MENTERI ONDE-ONDE KENA SERANG

 

May be an image of 1 person and text that says "Mohd Sayuti Omar Il Favourites 34 m Langsung Sidang Parlimen MENTERI ONDE-ONDE ΚΕΝΑ SERANG Muqadimah sidang khas parlimen hari kedua hari hari ini dimulai dengan serangan bertubi-tubi ahli parlimen pembangkang terhadap Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang) Takiyuddin Hassan yang diminta memberi penjelasan berhubung kenyataan beliau semalam yang memaklumkan kabinet telah membatalkan semua ordinal darurat 21 Julai lalu."


Langsung Sidang Parlimen


Muqadimah sidang khas parlimen hari kedua hari ini dimulai dengan serangan bertubi-tubi ahli parlimen pembangkang terhadap Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang) Takiyuddin Hassan yang diminta memberi penjelasan berhubung kenyataan beliau semalam yang memaklumkan kabinet telah membatalkan semua ordinal darurat 21 Julai lalu.

Pengumuman itu mengejutkan orang ramai dan ahli parlimen, serta mengelisahkan Timbalan Speaker Azlina Othman Said kerana ia tidak diumumkan sebelum ini dan dibuat secara tiba-tiba.

Azalina yang mempengerusi mesyurat tidak berani untuk memberi laluan kepada Takiyuddin menjawab persoalan itu kerana terikat dengan arahan Speaker Azhar Azizan adik Idris Harun semalam yang mengarahkan Menteri Undang-Undang berucap pada hari Isnin.

Ahli parlimen ingin penjelasan ke atas pembatalan ordinal itu kerana ia membawa implikasi kepada kes-kes yang sedang dibicara di mahkamah dibawah ordinal yang sudah dibatalkan itu.

Pengumuman dibuat Takiyuddin itu juga mengelirukan pihak berkuasa untuk menguatkuasakan ordinal berkenaan kerana ia belum diwartakan secara rasmi.

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim juga ikut sama bangun memberi pandangan dan menyekolahkan Takiyuddin kalau pembatalan itu ternyata belum dimaklumkan kepada Agong, supaya mengaku sahaja.

"Kalau ia belum dimaklumkan kepada Yang diPertuan Agong, mengaku sahaja, habis cerita," kata Anwar mengajar Takiyuddin.

Nampak gelabah dan belengah sampi ke jubur juga Takiyuddin dengan serangan ahli parlimen. Beliau bangun duduk, bangun duduk capai itu tidak kena capai ini tidak kena., macam kera terkena Ali Baba.

Wibawa Takiyuddin sebagai menteri undang-undang benar-benar tercabar dan damage menyebabkan beliau layak menjadi "Menteri Onde-Onde" sahaja. Trims.

- MSO

 

Hartal Doktor Kontrak: Kronologi lantikan pegawai perubatan kontrak

 Hartal Doktor Kontrak: Kronologi lantikan pegawai perubatan kontrak


Hartal Doktor Kontrak memastikan ada doktor ganti yang bertugas sebelum mereka bergerak keluar, selain sedia kembali bertugas jika timbul keperluan. - Gambar ASTRO AWANI / SHAHIR OMAR

KUALA LUMPUR: Semalam, sektor perubatan negara menjadi tumpuan selepas doktor-doktor kontrak bergerak keluar secara beramai-ramai di hospital-hospital di bawah seliaan Kementerian Kesihatan (KKM) di seluruh negara.

Gerakan dikenali sebagai Hartal Doktor Kontrak itu dibuat bagi menuntut jaminan pelantikan tetap bagi doktor kontrak dan baharu, hak gaji, serta kebajikan sama rata dengan doktor tetap.

Bagaimanapun, sebelum keluar, mereka yang terlibat telah memastikan ada doktor ganti yang bertugas, selain sedia kembali bertugas jika timbul keperluan.

Pada 21 Oktober 2016 kerajaan bersetuju Pegawai Perubatan, Pegawai Pergigian dan Pegawai Farmasi dilantik secara kontrak.

