TAK ADA SESIAPA PUN YANG MENABUR PASIR DALAM BEKAS KAU YE.....SO TERIME LE SEADENYE.....

 





ELEPHANT IN THE ROOM

Let’s just address the elephant in the room.

1. Adakah komen “bau bestlah kat dalam tu” ketika Konsert AR Rahman suatu komen rasis?

Banyaklah saya tengok cytro and keyboard warrior mainkan isu ini. Katanya apa rasisnya? Cakap pasal bau saja.

Don’t kid ourselves la. Kalau konsert Siti Nurhaliza atau Chakri Khan, takdenya orang nak komen pasal bau. Takpun baru ni konsert Artis Taiwan, Jay Chou. Ada ke yang nak komen lagu tu?

Sebab ia konsert AR Rahman, dengan 60,000 penonton, majoriti kaum India. Adik Anisz buat komen diikuti dengan emoji ketawa. Niatnya hanya nak berjenaka. Tapi kita tak boleh la in denial, katanya tak apa2.

2. Adakah komen tu melampau RASIS?

Pada saya, ia rasis. Tapi level rasisnya tidak lah sama dengan ucapan orang politik, yang nak pecah belahkan masyarakat. Ucapan Superman Hew yang kena tangkap tahun lepas, 2000x ganda lebih rasis.

Jauh lebih teruk, kenyataan Hadi Awang yang mengeji orang bukan Bumiputera. Kenyataan Ramasamy yang selalu megutuk orang Melayu. Set2 politikus ultra haluan kanan dan kiri seperti Ronnie Liu dan Tajuddin Rahman. Ucapan mereka jauh lebih parah. Namun mereka ini selepas bercakap benda rasis, lepas bebas saja tiada tindakan. Double standard much bila kena orang kayangan?

3. Hukuman

Ironinya, para politikuslah menyemarakkan isu kaum dan agama dengan ucapan rasis mereka. Rakyat terikut sama.

Tapi bila rakyat komen rasis berbentuk jenaka, kita kenakan tindakan gantung daripada mewakili negara. Orang politik boleh pulak cakap rasis tiada tindakan apa2.

Lepas ni, boleh lah ada Akta Hubungan Kaum, kalau orang politik buat kenyataan rasis, dia tak boleh bertanding pilihanraya sepenggal. Baru ada akal.

*************************************************

Saya tak bersetuju dengan tindakan adik Anisz buat kenyataan rasis. Saya tentang.

Tapi tindakan penggantungan yang diberi tidak kena buat masa ini. Mengakibatkan lebih banyak tension kaum dan agama.

Sewajarnya, Menteri Belia dan Sukan santuni dia. Galakkan dia buat ucapan maaf secara telecast kepada rakan senegara. Buat dia kesal apa yang diucap dan move on from there. Dia pun masih muda. Kesilapan yang boleh dimaafkan juga. Itu pada saya lebih afdal, sambil buat milleage penyatuan bangsa Malaysia. Inikan Kerajaan Perpaduan. Perlulah ada sikap ihsan.

Kita sebagai rakyat biasa, jangan pula termakan hasutan cytro politaik. Mereka akan perah isu ini jadi isu perkauman. Mentang2 Menteri KBS Bukan Melayu. Walhal Jawatan Kuasa yang memutuskan keputusan pergantungan tu semua Melayu. Ini politaik tak boleh pakai.

Saya harap adik Anisz merayu, dan Menteri KBS kita berbesar hati untuk overrule.

Salam hormat,

Liyana Marzuki

 

SKETSA RESTORAN HAVE HAVE PUN IKUT MENU RAHMAH


 

BENDA 3 TAHUN DULU...DAN KERTAS PUTIH AKAN DIBENTANGKAN DI PARLIMEN-LAPORAN PAC BERKAITAN 5.8 BILLION PEMBELIAN VAKSIN


 

BEKAS PM DISIASAT


 

ANTARA 2 MENU. MENU SYURGA DAN NERAKA.

 


SKETSA- NUSI DAN RIZMAN- JOM NONTONTON....KEH..KEH..KEH


 

JANGAN DOK PIKIAQ UNTUK MEMBANTU GOLONGAN BAWAH. BILA KERAJAAN NAK BANTU, JANGAN DOK KUTUK - JANGAN LA JADI BANGGANG


 

PH PERLU TEGAS DALAM HAL SEPERTI INI . NASIHATI RAMASAMY DAN JANGAN TABURKAN PASIR...


