HANYA TIDAK BERSAMA BERSATU/PN LEBIH MEMBERI PELUANG UMNO DAPAT SEMULA JAWATAN PM

 

Dalam PRU15 akan datang, dua matlamat yang ingin dicapai UMNO ialah menang pilihanraya dan mendapatkan kembali jawatan Perdana Menteri.

Lantaran itu, keputusan terbaru yang difahamkan diputuskan oleh MT UMNO iaitu menolak kerjasama dengan PN dalam PRU15 akan datang serta tidak menerima tawaran jawatan Timbalan Perdana Menteri, ia adalah sesuatu yang munasabah untuk mencapai dua matlamat tersebut.

Selain itu, keputusan MT UMNO itu juga selaras dengan usul putus hubungan dengan Bersatu yang telah diluluskan oleh majoriti UMNO bahagian-bahagian seluruh negara, baru-baru ini.

Hanya dengan tidak bekerjasama dengan PN dan Bersatu saja merupakan laluan lebih terbuka untuk UMNO menang PRU15 dan seterusnya menduduki semula kerusi Perdana Menteri.

Sebaliknya, jika UMNO bekerjasama dengan Bersatu dan PN, sementara menang PRU15 belum pasti, yang lebih dulu terpaksa dikorbankan ialah banyak kerusi Parlimen serta jawatan Perdana Menteri kepada Bersatu.

Tujuan Bersatu menarik UMNO bekerjasama dengannya tidak lain ialah bagi memperolehi banyak kerusi untuk mereka ditandingi, selain supaya Muhyiddin Yassin dikekalkan lagi sebagai Perdana Menteri.

Dengan itu, UMNO cuba digula-gulakan dengan tawaran jawatan Timbalan Perdana Menteri, tetapi dari segi jangka panjang dan mungkin hingga akhir zaman, menerima tawaran itu akan terus menjadikannya hilang peluang untuk mendapatkan semula jawatan Perdana Menteri.

Lebih daripada itu, jika setuju bekerjasama dengan Bersatu dan PN juga, UMNO sebagai parti lebih besar akan terus menjadi ‘khadam’ yang dibuli oleh Bersatu dan Muhyiddin yang diketahui umum gerakan politiknya banyak dipapan-caturkan oleh Hamzah Zainuddin serta Azmin Ali.

Tetapi, apabila UMNO tidak bekerjasama dengan Bersatu dan PN, pertandingan dalam PRU akan datang pasti menjurus kepada persaingan tiga penjuru antara BN, PH dan PN.

Dalam senario kebencian dan rasa meluat rakyat sedang memuncak kepada Muhyiddin dan kerajaan sekarang serta dijangka berterusan hingga ke peti undi, harapan PN untuk menang banyak kerusi dalam PRU akan datang adalah tersangat tipis.

Walaupun dalam PN ada Bersatu dan Pas, kelompok pengundi Melayu/Islam jauh lebih meyakini UMNO yang sederhana, memiliki barisan kepimpinan berwibawa serta punya rekod memimpin negara berbanding kedua-dua parti tersebut.

Di kerusi-kerusi Melayu, tambahan lagi dengan Bersatu tiada akar umbi dan jumlah cawangannya di sesetengah bahagian pula lebih sedikit daripada jumlah jari di kiri kanan tangan, BN dijangka akan meraih lebih banyak kemenangan berbanding PN.

Keberadaan Pas dalam PN dan untuk membantu Bersatu dirasakan turut tidak mampu menyumbang kelebihan kerana pengundi Melayu/Islam kini rata-ratanya sedar parti Islam itu adalah parti paling tidak berguna setelah mereka merasa nikmat kuasa.

Semua perjuangan dan gembar-gembar perkara-perkara yang kononnya dituntut Islam dan akan dilaksanakan apabila beroleh kuasa, kini disedari rakyat hanyalah auta dan temberang belaka.

Pas dalam PRU akan datang sukar mengelak daripada dihukum pengundi, malah kelakuannya yang menyertai PN kerana lebih tertarik kepada Bersatu, sedangkan sudah ‘bertunang’ dengan UMNO dalam MN, hanya menyerlahkan perangai galak dan tidak setia parti Islam itu.

