[VIDEO] Tok Guru Nik Aziz penentang Asabiyah Melayu Cina

 


[VIDEO] Tok Guru Nik Aziz penentang Asabiyah Melayu Cina


TOK GURU NIK AZIZ PENENTANG ASHABIYAH MELAYU CINA…

Hari ini 12 Febuari, adalah tahun ke 6 sang Murabbi dan guru Politik aku iaitu Almarhum Tok Guru Nik aziz meninggalkan kita..Kebetulan Pagi Jumaat juga jasad Almarhum dikebumikan.. Namun apa yang pernah diucapkan..apa yang diperjuangkan dalam hal Agama dan Politik itu kekal menjadi ingatan untuk kita pada hari ini..

Menarik ini antara kenangan ucapan TG Nik Aziz dalam satu kempen pilihanraya.. Dia membuka bicaranya dengan megatakan saya datang bukan sebagai orang melayu..tetapi orang Islam..Bagaimana berbezanya dan hikmahnya Tok Guru menyampaikan Islam.. Mengajak kepada Tauhid bukan dengan menghina dan memusuhi Agama lain..Atau menjadi juara berdebat membuktikan ajaran selain Islam itu sesat..Tidak..

Itu sebabnya dulu Almarhum Tok Guru Nik Aziz, selalu menggunakan seruan “Kalimatun sawa”.. Bagaimana Tok Guru mempersamakan reka bentuk Masjid dan Tokong dan akhirnya mengajak kepada Tauhid.. lihat reaksi pemimpin DAP ketika itu..begitu lunak cara Tg Guru menyampaikan Islam..Titik persamaan antara kita dalam Agama dan Politik dan akhirnya menyeru seruan tauhid kepada Allah..

sebagaimana Firman Allah..

قُلْ يَا أَهْلَ الْكِتَابِ تَعَالَوْا إِلَىٰ كَلِمَةٍ سَوَاءٍ بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمْ أَلَّا نَعْبُدَ إِلَّا اللَّهَ وَلَا نُشْرِكَ بِهِ شَيْئًا..

“Wahai Ahli Kitab, marilah kita(berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahwa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatupun..”

Tok Guru antara ahli Hikmah..Disinilah sepertimana Hadis Nabi ﷺ.. 2 Kelompok ini hilang dari kalangan Muslim, Kelompok Ulul Albab dan Ahli Hikmah yang dapat membaca dan Memahami pengajaran dari Wahyu Allah yakni Al Quran…

الحكمة ضالة المؤمن فحيث وجدها فهو أحق بها ..

(رواه الترمذي)

” Al-Hikmah adalah barang yang hilang dari orang mukmin, maka di mana saja ia dapati, dia adalah orang yang paling berhak terhadapnya…”

Belajar dari Uslub dakwah Tok Guru Nik Aziz.. Dimana pun dia, Dia mengajak kita berfikir dan kembali kepada Tuhan yang satu.. Inilah konsep Kalimatun Sawaa’..

Keduanya Tok Guru Nik Aziz adalah penentang Ashabiyah Mleayu Cina.. Ashabiyah ini adalah perkara yang dilarang dalam Agama dan Dibenci oleh nabi.. Nabi katakan..Campakkan jauh jauh..””fa’innahaa muntinah”

دَعُوهَا، فَإِنَّهَا مُنْتِنَةٌ…

‘ Tinggalkanlah (seruan Jahiliyah tersebut) kerana itu perbuatan busuk/Jijik… ”

( Riwayat Bukhari dan Muslim )

Malangnya hari ini samaada kalangan Pendakwah.. Hatta Orang Politik mereka sendiri masuk dalam Perangkap Ashabiyah dan Kebencian..

Ipohmali

Video Player
00:00
02:4















SOP BERKECAMUK, EKONOMI MERUDUM DI TAHUN BAHARU

 

DEMONSTRASI DI MYANMAR MASUK HARI KELIMA, SEMAKIN MEREBAK

 

KEADILAN Permatang Pauh hantar kotak PPE kepada frontliners Sabah

 


POSTES BY AMIR WRLR


KEADILAN Permatang Pauh menghantar 10 kotak pakaian perlindungan diri (PPE) kepada petugas barisan hadapan di Sabah bagi membantu mereka dalam menangani Covid-19 di negeri itu.

Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar berkata PPE itu dibuat khas oleh warga wanita di kawasannya.

"Alhamdulillah, hari ini kami telah menghantar 10 kotak PPE buat petugas barisan hadapan di Sabah yang dijahit oleh wanita-wanita #PermatangPauh di bawah inisiatif Projek Kasih," katanya.

Tambah Izzah, mereka akan terus menghasilkan PPE bagi mengurangkan beban petugas barisan hadapan di masa akan datang.

