TAK ADA SESIAPA PUN YANG MENABUR PASIR DALAM BEKAS KAU YE.....SO TERIME LE SEADENYE.....

 





ELEPHANT IN THE ROOM

Let’s just address the elephant in the room.

1. Adakah komen “bau bestlah kat dalam tu” ketika Konsert AR Rahman suatu komen rasis?

Banyaklah saya tengok cytro and keyboard warrior mainkan isu ini. Katanya apa rasisnya? Cakap pasal bau saja.

Don’t kid ourselves la. Kalau konsert Siti Nurhaliza atau Chakri Khan, takdenya orang nak komen pasal bau. Takpun baru ni konsert Artis Taiwan, Jay Chou. Ada ke yang nak komen lagu tu?

Sebab ia konsert AR Rahman, dengan 60,000 penonton, majoriti kaum India. Adik Anisz buat komen diikuti dengan emoji ketawa. Niatnya hanya nak berjenaka. Tapi kita tak boleh la in denial, katanya tak apa2.

2. Adakah komen tu melampau RASIS?

Pada saya, ia rasis. Tapi level rasisnya tidak lah sama dengan ucapan orang politik, yang nak pecah belahkan masyarakat. Ucapan Superman Hew yang kena tangkap tahun lepas, 2000x ganda lebih rasis.

Jauh lebih teruk, kenyataan Hadi Awang yang mengeji orang bukan Bumiputera. Kenyataan Ramasamy yang selalu megutuk orang Melayu. Set2 politikus ultra haluan kanan dan kiri seperti Ronnie Liu dan Tajuddin Rahman. Ucapan mereka jauh lebih parah. Namun mereka ini selepas bercakap benda rasis, lepas bebas saja tiada tindakan. Double standard much bila kena orang kayangan?

3. Hukuman

Ironinya, para politikuslah menyemarakkan isu kaum dan agama dengan ucapan rasis mereka. Rakyat terikut sama.

Tapi bila rakyat komen rasis berbentuk jenaka, kita kenakan tindakan gantung daripada mewakili negara. Orang politik boleh pulak cakap rasis tiada tindakan apa2.

Lepas ni, boleh lah ada Akta Hubungan Kaum, kalau orang politik buat kenyataan rasis, dia tak boleh bertanding pilihanraya sepenggal. Baru ada akal.

*************************************************

Saya tak bersetuju dengan tindakan adik Anisz buat kenyataan rasis. Saya tentang.

Tapi tindakan penggantungan yang diberi tidak kena buat masa ini. Mengakibatkan lebih banyak tension kaum dan agama.

Sewajarnya, Menteri Belia dan Sukan santuni dia. Galakkan dia buat ucapan maaf secara telecast kepada rakan senegara. Buat dia kesal apa yang diucap dan move on from there. Dia pun masih muda. Kesilapan yang boleh dimaafkan juga. Itu pada saya lebih afdal, sambil buat milleage penyatuan bangsa Malaysia. Inikan Kerajaan Perpaduan. Perlulah ada sikap ihsan.

Kita sebagai rakyat biasa, jangan pula termakan hasutan cytro politaik. Mereka akan perah isu ini jadi isu perkauman. Mentang2 Menteri KBS Bukan Melayu. Walhal Jawatan Kuasa yang memutuskan keputusan pergantungan tu semua Melayu. Ini politaik tak boleh pakai.

Saya harap adik Anisz merayu, dan Menteri KBS kita berbesar hati untuk overrule.

Salam hormat,

Liyana Marzuki