Tanpa keraguan sebenarnya, walaupun BN mungkin mustahil mampu menang melebihi 112 kerusi Parlimen bagi membentuk kerajaan secara sendirian, tetapi jumlah kerusi kemenangannya tetap diyakini melebihi PN.

Persaingan sebenar BN untuk siapa menang lebih banyak kerusi hanya PH semata-mata.

Sedemikian, jika UMNO dan BN menang lebih banyak kerusi berbanding PN, maka dialah yang berhak memulakan rundingan untuk menubuhkan kerajaan.

Jika bekerjasama dengan PN sudah cukup untuk membentuk kerajaan, mungkin turut disertai dengan GPS daripada Sarawak, maka BN boleh memulakan inisiatif ke arah itu.

Begitu pun, jika PN tidak cukup kerusi, BN boleh pula beralih kepada PH untuk membentuk kerajaan baharu, di samping tidak melupakan GPS yang memang selesa bergerak bersendirian.

Yang penting, melalui jumlah kerusi yang BN diyakini menang lebih banyak berbanding PN, UMNO tidak saja akan kembali menerajui kerajaan selepas PRU akan datang, bahkan lebih penting dapat merampas kerusi Perdana Menteri yang kini dipegang Muhyiddin untuk menjadi miliknya semula. 


(Shahbudindotcom 21/02/2021)




PEMBOHONG : Setahun PN berkuasa, mana agenda BMF yang diperjuangkan PAS?

 


Setahun PN berkuasa, mana agenda BMF yang diperjuangkan PAS?


Hujung Februari ini genap setahun kerajaan Perikatan Nasional (PN) mentadbir negara. Umum masih ingat perjuangan ‘hebat’ salah satu parti komponen terbesar dalam PN, Pas ketika menjadi pembangkang usai Pilihan Raya Umum ke 14 lalu.

Pas ketika itu berkobar-kobar memperjuangkan kempen Buy Muslim First (BMF) dan mahukan pembelaan total ke atas nasib peniaga kecil Melayu.

Melalui kempen BMF kaum Melayu Islam diarah memboikot perniagaan-perniagaan milik Cina yang dianggap penyokong DAP.

Namun selepas Covid 19 melanda dan peniaga Melayu gulung tikar akibat kekurangan pelanggan apakah tidakan Pas yang kini berada di dalam PN?

Bagi Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Terengganu, Azan Ismail, Pas tidak melakukan apa-apa pun sejak setahun lalu bagi membantu peniaga Melayu.

Malah katanya, slogan BMF juga tidak lagi kedengaran di bibir pemimpin parti itu sama ada dalam ucapan rasmi mahu pun sewaktu memberi kuliah-kuliah di masjid.

“Semua yang Pas perjuangkan sebelum dapat kuasa seperti hudud, hapus arak, judi, maksiat, keadilan untuk arwah Adib, BMF dan segala macamnya sunyi sepi selepas mereka berkuasa.

“Hakikatnya Pas sudah berpuluh tahun memberi gambaran salah kepada orang Melayu dan Islam. Kononya bertekad mahu perjuangkan Melayu Islam tetapi bila jadi Kerajaan Persekutuan satu apa pun tak jalan.

“Jasa mereka adalah membuat rakyat taksub kepada perjuangan Pas. Hari ini mereka diam seribu bahasa. Tidak ada seorang pun yang bangkit perjuangkan apa yang mereka mahu laksanakan.

“Ekonomi orang Islam yang berskala kecil langsung tidak dipedulikan bila ramai yang terkesan akibat pandemik Covid-19. Pas di Kelantan walaupun jadi kerajaan negeri tetapi diam soal air bersih dan sampai sekarang tak ada yang tampil selesaikan isu ini. Yang mereka tahu berlumba-lumba beli kereta mewah dan sebagainya,” kata Azan ketika dihubungi.

Menurut Azan lagi, Pas sepatutnya mengusahakan bantuan kepada peniaga kecil Melayu yang terjejas akibat kemelesetan ekonomi. Namun tiada bantuan serupa itu ditawarkan, walaupun di negeri-negeri yang majoritinya Melayu penyokong parti itu seperti di Kelantan dan Terengganu.

Malah katanya, barang keperluan bantuan banjir yang diusahakan Pas kepada penduduk di Pantai Timur baru-baru ini juga tidak pasti dibeli daripada pemborong Melayu atau Cina.

