Bilakah artis akan dapat caruman KWSP seperti diperjuangkan PH?






Kehidupan artis di usia tua perlu diberi perhatian dan dibela oleh kerajaan.

Ahli Parlimen Dr Maszlee Malik (PH - Simpang Renggam) bertanya adakah kerajaan BN telah mewajibkan skim Perkeso dan KWSP kepada para artis sebagaimana yang diperjuangkan ketika era pemerintahan Pakatan Harapan yang lalu.

"Soalan saya lebih tertumpu kepda KWSP. Kita tahu KWSP memang ada inisiatif mereka sendiri tetapi ianya tidak mapan untuk para artis dan penggiat seni itu sendiri.

"Kita perlukan polisi yang lebih mapan untuk menjaga hari senja artis dan juga penggiat seni yang bekerja sendiri. Perlunya usaha dari Finas dan K-KOM memastikan ada polisi KWSP dicarumkan.

"Contohnya diwajibkan syarikat produksi dengan artis freelance ini sebagai bayaran, yang mana ini syarat untuk mendapatkan permit dan lesen untuk melakukan produksi," katanya dalam perbahasan di Dewan Rakyat sesi pagi.

Menurut Dr Maszlee, hal itu bukanlah cadangan baharu kerana telah digerakkan sejak 2019 namun tidak berjaya dilaksanakan kerana berlakunya perubahan kerajaan.

"Ini bukan perkara baru. 2019 sudah terdapat libat urus Finas dengan KWSP yang begitu mapan, yang begitu intensif memastikan kebajikan hari tua artis

"Soalannya apa jadi dengan pelan tersebut? Saya ingat di penghujung 2019 ia telah dikemukakan oleh pengerusi Finas lama sebelum kerajaan bertukar. Saya harap pelan itu dilaksanakan," katanya.

Bagaimanapun Timbalan Menteri Komunikasi Dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin menjawab cadangan tersebut boleh dibincangkan dalam taks force yang ditubuhkan kementerian.

"Cadangan Simpang Renggam bagus dan kita perlu berbincang melalui task force dan mendengar cadangan. Kita mahu apa yang kita laksanakan dipersetujui. Melaui Finas kita telah melaksakanan Perkeso," katanya.

Tambah beliau, semua produksi filem yang terima dana kerajaan peruntukan caruman Perkeso ditolak secara automatik. Manakala KWSP juga akan dikemukakan syarat yang sama.

 

Otai Reformis 1998 umum calon tanding MPP

 


Persaingan secara demokrasi bagi mendapatkan tempat dalam hierarki kepimpinan KEADILAN akan lebih mencabar apabila Otai Reformis 1998 mengumumkan menghantar 3 wakil untuk bertanding posisi Majlis Pimpinan Pusat (MPP).

Menurut pengumuman Setiausaha Otai Reformis, Razak Ismail (gambar, dua dari kanan) malam tadi, pertubuhan yang sebelum ini menggerakkan demonstrasi jalan raya sejak kebangkitan Reformasi 1998 itu buat julung kalinya akan cuba menempatkan wakil dalam kalangan pembuat keputusan parti.

"Otai Reformis telah mengadakan mesyuarat pada malam ini yang telah dihadiri seramai 32 orang wakil terdiri daripada Pengerusi Otai Johor dan juga Otai Perak dan Sabah

"Pada malam ini kita membuat keputusan bahawa Otai telah bersetuju memilih 3 orang wakil pimpinan untuk bertanding bagi jawatan Majlis Pimpinan Pusat, iaitu saudara Mustapa Mansur (Timbalan Presiden Otai), Razak Ismail juga seorang wakil dari Sabah," kata Razak selepas mesyuarat Otai Reformis di Kuala Lumpur.

Dalam pengumuman itu juga beliau menjelaskan Otai Reformis tidak memutuskan untuk berpihak kepada mana mana calon Timbalan atau Naib Presiden.

Tambah Razak, ahli ahli Otai Reformis bebas untuk memilih calon calon yang mereka yakini memimpin KEADILAN.