"Insya-Allah, wanita-wanita Permatang Pauh Women’s Project akan meneruskan misi menghasilkan PPE buat petugas barisan hadapan bagi menampung sedikit sebanyak masalah kekurangan PPE, di samping dapat memberi mereka peluang menjana pendapatan ketika PKP 2.0 ini," katanya.

 

BULAN MAC BARU NAK BUKA PROSES PENDAFTARAN ...BILA GAMAKNYA DAPAT VAKSIN?

 




KUALA LUMPUR, 12 Feb -- Proses pendaftaran sebagai peneima vaksin COVID-19 bagi orang ramai dijangka dibuka bermula Mac ini dan dilaksanakan dengan konsep sukarela, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin.

Katanya mereka boleh berbuat demikian menerusi lima kaedah termasuk menggunakan aplikasi MySejahtera.

“Sekiranya tiada MySejahtera, orang ramai boleh mengakses laman sesawang (Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID19-JKJAV) yang akan dilancarkan perdana menteri pada minggu depan.

“Selain itu, talian hotline (nombor ditetapkan kemudian), pendaftaran secara manual di klinik dan hospital awam serta swasta,  dan kelima, jika berada di kawasan pedalaman, kita akan bekerjasama dengan kerajaan negeri untuk mendaftarkan penerima termasuk warga emas,” katanya dalam program Ruang Bicara terbitan  Bernama TV yang disiarkan semalam, bertajuk ”Vaksin: Kendurkan Ketegangan dan Kerisauan terhadap COVID-19”.

Khairy yang Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan mengulangi program vaksinasi akan dimulakan dengan petugas barisan hadapan.

“Saya terima banyak permohonan supaya ditakrifkan (pemohon) sebagai frontliners namun kita akan menilai setiap permohonan.

“Saya boleh sahkan Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) adalah orang pertama yang akan menerima vaksin Pfizer, dan kemudiannya Ketua Pengarah Kesihatan (Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah), doktor, jururawat dan lain-lain lagi. Menteri-menteri kemudian sikit,” katanya.

 Pada 4 Feb lalu, Muhyiddin dilaporkan berkata kerajaan akan memulakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan tiga fasa mulai hujung bulan ini, dengan kerajaan menyasarkan sebanyak 80 peratus populasi negara ini atau 26.5 juta individu menerima vaksin itu yang akan diberikan secara percuma.

Fasa pertama dari Februari hingga April adalah untuk kira-kira 500,000 petugas barisan hadapan yang terbabit secara langsung dalam memerangi wabak itu, sementara fasa kedua dari April hingga Ogos bagi kumpulan berisiko tinggi iaitu warga emas berusia 60 tahun ke atas serta kumpulan rentan dengan masalah morbiditi seperti penyakit jantung, obesiti, diabetes dan tekanan darah tinggi selain golongan orang kurang upaya (OKU).

Fasa ketiga pula adalah bagi golongan dewasa berusia 18 tahun ke atas dari Mei ini hingga Februari tahun depan.

Pada 8 Jan lalu, Khairy mengumumkan bahawa vaksin Pfizer-BioNTech berjaya didaftar oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), sekali gus memberi kelulusan bersyarat untuk penggunaan vaksin itu di negara ini. 

Selain Malaysia, 49 negara lain turut memberi kelulusan terhadap vaksin berkenaan dengan sebahagian negara terbabit telah mula menggunakan vaksin itu.

Untuk rekod, vaksin Pfizer juga menjadi vaksin COVID-19 yang pertama mendapat perakuan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk kegunaan kecemasan.

-- BERNAMA

 

 

Kabinet Najib 2010 subahat selindung isu ‘derma’ kepada 1MDB

 


Kabinet Najib 2010 subahat selindung isu ‘derma’ kepada 1MDB


Prinsip tanggungjawab bersama bermaksud keseluruhan barisan Kabinet pada 2010 bersubahat dalam menutup dakwaan derma kepada Yayasan 1MDB, menurut seorang bekas menteri PH.

Ini termasuklah perdana menteri semasa Muhyiddin Yassin, Presiden Warisan Shafie Apdal dan beberapa pemimpin Umno termasuk Ahmad Zahid Hamidi, kata Dr Xavier Jayakumar.

Bekas Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli itu berkata, keputusan Kabinet pada tahun itu untuk tidak mendedahkan maklumat kemungkinan satu jenayah.

“Ia pastinya menyembunyikan maklumat daripada pihak berkuasa bagi menghalang persoalan atau malah siasatan lanjut oleh agensi berkaitan.

“Persoalan di sini adalah jika keseluruhan Kabinet terlibat dalam menutup bukti satu jenayah…jika begitu mereka perlu memberi penjelasan,” katanya kepada Malaysiakini.

Bekas Menteri Industri Utama Teresa Kok juga berkata, Kabinet mempunyai tanggungjawab bersama dan bersubahat membiarkan “derma” itu sebagai rahsia.

“Ya (mereka bersubahat).

“Mereka sedar tentang ‘derma’ dan setuju agar ia disembunyikan daripada pengetahuan umum dan sistem kerajaan,” katanya.