Kata Azan, sikap Pas ‘seperti kacang lupakan kulit’ itu kian terserlah selepas menjadi kerajaan pusat, yang mana mereka tidak fokus melaksanakan janji-janji manifesto pilihan raya mahu pun janji membela Islam.

“Realitinya Pas tidak langsung perjuangkan Melayu, slogan BMF itu hanya ayat hipokrit mengelirukan rakyat. Pas gunakan sentimen orang Melayu untuk tujuan politik semata-mata.

“Bila mereka dapat apa yang dimahukan, slogan dan perjuangan hanya tinggal dibibir sahaja,” katanya lagi.

Slogan BMF kebelakangan ini menjadi kritikan pedas dalam kalangan penyokong Pas apabila perniagaan Melayu satu demi ‘tutup kedai’ di tengah-tengah kegawatan ekonomi akibat Covid 19 dan PKP.

Rata-rata mereka mengungkit kembali perjuangan parti Islam itu sebelum dan selepas PRU 14. Termasuklah janji-janji dalam demonstrasi di Padang Merbok, Kuala Lumpur pada 2017 lalu yang bertekad mahu meluluskan pindaan Rang Undang-undang 355 tetapi sehingga hari ini tidak langsung disebut oleh kerajaan PN. 



TAKUT KALAH ATAU HILANG JAWATAN.PAS MAHU TINGKATKAN KERJASAMA DENGAN BERSATU.

 

PAS mahu kerjasama dengan Bersatu di bawah PN dipertingkatkan


PAS mahu kerjasama dengan Bersatu di bawah PN dipertingkatkan

Kerjasama Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dalam Perikatan Nasional (PN) adalah baik dan berjalan lancar, namun perlu dipertingkatkan lagi.

“Walaupun ada pihak cuba membuat dakwaan bahawa kerjasama itu tidak berjalan lancar, namun semua itu tidak benar,’’ kata Ketua Penerangan Pas, Kamaruzaman Mohamad.

Menurutnya, Pas sebaliknya berpandangan kerjasama itu perlu dipertingkatkan terutama di peringkat negeri dan kawasan agar rakyat dan masyarakat terus dapat dibela secara lebih berkesan.

“Di peringkat pusat kerjasama Pas dan BERSATU adalah baik dan berjalan lancar dan kita tidak menghadapi banyak masalah.

“Namun, kita mahu kerjasama itu dipertingkatkan lagi terutama di peringkat negeri dan kawasan.

“Kita menerima pelbagai maklum balas dari  peringkat negeri dan kawasan yang mahu kerjasama itu dipertingkatkan lagi melalui program-program bersama,’’ katanya.

Beliau berkata, bagi merealisasikan usaha itu pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan Penerangan BERSATU dalam masa terdekat ini.

“Kita mahu mencari jalan agar kerjasama yang wujud di bawah PN itu dapat memberi impak lebih besar kepada rakyat.

“Antaranya ialah meningkatkan lagi program-program secara bersama di bawah PN,’’ katanya. 



TINGGALKAN MAHATHIR?PEMBOHONG!! PENIPU BESAR/TAK NAK ANWAR JADI PM? DATO...

Pemangku Raja Pahang lepas saham syarikat bina tapak lupus sisa Lynas


Malaysiakini





Wong Kai Hui

Diterbitkan 
Dikemaskini 20 Feb 2021, 6:15 am
1

Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah telah melepaskan 50 peratus pegangan saham dalam sebuah syarikat yang ditugaskan melaksanakan pembinaan tapak pelupusan kekal sisa (PDF) Lynas Malaysia di Kuantan.

Perubahan itu direkodkan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada 17 Feb lalu, hari sama Malaysiakini melaporkan kaitan kerabat diraja dengan Gading Senggara Sdn Bhd (GSSB).

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Gading Group Johari Harun, yang juga naib ketua Umno Bahagian Bentong turut melepaskan 40 peratus pegangan saham dan jawatan pengarah syarikat dalam GSSB.

Bagaimanapun, Johari masih pemilik syarikat induk Gading Group, yang sebelum ini dikatakan memiliki GSSB.