- Pelantikan tersebut memberi peluang kepada graduan perubatan, pergigian dan farmasi menjalani latihan siswazah dan/ atau berkhidmat wajib serta boleh mengamalkan sepenuhnya sama ada di dalam atau luar Kementerian Kesihatan (KKM).

- Ia bersandar kepada skim perkhidmatan dan peruntukan kewangan tanpa terikat dengan penjawatan tetap.

- Pegawai masih menikmati emolumen setara dengan pegawai lantikan.

empoh Kontrak:

i. Pegawai Perubatan Gred UD41: 5 tahun

ii. Pegawai Pergigian Gred UG41: 3 tahun

iii. Pegawai Farmasi Gred UF41: 3 tahun

- Kerajaan juga setuju beri faedah istimewa kepada Pegawai Perubatan, Pegawai Pergigian dan Pegawai Farmasi:

i. Kemudahan Cuti Sakit 90 hari bergaji penuh dalam tempoh setahun

ii. Kemudahan perubatan kepada ibu bapa di klinik dan hospital kerajan

iii. Pelantikan tetap secara dibelakangkan kepada bakat terbaik

- Farmasi tamat latihan siswazah atau khidmat wajib dengan jaya dan penuhi syarat, syarat lantikan tetap tertakluk kepada kekosongan dan kelulusan SPA.

- Melalui lantikan kontrak, pegawai berpeluang memilih keluar lebih awal dan bekerja dengan agensi awam lain atau di sektor swasta.

- Dalam pembentangan Bajet 2017, Perdana Menteri (ketika itu) Datuk Seri Najib Razak mengumumkan lantikan secara kontrak kumpulan pertama graduan perubatan, pergigian dan farmasi selewat-lewatnya Disember 2016, kerana kekangan jawatan tetap.

- Hampir 2,600 doktor yang sebelum ini tidak dapat penempatan housemanship di mana-mana hospital, boleh menjalani housemanship secara kontrak.

- Sehingga 31 Mei 2021, 35,216 lantikan secara kontrak bagi tiga skim utama:

i. Pegawai Perubatan UD41 (23, 077)

ii. Pegawai Pergigian UG41 (5,000 orang)

iii. Pegawai Farmasi UF41 (7,139)


MEMANG LAH NAIK ANGIN JIKA KERAJAAN GAGAL

 

memanglah pembangkang naik angin di parlimen tadi.

Titah YDPA 18 Jun buka parlimen CEPAT utk mp2 BAHAS ORDINAN DARURAT & PPN

Tak semena2. Takda paper, warta bagai. Tetiba menteri undang bangun kata ORDINAN dah batal minggu lepas. GILA KA APA? Siap backdate. Mana prosedur pembatalan? Sebab tu DSAI kata ni pasar malam ke?

Kenapa ORDINAN DARURAT tu PENTING utk DIBAHAS? Kerana Itulah PUNCA KUASA #KerajaanGagal urus negara lawan covid sepanjang tempoh darurat. Dari perbelanjaan bilion2 (hospital, vaksin etc) sehinggalah pematuhan SOP semuanya menggunakan Ordinan Darurat.


May be an image of ‎1 person, headscarf and ‎text that says "‎"Setelah memperhalusi semua pandangan para pemimpin parti politik, Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 dan sembah taklimat para pakar dari agensi-agensi Kerajaan maka Seri Paduka Baginda menzahirkan pandangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin. Ini untuk membolehkan Ordinan-ordinan Darurat dan Pelan Pemulihan Negara dibahaskan oleh Ahli-ahli Dewan Rakyat" Petikan daripada Kenyataan Media Istana Negara pada 16 Jun 2021 نكلرا استان ISTANANEGARA কোকত www.istananegara.gov.my മাকമকাതതকর istana_negara IstanaNegaraOfficial‎"‎‎

KLUSTER KILANG

 







KLUSTER KILANG

1. Pagi tadi di Dewan Rakyat, Menteri MITI menyatakan kes yang banyak bukan sebab kluster kilang. Dalam 400,000 sampling kes yang diambil hanya 8% saja yang kilang sumbangkan. Beliau siap tunjuk playcard dengan chart. Dia juga kata bukan MITI saja yang buat keputusan, MKN yang tetapkan senarai positif sektor yang dibuka. MITI hanya selaraskan sistem yang ada.

