FITNAH SATU HAL. TAPI MALANGNYA MENTERI PENERANGAN TIADA MASA UNTUK MENERANGKANNYA DALAM MEDIA SOSIAL YANG DIKUASAI PEMBANGKANG.

 



FITNAH MAKIN BERLELUASA, SAMPAI RAJA PUN JADI MANGSA DAN KERAJAAN MESTI BERANI BERTINDAK SEGERA.



Semua kita tentunya setuju bahawa sekarang ini fitnah tumbuh begitu subur, bercambah bersilih ganti dan marak dengan berleluasa sekali.

Setiap hari ada saja fitnah disebarkan dan dengan bantuan pelbagai saluran media sosial, ia dengan pantas menjadi olahan sebuah hidangan enak yang terbuka dipersembahkan untuk dijamah oleh sesiapa saja.

Dan tentunya semua orang juga setuju bahawa fitnah ini lebih berkembang di ketika Pas menjadi pembangkang.

Ada fitnah yang segera disedari oleh pembuatnya, lalu mereka segera memohon maaf dan tidak kurang yang kebenarannya hanya terbukti setelah dibawa ke mahkamah.

Macam dalam kes fitnah aset Tabung Haji kononnya dijual kepada bukan Islam, setelah bertahun-tahun melalui proses mahkamah, baru hari ini pembuat fiitnah itu sendiri menarik balik rayuan atas hukuman yang telah dijatuhkan oleh hakim.

Ini bermakna, akhirnya tukang fitnah sendiri sudah mengaku kalah dan tidak mampu lagi mempertahankan apa yang difitnahkan itu.

Selepas 2018 di mana PH menjadi kerajaan, ketika itu bermulalah pelbagai jenis firnah tersebar, terutama berkaitan kepentingan Melayu dan Islam.

Semua fitnah itu, jika diteliti, dicipta dan disebarkan, hanyalah semata-mata untuk memburukkan kerajaan kerana ada DAP di dalamnya.

Kemudian setelah PH tumbang melalui Langkah Sheraton dan PN yang didalamnya ada Pas menjadi kerajaan, tidak pula kedengaran ada fitnah-fitnah berkaitan Melayu dan Islam berleluasa, wahal kerajaan yang wujud itu tidaklah lebih baik daripada kerajaan sebelumnya.

Sekarang, setelah PH kembali menjadi kerajaan bersama UMNO/BN, malah sekali lagi ada DAP di dalamnya, ternampak mesin fitnah semacam aktif semula.

Tidak saja pemimpin politik dan kerajaan yang menjadi sasaran fitnah pada ketika ini, bahkan sudah sampai ke tahap di mana Sultan dan Raja pun turut difitnah sama.

Sebelum ini Sultan Perak dijadikan mangsa fitnah di mana ucapan lama baginda dipetik dan diedit secara terpilih untuk disesuaikan dengan situasi semasa bagi meraih laba politik, manakala yang terbaru, Sultan Selangor pula difitnah berkaitan penutupan sekolah agama dan tahfiz di negeri itu.

Sultan Selangor dengan segera mengarahkan pihak polis agar mengesan pemfitnah berkenaan untuk seterusnya diambil tindakan yang sewajarnya.

Pejabat Sultan Perak sebelumnya juga membuat laporan polis berkaitan fitnah terhadap baginda itu.

Kenapakah fiitnah berkaitan Islam dan Melayu hanya berleluasa ketika Pas menjadi pembangkang saja?

Meski direkodkan merekalah yang paling banyak kalah saman fitnah, seolah-olah ketakutan kepada balasan api neraka kerana dosa fitnah itu langsung tiada.

Lebih malang, dalam fitnah terhadap Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution berkaitan permohonan kewarganegaraan, yang mana ia sudah pun diberi penjelasan, tetapi ia tetap diulang-ulang kembali dan lidah rasmi Pas sendiri turut menjadi penyebar serta penggalaknya.

Mendepani semua fitnah yang telah sampai ke tahap kronik ini, kerajaan sudah tidak boleh berdiam diri dan bertolak ansur lagi.

Tindakan tegas mesti diambil tanpa kompromi dan seperti mengubati kencing manis, kalau perlu dipotong kaki, maka itulah yang perlu dilakukan dengan segera.

Kemudian, kalau perlu dipotong kaki yang sebelah lagi, tolong jangan berlengah lagi daripada melakukannya.

Tanpa keberanian mengambil tindakan tegas dan keras, kerajaan ini bukan saja dilihat lemah di mata rakyat, bahkan tidak mustahil akan tumbang di tengah jalan.

Sebelum semua itu berlaku, mereka yang ada kuasa di atas sana, janganlah duduk diam saja. – ShahbudinHusin 29/08/2023.




