SELANGOR AKAN ‘KEPUNG’ KAWASAN BERISIKO, PUTUSKAN COVID 19


LUAHAN BENCI CACI MAKI SAMPAI INDONESIA MEMANG SELAYAKNYA DITERIMA MUHYIDDIN

 

Luahan rasa tidak puas hati, benci dan caci maki rakyat terhadap Muhyiddin Yassin sehingga merebak ke laman sosial Presiden Indonesia bukanlah suatu perkara yang ganjil dan luar biasa sebenarnya.

Ia adalah norma baru dalam dunia tanpa sempadan di mana arus media sosial telah menguasai manusia.

Lagi pula, untuk seorang Perdana Menteri minoriti yang tiada keabsahan, degil mempertahankan kuasa sehingga menderhakai Perlembagaan serta berpaut pada darurat dan Istana, malah dalam mengurus Covid19 pula banyak keputusan kerajaan yang menyusahkan rakyat, sememangnya itulah yang layak diterimanya.

Mustahil dengan segala kecaca-marbaan yang menyesakkan nafas rakyat sejak PN menjadi kerajaan, Muhyiddin tiba-tiba mengharapkan pujian serta sanjungan.

Cukuplah rakyat diperdaya dengan gelaran Abah yang digembar-gemburkan berjiwa pelindung, janji mahu merotan, tiada rakyat akan dipinggirkan, menunjuk kebaikan dengan menayang membaca doa dan tidak mahu berpolitik kononnya, tapi akhirnya yang ditunjukkan semuanya ciri-ciri gila kuasa.

Kedudukan Muhyiddin yang tiada keabsahan dan tiada majoriti bukan lagi rahsia di mana selain tiga Ahli Parlimen UMNO secara terbuka tidak lagi menyokongnya, tindakannya menyekat atau memotong peruntukan enam Ahli Parlimen UMNO bagai mengesahkan lagi jumlah minoriti yang tinggal bersamanya.

Dengan menjadi Perdana Menteri minoriti yang berlindung di sebalik darurat dan pagar Istana demi mempertahankan kuasanya, maka mana mungkin rakyat mahu menghormati dan menyokongnya lagi.

Mendengar cakap dan kata-katanya pun bukan lagi menjadi suatu kewajipan.

Luahan rasa tidak puas hati, benci dan caci maki yang diterima Muhyiddin sekarang ini adalah jelas suatu manifestasi penolakan rakyat terhadapnya.

Lebih daripada itu, tidak sedar sudah dibenci, dicaci dan ditolak, pentadbiran Muhyiddin terus menunjukkan keangkuhan dengan cubaan menaikkan kadar kompaun serta membawa terus ke mahkamah sesiapa yang melanggar SOP PKP.

Namun, SOP yang berubah-ubah sehingga pihak polis sendiri jadi keliru dan ramai menteri yang terlepas daripada tindakan, meskipun terbukti pelanggaran yang dilakukan, telah menambahkan lagi rasa meluat rakyat terhadapnya.

Penolakan rakyat ini bukan main-main atau kerana adanya upahan, ia lahir daripada rasa benci dan meluat yang tak tertahan lagi.

Selain itu, disebabkan Muhyiddin tiada keabsahan dan berstatus minoriti sekarang ini, ekonomi negara jadi bertambah buruk kerana pelabur satu demi satu mula melarikan diri.

Jelas di sini, tindakan pelabur membawa wang mereka ke negara lain bukan saja disebabkan tiada kestabilan politik dalam negara, tetapi turut kerana tiada keabsahan atas kedudukan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.

Orang yang tidak ketahuan statusnya, jarang orang lain mahu menjadikannya kawan, malah lebih selamat menjarakkan diri daripada berkawan dengannya.

Oleh itu, dengan kebencian yang makin meluas dalam negara, caci maki terhadapnya sudah merebak ke luar negara, selain ekonomi makin merudum disebabkan ketidakyakinan terhadap kepimpinan dan status keabsahannya, Muhyiddin seharusnya sedar diri dan banyakkan melihat cermin daripada menatap wajah Azmin atau Hamzah Zainuddin.

Beristighfar banyak-banyak dan insaflah bahawa negara kita adalah demokrasi amalannya, bukan autokrasi dengan pemilik kuasa sebenar adalah rakyat yang ada satu undi di tangan mereka.

Berikutan apa yang berlaku kini, Muhyiddin dan pengampunya juga tidak harus sama sekali marah dengan luahan serta nada kebencian rakyat terhadapnya yang nampaknya sudah melarat hingga ke Indonesia.