Pengarah GSSB Ahmad Radzi Zaini kini memegang 90 peratus saham GSSB yang pernah dimiliki Tengku Hassanal dan Johari.

Saham selebihnya sebanyak 10 peratus masih dipegang oleh Mohd Firdaus Redzuan, pengarah GSSB and Gading Group.

Selain Lynas PDF, GSSB juga merupakan kontraktor untuk tapak pelupusan sisa berjadual industri pelbagai kategori (MCISWDS), tempat kemudahan Lynas akan diletakkan.

Laporan Malaysiakini sebelum ini mengenai pemegang saham GSSB dibuat berdasarkan dokumen SSM yang dibeli pada 3 Februari, yang mempunyai rekod diserahkan kepada suruhanjaya itu pada 5 Oktober 2020.

Perubahan kepemilikan syarikat ditemukan oleh NGO Center for Combat Corruption and Cronyism (C4).

Dalam satu kenyataan hari ini, C4 mempersoalkan kelayakan GSSB untuk membangunkan tapak pelupusan kekal sisa Lynas.

"Dalam laporan kwangan untuk tahun yang berakhir pada Jun 2018, yang diserahkan dua tahun lambat ke SSM pada bulan Mei 2020, (menunjukkan) retained earning syarikat itu (pendapatan bersih selepas ditolak dividen kepada pemegang saham) tampaknya negatif, tidak ada pendapatan, dan mengalami kerugian selepas cukai.

"Setakat ini, projek MSICWDS berpotensi menelan belanja sehingga berbilion-bilion ringgit.

"Mengapa syarikat yang mempunyai daya maju kewangan yang dipersoalkan dan maklumat awam yang terhad dipilih untuk projek berskala besar yang melibatkan sisa berbahaya?

"Hubungan yang jelas dengan pelaku politik dan kerabat diraja juga menimbulkan asas nyata atas keprihatinan ini," katanya.

MSICWDS dan PDF Lynas akan dibangun di atas sebidang tanah seluas 202.35 hektar yang dikeluarkan dari Hutan Simpan Kekal Bukit Kuantan.

PDF itu bertujuan untuk menyimpan sisa toksik secara kekal dari Lynas 'Advanced Material Plant berhampiran pelabuhan Kuantan.

Pemprosesan bahan nadir bumi di kemudahan itu menghasilkan sisa toksik, termasuk residu sisa penulenan air larut lesap (WLP) yang radioaktif.

Walaupun sisa itu didakwa mempunyai radioaktiviti yang rendah, penimbunannya selama bertahun-tahun menimbulkan kebimbangan.

Kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini gagal dalam usahanya untuk menghantar pulang sisa radioaktof tersebut ke Mount Weld di Australia Barat, tempat nadir bumi asli dilombong.

Ketika PH menjadi pembangkang, gabungan itu telah menyokong tunjuk perasaan terhadap kemudahan tersebut.

Bagaimanapun, sebagai sebahagian daripada syarat pelesenan barunya, Lynas Malaysia bersetuju untuk memindahkan operasi pemecahan dan larut lesap (cracking and leaching), yang menghasilkan sisa radioaktif, balik ke Australia Barat.

Sisa yang telah dihasilkan di sini sejak 2012 masih menjadi masalah dan tujuan pembinaan PDF untuk menyimpan sisa tersebut secara kekal.

Tetapi projek MCISWDS jauh lebih besar daripada PDF Lynas dan belum jelas bentuk sisa apa lagi yang akan disimpan di kemudahan tersebut.


HAI LENA SUNGGUH LA YA....RUU 355

 


BOB KELANANG


RUU355, DI MANAKAH SEMUA WALAUN…

Grafik sebagai satu terjemahan penceritaan...

KOH KOH KOH…

RUU355, di mana semua WALAUN..??

KOH KOH KOH… jilaker!!

 May be an image of text that says "Dimana semua Walaun? Mereka telah ditidurkan macam pemuda AI Kahfi. Maknanya RUU355 perlu tunggu 355 tahun la."

