NGAPE LE KOME NI. INGAT DONIA TAK HABIH HABIH- NAK ORANG NGEJE HAJI UMRAH PUN NAK MENYAKAW BAB TIKET-TAK INGAT NERAKE KE ?

 

SPRM bongkar sindiket rasuah agihan kuota tiket penerbangan umrah.



Sumber SPRM berkata, enam individu terdiri daripada pengarah dan kakitangan syarikat pelancongan ditahan dalam operasi khas di empat negeri semalam.

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membongkar sindiket menentukan pengagihan kuota jumlah tempat duduk penerbangan bagi agensi pembekal perkhidmatan umrah dengan meminta rasuah dikatakan berbentuk komisen.

Menurut sumber SPRM, enam individu terdiri daripada pengarah dan kakitangan syarikat pelancongan melibatkan enam syarikat ditahan dalam operasi khas di empat Kuala Lumpur, Selangor, Johor dan Kedah semalam.

Semua lelaki berumur 34 hingga 55 tahun itu kemudiannya dibawa ke ibu pejabat SPRM di sini, petang semalam.

Menurut sumber itu, sebuah syarikat terbabit dilantik oleh sebuah syarikat penerbangan antarabangsa sebagai ejen tunggal untuk mengurus dan mengagihkan kuota tempat duduk bagi setiap penerbangan mengerjakan umrah.

Ads by Kiosked

“Modus operandi sindiket ialah mengenakan bayaran rasuah antara RM50 hingga RM250 bagi setiap kuota tiket untuk jemaah umrah.

“Bayaran ini bagi memastikan agensi umrah mendapat kuota tempat duduk dalam setiap penerbangan dijadualkan.”

Sumber berkata, sindiket itu dipercayai menjalankan kegiatan terbabit sejak 2018 dan 216,000 tiket dikatakan diagih dengan bayaran rasuah sekurang-kurangnya berjumlah RM10.8 juta.

Menurutnya, agensi pelancongan umrah dikatakan terpaksa membayar kos tambahan berbentuk rasuah bagi memastikan kuota jemaah mereka mendapat tempat duduk penerbangan dan ini dipercayai antara faktor harga tiket penerbangan umrah tinggi.

Katanya, semua yang ditahan kini direman empat hari hingga Isnin depan selepas Majistret, Irza Zulaikha Rohanuddin membenarkan permohonan di Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini.

Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 16 (a) Akta SPRM 2009.

Ads by Kiosked

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki yang mengesahkan penahanan itu berkata, lebih ramai dijangka ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan.


No comments: