa kita perlu berfikir dan lebih berhati-hati sebelum mengeluarkan pendapat mengenai harga minyak sesuka hati.

AKHIR ZAMAN. DULU ORANG TAK PERCAYA.USTZ FAWWAZ MAT JAN



JADI USTAZ TAKUT LAGI?





Sampaikan khabar ini kepada Sultan Selangor dan Sultan Johor Darul Takzim

 Oleh kerajaan rakyat

 

Sampaikan khabar ini kepada Sultan Selangor dan Sultan Johor Darul Takzim.

Saya mukadimahkan posting ini dengan ayat "Sampaikan khabar ini kepada Sultan Selangor dan Sultan Johor Darul Takzim" kerna saya adalah anak kelahiran Johor Darul Takzim dan sejak 26 tahun lalu bermastautin di Selangor Darul Ehsan. Maka itu saya rasa bertanggungjawab untuk memberi peringatan kepada kededua sultan berkenaan terutamanya terhadap Paduka Sri Sultan Ibrahim Ismail ibni al-Marhum Sultan Mahmud Iskandar al-Haj justeru hadirnya perasaan kasih dan sayang saya terhadap negeri kelahiran saya, Johor Darul Takzim.

Sesuatu yang amat nyata sejak kebelakangan ini rakyat terbanyak mula mempertikaikan secara meluas dan terbuka melalui laman-laman social seperti blog, facebook dan twitter sejarah serta fungsi institusi kesultanan Melayu lantaran kekerapan keterlanjuran tutur bicara, perangai dan tingkah laku dikalangan sultan dan raja-raja Melayu.

Malaysia adalah satu-satunya negara di dunia yang mempunyai paling ramai sultan dan raja. Kerajaan Rakyat yakin ramai rakyat Malaysia tidak pasti apakah sebenarya jasa dan faedah kesemua sultan dan raja-raya Melayu ini terhadapan agama Islam, bangsa Melayu dan negara tercinta. Hanya satu yang pasti; setiap sultan dan raja Melayu ini hidup dengan penuh kemewahan dan ianya dibiayai melalui titik peluh dan keringat rakyat marhean. Sultan bermewah sedangkan rakyatnya derita dalam kemiskinan.

Raja yang baik adalah raja yang bersederhana dalam kehidupan dan boleh menerima teguran walau pun ianya dianggap pahit untuk ditelan. Apakah hidup di alam musafir ini dianggap cukup lama bagi yang berdarjat raja atau sultan sehingga teguran terhadap mereka dianggap satu penderhakaan?

Sepatutnya raja-raja Melayu kembali kepada Islam yang syumul bertetapan dengan amanah yang diberi sebagai Ketua Agama Islam. Tidakkah ini memalukan bagi seseorang yang diangkat menjadi Ketua Agama Islam tetapi kehidupan dan budaya hidup sendiri pun bercanggah dengan apa yang diketuainya?

Raja-raja Melayu patut mengambil iktibar dan contoh para sahabat r.a. yang diberi amanah sebagaimana dilakukan oleh Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar r.a.

Kata- kata yang terkenal daripada Saidina Abu Bakar r.a. semasa beliau diangkat menjadi khalifah selepas kewafatan Rasulullah s.a.w.

"Wahai umat manusia! Sesungguhnya aku telah dilantik di kalangan kamu sedangkan aku bukanlah orang yang terbaik. Maka jika aku melakukan kebaikan, bantulah aku tetapi sekiranya aku terpesong maka betulkanlah aku. Benar itu adalah amanah dan dusta itu adalah khianat. Orang yang lemah di kalangan kamu merupakan orang kuat disisiku sehingga aku akan menunaikan kemahuannya serta memberi haknya semula. Manakala orang yang kuat di kalangan kamu merupakan orang lemah disisiku sehingga aku akan mengambil kembali hak yang telah dirampas. Oleh itu taatilah aku selagi mana aku mentaati Allah dan rasul Nya dan jika aku mengingkari Allah dan rasul Nya maka jangan kamu mentaatiku".