 

MENYEBAR FITNAH DALAM MASJID, FITNAH DALAM FB NAMUN TAK PERNAH MOHON MAAF- ITU DUSUKI- NAK KATA MASUK SYURGA ?


 

WALAK TERTINGGI DALAM PAS IALAH HADI- JADI JAGAN LAYAN KERANA PAS BUKAN MEWAKILI SEMUA KAUM.


 

TIKUS TIKUS KANTOR DAN KERITIK PEDAS IWAN FALS!!! IJAZAH PALSU, DPR!!!


Lagu  ini ditujukan khas kepada pekeja sektor awam, yang malas tapi kuat membodek, yang hanya mahu keselesaan tetapi malas bekerja walau umur dan tenaga masih muda. Tidak  punya usaha memajukan sektor pekerjaan sendiri, namun sentiasa merungut.


TUN M KELUAR PARTI UNTUK MUDAHKAN MUKHRIZ BAWA PEJUANG BEKERJASAMA DENGAN ANWAR?

 

PENYELESAIANNYA MUDAH: WALAU PUN MAHATHIR  DAH TUTUP DAN KELUAR PEJUANG YANG MERUPAKAN PARTI YANG DIASASKAN NYA , DAN PEJUANG TAK PERNAH MENANG WALAU SATU PUN KERUSI, BERMAKNA RAKYAT TOLAK MAHATHIR, DAN KESELURUHAN AHLI PARTI ITU.

MEREKA  INI SEBENARNYA  ADALAH PENGKHIANAT KEPADA UMNO BERSATU DAN PEJUANG. BERMAKNA TAK BOLEH LANGSUNG PAKAI MANUSIA SEBEGINI. TAK USAH LAH PEDULI MEREKA INI KERANA MEREKA UMPAMA BANGKAI BERNYAWA.....TIDAK ADA TIDAK MENGURANG ADA PULA TIDAK BERMANFAAT APA APA PUN. JIKA PARTI YANG MEREKA TUBUHKAN SENDIRI PUN MEREKA KHIANAT DAN BUBAR....MAKA ADAKAH ANDA PERCAYA MEREKA INI ???


Dalam satu perkembangan yang agak mengejutkan semalam, Tun Mahathir Mohamad bersama 12 pengikutnya mengumumkan keluar daripada Pejuang, parti yang diasaskannya sendiri yang kini diterajui anaknya, Mukhriz Mahathir.

Antara yang turut keluar parti ialah Timbalan Presiden, Marzuki Yahya dan beberapa ahli Majlis Eksekutif Pusat (MEP) parti itu.

Sebelum ini, Tun Mahathir sudah pun mengumumkan pengundurannya sebagai Pengerusi Pejuang.

Alasan keputusan itu kerana tidak setuju dengan keputusan Pejuang keluar daripada Gerakan Tanah Air.

Daripada satu sudut, tindakan Tun Mahathir ini dengan sendirinya memperlihatkan sikapnya yang sering bermasalah dengan ramai orang sejak dulu lagi.

Daripada PM1 Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj hinggalah kepada PMX, Anwar Ibrahim, semuanya Tun Mahathir bermasalah dengan mereka.

Kini, sehingga dengan parti yang dipimpin oleh anak kesayangannya sendiri pun beliau nampaknya ada masalah juga kesudahannya.

Akhirnya, dengan siapa sebenarnya yang Tun Mahathir benar-benar secocok dan tidak bermasalah?

Daripada maklumat yang diterima, keputusan Tun Mahathir itu adalah disebabkan tidak setuju dengan keinginan anaknya, Mukhriz untuk membawa Pejuang berbaik dan bekerjasama dengan PH.

Sementara PH dan Anwar memang merupakan musuh kepada Tun Mahathir, tetapi selepas PRU15, Mukhriz melihat Anwar dan PH adalah pihak yang paling berpotensi untuk beliau berteduh bagi meneruskan laluan politiknya.

Ia tentunya kerana PH kini adalah kerajaan di perringkat pusat dan Anwar merupakan Perdana Menteri, walaupun pada awal 2022 lalu, Mukhriz pernah menyifatkan masa untuk Anwar sudah berlalu dan tidak sesuai lagi dipertaruhkan sebagai calon Perdana Menteri.

Ketika itu, beliau juga berkata, sudah sampai masanya bagi PH mencari calon Perdana Menteri yang baru.