"Dalam masa sama kita ambil keputusan bahawa ahli ahli Otai terbuka untuk menyokong mana mana calon calon bagi jawatan Timbalan Presiden dan juga Naib Presiden.

"Saya sebagai Setiausaha Otai dengan ini mengisytiharkan calon calon kita bertanding untuk jawatan MPP," katanya.

Menurut Razak lagi, sudah tiba masanya Otai Reformis meletakkan wakil di dalam parti agar arus reformasi selama dua dekad akan terus subur sebagai dasar utama KEADILAN.

 

Cuti bersalin 98 hari: Perubahan diperjuangkan kerajaan PH lulus di Parlimen


 

Cuti bersalin 98 hari dan cuti 7 hari bagi suami untuk menguruskan anak dan isteri merupakan perjuangan Pakatan Harapan (PH) sejak sebelum dan selepas menjadi kerajaan pada Mei 2018.

Bagi Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin, lulusnya pindaan undang undang untuk melengkapkan cuti bersalin tersebut merupakan kejayaan besar kepada PH dalam membela hak hak wanita.

"Penambahan cuti bersalin 90 hari ini dimulakan oleh PH dalam manifesto 2013 dan 2018.

"Selepas jadi kerajaan pada 2018, kerajaan PH memulakan pindaan RUU Kerja. Tidak lupa juga NGO dan kesatuan sekerja yg mendesak pindaan selama ini.

"Ini satu bukti nyata manifesto PH boleh dilaksanakan dan jika diberi masa lebih banyak manifesto akan terlaksana," katanya di Facebook beliau.

Tegas Sim, cuti berkenaan tidak berjaya diluluskan oleh kerajaan kerana PH telah ditumbangkan pada Februari 2020.

Semalam, Rang Undang-Undang Kerja (Pindaan) 2021 diluluskan di Dewan Rakyat setelah memperoleh sokongan ahli Dewan Rakyat melalui undian suara. Dengan pindaan itu suami dapat menguruskan kelahiran anaknya dalam tempoh yang mencukupi.

 

Pahit getir pasca Langkah Sheraton: 'Ada berkhianat, ada bercuti' - Saifuddin

 


Genap dua tahun peristiwa tumbangnya kerajaan Pakatan Harapan dan suramnya KEADILAN dilanda pengkhianatan pemimpin pemimpin utama yang 'menyeberang' untuk menubuhkan kerajaan PN, Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengungkapkan catatan mengharukan tersebut di Facebook beliau.

Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu itu mengimbau betapa getirnya pemimpin parti yang tinggal menampal luka luka dan membangun kembali parti yang diporak perandakan para pengkhianat dengan bantuan prmimpin pemimpin yang setia kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI).

"Sukarnya KEADILAN bergerak tatkala sejumlah pimpinan utama khianat. Yang tinggal pula ada yang memilih bercuti. Tugas mengukuh parti digalas DSAI dan pimpinan lain yang tinggal.

"Biro Politik dan mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat menjadi platform menyusun segala langkah dan strategi parti. DSAI kekal dengan disiplin organisasi yang tinggi. Tekun mendengar pandangan semua. Sabar memberi bimbingan dan tunjuk ajar dan sesekali tegas dan keras dalam membuat keputusan," katanya.

Saifuddin juga memperingatkan kembali formula Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam menyusun semula parti dan memastikan organisasi serta perjalanan parti kekal lancar.

"Pesanan beliau mudah. Sebelum parti buat keputusan sila beri pendapat. Boleh setuju, boleh tidak setuju. Tegur dan kritik tapi jangan sesekali beri “ultimatum”. Apakala parti buat keputusan berikan kepatuhan dan laksanakan keputusan itu.

"Begitulah KEADILAN. Setiap keputusan dibincang dan diputuskan bersama. Baik buruk sesuatu keputusan parti kita ambil tanggungjawab. Jauh sekali berlepas tangan. Inilah prinsip pertanggungjawaban yang kita anuti," katanya lagi.