2. Saya percaya apa yang Menteri kata di mana MITI hanya menyelaras. Betul seadanya, banyak sektor yang di bawah kawal seliaan Kementerian lain. Kalau ada isu tak patut salahkan MITI sahaja. Pengalaman saya bekerja dengan pegawai MITI, mereka antara pegawai Kerajaan paling berintegriti pernah saya jumpa. Hanky panky kurang didengari, professionalisme tinggi. Kerja sampai lewat malam, cuti hujung minggu pun selalu hilang. Jadi, melihat mereka dibelasah teruk sebegitu, terasa juga sebab pernah bersama mereka dulu.

3. Namun demikian, apa yang saya sedikit kurang paham adalah kenyataan Menteri MITI bahawa kluster kilang tidak sangat menyumbang kepada peningkatan kes. Saya sertakan keratan-keratan akhbar di bawah yang menyatakan sebaliknya. Bukan saja dari akhbar yang berat kepada pembangkang seperti Malaysiakini, malah akhbar Kerajaan seperti Harakah dan Utusan juga menyatakan yang sama. Persoalannya, kalau betul bukan kluster kilang yang menyumbang kepada peningkatan kes, kenapa naratif ini dibiar terlalu lama sampai melekat di kepala kita?

4. Seperkara lagi, terdapat percanggahan kenyataan wakil daripada pihak Kerajaan. KP Kesihatan berulang kali keluar kenyataan, kes kluster kilang paling banyak. Menteri MKN dan sekarang TPM juga pernah keluarkan posting, dia tutup pintu depan, ada orang buka pintu belakang. Secara halus, pada mata rakyat ia menuding ke Menteri MITI. Tidak pernah dinafikan oleh kem DSIS, malah tambah menganjing dengan posting makan ayam kunyit. Makanya, susah bagi rakyat nak percaya bila Menteri Kerajaan pun keluar kenyataan lain-lain.

5. Tadi di Parlimen, Menteri angkat playcard untuk tunjukkan sektor perkilangan tak bersalah dalam ini gambar. Sampling yang dibuat adalah berlandaskan 400,000 kes dan tidak dinyatakan tarikhnya dari bila ke bila. Makanya, susah bagi kami Rakyat nak menerima memandangkan kes sekarang pun dah lebih 1 juta dan kematian pun sangat tinggi. Maka, adakah relevan atau tepat sampling yang dibuat hanya untuk 400,000 kes tanpa tarikh yang jelas. Data yang tidak jelas atau kurang konkrit boleh menyebabkan ramai sangsi dengan dapatan yang dibuat Menteri.

6. Macam yang tuan puan tahu, kes harian Covid Malaysia semalam dah cecah 17,000 kes. Kes secara total sejak wabak bermula dah capai 1,013,438. Jika kita melihat dari aspek data yang ada, Malaysia ada 32.75 juta penduduk. Ini bermakna 3.09% rakyat Malaysia telah dijangkiti wabak Covid-19.

Mari kita tengok pula kedudukan kita di negara ASEAN:

i. Indonesia 3.13m kes / 276.36m penduduk = 1.13%

ii. Thailand 497,302 kes / 69,950,850 penduduk= 0.71%

iii. Brunei 321 kes/ 441,532 penduduk = 0.07%

iv. Singapura 64,054 kes / 5,896,689 penduduk = 1.09%

v. Vietnam 94,913 kes/ 98,168,833 penduduk = 0.096%

vi. Filipina 1.54m kes/ 111,046,913 penduduk= 1.38%

vii. Laos 4,620 kes/7,387,329 penduduk= 0.06%

viii. Myanmar 265,000 kes/ 55M penduduk= 0.48%

ix. Cambodia 72,104 kes/ 16,946,438 penduduk= 0.42%

Jelas di kalangan negara-negara ASEAN, Malaysia punya rekod terburuk kes jangkitan berbanding dengan jumlah penduduk. Masihkah kita tak sedar?