Namun, dengan Anwar berjaya menjadi Perdana Menteri dan agar masa depannya tidak terkubur berikutan kalah teruk pada PRU15 baru-baru ini, Mukhriz kini sanggup menelan kembali kata-katanya itu dan ingin membawa Pejuang bekerjasama dengan PH.

Sandaran utama Mukhriz untuk membawa Pejuang bekerjasama dan bernaung di bawah PH ialah kedudukan parti itu yang mempunyai dua Adun di Kedah ketika ini – dirinya sendiri sebagai Adun Jitra dan Setiausaha Agung Pejuang, Amiruddin Hamzah sebagai Adun Anak Bukit.

Dengan kedudukan itu, melalui kerjasama dan bantuan PH, Pejuang berharap mereka dapat terus bertanding dan lebih berpeluang mengekalkan kedua-dua kerusi tersebut dalam PRN Kedah tidak lama lagi.

Bertanding bersendirian, sebagaimana dalam PRU15 lalu, Pejuang sedar harapan yang ada hanyalah mencatat rekod hilang deposit sekali lagi.

Disebabkan itulah, Mukhriz lebih ghairah mahu membawa Pejuang bekerjasama dengan PH, walaupun beliau sedar, bapanya tidak sebulu dengan Anwar.

Soalnya, apakah Anwar dan PH sedia bekerjasama dengan Pejuang?

Dalam ini, keputusan Tun Mahathir keluar daripada Pejuang tidak mustahil adalah sebagai pengorbanan untuk memisahkan dirinya daripada parti tersebut supaya Anwar dan PH tiada masalah lagi untuk bekerjasama dengan anaknya itu.

Berbanding jika Tun Mahathir masih ada bersama Pejuang, tentulah sukar untuk Anwar dan PH bekerjasama dengannya.

Sekurang-kurangnya jika Pejuang dapat bekerjasama dengan PH, lebih-lebih lagi jika Mukhriz mampu kekal lagi sebagai Adun Jitra dalam PRN Kedah, hayat politiknya bekas MB Kedah itu tidaklah terkubur begitu saja.

PRU16 akan datang pun beliau boleh bertanding sekali lagi bersama dan bekerjasama dengan PH.

Hakikatnya, nampak macam bapa berbalah dengan anak sendiri, sebenarnya inilah tanda ayah yang ada rasa kasih sejati. – ShahbudinHusin 11/02/2023.




TERKINI : 3 EKOR WALAUNTIT DAH TUTUP AKAUN MASING MASING. TAPI POLIS BOLEH KESAN YA...TUNGGU JA NANTI SAMPAI DEPAN UMAH..BIOR ORANG KAMPUNG KENAL PEJUANG PEMFITNAH....



 Tiga-tiga tutup akaun.

Takde telor punya wanita 🙄🥚🥚



SWAMI - Bongkar (Visual Concert)

SAH! PAS KAKI FITNAH, MUHYIDDIN : SAYA DIFITNAH ANWAR & KERAJAAN PH-UMNO...

[[LIVE]}10.2.23 Sanusi kena saman. Apakah dia akan minta maaf?

PELEKAT ROAD TAX

 





Anthony Loke Siew Fook

Selepas pengumuman saya pagi tadi bahawa pelekat "road tax" tidak lagi diwajibkan untuk dipaparkan di cermin kenderaan, saya tahu ramai yang ada pelbagai persoalan. Saya akan memberikan pencerahan kepada soalan-soalan yang sering ditanya;

1) Adakah wajib untuk download apps "MyJPJ"?

Tidak. Ia adalah salah satu opsyen sahaja untuk mendapat salinan digital untuk road tax dan lesen memandu.

2) Kalau tak dapat download apps MyJPJ sekarang dan tak dapat tunjuk digital road tax, adakah saya akan disaman?

Tidak. Pihak penguatkuasa boleh mengesahkan status road tax dan lesen melalui sistem dalam gadget penguatkuasaan.

3) Adakah road tax dan lesen memandu masih perlu dibayar selepas tempoh sah tamat?

Ya. Perlu dibayar. Hanya sticker tak perlu ditampal.

4) Kalau warga emas yang tak ada smart phone dan kawasan yang tak ada internet, macam mana?

Jangan bimbang, digital format bukan diwajibkan. Masih boleh dapatkan sticker road tax dan lesen fizikal dari JPJ sekiranya perlu.

5) Kalau kereta bukan dipandu oleh pemilik, macam mana tunjukkan digital road tax?