Untuk rekod, Langkah Sheraton yang menumbangkan kerajaan PH terjadi pada hujung Februari 2020. Manakala bulan Mac 2020 merupakan detik tertubuhnya kerajaan PN dengan dianggotai para pengkhianat. Sejak itu perjalanan politik Malaysia tidak pernah lagi normal sebagaimana sebelumnya.

 

JANGAN BIARKAN MIMPI NGERI ANDA BERULANG : KLUSTER MAHKAMAH MAHU MOU BATAL, PRU SEGERA?


DIMANA SAIFUDDIN PADA 2004 ???

 https://youtu.be/u7rFhgsK5GA




Sekali lagi, aku tampil mengajar beberapa pengikut yang malas dan tidak rajin mencari maklumat. Dengan selamba mereka mempersoalkan "Di mana Saifuddin Nasiution lari pada tahun 2004?"

Jawapannya, pada tahun 2004, beliau berpindah ke Kelantan dan aktif di Cabang Macang. Beliau dilantik oleh MB Kelantan ketika itu, Almarhum Tok Guru Nik Aziz sebagai penjaga atau pengurus Tabung Tok Kenali.

Beliau tidak keluar parti wlaupun pun berkhidmat dgn MB Kelantan. Kerajaan Kelantan memperkenal dan menggerakkan Skim Insuran Warga Emas kpd rakyat Kelantan, satu projek kjaan negeri. Ratusan ribu rakyat Kelantan telah menerima manfaat. Masih kita ingat, Zuraidah pernah tuduh saifuddin masuk pas dan terima habuan berjuta. Saifuddin saman zuraidah dan kes masih di mahkamah .

Di Kelantan beliau terus aktif berpolitik, memberikan ceramah di seluruh negara. Jangan lupa, pada PRU tahun 2008, Keadilan menang bergaya dan berjaya mendapat 32 kerusi Parlimen serta menubuhkan kerajaan negeri di Selangor, Perak, Kedah dan Penang.

Pada Kongres Nasional Keadilan tahun 2017, Saifuddin Nasution dilantik sebagai Pengarah Strategi parti. Rasanya cukup di situ untuk menjawab persoalan yang dikemukakan. Apa yg pasti, Saifuddin Nasution tidak pernah berehat atau bercuti bertahun2 jauh sekali merajuk meskipun tewas bertanding jawatan Timbalan Presiden sewaktu pertembungan tiga penjuru di antara beliau, TS Khalid Ibrahim dan Azmin Ali yang akhirnya Azmin menang kerana perpecahan undi antara beliau dan TS Khalid.

Semoga Allah membuka pintu hatinya untuk bertarung jawatan Timbalan Presiden kali ini kerana Keadilan harus ada tokoh seorang pemimpin yang mempunyai nilai tersendiri bukan sekadar penambah nilai.

WFAUZDIN NS

JOM MEMILIH

 Syabas!! Pilihan yg tepat. InsyaAllah, semoga Allah buka hatinya untuk kita angkat beliau.


w.faudzin

May be an image of 1 person, sitting and text that says "malaysiakini terkini untuk anda EN BM ZH ΤΑ mk BERITA Mukhriz Hazim malayslakini.com Ketika PKR dikhianati, ada pemimpin pilih bercuti- Saifuddin Diterbitkan: Mar 21, 2022 2:09 PM Dikemaskini: 2:09 PM"
Paling sesuai di sisi Presiden adalah Saifuddin Nasution Ismail sebagai Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat.
Sejujurnya saya akàn sokong pimpinan yang menunjukkan kesetiaan kepada parti disaat susah dan senang. Yang solid kepada perjuangan. Sentiasa berada di belakang Presiden menjadi tirai menangkis kecaman dan hinaan.
Yang tahu bagaimana menghormati ketua. Yang tahu disiplin organisasi.
Tak pernah sebaris ayat keluar dari beliau mengutuk atau menghentam Presiden secara terbuka. Inilah disiplin paling asas yang dpt diperhatikan oleh semua anggota parti.
Pilihlah yang setia.

KALAU DAH GELOJOH , NAK JOIN DAN TINGGALKAN KAWAN LAMA GO AHEAD..