Ucapan ini menyatakan kepada kita bagaimana raja dan pemimpin mestilah telus dan terikat dengan undang-undang sebagaimana yang dikenakan terhadap rakyat jelata kerana raja dan pemimpin bukannya kebal daripada sebarang undang-undang. Jika kamu kebal di dunia sekali pun, kamu tidak akan terlepas di hadapan Allah walau sebesar zarah kerana undang-undang Allah adalah seadil-adilnya.

Ini pula pesanan Saidina Umar al-Khattab r.a. ketika mula-mula diangkat menjadi khalifah mengantikan Saidina Abu Bakar r.a. yang mana beliau diingatkan dengan sebilah pedang.

" Saya menerima ujian dan kamu semua memberi ujian kepada saya. Saya mengantikan kepimpinan untuk kamu semua selepas sahabat saya (Abu Bakar r.a.). Sesiapa yang hadir maka kita akan memberi khabar gembira dengan jiwa raga kita dan sesiapa yang tidak hadir maka urusannya adalah tanggung jawab orang yang mempunyai kekuatan dan amanah. Sesiapa yang berbuat baik, maka kami tambah kebaikannya dan sesiapa yang berbuat jahat, kami akan menghukumnya. Semoga Allah memberi ampun kepada saya dan kamu semua"

Ketaatan kepada raja tidak sesekali sama dengan ketaatan kepada Allah dan rasul Nya. Jika raja sendiri sudah terpesong maka kita tidak wajib mentaatinya walau pun dimurkai kerana kemurkaan Allah tiada batasnya. Kemewahan dan darjat hanyalah pinjaman semata-mata kerana Allah s.w.t. ingin menguji setakat mana keimanan hamba Nya dan kemana di belanjakan hartanya itu.

ORANG BODO CAKAP...SETIAP BUTIR NASI YANG DISUAP ADALAH HASIL PERJUANGAN Umno


 CAKAP PAKAI AKAI...TAK BERSANDARKAN  AGAMA....Itu sebahagaian kecil kot yang Umno  bagi dia berjaya...berlambak lagi yang merempat Umno tak terkata apa ka? awat teruk sangat? setiap butir nasi yang dimakan adalah hasil perjuangan Umno....laaaaaa awat hang teruk sangat?.....Umno tak dak pun ramai yang boleh idup....tak kan la jadi doktor dah cakap cam tu......






DUNIA MODEN PEMANDUAN



MAHATHIR KATA ORANG UMNO BODOH BODOH SEBAB NAJIB TAK BOLEH DISINGKIR

Umno jadi penghalang pengganti Najib, kata Dr M

Ramai pemimpin berkebolehan ganti Datuk Seri Najib Razak tetapi Umno jadi penghalang usaha itu, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. – Gambar fail The Malaysian Insider, 8 Disember, 2014.Ramai pemimpin berkebolehan ganti Datuk Seri Najib Razak tetapi Umno jadi penghalang usaha itu, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. – Gambar fail The Malaysian Insider, 8 Disember, 2014.























Ramai pemimpin yang berkebolehan menggantikan kepimpinan Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri namun Umno menjadi penghalang kepada usaha itu, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas perdana menteri itu berkata usaha kemasukan pemimpin baharu ke dalam Umno terhalang ekoran kepimpinan parti itu yang lebih gemar mempertahankan kedudukan sebagaimana yang terlihat di Selangor.
“Sebenarnya ramai, ramai yang layak. Tetapi Umno tak bagi masuk. Umno tak bagi masuk dalam Umno pasal masing-masing jaga tempat dia, kalau masuk orang yang lebih layak daripada dia, dia tak dapat tempat.


“Sebab itu (contohnya) kita cari dalam Umno di Selangor. Selangor ini penuh dengan orang Melayu yang bijak-bijak belaka, yang pandai, yang berjaya tetapi tak boleh masuk Umno. (Kena) cantas, tak boleh. Pasal dia nak jaga tempat dia.