Senang sahaja, digital road tax boleh dicetak dalam kertas dan simpan dalam kereta. Namun, kalau tak dapat tunjuk bukti pun, bukan satu kesalahan...pihak penguatkuasa akan check butiran dalam gadget mereka.

6) Mengapa saya tak dapat login MyJPJ sejak pagi tadi?

Seperti mana-mana sistem yang baru, sudah tentu ramai orang ingin mendaftar pada masa yang sama. Trafik yang sangat tinggi.

Saya tahu ada banyak lagi persoalan oleh orang ramai. Kita akan cuba memberi penerangan yang sejelas-jelasnya.

Saya sedar dalam apa sahaja proses perubahan, ia akan mengambil masa untuk disesuaikan. Ada pihak yang tidak akan setuju dengan perubahan tersebut.

Saya menghormati semua pandangan dan cuba menguruskan perubahan sebaik mungkin

Saya bersama pasukan saya di MOT dan JPJ akan cuba memperbaiki sebarang kelemahan yang timbul dalam proses perubahan ini.

Sama-sama kita menuju ke arah yang lebih baik.

Terima kasih!

 

BEZANYA WALAUN DAN WALANON MUDAH- WALAUN =SUKA FITNAH DAN KAPIRKAN ORANG- WALANON MEMBELA DEMOKRASI DAN TIDAK HIPOKRIT.IDUP WALANON., MASUK NURAKA KAKI FITNAH.

 

Walaun vs. Walanon

Pauk-puak tu, kita gelar dia walaun, dia gelar kita walanon pulak. Hahaha... Tapi aku tak kisah pun digelar walanon walaupun aku tak adalah taksub kepada DS Anwar.

Tapi personaliti DS Anwar tu, kalau orang taksub pun masuk akal. Sebab beliau seorang yang bijak, berintegriti, rajin, berjiwa rakyat serta memahami aspirasi rakyat marhaen.

Jauh beza dengan puak sebelah sana. Sudahlah tak bijak, integriti zero, kerja tak buat, datang sidang pun malas. Lebih dari itu, pakar spin dan fitnah.

Bercakap soal fitnah ni, semalam aku tengok ramai juga penyokong PH (baca: walanon) yang berang dengan keputusan DS Anwar terima permohonan maaf daripada Razman.

Teruk juga DS Anwar kena kutuk semalam. Nampak tak beza walaun dengan walanon? DS Anwar buat benda elok pun, tapi tak kena dengan selera dorang, teruk DS Anwar kena.

Kalau sebelah sana, dia cakap menipu tu bagus, rasuah itu sedekah, mengkafirkan orang sesuka hati pun dorang sokong dan pertahankan sepenuh hati. Walaupun ianya bertentangan dengan ajaran Islam.

Sebab tu gelaran walanon tu tak sesuai. Tapi kalau nak kata juga, lantaklah. Setakat gelaran tak jejas apa pun. DS Anwar masih PM juga lagi.

Tapi nanti ada yang cakap, kalau tak wala, kenapa DS Anwar lantik Izzah korang tak tentang?

Kenapa nak tentang? Sedangkan itu memang yang kita mahukan. Memang penyokong PH terutamanya Keadilan dah lama nampak kredibiliti Nurul Izzah sebagai pemimpin.

Kita melihat Nurul Izzah sebagai ahli politik, bukan sebagai anak DS Anwar. Perlantikan itu akan bantu Nurul Izzah tambah baik kualiti kepemimpinan yang sedia ada pada dirinya.

Aku, malah aku percaya majoriti penyokong PH juga berkongsi aspirasi yang sama, ingin melihat Izzah jadi pemimpin nombor satu negara satu hari nanti. Jadi kenapa kami nak tentang perlantikan Izzah?

Kemudian ada yang kata kalau Zahid lantik anaknya pun nak sokong? Masalahnya, anak Zahid bukan ahli politik. Setakat turun berkempen tak jadikan dia ahli politik. Izzah pula pemimpin utama Keadilan.

Bahkan rakyat kenal nama Izzah lama sebelum kenal nama Rafizi. Lama sebelum kenal nama Tuan Ibharim, Razman, Khairil Nizam, Peja, Wan Saiful, Wan Fayhsal dan ramai lagi.

Anak DS Anwar pun bukan Izzah sorang je. Ramai. Tapi kenapa Izzah sorang je yang dilantik? Bukan sebab anak kesayangan tapi sebab Izzah sorang je yang terlibat politik.