7. Cuba kita bandingkan dengan negara Asia Pasifik pula. Tuan puan boleh tengok kedudukan kita. Masih Malaysia mengungguli dengan 3.09%.

i. Australia 32,917 kes/ 25,788,215 penduduk= 0.13%

ii. New Zealand 2,862 kes/ 4,863,650 penduduk= 0.06%

iii. India 31,369,000 kes / 1.394B penduduk=2.25%

iv. China 92,529 kes/ 1.411B penduduk = 0.006%

8. Indeks antarabangsa pun turut highlight “kejayaan” Malaysia di mata dunia:

i. Bloomberg June Covid Resilience Ranking, Malaysia dapat tempat ke-50 daripada 53 negara;

ii. CNBC letakkan Bursa Saham Malaysia sebagai terburuk di Asia Pasifik dan ke-4 terburuk di dunia;

iii. Nikkei Covid-19 Recovery Indeks letakkan Malaysia di tangga 114 di kalangan 120 negara; dan

iv. The Economist letakkan Malaysia di tangga paling bawah (tempat ke-50 dalam 50 negara utama ekonomi) dalam Global Normalcy Index (Covid Centred Index).

9. Makanya, tuan puan tengoklah negara kita. Makin merudum, makin tenat keadaannya. Itu sebab saya nak katakan paling penting untuk kita tepuk dada, muhasabah diri. Kes makin banyak, negara makin susah. Namun kalau kita masih in-denial dan duduk dalam bubble, kita bermasalah. Kalau betul bukan kluster kilang yang menyumbang, Rakyat perlu tahu apa sebenar puncanya? Kenapa dengan segala macam PKP, PKPD dan Darurat, kes makin meningkat? Bukan ke tak masuk akal?

10. Esok Parlimen hari kedua. Apa yang diharapkan ialah daripada terpekik terlolong, salah menyalah, pikirkan la Rakyat. Bahas la dengan elok. Kepimpinan yang baik harus ditunjuk. Masa tengah krisis, rakyat makin susah, memang berbulu mata tengok Wakil Rakyat sumpah seranah. Ingat la, “the power in people is stronger than the people in power”. Sesungguhnya, kuasa YB-YB di Parlimen, Rakyat yang punya…

Wallahu ‘alam.

Salam hormat,

Liyana Marzuki

 

BERITA GEMBIRA BUAT RAKYAT MALAYSIA

 May be an image of 1 person, sitting and text that says "Malaysia sangat dihormati rakyat Timur Tengah July 25, 2021 f in Unumate Statvdea"


BERITA GEMBIRA BUAT RAKYAT MALAYSIA

Ayuh rapatkan saf.. kes dah 1juta. Tuan Guru happy betul 5-6 hari ini bebas diganggu Cybertrooper PH. Dgn wajah ceria dan berpuashati beliau membawa berita gembira buat kita hasil kerjanya sebagai Menteri Duta Timur Tengah iaitu 'Malaysia dihormati rakyat Timur Tengah'...sekian dimaklumkanDescription: 🙈. Korang jgn menangis jgn ketawa.. tak tahu ini berita gembira atau berita seram. Berita macam inilah yg buat aku rasa macam nak terjun mandi kolam malam2 buta ni.

 



MUHYIDDIN SILA DUDUK JANGAN LARI...

 

May be an image of 1 person


NORMAN RADZUAN


Kenapa... kenapa... kenapa?

MUHYIDDIN SILA DUDUK JGN LARI...

Mula2 nak tanya kenapa tempat Mahaddin berikan kpd Muhyiddin dudukDescription: 🙈?

Kenapa Muhyiddin lari dari Parlimen? Soal jawab dgn wartawan takut apatah lagi wartawan antarabangsa. Hari ini dia meninggalkan Parlimen dari menjawab isu2 yg dibangkitkan ahli Parlimen?