Dalam hal ini, bukankah Muhyiddin sendiri suatu ketika dahulu pernah bercakap di Singapura serta dengan media di sana menggesa Tun Abdullah Badawi mempercepatkan perletakan jawatannya?

Sekarang, itulah karma yang harus diterimanya dan kerana karma yang menimpanya sekarang disertai sama dengan pengkhianatan, maka sudah tentulah bala lebih bertimpa-timpa lagi. 

(Shahbudindotcom 08/02/2021)



BAGUS JUGAK JAWAPAN BEKAS MUFTI SINGAPURA INI...



Ini lah jawapan Fatris Bakaram (bekas Mufti Singapura) apabila ada orang ajukan pertanyaan;


Takut Allah atau takut virus?'


Dia menjawab;


Manusia perlu takut kepada Allah, dan di antara bukti takut kepada Allah adalah mematuhi segala perintahNya.


Di antara perintahNya adalah;


1. Mensyukuri nikmat nyawa, tubuh badan dan kesihatan;


2. Memelihara kesihatan, nyawa dan hal mudarat;


3. Taat kepada perintahNya dan ajaran Rasul, yakni menyuruh kita untuk mengelak dari wabak;


Maka, jika benar takut Allah  semua langkah untuk mengelakkan diri dari terkena jangkitan perlu diambil.


Dia turut memberi nasihat;


Takut kepada Allah memerlukan kewarasan akal, bukan dengan membutakan mata hati atau membekukan otak yang dikurniakan tuhan.


Ada yang berkata begini, “Kenapa nak takut, Virus itu juga makhluk Tuhan?”


Beginilah :-


Pergilah berenang di sungai penuh buaya, redha kerana buaya juga makhluk Tuhan;


Pergi ke lautan penuh dengan jerung, redha kerana jerung juga makhluk Tuhan;


Pergi masuk hutan penuh dengan ular, redha kerana ular ialah makhluk Tuhan;


Pergi lah ke zoo, masuk kandang singa, jangan takut dan redha, singa juga makhluk Tuhan.


Firman Allah (bermaksud):


”Jangan kamu campakkan diri kamu ke dalam kebinasaan.”  (Surah Al-Baqarah, ayat 195).


Firman-Nya juga (bermaksud):


”Jangan kamu bunuh diri kamu, sesungguhnya Allah sangat kasih kepada kamu.” (Surah al-Nisa, ayat 29).


Dalam erti kata lain, menyelamatkan diri dari kemusnahan adalah tuntutan Islam. 


Dilarang menghampiri sebab-sebab yang membawa kemusnahan diri. Nabi SAW ketika berbicara tentang Taun menyebut (bermaksud):


"Jika kamu mendengar Taun di sesuatu tempat, jangan kamu pergi kepadanya. Jika berlaku di sesuatu tempat sedangkan kamu berada di situ, jangan kamu keluar daripadanya.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).


Hadis ini mengajar tentang tindakan kuarantin agar penyakit atau wabak tidak tersebar. Hadis ini pernah dibaca oleh ‘Abd al-Rahman bin ‘Auf kepada Khalifah ‘Umar bin al-Khattab ketika beliau bercadang pergi ke Syam semasa wabak Taun sedang merebak di sana pada zaman pemerintahnya. Mendengar hadis ini. .Amirul Mukminin ‘Umar al-Khattab membatalkan hasratnya. (lihat: Ibn Kathir, al-Bidayah wa al-Nihayah, 3/5, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah).


Jika terkena juga penyakit, Islam menyuruh pula penganutnya untuk berubat. Sabda Nabi SAW:


"Bagi setiap penyakit ada ubatnya. Apabila betul ubatnya, maka sembuhlah dengan izin Allah.” (Riwayat Muslim).


Kata Al-Imam Nawawi (meninggal 676H): “Hadis ini memberi isyarat disunatkan mengubat penyakit. Inilah mazhab ashab kita (aliran mazhab al-Syafie), kebanyakan Salaf dan keseluruhan Khalaf. Kata al-Qadi ‘Iyadh: Dalam hadis-hadis ini terkandung beberapa ilmu-ilmu agama dan dunia; benarnya ilmu perubatan, diharuskan berubat secara keseluruhannya. Hadis-hadis ini juga menolak golongan sufi yang melampau yang membantah berubat dan berkata: “Kesemuanya dengan qada dan qadar Allah, tidak memerlukan kita berubat”.