PM umum RM2 bilion dana asas Fasiliti Peralihan Tenaga Nasional





 Oleh: Abdullah Zaid



Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan memperuntukkan RM2 bilion sebagai dana asas untuk Fasiliti Peralihan Tenaga Nasional.



Menurut beliau, inisiatif tersebut akan menjadi pemangkin kepada sektor peralihan tenaga yang mempunyai kekangan pinjaman atau potensi pulangan di bawah harga pasaran.



"Kemajuan kita dengan mengambil kira keadaan semasa teknologi penyahkarbonan Malaysia yang belum matang, banyak bergantung kepada sumber tenaga alternatif serta kerjasama serantau dan antarabangsa yang mantap," katanya.



PM berkata demikian ketika berucap pada ucaptama ketika Persidangan Peralihan Tenaga TNB 2023 berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) hari ini.



Mengulas lanjut, beliau yang juga Menteri Kewangan turut menegaskan bahawa usaha berkenaan turut melibatkan aspek pembiayaan kewangan yang besar yang belum tentu mampu ditanggung sepenuhnya oleh sektor swasta.



"Oleh kerana cabaran utama dalam peralihan tenaga adalah pembiayaan yang dianggarkan sekurang-kurangnya RM1.2 trilion bagi tempoh 2023 hingga 2050, diperlukan untuk membolehkan peralihan tenaga secara cermat," katanya.



Tambah Anwar, pada waktu ini kerajaan memerlukan peruntukan antara RM60 bilion hingga RM90 bilion bagi menampung projek-projek penting, termasuk pengembangan pengangkutan awam, memperkukuh infrastruktur serta latihan modal insan.  



Selain itu, Ahli Parlimen Tambun tersebut turut menyifatkan kecekapan tenaga penting untuk penyelesaian jangka panjang, sekali gus mengurangkan risiko pelepasan karbon.



Oleh itu, katanya, melalui Majlis Tenaga Negara kerajaan akan sentiasa memastikan pembangunan dasar dan perancangan tenaga sentiasa dipantau.



"Saya secara peribadi akan memastikan Majlis ini berfungsi seperti diamanahkan. Langkah berikut (seterusnya) ini penuh bermakna.



"Kita akan buktikan peluncuran strategi (NTER) dipantau serius oleh kementerian dan pihak yang bertanggungjawab," katanya lagi.



Dalam ucapan itu juga PM memberi contoh dana asas yang diberikan boleh digunakan dalam pelaburan rantaian nilai kenderaan elektrik (EV), hidrogen dan teknologi pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon (CCUS) yang menjadi tumpuan dalam kalangan negara maju pada waktu ini.

 

NETR mampu wujudkan 350,000 peluang pekerjaan - Rafizi



Oleh: Abdullah Zaid


Menteri Ekonomi Rafizi Ramli optimis Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) mampu mewujudkan 350,000 peluang pekerjaan menjelang tahun 2050.


Katanya, NETR juga boleh menyumbang 10 hingga 15 peratus nilai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kepada negara.


"Bagi manfaat ekonomi, kami menjangkakan NETR akan meningkatkan nilai KDNK sebanyak 10 hingga 15 peratus daripada produk industri Pertumbuhan Tinggi dan Bernilai Tinggi (HGHV), selain dapat membawa masuk Pelaburan Langsung Asing (FDI) bernilai tinggi ke Malaysia.


"Selain itu, rakyat juga mendapat manfaat 350,000 peluang pekerjaan yang akan diwujudkan dalam sektor HGHV di seluruh negara.


"Apa yang paling penting adalah 70 peratus pendapatan itu akan dibawa kepada isi rumah berpendapatan rendah dan sederhana," katanya.


Rafizi Ramli berkata demikian ketika berucap dalam ucap tama pada hari kedua Persidangan Peralihan Tenaga di Kuala Lumpur, tengah hari tadi.


Selain itu, katanya, kerajaan juga akan menetapkan hala tuju dan dasar strategik melalui Majlis Tenaga Negara (MTN) bagi membolehkan jawatankuasa kerja yang lebih efisien diwujudkan.


Justeru, kerajaan bercadang untuk mengadakan mesyuarat kali pertama MTN pada awal Oktober ini.


"Penubuhan Majlis Tenaga Negara (MTN) ialah isyarat kukuh kepada ikhtiar kerajaan untuk bergerak mengikut pelan tindakan dan aspek pelaksanaannya," ujar Rafizi.


Beliau turut berkata, kemudahan Peralihan Tenaga Negara bukan sahaja satu lagi kemudahan yang menempatkan pelaburan kerajaan tetapi juga akan melaksanakan instrumen kewangan gabungan yang inovatif bagi menyatukan pembiayaan daripada saluran awam, swasta dan dermawan


Bagi perniagaan pula, katanya, infrastruktur dan teknologi baharu tersebut akan menjadi pendorong untuk pelaburan masuk.