Pada Rabu lalu, Bekas Timbalan Ketua Setiausaha (Kabinet) Mazidah Abdul Majid dalam keterangannya di mahkamah berkata, Kabinet pada 2010 setuju untuk tidak mendedahkan dakwaan derma daripada kerabat diraja Arab Saudi.

Ia selepas perdana menteri ketika itu, Najib Razak memberitahu Kabinet yang Putera Mahkota Arab Saudi, Sultan Abdul Aziz Al-Saud tidak mahu derma kepada Yayasan 1MDB diketahui umum.

Mazidah yang merupakan saksi pendakwaan ke-11 memberi keterangan dalam perbicaraan kes rasuah RM2.28 bilion dana 1MDB terhadap Najib.

Terdahulu, ketika perbicaraan pada 27 Sept 2019, pendakwaan menunjukkan empat cek, didakwa dikeluarkan anggota kerabat diraja Arab Saudi kepada Yayasan 1MDB. Cek-cek tersebut dikeluarkan pada 2010 dan masing-masing bernilai AS$25 juta (RM101 juta).

Cek tersebut didakwa dikeluarkan oleh Putera Saud Abdulaziz Al-Saud dan Putera Faisal Turki, dan didakwa diserahkan kepada ahli perniagaan Low Taek Jho.

Bagaimanapun, cek tersebut tidak pernah ditunaikan.

Pihak pendakwaan juga berkata cek itu mungkin digunakan untuk menyembunyikan sumber dana RM2 bilion yang didakwa ditemui dalam akaun peribadi Najib.

Ketika dihubungi, Menteri Undang-undang ketika itu Nazri Abdul Aziz berkata dia tidak ingat sama ada Kabinet ada membuat keputusan itu atau tidak, 12 tahun lalu.

“Maaf, saya tak boleh ingat,” katanya.

Malaysiakini juga telah menghubungi menteri-menteri lain pada tahun itu, antaranya Ahmad Shabery Cheek, Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, Hishammuddin Hussein, dan Idris Jala, serta pegawai kepada Muhyiddin, Shafie, Zahid, dan Anifah Aman.

Pada 2015, Muhyiddin dan Shafie mengkritik Najib apabila dakwaan berkenaan penyelewengan dana 1MDB mula diperkatakan. 



BUKAN SAHAJA DI KELANTAN MERATA TERUK BERKAITAN INDUSTRI PERHOTELAN.

 


Industri perhotelan di Kelantan tenat

Industri perhotelan di Kelantan tenat

Industri perhotelan di Kelantan kini semakin tenat dan dijangka hanya mampu bertahan dua bulan saja lagi sebelum kebanyakan hotel yang beroperasi terpaksa ditutup, kata Presiden Persatuan Hotel Malaysia (MAH) Cawangan Kelantan Maimun Mohd Hussain.

Justeru, beliau meminta kerajaan menimbang membenarkan pergerakan merentas daerah yang diyakini dapat memberi nafas baharu kepada 17 hotel bertaraf dua hingga lima bintang di seluruh Kelantan.

“Pada masa ini rata-rata pihak pengurusan hotel terpaksa mengambil tindakan drastik seperti hanya membayar separuh gaji, memberi cuti tanpa gaji, malah ada terpaksa mengurangkan pekerja.

“Sekiranya kelonggaran ini diberikan, hampir 2,000 kakitangan hotel di seluruh negeri dapat ‘diselamatkan’ daripada diberhentikan,” katanya pada sidang media.

Beliau berkata, pihaknya sudah berbincang dengan kerajaan negeri dalam usaha persatuan memastikan kesinambungan operasi hotel bawah naungannya.

“Antara yang kami minta ialah diskaun 70% pengurangan bagi lesen perniagaan hotel kerana jualan bilik sekarang bawah 50%, selain sumbangan insentif sebanyak RM10,000 bagi setiap hotel di bawah MAH

“Selain itu, potongan 50% pembayaran bil air di bawah Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) dan diskaun 50% cukai bandar dan lain-lain cukai yang berkaitan,” katanya.

Beliau turut memberi jaminan pematuhan semua prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan sekiranya sektor perhotelan dapat beroperasi sepenuhnya seperti sedia kala.

“Besar harapan kami agar rayuan ini dapat dipertimbangkan oleh kerajaan bagi menyelamatkan bidang perhotelan. Pihak kami memberi jaminan untuk memberi kerjasama penuh dalam memastikan SOP dipatuhi untuk mengekang penularan wabak Covid-19 membabitkan sektor perhotelan,” katanya. 