“Ha! (kalau orang itu) masuk, (dia) tak boleh jadi ketua bahagianlah, (dia) tak jadi calonlah, tak dapat jadi datuklah. Jadi pasal masing-masing fikir tentang kepentingan diri. Sebab itu kita cari siapa nak ganti (pemimpin tertinggi) oh tak ada kononnya,” katanya dalam satu wawancara bersama Sinar Harian minggu lalu.
Dr Mahathir berkata perkara itu sebenarnya boleh dielakkan kerana ramai lagi pemimpin di Selangor yang berkebolehan dan berkeupayaan datang dari seluruh negara.

Beliau berkata, kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum yang lalu juga bukanlah didorong kerana kepimpinan Najib sebaliknya pengundi parti itu takut kepada pemimpin Pakatan Rakyat (PR).

Katanya, pengundi BN bimbang jika Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya menerajui negara maka Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang akan dilantik menjadi timbalan perdana menteri. 
“Orang yang sokong BN (dalam PRU13) hari itu bukan kerana BN, bukan kerana kepimpinan Datuk Seri Najib (tetapi) kerana takut kepada Anwar. Kalau (kemenangan) dapat (kepada) Anwar, dia (pengundi) nampak Kit Siang nanti mai sama, jadi timbalan perdana menteri lepas itu (menteri) dalam negeri, nanti orang kena tangkap, itu yang (mereka) tolak.

“Tapi kalau Azmin naik, dan Anwar masuk dalam (penjara), mungkin fikiran rakyat akan bertukar. (Mereka) tak takut pada Azmin, (mereka) takut Anwar. Anwar kalau dah masuk, (kena) kurung, takut kepada Anwar itu sudah hilang,” katanya merujuk kepada Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali.

Mengulas mengenai konsep wasatiyyah (kesederhanaan) yang dipromosikan Najib, Dr Mahathir berkata Islam sendiri dilengkapi ciri itu namun tidak dipraktikkan umatnya.

Katanya, Al-Quran sendiri jelas menyeru umatnya agar melakukan pentadbiran yang baik, menerima keberadaan orang bukan Islam dan tidak memaksa golongan itu.

“Tetapi yang berlaku sekarang ialah penganut agama Islam ini keterlaluan, lebih daripada yang disuruh oleh agama. Benda yang dilarang agama pun mereka buat dengan nama agama.

“Umpamanya, dia bunuh orang Islam atas nama Islam. Itu tak kena. Itu bukan Islam.Jadi ini penyelewengan. Bukan agama itu tidak sederhana. Agama itu sudah pun sederhana, tak payah disederhanakan.


“Tuhan dah tunjuk kepada kita dalam Al-Quran, dalam hadis, kita adalah agama yang sederhana,”katanya kepada Sinar Harian. – 8 Disember, 2014.

MAMAT NI LETAK JAWATAN LEPAS DESAK ANWAR LETAK JAWATAN...HA.HA.HA

Shamsuddin letak jawatan ketua pembangkang...WOIIII...AWAT HANG LETAK JAWATAN???

Selepas beberapa kali menolak jawatan pengerusi PAC, Datuk Mohd Shamsudin Lias mengambil keputusan untuk meletak jawatan sebagai Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor .
 
Beliau menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Speaker, Hannah Yeoh selepas memulangkan Toyota Camry kepada kerajaan negeri pagi ini di Bangunan kerajaan negeri di shah Alam.
 
Bercakap kepada pemberita, ADUN BN Sungai Burong itu berkata beliau membuat keputusan itu berdasarkan prinsip "integriti" 

SAKSIKAN KERETA YANG DIBUAT TANPA KEIKLASAN DAN JATIDIRI PEMBUATNYA.....DARI KELAB KEADILAN LUAR NEGARA



PASMA Untuk Ganti PAS Dalam Pakatan Rakyat-Penubuhan PASMA Kelantan tiada masaalah


Penubuhan PASMA adalah tersangat penting.