Sepanjang lebih 17 bulan menjadi PM tidak pernah dia berani menjawab secara spontan dgn media dan juga di Parlimen. Dia memerlukan teks... inilah julung kalinya kita mempunyai PM seperti ini. Kenapa Muhyiddin mahu jadi PM tetapi takut utk disoal jawab. Kelakuannya ini memudaratkan negara kerana mempunyai PM yg 'takut' ' menjawab isu negara yg perlu ditangani bukannya lari.

Anwar Ibrahim Ketua Pembangkang dilihat sgt menyerlah kerana boleh mengulas atau berbicara isu secara spontan. Berbanding dgn Muhyiddin dia tidak mempunyai ide yg spontan yg diperlukan oleh mana2 pemimpin di sesebuah negara. Kenapa Muhyiddin anda sanggup khianati undi rakyat utk menjadi PM tetapi anda sendiri tahu anda tidak mampu melakukan tugasan tersebut.

Muhyiddin sepatut selesaikan isu negara dgn segera. Soal Covid19, ekonomi ( nasib peniaga2 kecil ) dan terbaru nasib Doktor Kontrak. Kita sgt sedih dikhabarkan lebih 20 ribu doktor kontrak diabaikan kebajikan atau masa depan mereka.

Muhyiddin sanggup mencipta pelbagai jawatan dgn gaji puluhan hingga ratusan ribu utk dia membeli para MP tetapi mengabaikan masa depan anak2 muda bergelar Doktor ini. Sdgkan Muhyiddin sanggup berikan bajet berjuta ringgit utk Jkom hanya utk menjaga popularitinya.

Di Lembah Klang paling ramai Dr Kontrak yg mengambil keputusan berhenti. Mereka tidak tahan lagi menanggung beban ( stress ) kebanjiran pesakit Covid19 akibat kerajaan membenarkan kilang2 terus beroperasi. Apatah lagi selepas bertahun mereka tidak diberi pengesahan jawatan utk berkhidmat dgn kerajaan.

Doktor2 muda ini merekalah yg dijadikan harapan utk berhadapan Covid19. Malah khabarnya ada yg sudah berkhidmat selama 5 tahun masih lagi bergelar Doktor kontrak... sgt2 memalukan negara.

Bagi saya ia sgt kejam. Doktor2 kontrak ini bimbang bila2 masa kerajaan tidak mahu menyambung kontrak mereka apabila tidak diperlukan lagi (selesai Pandemik)...kita sokong pejuangan Hartal. Nak harap Najib.. berani membebel or sembang kencang dkt media sosial je la.

 

Ahli Parlimen tidak mahu Zafrul jawab


(PM SENDIRI TAK JAWAP)

Ketika semua Ahli Parlimen menantikan penerangan daripada Perdana Menteri terkait pertanyaan mereka sejak pagi tadi namun ia tidak diendahkan.

Sebaliknya Menteri Kewangan pula yang menjawab bagi pihaknya. Ini ternyata satu penghinaan pada Institusi Parlimen.

- ANWAR IBRAHIM




PENGGUMUMAN TIDAK SAMBUNG DARURAT TANPA PERKENAN AGONG SATU PENGHINAAN

 May be an image of 1 person and text that says "Anwar Ibrahim Favourites 7h tm UTUSAN.COM.MY Pengumuman tidak sambung darurat tanpa perkenan Agong satu penghinaan"


PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH-Port Dickson) mendakwa pengumuman Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hasan bahawa kerajaan tidak akan menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk menyambung Proklamasi Darurat sebagai satu penghinaan kepada institusi beraja.

Selain menyifatkan tindakan itu boleh mencetuskan krisis pelembagaan, Anwar berkata, kerajaan dan Perdana Menteri seharusnya terlebih awal menyembah maklum dan memohon perkenan Seri Paduka berhubung perkara demikian.

“Apakah pembatalan ini telah mendapat perkenan Agong? Oleh demikian pengumuman tidak boleh dibuat tanpa perkenan Seri Paduka dan ia seolah-olah satu penghinaan kepada Majlis Raja-Raja.