AZMIN LANGGAR SOP

 May be an image of one or more people, people standing and text that says "LANGGAR SOP SOP AM PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) DIKEMASKINI: FEBRUARI 2021 AKTIVITI DAN PROTOKOL Tindakan Aktiviti Sosial Penerangan Ringkas Rasmi Tidak Rasmi Kerajaan Swasta, Majlis seperti upacara perkahwinan resepsi, aqiqah, selamat, tahlil, sambutan ulang tahun, sambutan hari kelahiran, reunion, retreat dan ain- adalah DIBENARKAN Mesyuarat atbersemuka agensi dan melibatkan kehadiran wakil agens luar adalah viden Hijau Biru Hamsah 20 Feb Penyerahan surat kelulusan pembinaan Dewan Serbaguna Sekolah Menangah Bandar Baru Ampang oleh Dato Seri Mohamed Azmin Bin Ali Menteri Perdagangan dan Industri sebentar tadi. SR suara rakyat Azmin Ali berkali- berkali-kalilanggar kali SOP tapi tiada tindakan diambil?"May be an image of one or more people, people standing and text that says "LANGGAR SOP SOP AM PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) DIKEMASKINI: FEBRUARI 2021 AKTIVITI DAN PROTOKOL Tindakan Aktiviti Sosial Penerangan Ringkas Rasmi Tidak Rasmi Kerajaan Swasta, Majlis seperti upacara perkahwinan resepsi, aqiqah, selamat, tahlil, sambutan ulang tahun, sambutan hari kelahiran, reunion, retreat dan ain- adalah DIBENARKAN Mesyuarat atbersemuka agensi dan melibatkan kehadiran wakil agens luar adalah viden Hijau Biru Hamsah 20 Feb Penyerahan surat kelulusan pembinaan Dewan Serbaguna Sekolah Menangah Bandar Baru Ampang oleh Dato Seri Mohamed Azmin Bin Ali Menteri Perdagangan dan Industri sebentar tadi. SR suara rakyat Azmin Ali berkali- berkali-kalilanggar kali SOP tapi tiada tindakan diambil?"


MENTERI LANGGAR LAGI SOP?

BUKANKAH SOP terkini..

Description: ◾Sebarang Majlis/ Program Rasmi dan Tidak Rasmi Kerajaan dan Swasta adalah TIDAK DIBENARKAN.

Kenapa Menteri Kanan Azmin Ali masih degil lagi langgar SOP ?.. Kenapa pihak berkuasa tak berani nak sentuh mereka apatahlagi nak diambil tindakan undang-undang ?

#AntaraDuaDarjat

SR

 

 



MUHYIDDIN MULA DIKECAM SELURUUH DUNIA TENTANG KEBEBASAN AKHBAR

 


IBRAHIM MAT ISA


Berita mengenai tindakan mahkamah terhadap Malaysiakini terus keluar dalam New York Times. Memang kelas betul negaraku.

Boleh panggil Ella menyanyi Standing in the eyes of the world..

Lepas ni bolehlah saman Presiden Jokowi kerana posting di FB dia mengenai lawatan Muhyiddin ke Jakarta hari itu dimaki hamun oleh pengguna FB di ruang komen.

Disclaimer: Siapa nak maki di komen status aku ni bagitau siap-siap, aku risau kena macam Malaysiakini juga


May be an image of 1 person, standing and text that says "5 Reader Comments Just Cost a News Website $124,000 A panel of judges found the online outlet, Malaysiakini, guilty of contempt of court for the comments about Malaysia's judiciary. Steven Gan, editor in chief of the Malaysian news site Malaysiakini, said on Friday that the court's ruling "delivers body blow our continual campaign to fight corruption." Fazry Ismail/ EPA, via Shutterstock By Richard c. Paddock Feb. 19, 2021"

May be an image of one or more people, people standing and text that says "SATU DUNIA TAHU 周 Mahkamah Malaysia jatuh hukum media RM500,000 disebabkan komen pembaca? ALJAZEERA Hork 5 Reader Comments Just Cost Website $124, Apanel ofjudges found eonline Malaysiakini, contempt court comments about News News Media Malaysiakini found guilty, fined, over readers' comments Country' court online ewspaper website fining publication $124,000. full responsibility for LOGIN Malaysian court finds portal guilty over readers' comments Malaysia'sto orpublishing raders NIKKEIAsia NIKKEI Shstnayad minsread judiciary SR suara POLITICS Malaysia news site fined for reader comments key free speech case Malaysiakini $123,000 penaity waring shotto Facebook and à®® help F. ©Reuters"

Pimpinan PH bertemu Speaker minggu depan desak buka sidang Parlimen


Image result for shamsul

Pimpinan PH bertemu Speaker minggu depan desak buka sidang Parlimen

Penggantungan Parlimen yang tidak pernah berlaku dalam sejarah Malaysia biar pun ketika perintah darurat pada 1940an – 1960an akan dibincangkan dalam pertemuan antara pimpinan Pakatan Harapan (PH) dan Speaker Parlimen Malaysia seawal minggu hadapan.