 

Dilema sekutu PH: Jalin kerjasama dengan MUDA atau setia dengan PKR?




Amanah dan DAP berkempen dengan logo PH manakala PKR menggunakan logo sendiri pada PRN Johor.

PETALING JAYA: Selepas malapetaka besar pada pilihan raya negeri (PRN) Johor, rakan sekutu Pakatan Harapan (PH), Amanah dan DAP mempunyai pilihan sama ada untuk membentuk kerjasama baharu atau kekal bersama rakan lama, PKR.

Penganalisis Azmi Hassan berkata Amanah dan DAP harus bekerjasama dengan MUDA, parti berasaskan belia yang baharu ditubuhkan oleh Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Bagaimanapun, seorang lagi penganalisis, Ahmad Fauzi Abdul Hamid berkata kedua-duanya itu tidak harus menjalin pakatan dengan sebarang parti baharu tetapi meneruskan kerjasama dengan rakan lama.

Azmi yang juga Felo Kanan di Akademi Nusantara, berkata MUDA mempunyai potensi, berdasarkan hasil yang ditunjukkan pada PRN Johor. Parti itu menang satu kerusi dan memperoleh 48,072 undi atau 3.46% daripada semua undi yang dibuang.

“Walaupun MUDA hanya menang satu kerusi (pada PRN Johor), mereka melakukannya dengan sangat baik jika melihat berdasarkan undi popular,” katanya.

“Rakyat sokong idea politik MUDA,” kata Azmi kepada FMT.

Katanya, MUDA membawa satu nafas segar dan sebuah parti “tanpa sebarang liabiliti” serta membuka pintu kepada semua kaum dan agama.

Amanah dan DAP harus melupakan kerjasama dengan parti dari Sabah, Warisan dan Pejuang pimpinan Dr Mahathir Mohamad kerana pengundi melihat Warisan hanya untuk rakyat Sabah manakala Pejuang pula kurang sokongan akar umbi.

Bagaimanapun, Azmi berkata sekiranya DAP dan Amanah perlu memilih antara PKR atau bekerjasama dengan Warisan dan Pejuang, adalah lebih baik mereka kekal dengan parti pimpinan Anwar Ibrahim yang “masih mempunyai pengaruh – kecuali mungkin ada masalah dengan pemimpin mereka.”

PKR memperoleh 82,556 undi atau 5.93% daripada semua undi yang dibuang.

Fauzi percaya DAP dan Amanah harus kekal dengan status quo.

Tanpa PKR, “DAP, parti terbesar dan paling senior dalam gabungan baharu akan berada di hadapan untuk memimpin.”

BIMBING ANAK-ANAK MUDA TOLAK PEMIMPIN RASUAH – SULTAN PERAK

 

Anak muda perlu dibimbing agar memiliki tahap literasi politik yang berupaya memahami erti dan amalan demokrasi yang sihat.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah, bimbingan itu penting untuk mereka membina, memahami sistem kerajaan, sistem pentadbiran, proses pembentukan kerajaan dan elemen-elemen yang wajib dimiliki oleh pemimpin.

“Anak muda perlu dibimbing untuk memiliki jati diri dan nilai-nilai moral yang betul, berpaksikan undang-undang, menolak rasuah dan sogokan, memiliki kematangan menilai antara yang makruf dengan yang mungkar, arif membezakan antara fakta dengan fitnah, bijaksana mengenali antara permata dengan kaca,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian selepas berkenan melancarkan buku Pilihan Raya Demokrasi Malaysia tulisan Bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Ab Rashid Ab Rahman dan Penganalisis politik, Dr G Manimaran di Hotel Majestic di sini pada Isnin.

Menurut baginda, anak muda perlu diberikan cukup pendedahan dan pengetahuan mengenai elemen-elemen kenegaraan dan tatanegara.

“Untuk itu, pembentukan sahsiah dan jati diri perlu dipupuk dan dijadikan komponen dalam kandungan pendidikan negara,” titah baginda.