“Kerajaan dan Perdana Menteri harus bertanggungjawab kerana usul terlebih dahulu tetapi mengetepikan institusi raja dengan harus mendapat perkenan terlebih dahulu,” katanya dalam Sidang Khas Parlimen hari ini.

Takiyuddin memakklumkan kerajaan telah memutuskan untuk tidak akan menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk menyambung Proklamasi Darurat sebaik sahaja tamat pada 1 Ogos ini.

Katanya perkara itu telah diputuskan pada 21 Julai lalu.

LINK : https://www.utusan.com.my/.../pengumuman-tidak.../...

 




BATAL ORDINAN DARURAT SEWENANG-WENANG,BUKTI KERAJAAN HAPRAK.

 Bekas senator, Mohamad Ezam Nor umum keluar UMNO | Astro Awani


1.GERAK menggesa seluruh tumpuan mesti ke arah menggantikan kerajaan hari ini.

2.Apa yang berlaku di Parlimen hari ini amat jelas memperlihatkan bukan sahaja kerajaan ini gagal tetapi terdesak dan sanggup melanggar tertib dan asas moral negara.

3.Tindakan menamatkan ordinan darurat sewenang-wenangnya pada 21 Julai lalu dengan pengumuman hanya pada hari ini tanpa pewartaan dan proses rapi jelas mempamerkan ciri sebuah kerajaan haprak yang bukan sahaja gagal tetapi boleh merosakkan tamadun bangsa ini.

4.Kita tidak boleh membenarkan kerajaan haprak ini terus berjalan.Kita mesti tumpukan usaha dan ikhtiar memberhentikan kerajaan ini dan menggantikan dengan sebuah kerajaan baru.

5.Tiada dolak dalik dan kompromi lagi.

6.Tumpuan mesti ke arah itu dengan ikhtiar bukan sahaja didalam Parlimen, tetapi segenap lapisan masyarakat.Institusi dan individu.Istana hingga ke jalanraya.

7.Kerajaan haprak dan gila ini mesti dihentikan segera!

MOHAMAD EZAM MOHD NOR

Pertubuhan Perubahan Rakyat Malaysia

(GERAK)

26 Julai 2021, 16 Zulhijjah 1442H

 

PERDANA MENTERI DAN SELURUH KABINETNYA PERLU MELETAKKAN JAWATAN

 


Pinda Belanjawan 2021 kalau tak mahu tumbang, Hassan Karim nasihat kerajaan  | Free Malaysia Today (FMT)



Oleh Hassan Abdul Karim,

Ahli Parlimen Pasir Gudang

Beberapa kali saya telah bangun di Dewan Rakyat pada hari ini Isnin 26 Julai 2021 untuk berucap tetapi tidak diberi peluang oleh Speaker dan juga Timbalan Speaker. Saya ingin berucap ringkas sahaja iaitu tentang perkara Perdana Menteri dan Menteri-Menterinya yang tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan.

Justeru itu, saya mengambil ruang melalui media untuk menzahirkan pendirian saya supaya Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan seluruh anggota kabinetnya meletakkan jawtan dengan serta merta. Alasan saya seperti berikut.

Isu pokok yang ingin saya bangkitkan ialah perkara yang diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi Hal Ehwal Parlimen dan Undang-Undang, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Menteri Takiyuddin Hassan menyatakan di Dewan Rakyat pagi semalam 26 Julai 2021, bahawa semua Ordinan Darurat yang dibuat semasa Proklamasi Darurat bermula pada 12 Januari 2021 telah dibatalkan oleh Kabinet pada 21 Julai 2021. Ini satu pengumuman besar oleh de facto Menteri Undang-Undang di dalam Dewan Rakyat di mana Perdana Menteri hadir sama mendengarnya. Saya juga hadir di Dewan Rakyat ketika itu dan mendengar pengumuman Menteri Takiyuddin Hassan itu.

Apakah Kenyataan Menteri Takiyuddin Hassan itu benar? Ini perlu dijawab oleh Perdana Menteri.