Ternyata, yang dipanggil walanon ni bukan pewalak sebenarnya. Sebab tindakan atau sokongan adalah berdasarkan situasi dan logik. Berbeza dengan walaun yang sokong tanpa berfikir.

Tapi nak gelarkan walanon? No problem bro. Gelar walazah sekali pun ok. Sebab mereka orang yang rajin bekerja untuk rakyat, bukan jenis yang ambil gaji tapi kerja tak buat. Guane boh?

Raja Gelap

.

 

ANTARA CIRI CIRI ORANG MUNAFIK IALAH APABILA DIA BERCAKAP DIA MEMFITNAH, APABILA DIA BERJANJI DIA BERBOHONG, APABILA DIA BERBOHONG , DIA BOHONG KEPADA SELURUH MANUSIA. MAKA DIA SEBAHAGIAN DARI API NERAKA

 

ZUNAR CARTOONIST FAN CLUB


November 2022, saya tak akan minta maaf. Saya ada maruah.

Feb 2023: ERR.... Saya minta maaf, he he




DIAKHIR ZAMAN KELAK- UMAT ISLAM TERBAHAGI KEPADA 93 GOLONGAN -INILAH SALAH SATU GOLONGAN UMAT ISLAM YANG BERTUDUNG TETAPI MENYEBAR FITNAH

 

Mungkin sudah trend akhir zaman, pakai kopiah dan tudung labuh galak sebar fitnah…









SEMOGA MEREKA DIBERIKAN HIDAYAH- JIKA MEREKA MEMOHON MAAF KEPADA ORANG YANG MEREKA FITNAH , BELUM TENTU MEREKA MASUK SYURGA , KERANA JIKA ADA YANG PERCAYA, NESCAYA KAMU DAN FITNAH KAMU KE NERAKA JAHANAM. BERTAUBATLAH.

IBRAHIM MAT ISA


Tudung labuh atau ketayap masam di kepala bukan lesen kalis saman jika content yang dimuatnaik ke media sosial terutama TikTok penuh dengan fitnah. Berhati-hati jangan sampai polis kutip ye!




 

CIRI CIRI AHLI NERAKA


Cartoon by Haili

Posted by Admin

Trend Lebai, Fitnah ~ Maaf…





 

KJ MENGUTUK UMNO- TETAPI AKAN BERTANDING DI SELANGOR


 

ULAMAK KONONNYA- PARTI AGAMA KONONNYA- TETAPI MENYERBARKAN FITNAH BUKAN LAH BERSIKAP MADANI- KAMU AKAN DIHUMBAN DALAM NERAKA JAHANNAM


 

KEPADA DSAI- DENGARLAH NASIHAT RAKYAT- JANGANLAH MEMAAFKAN DAN BERIKAN PENGAJARAN KEPADA PEMFITNAH-IANYA SEBAHAGIAN DARI KONSEP MADANI BERKASIH SAYANG . MENYANYANGI RAZMAN SUPAYA BELIAU TIDAK MASUK NERAKA.


 

Luahan Hati Meroyan Ismail Sabri Setelah DiAbaikan Oleh Kerajaan.

KETIKA NABI MASUK KE MAKKAH- BELIAU BERSABDA BAHAWA SEBARKAN SALAM DAN BERILAH MAKAN KEPADA YANG MEMERLUKAN- NESCAYA KAMU MASUK SYURGA. AKAN TETAPI SEKIRANYA KAMU MEMFITNAH, MAKA NERAKA LAH TEMPAT KAMU


 

KES RASZMAN - SIKAP MEMAAFKAN ITU ADALAH SIKAP TAWADDUK- TETAPI BAGAIMANA FITNAH ITU MENOLAK DAN MEMBERI KEPADA ANDA DAN ANDA MENANG- ADAKAH KAMU BERMARUAH ? ADAKAH HALAL PENDAPATAN ANDA- JIKA TIDAK NERAKA JAHANNAM LAH KAMU WAHAI RAZMAN.


 

ADAKAH NURUL IZZAH MEMBERI MALAPETAKA KEPADA NEGARA ? SEJAK MUDA BELIAU MENGHADAPI CABARAN DALAM HIDUP.....


 

PROFF AGUS SEORANG YANG BERWIBWA- TETAPI NAK MENGAJAR MANUSIA MANUSIA WALAUN DAN WALAUNTIT MEMAHAMI ERTI MADANI MEREKA TAK PAKAI- MEREKA AKAN SALAHKAN DAN LENCONG DEMI KEPENTINGAN MEREKA.ITULAH PERANGAI PARA WALAUN.