Sultan Nazrin bertitah, tarikh 16 Julai 2019 merupakan detik penting dalam sejarah politik negara.

“Seramai 32 ahli Dewan Rakyat membahaskan Rang Undang-undang (RUU) menurunkan had usia layak mengundi daripada 21 tahun kepada 18 tahun.

“Ahli-ahli Dewan Rakyat baik daripada parti pemerintah mahupun parti pembangkang telah mencapai kata sepakat meluluskan RUU tersebut.

“Parlimen Malaysia, di peringkat Dewan Rakyat dan Dewan Negara, sebulat suara bersetuju dengan cadangan Pindaan kepada Perkara 119(1)(a) dan Perkara 119(4)(b) Perlembagaan Persekutuan, yang membolehkan mereka yang berumur 18 tahun dan ke atas untuk didaftarkan secara automatik sebagai pengundi,” titah baginda.

Baginda bertitah, susulan pindaan tersebut, lebih tujuh juta orang dijangka terdaftar secara automatik sebagai pengundi baharu dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“Ia meningkatkan bilangan pengundi lebih 50 peratus daripada bilangan pengundi berdaftar semasa PRU.

“Diunjurkan, seramai 15 juta atau 66 peratus pengundi berada dalam zon usia 18 hingga 40 tahun. Bermakna golongan muda akan memiliki suara politik yang lebih dominan untuk memilih pemimpin dan menentukan kerajaan,” titah baginda.

Tambah baginda lagi, keputusan tersebut hendaklah dilihat bukan sekadar memberi hak mengundi kepada golongan remaja, tetapi ditafsirkan sebagai peluang yang memberikan kuasa lebih besar kepada anak muda untuk memilih pemimpin dan mencorakkan kerajaan.

Sumber – https://www.google.com/amp/s/www.sinarharian.com.my/ampArticle/193961



NAJIB MENUNGGU HUKUMAN

 

Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun akan memutuskan sama ada kenyataan Najib Razak (BN-Pekan) mengenai pembayaran balik 1MDB telah mengelirukan Parlimen selepas menerima maklum balas daripada Tony Pua (Pakatan Harapan (PH) – Damansara).

“Saya telah teliti penjelasan tersebut, ia agak tebal, dan saya telah duduk dengan (MP) Damansara mengenai penjelasan itu.

“Saya beri masa sedikit kepada Damansara untuk jawab.

“Saya sudah dapat penjelasan daripada Najib, ia agak tebal. Saya sudah mengkaji penjelasan itu dan saya beri sedikit masa kepada Pua untuk menjawab penjelasan itu,” katanya kepada Dewan Rakyat hari ini.

“Saya akan beri salinan kepada (MP) Pekan dan (MP) Damansara, jadi mereka tahu apa yang diperkatakan. Selepas mendapat jawapan daripada Damansara, saya akan buat keputusan.

“Perkara agak rumit kerana ia melibatkan fakta dan butiran spesifik, dan terpaksa betul-betul saya perhatikan apa yang diperkatakan itu mengelirukan atau tidak,” tambahnya.

RSN Rayer (PH-Jelutong) sebelum itu bertanya mengapa Najib masih belum dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Parlimen kerana mengelirukan Dewan Ogos.

Najib memberitahu Dewan Rakyat pada 2 Mac bahawa tiada satu sen pun digunakan untuk membayar balik jumlah hutang prinsipal 1MDB kerana pelbagai entiti, termasuk Goldman Sachs, firma audit KPMG dan Deloitte, Ambank dan Jabatan Kehakiman (DOJ) AS telah memulangkan dana 1MDB berjumlah RM23 bilion kepada Malaysia.

Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz pula berkata kerajaan hanya membayar balik faedah yang ditanggung dalam hutang 1MDB, dan jumlah prinsipal hanya akan dibayar pada Mei, apabila bon pertama matang. 

Ini mendorong Pua mengemukakan usul merujuk Najib kepada Jawatankuasa Keistimewaan Parlimen kerana mengelirukan Dewan berhubung perbahasannya mengenai hutang 1MDB.