SUGAR BABY? RAHSIA TERBUKA, BUKAN BENDA BARU…

 

BOB KELANANG


May be an image of one or more people and text that says "TOP 10 SUGAR BABY UNIVERSITIES IN MALAYSIA Sunway University Sugarbook INTI International University 3105 Taylor's University 2624 TAR University College 1696 University of Malaya 1600 Monash University 1280 Limkokwing University 960 University of Nottingham 864 Multimedia University (MMU) 832 Universiti Teknologi MARA (UITM) 768 704 35 23 Average Age of Sugar Daddy RM150K Average Age of Sugar Baby Average Income of Sugar Daddy RM2.5K Average Allowance ofa Sugar Baby"


Baru-baru ini Malaysia dikejutkan dengan pendedahan yang dibuat oleh sebuah syarikat (SugarBook) yang memaparkan statistik berkenaan Sugar Daddy dan Sugar Baby... p33ada ramai orang... pendedahan ini amat mengejutkan.... tapi bagi pihak keselamatan Malaysia... ianya adalah satu rahsia terbuka. Ianya bukan benda yang baru... sudah puluhan tahun ianya dikesan di Malaysia

Berita ini jika dikaji dengan lebih mendalam sebenarnya memperlihatkan betapa rosaknya pelajar-pelajar yang berada di Institusi Pendidikan... Ianya bukan sahaja melibatkan Institusi Pendidikan di Malaysia tapi diseluruh dunia...

Bagi Cawangan Anti-Maksiat, Perjudian dan Gengsterisme (D7) PDRM Bukit Aman, berita yang tersebar ini memberikan satu cabaran besar buat mereka menyekat dan menghalang perkara ini dari terus membarah. Walaupun kerap dibuat serbuan ke atas premis-premis hiburan dan tempat penginapan mewah... tapi banyak kes hanya berjaya dirungkai hanya dengan bantuan orang dalam...

Aper pon... perkara ini perlu dibenteras demi untuk menjaga nama baik institusi pengajian tinggi di Malaysia (sama ada swasta mahupun awam) dan juga demi moral.

Marilah kita sama-sama terlibat memantau dan juga memastikan bahawa anak-anak kita tidak terlibat dengan aktiviti tidak bermoral ini... Pemantauan secara berkala dan ekstreme perlu dibuat di institusi yang dinamakan ini... Sedih bila satu institusi pengajian tinggi awam yang pelajarnya hampir 100% Melayu Islam seperti Universiti Teknologi Mara (UiTM) terlibat dengan industri Sugar Baby Sugar Daddy ini....

Ada juga dalam laporan lain yang mengatakan bahawa ada pelajar dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) juga terlibat dalam industri tidak bermoral ini... Ianya juga perlukan pemantauan yang berkesan

 

RAKYAT SELANGOR SUDIKAH TERIMA MEREKA INI ?


WONG WONG

Kita terutama pengundi pengundi selangor tolak mereka mereka ini sebagai pengkhianat parti dan amanah rakyat pada PRU15 nanti


 May be an image of 9 people

EHHH....BUKAN KATA TAK BOLEH RAIKAN KAH...?

 

MOHD ASRI ABU BAKAR


Masa jadi pembangang...Hadi, lebai-lebai  dan penganut-penganut  PAS kata

 HARAM jika org Islam meraikan @ ucapkan tahniah kepada perayaan-perayaan

 agama lain termasuk CNY. Sekarang, bila dah jadi Duta Gaji buta dan ada pulak

 yang jadi Menteri KERAjaan Pengkhianat, semua tu dah jadi HALAL ker?. Bodoh

 punya Hadi dan PAS. Ingatkan ada kualiti agama, rupa-rupanya penyundal dan

 JAHIL MURAKAB!!. Geng-geng  pemecah belah kaum dan agama cam mereka

 ni..dah sepatut di hapuskan dari muka bumi MALAYSIA.

May be an image of 1 person and standing

NAK BERSAMA PH KENA BERANI DAN BERSIH MEMPERJUANGKAN RAKYAT...KALAU MASIH LAGI NAK SAMUN...ELOK MELINGKUP...

 


TAK SEMESTINYA UMNO PERLU BERSAMA PH, TAPI DEMI SURVIVALNYA, TARIK SOKONGAN TERHADAP MUHYIDDIN TIDAK HARUS DILENGAHKAN LAGI



Apa yang barangkali menyebabkan UMNO jadi teragak-agak untuk secara rasmi menarik sokongan terhadap Muhyiddin Yassin dan kerajaan PN ialah kerana terkepung dengan slogan “No Anwar No DAP”.

Rasa terkepung itu membuatkan rata-rata beranggapan apabila UMNO menolak Muhyiddin bermakna ia menyokong Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri dan sedia bersama DAP membentuk sebuah kerajaan baharu.

Sebenarnya, ketakutan UMNO yang keterlaluan terhadap slogan “No Anwar No DAP” itu adalah merupakan sebahagian kejayaan Annuar Musa dan beberapa pihak lain dalam UMNO sendiri yang lebih sayangkan Muhyiddin dan Bersatu berbanding parti mereka sendiri.