Pembatalan Ordinan Darurat terletak dalam Perkara 150(3) Perlembagaan Persekutuan.

Permasyhuran segala Proklamasi Darurat dan semua Ordinan Darurat dibuat atas nama Yang di-Pertuan Agong. Persoalannya kenapakah tidak ada permasyhuran pembatalan Ordinan-Ordinan Darurat tersebut oleh Yang di-Pertuan Agong?

Saya berharap pada sesi petang semalam, Perdana Menteri selaku Ketua Jemaah Menteri atau Kabinet akan menjawab dan memberi penjelasan tentang kenyataan Menteri Takiyuddin Hassan itu. Tetapi Perdana Menteri tidak muncul di Dewan Rakyat pada sesi petang. Mengapa pengumuman pembatalan Ordinan-Ordinan Darurat yang penting itu tidak dilakukan sendiri oleh Perdana Menteri? Jika tiada penafian daripada Perdana Menteri, ia membawa makna kenyataan Menteri Takiyuddin Hassan itu adalah benar.

Soalan selanjutnya, adakah Yang di-Pertuan Agong telah dimaklumkan oleh Perdana Menteri akan hasrat Kabinet untuk membatalkan Ordinan-Ordinan Darurat tersebut?

Adakah Perdana Menteri telah menasihati Yang di-Pertuan Agong supaya membatalkan Ordinan-Ordinan Darurat tersebut?

Kalau jawpannya Ya, persoalan berikutnya, adakah Yang di-Pertuan Agong telah menandatangani sebarang dokumen atau surat memberi perkenan Baginda terhadap pembatalan Ordinan-Ordinan Darurat tersebut?

Rakyat seluruh negara yang ditangkap, dilokap, di hantar ke penjara, disaman, dikompaun, dikurantin, dan segala macam sekatan, larangan di bawah PKP dan Ordinan Darurat inginkan penjelasan dari Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan Kabinetnya.

Jika sejak 21 Julai 2021 segala Ordinan Darurat itu telah dibatalkan tetapi dirahsiakan pembatalannya sehingga hari ini baru didedahkan di Parlimen, apakah punca kuasa yang ada pada Kerajaan Perikatan Nasional untuk menjalankan pentadbirannya dari tempoh 21 Julai 2021 sehingga 1 Ogos 2021 (apabila Proklamasi Darurat itu tamat)?

Apakah implikasi undang-undang terhadap tindakan, perlakuan, keputusan yang kerajaan atau pegawai-pegawainya, kakitangan awam, atau agensi-agensi kerajaan yang telah ambil di bawah Ordinan-Ordinan Darurat sejak 21 Julai itu hingga hari ini tetapi hakikat sebenarnya Ordinaan itu telah dibatalkan? Adakah tindakan kerajaan itu sah? Adakah menurut undang-undang? Ini semua menutut jawapan daripada Perdana Menteri.

Kalau sesungguhnya benar apa yang diumumkan oleh Menteri Takiuddin Hassan itu bahawa semua Ordinan Darurat itu telah dibatalkan sejak 21 Julai 2021, maka saya ingin bertanya kenapa tidak ada dokumen pembatalan ordinan-ordinan darurat itu dibentangkan di Parlimen?

Kalau sungguh apa yang dikatakan oleh Menteri Takiyuddin Hassan itu benar bahawa semua Ordinan Darurat itu telah dibatalkan, bolehkah Menteri yang berkenaan nyatakan bilakah Pembatalan Ordinan-Ordinan Darurat tersebut telah diwartakan di dalam Warta Kerajaan? Jika ada, bila tarikh Warta Kerajaan tersebut?

Ini perkara besar, perkara perundangan berkenaan Darurat yang menyentuh kehidupan jutaan rakyat, yang tiga kali mengalamai lockdown atau PKP Penuh. Ramai yang hilang pekerjaan dan keruntuhan perniagaan akibat perintah PKP di bawah pelbagai Ordinan Darurat.