Tampaknya kumpulan pro Pakatan Rakyat dlm PAS kemungkinan besar akan mengalami kekalahan teruk dlm pemilihan 2015 kelak.

Makanya, PASMA kelak akan menggantikan PAS apabila PAS keluar PR dan menyertai UMNO atau BN.

Mengikut mereka2 yang berpengalaman, apabila PAS menyertai kerajaan campuran 1972 lepas, mereka yang tidak bersetuju agak ramai. Lebih 40% dari PAS pada masa itu telah tidak bersetuju.

Kesilapannya adalah mereka2 ini mengambil sikap berdiam diri dan bertawaqquf.

Sepatutnya 40% ini keluar dari PAS dan menubuhkan parti Islam yang baru.

Apabila mereka2 ini bertawaquf maka momentum penentangan terhadap UMNO menjadi kendur dlm masyarakat Melayu.

UMNO berjaya membina semula kekuatan mereka dalam keadaan hampir tiada tentangan sama sekali, PASMA kelak akan menjadi wadah yang memastikan momentum penentangan terhadap UMNO diteruskan di kalangan masyarakat Melayu dlm keadaan PAS bersama dgn UMNO.

JAngan mengulangi kesilapan mereka yang menentang penyertaan PAS ke BN tahun 1972 yang lepas.

Dengan mendiamkan diri dan bertawaqquf telah menyebabkan UMNO berjaya membina kekuatan mereka semula.

PASMA akan menghalang UMNO pulih semula walaupun PAS telah menyertai UMNO/BArisan Nasional

TULANG BESI
 
 
 
 

Tiada halangan lancar Pasma Kelantan

Che Ibrahim Mohamed  
Che Ibrahim Mohamed

KOTA BHARU - Naib Pengerusi Pasma Kelantan, Che Ibrahim Mohamed menyatakan pihaknya tidak mempunyai sebarang halangan untuk melancarkan NGO itu di sini tidak lama lagi.

Menurutnya, desas-desus mengatakan Pas Kelantan menolak Pasma adalah tidak benar memandangkan tidak ada ketetapan dikeluarkan dari pihak Pas Kelantan walaupun Mesyuarat Badan Perhubungan parti itu telah diadakan baru-baru ini.

“Mereka (Pas Kelantan) tidak ada kata apa-apa pun tentang pelancaran Pasma ini, malah kita tidak mendapat apa-apa maklumat sebagaimana yang dikatakan oleh sesetengah pihak bahawa Pas Kelantan tidak menerima Pasma di sini.

“Buat masa sekarang ini kita tidak mendapat apa-apa maklumat rasmi mengenai perkara tersebut,”katanya kepada Sinar Harian hari ini.
Beliau diminta mengulas kenyataan Setiausaha Majlis Syura Ulama, Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh yang menasihati penyokong parti supaya tidak terlibat dengan Pasma.

Kepemimpinan ulama dan salah faham mengenainya

Kepemimpinan ulama dan salah faham mengenainya-    alhusseyn


Kemelut menteri besar Selangor selama beberapa bulan yang berakhir dengan pelantikan Azmin Ali pada 23 September itu dikatakan menyebabkan krisis teruk dalam kepemimpinan PAS hingga mengakibatkan parti itu kini berpecah kepada lebih daripada dua kumpulan, dan sudah ada pihak yang menuntut presidennya berundur.

 Tentulah bukan kemelut atau krisis menteri besar Selangor (MBS) itu yang menjadi faktor berpecahnya parti PAS, ‘kan!

 Kemelut itu hanya menjadi sebab terpecahnya bisul yang sudah lama menanah dan hanya menunggu masa untuk pecah sahaja. Ia suatu kebetulan saja. Faktor sebenarnya bukan itu.

 Lalu apakah faktor sebenarnya? Untuk mengetahui faktor sebenarnya tidaklah begitu susah. Lihatlah kepada apa yang heboh diperkatakan di kalangan dalaman PAS sejak sebelum kemelut MBS itu dan juga selepasnya. Perkara yang heboh diperkatakan itu ialah mengenai hal kepemimpinan ulama dan bukan ulama di dalam PAS. Itulah yang heboh diperkatakan sejak sekian lama (tiga-empat tahun atau lebih) sebelum tercetusnya kemelut MBS itu dan masih diperkatakan hingga ke hari ini.