 

WALAU HANG DELETE PRIVATE AKAUN- TAPI MAKLUMAT DAH DAPAT TERPERINCI- TUNGGU KAT UMAH YA



       

SEMOGA MEREKA 3 EKOR INI MENDAPAT NASIHAT MADANI- BUKAN  MEMAFKAN BEGITU SAJA. MANA BOLEH DILEPASKAN PEMFITNAH. SEDANGKAN NABI TELAH MENJELASKAN BAHAWA MEMFITNAH ITU UMPAMA MENGGUNAKAN PISAU YANG TAJAM MENGHIRIS SAUDARA MARA KAMU SENDIRI.  MAKA KAMU AKAN MASUK NERAKA JAHANAM



 

VIDEO INI BOLEH DIDAKWA SEBAGAI MEMFITNAH - SAMA ADA KAMU MINTA MAAF ATAU DISAMAN TERHADAP KAMU- BEBAS BERCAKAP BUKAN FITNAH DAN AKAN DIAMBIL TINDAKAN


 

KENYATAAN MEDIA BERKAITAN 3 WALAUNTIT MEMFITNAH.

 



KENYATAAN MEDIA:


Kemunculan video fitnah terbaharu ke atas Kerajaan Perpaduan melibatkan tiga siswi propembangkang menunjukkan bahawa pihak berkenaan tidak pernah insaf dan langkah mengatasinya hanya boleh diambil melalui tindakan tegas.


Memberi amaran dan meminta mereka memadamkan hantaran video itu semata-mata bukanlah langkah yang praktikal kerana mereka hanya diam seketika dan akan muncul dengan video yang lebih ekstrim.


Pembangkang tidak akan serik memfitnah malahan menjadikan golongan terpelajar sebagai penyampai kandungan fitnah tersebut tanpa memikirkan kesan ke atas siswi berkenaan sekiranya diheret ke muka pengadilan.


Dalam hal ini, sekurang-kurangnya ada dua sebab besar yang memerlukan pihak berkuasa bertegas - pertama, membendung kegiatan fitnah daripada terus berleluasa agar negara ini terselamat daripada suasana tidak harmoni; kedua, menyelamatkan modal insan terutama golongan terpelajar daripada terjerumus dalam kancah kebencian sebaliknya memupuk mereka menjadi insan yang berguna kepada negara.


Kerajaan dan pihak berkuasa dalam kes penyebaran video fitnah begini perlu bertindak keras dan segera ke atas pemfitnah serta dalang kes itu tanpa ragu-ragu bermula sekarang.


Tidak perlu lagi terlalu lunak dan "besar jiwa" kerana pembangkang tidak pernah menghargainya, malahan lebih "ganas" meracuni fikiran masyarakat tanpa ada sedikit pun perasaan bertanggungjawab.


Bertindaklah dengan tegas dan segera sebelum nasi menjadi bubur. Tidak guna kita hanya baru tengadah setelah teruk terhantuk di  tembok fitnah.


ALIAS ISMAIL,

Ketua Penerangan MPN PKR Terengganu,

10 Februari 2023.




[LANGSUNG] PM tunai solat Jumaat di Islamic Center of Thailand Ramkhamha...


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka menunaikan solat Jumaat di Islamic Center of Thailand Ramkhamhaeng Soi 2 Islamic Center of Thailand Ramkhamhaeng Soi 2, Ramkhamhaeng Rd, Khwaeng Suan Luang, Khet Suan Luang, Bangkok.

Tahap kepuasan terhadap Anwar 68 peratus - Kaji Selidik

KETIBAAN PM MALAYSIA! DI SAMBUT MEGA PEMIMPIN NEGARA THAILAND SEMPENA LA...

HOI HOI YA HOI, INI MENANTU SIAPA?

Lebai Parti Pas Perak Tiba² Mohon MAAF Pada Ds Anwar Ibrahim. Fitnah LGBTT

MGNews: PM DS Anwar Solat Jumaat Di Pusat Islam Thailand

VAKSIN DIBELI TANPA KELULUSAN PEGUAM NEGARA?



“Saya tak faham kenapa kabinet seperti yang diumum oleh PMX buat keputusan untuk bentang kertas putih mengenai perolehan vaksin. Kononnya perolehan dibuat dengan tidak teratur tanpa kelulusan Peguam Negara. “Keputusan perolehan vaksin telah dibawa ke kabinet untuk kelulusan. Biasanya agensi-agensi berkaitan beri ulasan terlebih dahulu ke atas Memorandum Jemaah Menteri untuk perolehan vaksin.