Hal ini juga bersangkut paut dengan Perlembagaan Persekutuan.Setiap Perdana Menteri, Menteri-Menteri dan semua Ahli Parlimen dikehendaki mengangkat sumpah berikrar mempertahankan dan melindungi Perlembagaan Persekutuan sebagai Undang-Undang Tubuh bagi Malaysia. Sistem demokrasi berparlimen serta Raja Berperlembagaan di Malaysia meletakkan Perlembagaan Persekutuan itu di kedudukan yang tinggi.

Jika Menteri Takiyuddin Hassan didapati mengelirukan Parlimen, maka beliau perlulah mengambil tindakan terhormat dan bermaruah dengan meletakkan jawatan. Jika enggan maka, paling tidak de facto Menteri Undang-Undang itu perlu dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen untuk diambil tindakan.

Sebaliknya jika apa yang dikatakan oleh Menteri Takiyuddin Hassan itu benar, maka ia adalah satu kesilapan besar Jemaah Menteri dan Perdana Menteri di bawah undang-undang Perlembagaan.

Dan sekiranya Yang di-Pertuan Agong tidak dimaklumkan, tidak dirundingi, tidak diminta perkenan baginda untuk pembatalan Ordinan-Ordinan Darurat tersebut, maka ini suatu perbuatan pelanggaran Perlembagaan oleh Perdana Menteri dan seluruh Jemaah Menteri.

Jika itu yang sebenanya berlaku, maka di bawah prinsip tanggungjawab bersama Jemaah Menteri, maka jalan terhormat dan bermaruah yang perlu diambil oleh Jemaah Menteri dan Perdana Menteri tidak lain dan tidak bukan,hanya satu, iaitu meletakkan jawatan.

Sekian.

Hassan Abdul Karim

Ahli Parlimen Pasir Gudang

Selasa 27 Julai 2021

 

ORANG JENGKA NAK BANTU MANGSA GANGGUAN SEKSUAL

 May be an image of text


SALMAN ALI


Rakan-rakan yang mengenali saya tahu yang saya tidak pernah serta tidak akan mendedahkan aib peribadi sesiapa kerana kita juga tidak pernah terlepas dari kesalahan dan kesilapan.

Sesiapa dalam kalangan kita yang berdosa dan bersalah, cukuplah sekadar bertaubat dan memohan keampunan dari Allah. Semoga Allah mengampunkan kita dan menutup aib peribadi kita kita bersama.

Tetapi saya tidak akan berdiam diri terhadap orang yang menggunakan kedudukan dalam agama ini untuk mengambil kesempatan justeru memerangkap mangsa demi mangsa untuk kepuasan diri.

Kalaupun sepuluh ribu datang memaki, jemput datang lagi sepuluh ribu dan disini saya tetap berdiri bertahan dengan izin Allah.

Sesiapa yang terjerat dalam perangkap orang-orang agama yang rakus, tolong jangan berdiam diri. Masih ramai yang sudi membantu anda meskipun harus meredah ombak..

Saya menyokong penuh usaha aktivis Akhi Fairuz Al-Jengkawi untuk membantu mangsa-mangsa yang teranaiya.

Ayuh jangan diamkan kezaliman dan pencerobohan. Kalau anda tidak bersuara, ramai lagi akan dimangsakan.

 



Syed Saddiq: UMNO Jangan Takut! Kerajaan Gagal Kerajaan Gagal Di Social ...

Muhidin Terus Diasak Sampai Ke Dinding

TAKIYUDDIN DIBELASAH "KERAJAAN NAK LAWAN PERLEMBAGAAN?"

RENTASAN 934 | GEMPAR!!! SPEAKER DEWAN RAKYAT CABAR TITAH YDP AGONG DEMI...



MENARIK DALAM RENTASAN 934
1. TERIAKAN DERHAKA BERGEMA DI PARLIMEN 2. HARAP PEMIMPIN POLITIK TEGAS JIKA ADA HATI PERUT 3. MAJLIS PEMULIHAN NEGARA JANGAN HIPOKRIT 4. PENDAKWAAN POLITIK, BILAKAH AKAN BERAKHIR?