 Namun faktor sebenarnya pun bukanlah kepemimpinan ulama itu sendiri. Kepemimpinan ulama di dalam PAS yang bermula dengan era kepemimpinan Yusuf Rawa itu tidak pernah menjadi masalah.

 Yang menimbulkan masalahnya ialah apabila sekumpulan ulama di dalam kepimpinan PAS mulai berasa terancam kedudukan mereka disebabkan kehadiran tokoh-tokoh bukan ulama (lebih popular dengan panggilan "profesional"), yang mulai mendapat kepercayaan para ahli untuk memimpin parti itu; dan mereka pun melancarkan kempen untuk mempertahankan kedudukan mereka.

 Di situlah bermulanya bibit-bibit perpecahan yang sekarang sedang membarah di dalam organisasi parti itu. Ia mencapai puncaknya apabila PAS enggan menyatakan persetujuannya dengan keputusan PKR dan DAP melantik Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah menjadi MB Selangor, menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

 Keengganan PAS atau lebih tepatnya keengganan Presiden PAS, Dauk Seri Abdul Hadi Awang itu kurang disenangi sebahagian pimpinan PAS khasnya mereka yang bukan golongan ulama. Dan pernyataan kurang bersetuju golongan ini telah mendapat reaksi yang agak keras pula daripada golongan ulama yang semakin menampakkan sokongan mereka kepada keputusan Presiden itu.

 Ada pelbagai analisa mengenai sebab-sebab mengapa Hadi tidak bersetuju dengan pelantikan Dr Wan Azizah. Antaranya timbullah cerita yang hubungan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim memang sudah lama tidak mesra dan tidak sehaluan. (Sebab apa? Saya fikir lebih baik kita tak usah sentuh hal itu).

 Maka saya ingin kembali kepada hal tadi – golongan ulama dan bukan ulama di dalam PAS. Alkisahnya kemasukan golongan bukan ulama khususnya profesional ke dalam PAS berlaku secara agak besar di zaman Reformasi, iaitu zaman kebangkitan rakyat berikutan Anwar dizalimi oleh Tun Dr Mahathir Mohamad (1998), dan zaman yang menyaksikan kegemilangan pimpinan Datuk Fadzil Noor sebagai Presiden PAS

 Ustaz Fadzil waktu itu mengalu-alukan kemasukan para profesional dan intelektual menjadi ahli PAS. Bahkan sikapnya yang terbuka dan sanggup mengambil risiko membawa PAS berjuang menuntut keadilan buat Anwar itu adalah faktor utama mengapa ramai golongan profesional dan intelektual masuk PAS. Dan itulah juga faktornya yang mengubah pandangan negatif masyarakat bukan Islam terhadap PAS menjadi positif.

 PAS sejak peristiwa Reformasi di zaman Ustaz Fadzil itu sudah mendapat wajahnya yang baru, tanpa mengubah dasar kepimpinan ulamanya. Saya sempat beberapa kali bersama dengan Ustaz Fadzil dalam pentas ceramah (saya baca puisi), majlis makan malam dan sesi wawancara untuk majalah Detik.

 Masih ingat lagi dalam sesi wawancara itu saya bertanya apakah mungkin pada suatu hari nanti PAS akan dipimpin oleh presiden yang bukan ulama? Tanpa teragak-agak beliau menjawab: Ya, mungkin.

 Lalu bagaimana dengan dasar kepimpinan ulama? Tanya saya. Dan jawapan Ustaz Fadzil kepada soalan inilah yang kembali bangkit dalam memori saya sebagai reaksi kepada kempen golongan ulama PAS hari ini yang cuba mengawal seboleh-bolehnya agar semua pimpinan PAS peringkat atasan terdiri daripada golongan ulama. 