RENTASAN 1307 | GEMPAR!! ISU PROJEK JABATAN IMIGRESEN: NIIS SUDAH JADI '...

[LANGSUNG] Sidang media Perdana Menteri sempena lawatan kerja ke Thailan...

NAMPAK GAYANYE ANAK BAPAK BELA BAPAK- JADINYE BAPAK DIA YANG MENANG LA YE...PANDAI KOME KELUARKAN FATWA SONGSANG.



 NI LE ANAK SI LEBAI RAZMAN KASTAM TU. OLAMAK LE KATAKAN...SEBAB TU DIA

 SUKA CAKAP FITNAH MACAM ORANG KENA KETUM JE LAGAKNYE..TAPI PADAN JE

 MUKE TEMAN ..SEBAB SEKALI DIA BUAT  MUKE SEDIH TEMAN KENA MAAFKAN . DOA

 WALAUN DEME TU KENE JAGE JAGE....MUJARAB...INGATAN JUGE BUAT SI NUSI DAN

 MAHIADDIN..NANTI SOH LE LOYA LOYA DEME TU MINTA MAAF

 YE...HAAAA...GITEWWW...JANGAN DEME JADI TENGIN HANGIT.....BIOR JE LOYA LOYA

 DEME RUNDING TERUS- TAK PAYAH NAIK MAHKAMAH...BUAT APE..NANTI MANE NAK

 NYEQOKEH DUIT JOTA JOTA NAK MEMBAYOR NYE.





NGAPE LE KOME NI. INGAT DONIA TAK HABIH HABIH- NAK ORANG NGEJE HAJI UMRAH PUN NAK MENYAKAW BAB TIKET-TAK INGAT NERAKE KE ?

 

SPRM bongkar sindiket rasuah agihan kuota tiket penerbangan umrah.



Sumber SPRM berkata, enam individu terdiri daripada pengarah dan kakitangan syarikat pelancongan ditahan dalam operasi khas di empat negeri semalam.

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membongkar sindiket menentukan pengagihan kuota jumlah tempat duduk penerbangan bagi agensi pembekal perkhidmatan umrah dengan meminta rasuah dikatakan berbentuk komisen.

Menurut sumber SPRM, enam individu terdiri daripada pengarah dan kakitangan syarikat pelancongan melibatkan enam syarikat ditahan dalam operasi khas di empat Kuala Lumpur, Selangor, Johor dan Kedah semalam.

Semua lelaki berumur 34 hingga 55 tahun itu kemudiannya dibawa ke ibu pejabat SPRM di sini, petang semalam.

Menurut sumber itu, sebuah syarikat terbabit dilantik oleh sebuah syarikat penerbangan antarabangsa sebagai ejen tunggal untuk mengurus dan mengagihkan kuota tempat duduk bagi setiap penerbangan mengerjakan umrah.

Ads by Kiosked

“Modus operandi sindiket ialah mengenakan bayaran rasuah antara RM50 hingga RM250 bagi setiap kuota tiket untuk jemaah umrah.

“Bayaran ini bagi memastikan agensi umrah mendapat kuota tempat duduk dalam setiap penerbangan dijadualkan.”

Sumber berkata, sindiket itu dipercayai menjalankan kegiatan terbabit sejak 2018 dan 216,000 tiket dikatakan diagih dengan bayaran rasuah sekurang-kurangnya berjumlah RM10.8 juta.

Menurutnya, agensi pelancongan umrah dikatakan terpaksa membayar kos tambahan berbentuk rasuah bagi memastikan kuota jemaah mereka mendapat tempat duduk penerbangan dan ini dipercayai antara faktor harga tiket penerbangan umrah tinggi.

Katanya, semua yang ditahan kini direman empat hari hingga Isnin depan selepas Majistret, Irza Zulaikha Rohanuddin membenarkan permohonan di Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini.

Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 16 (a) Akta SPRM 2009.

Ads by Kiosked

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki yang mengesahkan penahanan itu berkata, lebih ramai dijangka ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan.


PERTAMA KALI KOME DENGOR PEJA BERI PENDAPAT AGAK BIJAK. TIDAK MEGAPE HANIS SEBABNYE KERAJAAN INI BAIK MENDONIA. HANYA PERMOHONAN MAAF...KIRA OK...