Hal itu dinyatakan oleh Ketua Penerangan KEADILAN, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin dalam sidang medianya pagi tadi.

“Saya percaya minggu depan pimpinan PH akan membuat pertemuan dengan Speaker Dewan dan kita harap, kita seru juga (Timbalan Speaker) Datuk Seri Azalina untuk bersama dengan pimpinan tertinggi PH bertemu Speaker dan (membincangkan hal) membenarkan Parlimen bersidang seperti biasa. Apatah lagi dengan ketibaan vaksin Covid 19 (pada hujung Februari ini),” katanya dalam program penyampaian sumbangan 1,000 ekor ayam untuk golongan B40 anjuran Yayasan Afdlin Shauki dan Anwar Ibrahim Club (AIC) di Gombak Setia, Selangor.

Mengenai soalan wartawan berhubung tindakan Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Azalina Othman Said yang menghantar surat kepada Peguam Negara kelmarin memohon menasihatkan kerajaan membuka semula Parlimen, Shamsul menganggap kerajaan Perikatan Nasional tidak lagi mempunyai alasan untuk terus menggantung Parlimen apabila pihak legislatif telah menunjukkan sikap tidak bersetuju terhadap penggantungan tersebut

“Tindakan Azalina itu kita lihat membuat keputusan ‘tidak bersama-sama dengan kerajaan’. bagi saya itu adalah keputusan yang baik, ada keberanian kerana beliau merupakan Timbalan Speaker. Apabila beliau nyatakan tak nampak rasional terus tutup Dewan saya percaya perkara itu perlu diberikan perhatian oleh kerajaan.

“Kita sedar dalam konsep demokrasi ada pemisahan Parlimen (legislatif), mahkamah dan eksekutif. Sekarang legislatif telah bersuara dan sewajarnya pihak eksekutif mengambil sikap yang sama,” katanya.

Shamsul turut mengulas mengenai pelan vaksinasi Covid 19 kebangsaan yang bermula hujung Februari ini. Menurut beliau, tindakan memasukkan Ahli Parlimen sebagai penerima awal vaksin tentunya akan meningkatkan tekanan agar institusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri kembali dibenarkan bersidang kerana anggota-anggotanya telah kalis virus Covid.

“Kalau ikut (perisytiharan) darurat, Parlimen tidak boleh bersidang, mungkin alasannya Covid. Untuk mengelakan Ahli Parlimen berhadapan dengan virus. Tetapi kalau sudah diberikan vaksin maka tidak jadi alasan tidak membuka sidang Parlimen dan DUN untuk bulan seterusnya.

“Kita harap desakan Ahli-ahli Parlimen dan NGO, termasuk 90 Ahli Parlimen ASEAN yang merpertikaikan kenapa Parlimen Malaysia tidak bersidang akan mengubah keputusan selepas ini,” katanya.



Buka semula sekolah: Lebih baik beri kuasa autonomi kepada sekolah

 

Image result for nik nazmi nik ahmad


Pakatan Harapan (PH) menzahirkan kebimbangan terhadap arahan mengejut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang mahu membuka kembali sesi persekolahan yang digantung akibat peningkatan jangkitan Covid-19, pada awal Mac ini.

Menurut kenyataan Jawatankuasa Pendidikan PH, gabungan itu mengambil maklum tentang kelemahan-kelemahan dan kekangan pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) yang mungkin menyebabkan pihak kementerian membuat keputusan drastik untuk membuka kembali sesi persekolahan.

Bagaimanapun, kata mereka membuka sekolah memerlukan penelitian yang lebih menyeluruh dan bukannya terhad kepada indikator-indikator tertentu bahawa wabak Covid 19 telah terkawal serta tidak akan membahayakan murid-murid.