 Apa jawapan Ustaz Fadzil itu? Jawabnya: Dasar kepimpinan ulama di dalam PAS bukan bermakna yang presiden PAS semestinya ulama, dan orang yang bukan ulama tidak boleh sama sekali menjadi Presiden PAS walaupun dia layak dan mendapat kepercayaan ahli-ahli.

 Jelas Ustaz Fadzil lagi: PAS sudah menetapkan dasar-dasarnya dan PAS mempunyai Majlis Syura Ulama yang menjadi pengawal kepada dasar-dasar kepimpinan ulama di dalam PAS. Siapa sahaja yang menjadi presiden mesti patuhi dasar-dasar tersebut dan mesti tunaikan amanah ahli-ahli PAS kepadanya agar melaksanakan dasar-dasar Islam yang telah termaktub; manakala yang memerlukan ijtihad pula akan dilakukan oleh Majlis Syura.

 Lebih kurang begitulah penjelasannya. Kita boleh dapatkan penjelasan tersebut secara verbatim kalau kita merujuk kepada majalah Detik yang berkenaan. Saya tidak ingat lagi tarikhnya dan saya pun tidak simpan naskah tersebut. Tetapi saya pasti dan positif, begitulah yang dimaksudkan.

 Hal ini telah pun saya nyatakan kepada beberapa orang kawan apabila ditimbulkan perkara krisis atau konflik antara ulama dan profesional di dalam PAS sejak pemergian Ustaz Fadzil ke alam baqa, dan jawatan presiden itu disandang oleh Hadi.

 Soalnya, kenapakah golongan ulama di dalam PAS selepas era Ustaz Fadzil menjadi tidak mesra dengan golongan yang bukan ulama sebagai pemimpin?

 Kalau Ustaz Fadzil pernah menegaskan demikian mengenai dasar kepimpinan ulama itu, maka siapakah pula yang membuat tafsiran berbeza daripada itu selepas ketiadaan beliau? Dan kenapakah pula terjadi demikian?

 Saya kira masalahnya ialah masalah keyakinan diri. Ustaz Fadzil begitu sekali percaya dan yakin kepada struktur dan sistem kepimpinan dalam organisasi PAS yang dipimpinnya, menyebabkan dia tidak sedikit pun bimbang kepada masa depan kepimpinan ulama di dalam PAS.

 Dan tidak kurang pentingnya ialah keyakinan diri yang ada pada pada ulama dalam kepimpinan PAS waktu itu, khasnya mereka yang menduduki Majlis Syura Ulama. Keyakinan diri itu menyebabkan tidak timbul kebimbangan atau rasa terancam oleh kehadiran ramai golongan profesional.

 Apabila golongan ulama melancarkan kempen (ala-ala Umno itu) untuk mengawal dan memastikan agar calon-calon dari kalangan mereka yang dilantik ke jawatan atasan dalam pimpinan, itu jelas menunjukkan bukan sahaja mereka kurang yakin dengan kelayakan mereka sendiri tetapi juga menunjukkan bahawa mereka mendahulukan kepentingkan politik lebih daripada kepentingan agama.

 Maka di situlah bermulanya kecelaruan di dalam kepemimpinan PAS. Dan apabila itu berlaku di kalangan ahli-ahli Majlis Syura Ulama sendiri maka bayangkanlah. Ia umpama virus yang merosakkan. Tidak hairanlah hari ini imej ulama pada keseluruhannya begitu menyedihkan sekali. Masyarakat seperti sudah hilang kepercayaan kepada ulama.

 Sesungguhnya ini suatu tragedi yang perlu segera disembuhkan. Kembalilah segera kepada kepentingan agama, dan kurangkanlah berpolitik di dalam parti. – 5 Disember, 2014.sumber
Anda mungkin jug

GEMPAR!! JET PERIBADI DENGAN JALUR GEMILANG DI ISRAEL SEBENARNYA MILIK SIAPA?

(5 GAMBAR) GEMPAR!! JET PERIBADI DENGAN JALUR GEMILANG DI ISRAEL SEBENARNYA MILIK SIAPA?