 

Hukuman Hanis peringatan untuk hormat masyarakat majmuk, kata bekas menteri


facebook sharing button 
twitter sharing button 
whatsapp sharing button 
email sharing button 

Ahmad Faizal Azumu berkata, hukuman ke atas Hanis Nadiah Onn
 merupakan peringatan bahawa komen berbaur perkauman tiada ruang
 dalam masyarakat majmuk di Malaysia.

PETALING JAYA: Dua bekas menteri belia dan sukan menyambut baik penggantungan ke atas pemain hoki negara, Hanis Nadiah Onn daripada mewakili negara selepas membuat komen rasis baru-baru ini.

Ahmad Faizal Azumu berkata, hukuman itu merupakan peringatan bahawa komen berbaur perkauman tiada ruang dalam masyarakat majmuk di Malaysia.

“Rasa hormat antara satu sama lain adalah asas paling penting kepada masyarakat kita dan sebagai seorang pemain hoki kebangsaan, Hanis harus bertanggungjawab atas komen tersebut,” katanya dalam kenyataan.

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pula berkata, hukuman itu perlu dijadikan contoh kepada persatuan dan atlet lain supaya sentiasa menghormati kepelbagaian budaya agama dan bangsa di Malaysia.

“Ia juga untuk pastikan tindakan sebegini tidak berulang lagi,” katanya kepada FMT.

Terdahulu, Hanis hari ini dilaporkan menerima penggantungan itu dengan hati terbuka dan bertekad tidak mengulangi kesilapan sama, selain mengingatkan atlet lain sentiasa berhati-hati membuat sebarang hantaran di media sosial.

Semalam, Jawatankuasa Siasatan Majlis Sukan Negara dan Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) memutuskan Hanis digantung serta tidak dibenarkan mewakili pasukan kebangsaan ke perlawanan antarabangsa, susulan komen berbaur perkauman berkaitan konsert penyanyi AR Rahman bulan lepas.

Bagaimanapun, Ketua Pemuda PAS, Ahmad Fadhli Shaari menganggap hukuman itu sangat keras berbanding kesalahan Hanis.

Mengulas lanjut, Syed Saddiq mempersoalkan sama ada Fadhli tahu selok-belok sukan berbanding keputusan KHM yang sudah lama dalam industri itu.

Beliau mencadangkan Fadhli meneliti keputusan KHM dan permohonan maaf oleh Hanis yang mengakui kesilapannya.

Ads by Kiosked

“Pada masa sama, isu ini bukan isu kecil kerana sukan adalah ejen penyatuan terbaik untuk memberikan contoh terbaik, khususnya apabila dia mewakili nama baik negara di persada antarabangsa,” katanya.


KAMI REDHO KERANA SUKA MEMFITNAH ?


 

BLOG INI AKAN KEMBALI PADA AHAD DIBAWAH PENGURUSAN BARU. SELAIN MENDESAK MENTERI LEMBAB FAHMI MELEPASKAN JAWATAN.



Blog ini akan diaktifkan semula Ahad ini dimana seorang pengurus baru akan mengendalikannya.Walau pun blog ini hanya mengenegahkan berita dari tiktokers dan fbookers tetapi ianya menjadi lidah pennyambung kepada golongan bawahan untuk mendapatkan maklumat dan pendedahan demi menegakkan berita dan bukan fitnah. 

Oleh kerana komitment pengurus lama agak terhad maka pengurus baru dilantik  sebagai pengendali blog ini.

Selain mendesak Menteri Komunikasi dan Multimedia Digital ini melepaskan jawatan kerana gagal dalam tugas beliau sebagai menteri, sebaliknya elok beliau menjadi tukang sorak sahaja.

Bukan sahaja kawasan beliau kurang hadir majlis kenduri kendara ..maklumat yang kami dapat, akhbar parti tidak dapat berfungsi dengan baik..sedangkan parti  PKR adalah  induk kepada pembentukan kerajaan perpaduan ini. Masakan akhbar tidak dapat dihidupkan dengan melantik wartawan dan juga dihidupkan semula akhbar sekurang kurangnya edaran untuk kawasan pedalaman.Selain Suara Keadilan Online sepatutnya setaraf akhbar online yang lain.

Amatlah malang , akhbar Suara Keadilan gagal kerana Menteri lepas dan kini gagal berfungsi dan mengharapkan akhbar lain yang membuat liputan, sedangkan akhbar sendiri sepatutnya di hidupkan di beri nafas baru sesuai Anwar Ibrahim dilantik sebagai PM. Tak rasa malukah anda ?