Bekerjasama dengan Anwar dan PH hanyalah suatu pilihan, bukan kewajipan bagi UMNO, tetapi harus diingat politik ini tidak rigid, malah Annuar Musa ketika belum beroleh kuasa dulu pun pernah melontarkan pandangan tentang kerjasama UMNO dengan DAP.

Selain itu, politik ini yang penting adalah kuasa dan lihatlah bagaimana Pas yang dalam usahanya mengejar kuasa, telah menjadi parti paling banyak kahwin cerai dengan parti-parti lain.

Pokoknya, selagi Muhyiddin tidak dijatuhkan, Annuar Musa dan mereka yang sekapal dengannya akan terus jadi menteri dan beroleh banyak habuan lain daripada kerajaan, meskipun sebenarnya telah kalah perang dalam PRU 2018 lalu.

Tidak semestinya dengan UMNO menarik sokongan terhadap Muhyiddin bermakna sebuah kerajaan baharu yang ada DAP dan Anwar sebagai Perdana Menterinya akan terbentuk secara automatik.

Kiranya UMNO berpegang dengan pendirian asal iaitu mahu PRU15 diadakan dengan segera, sebenarnya dengan menarik sokongan terhadap Muhyiddin dan kerajaan PN, itu adalah pendekatan paling sesuai dilakukan, walau ketika ini darurat sedang dikuatkuasakan.

Selagi UMNO tidak berani secara rasmi menarik sokongan, selagi itulah PRU15 tidak mungkin diadakan dengan cepat dan Muhyiddin ada kebebasan menentukannya mengikut keselesaannya.

Muhyiddin akan terus berlengah-lengah untuk mengadakan PRU sehingga kedudukan Bersatu dan PN benar-benar diyakini sudah kuat.

Tidak mustahil nantinya darurat akan disambung lagi atau selepas 1 Ogos nanti helah lain pula akan digunakannya.

Yang pasti, meskipun dalam tempoh darurat dan Muhyiddin sendiri selalu bercakap dianya tidak berpolitik dalam tempoh berkenaan atas alasan ingin menumpu untuk melawan Covid19, sebenarnya ketika itulah PN sedang mengukuhkan cengkaman politiknya dengan antaranya membawa Gerakan menyertai gabungan tersebut.

Hakikatnya, ketika orang lain leka atau berjaya dilekakan, di waktu itulah Muhyiddin bermain politik, malah dengan mengadakan pertemuan dengan Presiden Gerakan semalam berhubung kemasukan parti itu ke dalam PN bermakna beliaulah yang pertama menerima keistimewaan kuarantin tiga hari untuk menteri-menteri seperti yang ditandatangani Dr. Adham Baba, walaupun yang membantah peraturan tersebut lebih ramai daripada yang menyokongnya.

Itulah Muhyiddin, seorang yang tidak peduli dengan suara rakyat dan desakan yang tidak memihak kepadanya.

Lebih lama ruang masa terbuka, Muhyiddin akan terus mencari jalan mengukuhkan kedudukan PN dan selepas ini tidak mustahil ada lagi parti-parti lain akan ditariknya untuk bergabung dengan PN.

Atau mungkin, dengan masa yang berlalu itu, UMNO terus dikucar-kacir serta dilemahkan, kalau pun tidak diisytiharkan sebuah parti yang haram atas pelbagai sebab serta hujah perundangan.

Untuk itu, sesuai dengan usul putus hubungan dengan Bersatu sudah diluluskan, UMNO tidak harus bertangguh lagi dalam membuat keputusan menarik sokongannya secara rasmi terhadap Muhyiddin.

Menarik sokongan dan keluar daripada kerajaan ini mesti dilihat sebagai pilihan untuk memastikan survival dan masa depan UMNO semata-mata.

Lebih-lebih lagi, dua Ahli Parlimen UMNO – Ahmad Jazlan Yaakob dan Nazri Aziz sudah pun membuat pengumuman terbuka menarik sokongan terhadap Muhyiddin dan kerajaan PN, selain Tengku Razaleigh Hamzah yang sejak awal tidak mengiktiraf keabsahan Perdana Menteri.

Walaupun dengan tiada sokongan daripada tiga Ahli Parlimen UMNO itu sepatutnya Muhyiddin telah jatuh atau secara moralnya mesti meletak jawatan, tetapi beliau ternyata bukanlah seorang pemimpin yang ada perasaan malu.

Maka, jangan dibiarkan Muhyiddin terus ada keselesaan menentukan bila PRU15 hendak diadakan, sebaliknya UMNO sebagai kelompok Ahli Parlimen terbesar dalam kerajaan PN hendaklah memaksa ke atas Perdana Menteri, sesuai dengan keinginan tersebut yang sudah lama digembar-gemburkan.

Dengan secara rasmi UMNO mengumumkan menarik sokongan dan keluar daripada kerajaan, pilihan yang ada bagi Muhyiddin ialah sama ada meletak jawatan atau memohon pembubaran Parlimen.