(5 GAMBAR) GEMPAR!! JET PERIBADI DENGAN JALUR GEMILANG DI ISRAEL SEBENARNYA MILIK SIAPA? | Dalam satu perbualan di laman forum cari.com.my, Mynewshub sedang meneliti beberapa kemaskini peserta forum berkaitan satu teori terbaru berkaitan kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370, 8 Mac lepas.

Bagaimanapun, satu kemaskini yang menunjukkan sebuah pesawat peribadi VIP dengan bendera Malaysia tertera di bahagian ekornya amat menarik perhatian.


Pesawat itu dengan nombor pendaftaran ***39T telah dirakamkan berada di Lapangan Terbang Ben Gurion di Tel Aviv, Israel pada 25 November 2010 oleh jurugambar penerbangan dengan nama 4x6zk yang juga ahli kepada pasukan Four X-Ray Team di Israel.

Pemeriksaan lanjut Mynewshub.cc mendapati di ekor pesawat berkenaan memang tertera lambat bendera Malaysia berkenaan dan bukannya gambar yang diedit dengan diletakkan bendera Jalur Gemilang itu.

Pesawat jenis Gulfstream G450 itu dari maklumat pendaftarannya dimiliki oleh sebuah syarikat di Salt Lake City, Utah, Amerika Syarikat dan boleh memuatkan 22 orang penumpang.

Pendaftarannya dilihat masih sah sehingga kini apabila ia dikatakan akan tamat tempoh pada 30 November tahun depan, menurut laman web penerbangan FlightAware.com.

Pemeriksaan lanjut juga mendapati banyak gambar pesawat sama dikesan berada di beberapa lapangan terbang di Malaysia antaranya Lapangan Terbang Bintulu, Sarawak, Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Pulau Pinang dan paling kerap di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang.


Kali terakhir ia dikesan ialah di Subang pada Februari tahun ini tetapi tiada Jalur Gemilang di bahagian ekornya.

Persoalan timbul apabila pesawat yang sama dilihat berada di Tel Aviv di lapangan terbang berkenaan yang merupakan lapangan terbang antarabangsa utama di Israel.




Gambar pesawat berkenaan diperolehi di laman web perkongsian gambar berkaitan penerbangan JetPhotos.net dari pelbagai jurugambar.

Amat diharap, pihak berkaitan yang menggunakan pesawat dengan bendera Malaysia ini membuat penjelasan mengapa ia berada di Israel pada November 2010
 
 
SUMBER:  http://www.taikotai.com/




PAS mahu masuk BN wahai Pak Daeng !

PAS mahu masuk BN wahai Pak Daeng ! oleh AL HUSSEYN

PAS mahu masuk BN, kalau ada... saya yakin tak ada- Pak Daeng

PERMATANG PAUH: Bekas Ahli Majlis Syura Ulamak PAS, Dr Sanusi Daeng Mariok yakin tidak ada orang PAS yang mahu membawa parti itu ke dalam Umno atau Barisan Nasional (BN).

 "Ada pula orang kata PAS mahu masuk BN, kalau ada... saya yakin tak ada," tegasnya ketika menyampaikan kuliah Maghrib bertajuk Tarbiah: Pasang Surut Perjuangan pada Ijtimak Tarbawi 4.0 di Yayasan An-Nahdhoh, dekat sini malam ini.

 Katanya, jika ada dalam kalangan pemimpin PAS yang berangan-angan demikian kerana untuk mendapatkan jawatan menteri tetapi sebenarnya mereka tidak tahu penderitaan PAS semasa dalam BN.

 "Orang itu tak tahu penderitaan PAS dalam BN, hinanya PAS dalam BN," ujar beliau yang juga bekas Ahli Parlimen Rantau Panjang.

 Sehubungan itu, beliau yang lebih mesra dengan panggilan Pak Daeng berharap jangan ada dalam kalangan pemimpin PAS sekarang yang berfikir ke arah itu.