"Campuran tenaga lebih bersih dan kecekapan tenaga juga akan mempersiapkan industri kita agar kita bersedia apabila perhatian diberikan kepada produk lebih hijau," katanya lagi.


Kerajaan juga, tambahnya, turut memperkenalkan Peralihan Bertanggungjawab 2050, iaitu laluan rendah karbon untuk sektor tenaga bermula tahun ini hingga 2050, yang lebih progresif berbanding Aspirasi Negara Rendah Karbon 2040 yang dinyatakan sebelum ini.



 

DAP TIDAK PERNAH MINTA PAS BUANG ISLAM DALAM PERJUANGANNYA


 

Pas tidak wajar terus memfitnah DAP selepas 8 tahun parti itu berpisah dalam kerjasama di bawah Pakatan Rakyat (PR).

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook hari ini menolak tuduhan terbaharu Pas kononnya DAP cuba meminta Pas ‘membuang’ Islam daripada perjuangannya menyebabkan Pas meninggalkan PR pada 2015 lalu.

Menurut Anthony Loke, DAP sama sekali tidak pernah menyentuh dasar perjuangan Pas dalam dua kerjasama politik yang tinggal sejarah pada 1999 – 2002 dan 2008 – 2015.

“Saya merujuk kepada ucapan Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang di satu ceramah di Johor semalam di mana sekali lagi beliau memfitnah kononnya pimpinan DAP meminta Pas untuk “membuang” Islam dalam perjuangannya untuk meneruskan kerjasama antara Pas dan DAP.

“Saya menafikan sekeras-kerasnya tuduhan liar tersebut. DAP tidak pernah meminta Pas “membuang” Islam sepanjang kerjasama di antara kedua-dua parti sama ada semasa dalam Barisan Alternatif mahupun PR.

“DAP konsisten dalam pendirian kami sepanjang kerjasama politik dengan Pas bahawa kami fokus dalam isu-isu yang dipersetujui bersama tetapi mengambil pendekatan “bersetuju untuk tidak bersetuju” (agree to disagree) dalam isu yang tidak dapat mencapai konsensus,” katanya dalam kenyataan.

Menurut Menteri Pengangkutan itu lagi, isu pokok yang tidak dapat dipersetujui oleh DAP termasuklah pelaksanaan hukum hudud.

Namun perkara itu, katanya, tidak boleh diketegorikan sebagai ‘membuang’ Islam Pas kerana hukum hudud tidak terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Isu pokok yang tidak dapat dipersetujui oleh DAP ialah hukum hudud. Memang DAP konsisten dalam perkara ini kerana ia tidak berlandaskan kepada sistem undang-undang yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Saya ingin mengingatkan Pas bahawa selain DAP, orang yang paling lantang tidak bersetuju dengan pelaksanaan hukum hudud ialah Tun Dr Mahathir semasa beliau menjadi Perdana Menteri ke-4,” ujarnya.

Sehubungan itu, Loke menyelar Pas kerana tidak bertanya kepada rakan sekutu baharu mereka iaitu Gerakan atau Tun Mahathir, adakah kedua duanya telah menerima hukum hudud.

“Pendirian tidak bersetuju dengan pelaksanaan hukum hudud tidak bermakna melawan agama Islam. Tun Dr Mahathir tidak pernah setuju dengan pelaksanaan hudud. Begitu juga parti-parti yang disebut oleh Tan Sri Hadi seperti MCA, MIC dan Gerakan.

“Mengapa hanya DAP yang sentiasa dilabelkan oleh Pas sebagai “musuh” Islam? Bukankah ini semata-mata satu pembohongan Pas untuk menjadikan DAP sebagai “punching bag” dalam percaturan politik mereka,” katanya lagi.

Untuk rekod, Pas sering menyalahkan DAP di atas kehancuran Pakatan Rakyat dan seterusnya menggunakan DAP untuk menakut nakutkan orang Melayu kononnya parti itu sedang menindas agama Islam di peringkat Persekutuan.

Strategi tersebut berjaya mendapat undi di Utara dan Timur Semenanjung, kali ini digunakan pula dalam Pilihan Raya Kecil di Johor.



40 HADIS LIBATKAN MURID ISLAM, GERAKAN MENGELUPUR KENAPA?



 Tindakan gebabah parti Gerakan mahu mengambil tindakan undang undang terhadap Kerajaan Perpaduan yang memperkenalkan pengajaran 40 hadis Imam Nawawi di sekolah awam menimbulkan tanya tanya banyak pihak.

Bagi Timbalan Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia, Razeef Rakimin, modul pengajaran hadis itu hanyalah lanjutan daripada subjek Pendidikan Islam sedia ada di sekolah dan Gerakan sebagai parti bukan Islam tiada hak untuk mempersoalkannya kerana tidak melibatkan pelajar bukan Islam.