Kalau Muhyiddin terus berdegil dengan buat-buat sejuk atas alasan sekarang darurat, tindakan UMNO itu setidak-tidaknya akan menarik perhatian Agong untuk bertindak atau berbuat sesuatu untuk menyelesaikan ketidaktentuan kedudukan kerajaan.

Tambahan lagi, dengan Zahid Hamidi dan Najib Razak lebih berwatak sebagai pembangkang kebelakangan ini, keberadaan UMNO terus dalam kerajaan PN terhampak amat janggal, pelik sekali dan mengelirukan ahli di akar umbi.

Ia lebih pelik daripada watak Annuar Musa yang masih bersama UMNO, cakapnya hari-hari ingin memperjuangkan masa depan UMNO, tetapi yang ingin dikekalkannya sebagai Perdana Menteri ialah Muhyiddin daripada Bersatu.


 (Shahbudindotcom 12/02/2021)




BUKA PARLIMEN UNTUK SIDANG BAHAS TANGGANI NETIZEN MELAMPAU

 May be an image of 1 person and text that says "BH ONLINE SEKARANG DARURAT.. PARLIMEN DIGANTUNG Nak syor, gubal undang-undang baru, parlimen kena buka Syor Rang Undang- Undang baharu tangani netizen melampau Februari 10, 2021 @6:41am SR Beran ka MUHYIDDIN NAK BUKAK BALIK PARLIMEN? Pengerusi Kaukus Jawatankuasa Kesejahteraan Rakyat Dewan Negara, Senator Datuk Razali Idris. Foto Google"

RINA HAMZAH 

Sejak kemaluan Muhyiddin  & kerajaan PN tercemar selepas dihentam dikecam rakyat samada dalam negara mahupun di luar negara (terutama di Indonesia) atas kegagalan serba serbi urus tadbir negara & kawalan pandemik COVID-19, cara nak sekat suara mereka adalah menekan suara rakyat dengan gubal undang-undang  baru..

Nak undang-undang  baru? Nak bahas kat mana?? Pasar malam? Restoran? Bukak lar dulu Parlimen tu.. ada berani Muhyiddin !!



SEBENARNYA KAMU YANG JADIKAN PAS SEBAGAI KHADAM..DEMI JAWATAN...DULU ZAMAN FADIL NOOR DAN TOK GURU PAS MEMIMPIN...


BOB KELANANG.

SELAMA INI KAN KER PAS TU KHADAM KEPADA MCA, BARUA KEPADA UMNO…

BILA MASA PLAK PAS JADI TUAN…

KOH KOH KOH… JILAKER PUNYA POK LEBAI!!

 

 May be an image of 1 person and text that says "UNTUKMU RAKYAT MALAYSIA JADILAH ISLAM YANG MEMIMPIN BUKAN KHADAM DATO' SERI TUAN GURU HAJI ABDUL PRESIDEN PAS"

Mengejutkan! Terdapat 42,500 “sugar daddy” di Malaysia, dedah laman web

 


Mengejutkan! Terdapat 42,500 “sugar daddy” di Malaysia, dedah laman web


Malaysia menjadi antara negara mempunyai bilangan “sugar daddy” paling tinggi di Asia, menurut SeekingArrangement laman “Sugar Dating” terbesar dunia.

Dilaporkan, negara Asia dengan kadar penembusan pendidikan tinggi terbukti lebih terdedah terhadap trend itu, dengan Malaysia mencatat hutang pinjaman tertunggak pelajarnya berjumlah RM39 bilion.

Ketua Pegawai Eksekutif Seeking Arrangement Brandon Wade berkata, jurang antara orang kaya dan miskin di Asia meningkat dalam dua dekad, mendorong lebih ramai wanita mencari lelaki lebih berusia kerana pelbagai faktor.

“Platform seperti SeekingArrangment membantu menghubungkan wanita muda dengan lelaki lebih kaya, tidak hanya membantu masalah kewangan mereka tetapi sebagai mentor atau ‘pintu masuk’ bagi melancarkan masa depan yang dijanjikan untuk gadis simpanan ini,” katanya dalam kenyataan.

Wade berkata, ekonomi Asia yang berkembang pesat menyumbang kepada ramai pelabur asing menubuhkan perniagaan dan menjalani kehidupan di rantau ini.

“Tidak mengejutkan mengapa Asia seolah-olah menjadi sarang ‘sugar daddy’ untuk berpasangan terutama dalam kalangan demografi bandar,” kata Wade.

Sementara itu, laman web berkenaan melaporkan India mendominasi 10 senarai Asia teratas dengan 338,000 “sugar daddy” diikuti Indonesia (60,250).

Malaysia mempunyai 42,500 diikuti Jepun (32,500), Hong Kong (28,600), Taiwan (27,300), Vietnam (12,000), Korea Selatan (7,000) dan Sri Lanka (5,000). 