“Kami ingin menggesa KPM agar lebih teliti (dalam isu membuka sekolah) kerana ramai juga ibu bapa dan guru-guru yang tertanya-tanya apakah alasan utama untuk mereka kembali ke sekolah di kala pandemik masih belum benar-benar surut dan masih terdapat negeri dan kawasan yang dikategorikan sebagai zon merah.

“Kekalutan pengumuman tanpa alasan (kukuh) yang diberikan telah menimbulkan seribu satu persoalan di kalangan rakyat,” kata kenyataan Jawatankuasa Pendidikan PH.

Sehubungan itu, jawatankuasa tersebut mencadangkan agar beberapa pertimbangan diambil dan sekolah-sekolah diberikan kuasa autonomi sama ada perlu dibuka atau tidak berdasarkan situasi tertentu pandemik di sesuatu kawasan.

“Kami mencadangkan pembukaan semula sekolah di seluruh negara harus mengambilkira status negeri yang tidak sama seperti PKPP dan PKPB.

“Dalam hal ini kementerian wajar memberi kuasa autonomi kepada pihak sekolah yang merangkumi pengurusan sekolah, PIBG dan Lembaga Pengarah (jika ada) untuk membuat keputusan bersama untuk buka atau tutup sekolah kerana setiap lokasi yang berbeza memiliki kes dan keadaan yang berbeza. KPM tidak boleh membuat keputusan ‘pukul rata’ (‘blanket decision’) ketika pandemik sedang melanda negara kita.

“Dalam masa sama, sekolah juga haruslah memberi ruang kepada guru untuk fokus mengajar ketika sekolah dibuka kelak. Semua tugas pentadbiran, penulisan kertas kerja dan beban kerja kekemasan kelas tidak boleh menjadi keutamaan buat masa ini,” kata mereka lagi.

Di samping itu, menurut mereka, guru-guru dan kakitangan sekolah harus menjadi prioriti, iaitu golongan pertama dalam program vaksinasi kerana pada saat sekolah beroperasi kembali guru juga adalah barisan hadapan yang berjuang untuk mendidik anak bangsa.

Kerajaan wajib mempunyai pelan menyeluruh bagi semua senario melibatkan pandemik Covid-19 agar ibu bapa, pelajar, guru malah semua yang turut terkesan dapat mengusahakan langkah-langkah persediaan yang rapi.

Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik; Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad; Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching dan Ahli Parlimen Tampin, Datuk Dr Hasan Baharom.



Polis kenal pasti lelaki ‘murtadkan’ wanita Islam

 

Video berdurasi tiga minit 26 saat tular memaparkan seorang lelaki mengaku telah memurtadkan seorang wanita Islam, dipercayai isterinya. (Gambar Facebook)

JOHOR BAHRU: Identiti seorang lelaki yang tular dalam media sosial baru-baru ini kerana dipercayai memurtadkan seorang wanita Islam, telah dikenal pasti.

Ketua Polis Johor Ayob Khan Mydin Pitchay berkata ini susulan pemeriksaan polis di sebuah rumah di Perjiranan Bandar Dato Onn, pada 9.50 malam semalam.

“Pemeriksaan itu hasil maklumat yang menyatakan terdapat sekumpulan orang awam berkumpul untuk menyerbu premis itu kerana mengesyaki lelaki berkenaan berada di dalam premis.

“Pihak polis telah berjaya mengawal keadaan dan hasil pemeriksaan, didapati rumah itu hanya didiami oleh ayah dan kakaknya sahaja manakala suspek yang berusia lingkungan 29 tahun tiada di situ.

“Oleh itu, tiada tangkapan dan rampasan dibuat,” katanya dalam satu kenyataan.

Ayob Khan berkata kes sedang disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman di bawah peruntukan Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998 serta Seksyen 298 dan 505 (C) Kanun Keseksaan.

Baru-baru ini, tular sebuah video berdurasi tiga minit 26 saat memaparkan seorang lelaki mengaku telah memurtadkan seorang wanita Islam, dipercayai isterinya.

Video itu mendapat ribuan tontonan daripada warganet.


APAKAH VAKSIN COVID19 HERO NEGARA?