“Saya ambil maklum kenyataan beberapa pimpinan Perikatan Nasional dari Gerakan yang membantah keputusan Kementerian Pendidikan melaksanakan pembelajaran 40 Hadis Imam Nawawi ketika ini. Malah lebih teruk ada yang mengugut untuk mengambil tindakan undang-undang.

“Apa yang Gerakan menggelupur sehingga perlu mengambil tindakan undang-undang?

“Modul ini (telah dinyatakan) tidak terpakai kepada pelajar bukan Islam, dan perkara ini bukan baharu melainkan penekanan (pengajaran) pendidikan berkaitan hadis-hadis yang membentuk sikap baik pelajar,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Razeef, pengajaran hadis 40 itu penting bagi membina minda generasi muda Melayu-Islam agar tidak bersikap ekstrem sebagaimana yang tergambar dalam hantaran hantaran di media sosial kebelakangan ini.

Tentangan dari Gerakan, katanya, hanya akan membantutkan usaha untuk menjadikan umat Islam di Malaysia lebih sederhana dan toleran kepada berbilang bangsa.

Dalam masa sama, Razeef turut hairan melihat sikap parti Islam Pas yang menjadi komponen terbesar dalam PN tidak mampu menasihati atau mengawal Gerakan dan membiarkan kenyataan menentang Islam dikeluarkan oleh pemimpin parti berkenaan.

“Gerakan memang dikenali sebagai sebuah parti yang sering bermasalah dengan sebarang perkara seperti ini. Malah parti itu juga pernah cuba mengambil tindakan undang-undang menentang pelaksanaan hudud yang pernah dicadangkan Pas.

“Apa yang lebih menghairankan bagaimana Pas (bersikap) terus membisu dan membiarkan Gerakan dalam Perikatan Nasional terus menerus menentang sesuatu berkaitan agama Islam yang tidak ada kaitan dengan parti itu.

“Bagi saya alasan tidak mendapat penerangan yang jelas sangat dangkal, memandangkan sejak awal lagi umum telah dimaklumkan pembelajaran modul ini tidak sama sekali melibatkan pelajar yang bukan beragama Islam,” Razeef lagi.



RENTASAN 1437 | GEMPAR!! TERNYATA TAK WUJUD 'GELOMBANG HIJAU' PN DI JOHOR?



MENARIK DALAM RENTASAN 1437
1. JANGAN BAWA ‘LOQLAQ’, ‘TONGONG’ DAN ‘GEDEBER’ KE JOHOR 2. DEBAT PERDANA MADANI, JALAN TERBAIK MEMBINA NEGARA 3. JAGA AGAMA, JANGAN DITUNGGANG SESUKA HATI 4. HINANYA PN, BETAPA JAHATNYA PAS




[terkini] PDRM BERTINDAK ISU INDIVIDU MEMBUAT UGUTAN TERHADAP SULTAN SEL...



Polis akan memantau penyokong parti yang memuat naik hantaran berbaur 3R (raja, agama dan kaum) di media sosial, tegas Ketua Polis Johor, Kamarul Zaman Mamat. “Dalam pemantauan kita pun, kita tubuhkan pasukan untuk menyiasat ataupun memastikan dan mengawal (hantaran di media sosial seperti) TikTok dan sebagainya. “Dan apa-apa yang berlaku yang melibatkan kesalahan kita akan buat laporan polis dan kita akan jalan siasatan. ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Isu fitnah kononnya Selangor sedang cuba menutup sekolah agama persendirian atau institusi tahfiz di negeri itu kini ditangani oleh Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman. Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan berkata siasatan tersebut dijalankan selepas pihak berkuasa menerima tiga laporan baru-baru ini. Katanya laporan tersebut dibuat di Perak. "Siasatan membabitkan tiga akta iaitu Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini. Sumber Berita 1. https://www.malaysiakini.com/news/677360 2. https://www.malaysiakini.com/news/677391




PERIKATAN NASIONAL MASIH MENGGUNAKAN MODAL FITNAH UNTUK MEMENANGI HATI P...

PAS NAK MENANG DENGAN CARA BERBOHONG?




Pada hari yang sama video itu tular, calon PAS yang mewakili Perikatan Nasional, untuk Dewan Undangan Negeri Simpang Jeram, Dr Mohd Mazri Yahya dipetik media sebagai berkata salah satu fokusnya ialah memecahkan 'tembok permusuhan' yang dibawa DAP. “Jadi kita ingin memecahkan tembok tersebut dengan mengatakan kepada DAP bahawa dalam PAS ini kita terdiri daripada pelbagai golongan dan kami semua bersedia berkhidmat demi untuk negara,” katanya lapor Malaysiakini.




(Panas) Mat Sabu Mendedahkan Pembohongan Presiden Pas Hadi Awang Di Simp...