BAB JATUH HUKUM KE ORANG ...LEBAI MEMANG JUARA LA...

 


Nasrudin tegas tidak akan mohon maaf terhadap Ibu Yati

Nasrudin tegas tidak akan mohon maaf terhadap Ibu Yati

Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Nasrudin Hassan menegaskan dia tidak akan membuat permohonan maaf kepada individu yang dikenali sebagai Ibu Yati.

Nasrudin berkata, tidak ada sebab untuk dia berbuat demikian.

Kata Nasrudin, hal itu kerana yang mengeluarkan kenyataan mengelirukan dan membawa fahaman yang boleh menyelewengkan pemikiran dan akidah orang Islam adalah individu terbabit.

“Tiada keperluan untuk saya memohon maaf. Yang mengeluarkan kenyataan mengelirukan dan membawa fahaman yang boleh menyelewengkan pemikiran dan akidah ummah ialah beliau,” katanya 

Bahkan kata anggota Jawatankuasa Pusat PAS itu, wanita terbabitlah yang sepatutnya membuat permohonan maaf.

“Selayaknya dia kembali kepada ajaran Islam yang benar dan memohon maaf kepada orang ramai,” katanya.

Nasrudin berkata demikian ketika diminta mengulas tuntutan maaf secara terbuka dibuat seorang wanita yang dikenali sebagai Ibu Yati.

Pada 29 Jan lalu, Ibu Yati atau nama sebenarnya Wan Noor Hayati Wan Alias, 41, menafikan dia membawa ajaran sesat mahupun agama baru.

Jangan cepat menghukum

Dia kemudian memberi tempoh tujuh hari kepada Nasrudin untuk membuat permohonan maaf secara terbuka kerana membuat dakwaan itu.

Tempoh yang diberikan itu sudah tamat namun setakat yang diketahui belum ada sebarang tindakan diambil wanita berkenaan ke atas Nasrudin.

Ekoran daripada itu juga Wan Noor Hayati yang juga bekas wartawan membuat laporan polis terhadap Nasrudin di Balai Polis Ampang.

Pada 2 Feb lalu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Huzir Mohamed memaklumkan pihaknya kini telah memulakan siasatan terhadap ajaran “agama Melayu” yang dipercayai menyeleweng daripada Islam.

Sebelum itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Ahmad Marzuk Shaary berkata Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) hampir selesai menyiasat ajaran itu.

Pada masa sama, Ahmad Marzuk menggesa orang ramai supaya tidak cepat menghukum mana-mana individu berdasarkan video yang tular di media sosial.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr Zulkifli Mohamad pula berkata Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim) perlu bermuzakarah dengan jabatan agama Islam negeri sebelum mengeluarkan fatwa ke atas sesuatu ajaran. 




TAK TUMBUH TAK MELATA..KALAU SUNGGUH TAK KAN ORANG NAK KATA.....

 


Akaun Rahsia UMNO: Bersatu, parti lain jangan keluar kenyataan tuduhan - Annuar Musa

Afiezy Azaman
Akaun Rahsia UMNO: Bersatu, parti lain jangan keluar kenyataan tuduhan - Annuar Musa
Tan Sri Annuar Musa menafikan dakwaan bahawa parti UMNO pernah membuat keputusan membuka akaun bank rahsia. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa menafikan dakwaan bahawa UMNO pernah membuat keputusan membuka akaun bank rahsia.
Menurut beliau, sepanjang lebih 20 tahun beliau sebagai Ahli Majlis Tertinggi parti, itu tiada keputusan sedemikian pernah dibuat.
"Akaun sulit UMNO? Pemimpin Bersatu atau parti lain tidak seharusnya mengeluarkan kenyataan bersifat tuduhan."Ini tidak membawa kepada sebarang kebaikan," katanya melalui ciapan akaun Twitter miliknya, pada Jumaat.
Media pada Rabu melaporkan UMNO mempunyai akaun rahsia yang tidak diaudit bagi menerima sumbangan politik sejak 1988.
Perkara itu didedahkan ketika pihak pendakwaan menyanggah dakwaan bahawa wang tunai RM114.16 juta yang dituntut bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan UMNO dalam saman pelucutan hak berkaitan 1MDB terhadap OBYU Holdings adalah milik parti itu.
Dalam hujah bertulis Timbalan Pendakwa Raya, Faten Hadni Khairuddin, pihak pendakwa mendakwa ia kerana sebilangan pemimpin UMNO sendiri menafikan mereka tahu mengenai dana tersebut.
Susulan pendedahan itu, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Dr Muhammad Faiz Na'aman menyifatkan perkara itu sebagai pengkhianatan yang jelas terhadap perlembagaan parti dan ahlinya.
Katanya, akaun bank yang tidak diisytiharkan (dan sumbangan politik yang tidak diaudit) jika terbukti berkaitan langsung dengan parti dan kepemimpinan UMNO, ia juga merupakan pelanggaran serius di bawah peraturan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS).