Jangan kata tak ada, ada - Ust Ahmad Awang

Penafian Pak Daeng sebagaimana diatas itu bukan perkara baru. Malah Mantan Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa sendiri pernah memperjelaskan bahawa kepemimpinan tertinggi parti itu tidak pernah mempunyai sebarang niat atau perancangan untuk bersama dengan Umno atau BN.Bacalah di sini. 

Dan kini semua orang PAS dah tahu siapa mamat tu sebenarnya kan? Gambar berikut boleh menceritakan.....


Ketika menyampaikan ucapan penangguhan dalam Muktamar ke-55 PAS, Ustaz Ahmad mendedahkan seorang pemimpin PAS menelefon beliau dan menghasut beliau supaya bersetuju dengan pembentukan kerajaan bersama-sama Umno di Perak.
Ustaz Ahmad Awang ketika itu tidak mendedahkan nama musang yg berbulu ayam tersebut sebagai adab yang mulia dan ketinggian akhlak beliau, namun kini ramai yang sudah mengenali siapa sebenarnya musang itu! 
Ada pihak perwakilan yang kata mana ada di antara kita yang nak pergi berunding atau bersama dengan UMNO. Saya nak beritahu bahawa ketika kami di Perak dah buat keputusan sungguh tegas untuk tidak bersama UMNO dan dah putus untuk bersama DAP dan PKR, kami dihubungi oleh pimpinan tertinggi, ”Tak bolehkah kita kaji keputusan untuk bersama dengan UMNO?”.

Ada saudara-saudara! Jangan cakap tak ada. Cuma saya tak nak sebut namanya. Tapi saya nak katakan ada. Sebab itu janganlah saudara-saudara terus buat keputusan seolah-olah semua orang dalam PAS tak ada yang berfikir begitu (yakni untuk bersama dengan UMNO). Ada! Tapi saya tak layan.”.~ Ustaz Ahmad Awang – Mantan Naib Presiden 3
Mereka menafikannya, tetapi semuanya kantoi bila Mantan PM Abdullah Badawi sendiri telah mendedahkan mengenai beberapa pertemuan Umno dan PAS.

Dan apakah Pak Daeng begitu naif mengenai apa yg sebenarnya berlaku dalam PAS? Bahawa Hj Hadi sendiri telah mengakuinya sewaktu dalam mesyuarat JKPP pada 25 Ogos lalu?


 Walaupun berita yg dilaporkan oleh  Malaysian Insider tersebut dinafikan oleh Setpol Presiden, itu hanyalah sekadar penafian untuk cuba menutup kemaluan presiden, dan tidak ada langkah-langkah guaman untuk menuntut malu atas berita yg dikatakan berniat jahat itu.
AJK yang sama bertanya lagi isi kandungan perbincangan dengan Azmin, lalu dijawab yang Azmin diajak menyertai PAS bersama dua atau tiga orang lagi Adun PKR.

AJK yang sama menyambung pertanyaan, “Kalau dicampur PAS yang 13 orang dengan Azmin dan 2 orang Adun PKR, bilangan cuma 16 orang. Bagaimana hendak mengadakan kerajaan


Belum sempat Hadi menjawab, seorang AJK lain mencelah dan bertanya adakah presiden bersetuju bekerja sama dengan Umno.


"Lantas presiden menyatakan persetujuan, malahan presiden memberikan alasan menjaga Melayu sebagai asas perpaduan," kata sebaran itu yang disahkan kebenaran sebahagian besar isi kandungannya oleh AJK PAS Pusat itu kepada The Malaysian Insider.
Ironisnya, berita tersebut yang turut menamakan AJK PAS yg terlibat dengan pertelingkahan yg diceritakan itu, sehingga kini, AJK berkenaan tidak pernah menyangkal atau menafikan peristiwa tersebut. 

Cukuplah sekadar itu komentar saya terhadap kenyataan Pak Daeng yang menafikan tentang ujudnya UG.Ucapan sepenuhnya sila baca di HARAKAHDAILY 5/12/2014