 

Menurut laporan berita semalam, pesawat penumpang Airbus A330-300 milik Malaysia Airlines yang dihiasi Jalur Gemilang bakal menempa sejarah apabila ditugaskan untuk menerbangkan vaksin COVID-19 jenis Pfizer-BioNTech untuk keperluan Malaysia pada Ahad ini.

Pesawat berkenaan akan membawa 312,390 dos vaksin Pfizer-BioNTech untuk penghantaran pertama ke Malaysia menjelang Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan secara berfasa bermula 26 Februari ini.

Soalnya, perlukah pembelian dan penghantaran vaksin Covid19 diraikan sebegitu rupa?

Apakah ia hero negara?

Sejarah apa yang mahu diraikan dengan pembelian vaksin itu, walhal semua negara di dunia ini turut membelinya?

Apakah vaksin itu ciptaan pakar-pakar perubahan daripada Malaysia?

Kenapa negara-negara lain yang lebih dulu menerima vaksin seperti Singapura, Indonesia, Myanmar, Nepal, Bangladesh dan lain-lain negara tidak meraikannya seperti negara kita?

Apa masalah kita?

Sudahlah kita lambat menerima vaksin berbanding negara lebih ke belakang seperti Myanmar, Nepal dan Bangladesh, apa sebenarnya keperluan meraikan kedatangan vaksin dengan pesawat membawanya dihiasi dengan jalur gemilang?

Bangga sangatkah kita dengan vaksin yang dibeli dengan peruntukan kerajaan sebanyak RM3 bilion itu.

Ehhh…makin entah-entah apalah era PN jadi kerajaan ni!! 


(Shahbudindotcom 20/02/2021)




ANTI LYNAS : Kumpulan pemantau antirasuah persoal hubungan Umno, kerabat diraja dengan pemaju tapak sisa

 

Kumpulan pemantau antirasuah C4 mempertikaikan syarikat yang dipilih untuk membangunkan tapak sisa industri itu. (Gambar AFP)

PETALING JAYA: Sebuah kumpulan pemantau antirasuah menyatakan kebimbangan mengenai hubungan diraja dan politik di sebalik syarikat yang bertanggungjawab untuk membangunkan tapak sisa industri bernilai RM400 juta di Pahang.

Pusat Memerangi Rasuah & Kronisme (C4) mempersoalkan pilihan syarikat tersebut, Gading Senggara Sdn Bhd, sebagai kontraktor untuk Tapak Pelupusan Sisa Berjadual Industri Berbilang Kategori di tanah seluas 202.35 hektar di Bukit Ketam, Pahang.

C4 berkata laporan Malaysiakini telah menyenaraikan Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, dan Naib Ketua Umno Bentong Johari Harun, sebagai pemegang saham Gading Senggara.

Namun, mereka telah melepaskan saham di Gading Senggara pada 17 Feb, kata kumpulan itu, memetik rekod syarikat dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

“Hubungan yang jelas dengan pelaku politik dan kerabat diraja juga sangat membimbangkan,” kata C4 yang turut mempersoalkan pelantikan Gading Senggara, memandangkan sejarah kewangannya.

“Dalam laporan kewangan untuk tahun yang berakhir pada Jun 2018, yang diserahkan dua tahun lambat ke SSM pada bulan Mei 2020, (menunjukkan) ‘retained earning’ syarikat itu (pendapatan bersih selepas ditolak dividen kepada pemegang saham) tampaknya negatif, tidak ada pendapatan, dan mengalami kerugian selepas cukai.”

Walaupun disenaraikan sebagai syarikat konsesi yang dilantik oleh pemerintah untuk pembuangan sisa industri, Gading Senggara tidak tersenarai di antara kemudahan atau pengangkutan sisa berjadual Jabatan Alam Sekitar, kata C4.

“Mengapa syarikat yang mempunyai daya maju kewangan yang dipersoalkan dan maklumat awam yang terhad dipilih untuk projek berskala besar yang melibatkan sisa berbahaya?”

Lynas, yang beroperasi dalam kilang pemprosesan nadir bumi di Gebeng, Kuantan, mengumumkan pada akhir Januari bahawa kerajaan Pahang telah memberikan persetujuan untuk sebuah lokasi di Bukit Ketam bagi kemudahan pelupusan tetap untuk residu pembersihan air.