DUDUK DALAM KERAJAAN JADI TUNGGUL KAYU...ORANG BUAT PENDEDAHAN DEPA DOK KALUT..BAIK TUMPUKAN HUDUD DAN RUU 355.PH TAK MAHU BUAT LAPORAN JUGAK KAH? ISU HUDUD DAN RUU 355 SAMPAI SEKARANG TAK MUNCUL?

 

Netizen kecam Pemuda PAS kerah buat laporan polis terhadap Salahuddin

Netizen kecam Pemuda PAS kerah buat laporan polis terhadap Salahuddin

Dewan Pemuda Pas Malaysia (DPPM) mengerah anak buahnya agar membuat laporan polis ke atas bekas ketua mereka, Datuk Seri Salahuddin Ayub kerana tidak membuat laporan ketika ditawarkan sogokan percutian mewah oleh kartel daging.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh DPPM dalam facebook mereka, laporan itu perlu dibuat kerana Salahuddin sepatutnya membuat laporan polis ketika ditawarkan sogokan itu dahulu.

“Jelas, beliau sepatutnya perlu bertindak ketika itu untuk melaporkan kepada pihak SPRM sepertimana termaktub dalam akta SPRM Seksyen 25 (2) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang memperuntukkan bahawa kegagalan untuk melaporkan transaksi penyogokan adalah suatu kesalahan yang “apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya,” kata Pemuda Pas dalam kenyataan itu.

Sebelum ini Salahuddin mengalu-alukan cadangan kerajaan Malaysia untuk menubuhkan Suruhanjaya Penyiasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat isu kartel daging.

“Saya bersedia bekerjasama,” kata Salahuddin menerusi Twitter beliau ekoran satu laporan polis dibuat ke atas dakwaan beliau ditawarkan percutian mewah ke Eropah oleh kartel daging ini.

Kerahan yang dibuat oleh Pemuda Pas itu mendapat respon negatif dari rakan-rakan mereka dalam Facebook itu.

Wanz Abd Hadi menulis, “Woi kata negara tengah darurat. Berpolitik apa benda bodoh? Kita kene ikut cara islang la dalang benda ni. Dokkang hoktu pong nk keno ayoh cik ajor?”

Ammar Bin Roslan pula menulis, “Parti ni dah macam kuda jadinya. Tunggang selagi boleh.”

Ubaidillah Harith Shahrin pula menyindir Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang apabila berkata: “Sumbangan bukang rashuah..itu kena pahang, itu kita kena sedor” -Eddy Bangang-”

Muhamad Syafiq Termizi pula mendakwa Pas sudah menjadi khadam kepada MCA apabila menulis, “Benda bodoh apa lagi yang khadam MCA nak buat ni?”

Mat Yie pula menulis, “Lebai sudah MENTAL, kenapa tak desak cari dalang kartel??? Bangang!!!!” 




Isu semasa: Apakah benar Malaysia dikenali Darul Sugar Daddy?

Segmen Borak Dahsyat ”POLITIK DENDAM PN; UMNO BAKAL DIHARAMKAN?" - Lok...


Segmen Borak Dahsyat membawakan topik perbincangan; ”POLITIK DENDAM PN; UMNO BAKAL DIHARAMKAN?" Tarikh : 11 Feb 2021 Hari : Khamis Masa : 9.00 pm Program Bual Bicara ini menampilkan; Panelis 1; YB DATO' HJ ABDULLAH SANI BIN ABDUL HAMID Ahli Parlimen Kapar / MPP KEADILAN Panelis 2;






[[LIVE}} 11.2.2021 PAS juga bakal diharamkan selepas UMNO ? PAS akan Tin...




[LIVE}} 11.2.2021 PAS juga bakal diharamkan selepas UMNO Melainkan.... Mengapa PAS akan Tinggalkan muafakat Nasional dan bersama Bersatu dalam PRU akan datang. UMNO guna helah "Tidak tahu" macam najib. Mereka tahu dan menggunakan dana tersebut sejak zaman najib. Penukaran CEO KWSP bagi mengelakkan kearjaan bantu kita. Sekarang kita bantu diri sendiri.



RENTASAN 825 | PARLIMEN DIGANTUNG-RANCANGAN PEMBANGUNAN 5 TAHUN NEGARA D...


MENARIK DALAM RENTASAN 825
1. JANGAN BERKOKOK KUAT TAPI EKOR PENUH TAHI 2. HARGA BARANGAN NAIK, NAK MENGAMPU PUN AGAK-AGAKLAH 3. RMK12 – PERIKATAN NASIONAL JANGAN BERANGAN! 4. SARAWAK TOLAK PAS DAN BERSATU!!




2017 semasa DS Anwar dalam penjara, Ust Ebit Liew titipkan doa khas buat DS Anwar. dirangkumkan kembali untuk pengetahuan pembaca.

 May be an image of 1 person and text