Semoga ada manfaat buat kita semua. Aamiinnn


Via fb : Dr Isahak Ghani


Di ambil dari fb sdr Fairuz Sharifuddin




BUKANKAH JAWATAN HAJI HADI SATU BENTUK ‘RASUAH’ DALAM ISLAM?

 

KERAJAAN PN TIADA IDEA HADAPI EKONOMI PASCA COVID?


Zahid kata ‘serangan’ netizen terhadap Muhyiddin adalah serius

 Zahid kata ‘serangan’ netizen terhadap Muhyiddin adalah serius


Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mengulas ‘serangan’ warga maya terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menerusi ruangan komen di akaun Facebook Istana Negara.

Zahid pada hantaran di media sosial menyertakan pautan laporan Malaysiakini, berjudul “Warga maya ‘serang’ Muhyiddin di FB Istana Negara.”

“Saya membaca laporan portal berita ini dengan teliti. Saya melihat isi kandungannya sebagai sesuatu yang serius.

“Apa yang berlaku itu manifestasi kegelisahan rakyat berhubung kemerosotan ekonomi akibat pandemik Covid-19.

“Apa yang boleh saya perkatakan adalah rakyat mahukan sebuah negara yang stabil politiknya, manakala ekonominya mengukuh. Pelaburan langsung asing (FDI) yang memberangsangkan untuk memacu kewangan negara dan sektor pekerjaan.

“Apa yang rakyat mahukan adalah kehidupan yang sejahtera dan pekerjaan untuk menyara diri serta keluarga,” katanya.

Menurut Zahid, keadaan negara ketika ini adalah “sebaliknya.”

“Orang mengeluh sana sini tentang kehidupan mereka. Hilang kerja dan sebagainya.

“Ketika berdepan kesukaran hidup, kita berdoa supaya wabak ini tamat segera dan politik negara dapat diperkukuhkan,” katanya lagi.

Dalam satu hantaran yang memuatnaik gambar Muhyiddin menghadap Yang di-Pertuan Agong semalam bagi sesi perbincangan dan pertukaran pendapat berkenaan urusan dan isu-isu berkaitan kerajaan, rata-rata warga maya menggunakan platform media sosial untuk mengadu kesukaran mereka sewaktu pandemik Covid-19 dan tidak kurang juga yang “menyerang” pentadbiran Muhyiddin.

Tidak terkecuali juga, ada yang meninggalkan komen-komen nakal mengenai jumlah majoriti yang menyokong pentadbiran Muhyiddin.

Untuk rekod, sebelum ini beberapa pemimpin politik daripada Umno mahupun pembangkang membangkitkan isu yang sama.

Antaranya Pengerusi PKR Johor Syed Ibrahim Syed Noh pula menggesa kerajaan terutamanya Kementerian Kewangan dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri agar lebih giat memainkan peranan membawa masuk pelaburan asing ke dalam negara serta merangka pelan untuk memanfaatkan pelaburan untuk rakyat dan ekonomi negara.

Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki turut menuntut Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Mohamed Azmin Ali menjelaskan tindakan segera kerajaan bagi menangani kejatuhan terus pelaburan langsung asing (FDI) negara.

Dia turut memetik laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perdagangan dan Pembangunan (UNCTAD) yang diterbitkan 24 Jan, FDI Malaysia merosot sehingga 68 peratus – jauh teruk berbanding negara negara lain Asean yang disebut dalam laporan itu.

Dalam laporan itu, FDI Malaysia ialah sebanyak AS$2.5 bilion berbanding negara Singapura (AS$58 bilion – jatuh 37 peratus), Indonesia (AS$18 bilion – jatuh 24 peratus), Vietnam (AS$14 bilion – jatuh 10 peratus), Thailand (AS$11.4 billion – jatuh 50 peratus), dan Filipina (AS$6.4 bilion – naik 29 peratus). – MK

Kerajaan larang tapi menteri boleh pula buat majlis, rakyat anggap tak adil

 


Kerajaan larang tapi menteri boleh pula buat majlis, rakyat anggap tak adil

Walaupun kerajaan mengingatkan larangan terhadap semua aktiviti majlis sosial dan keramaian sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tetapi lain pula pematuhannya di pihak menteri.

Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dikecam warganet hari ini selepas berkongsikan gambar menziarahi penduduk Cina di DUN Sungai Tua.

Bekas pemimpin PKR yang dianggap pengkhianat kerajaan Pakatan Harapan (PH) itu dilihat mengagihkan sumbangan di dalam premis dewan komuniti Cina.

“Saya menziarahi penduduk berbangsa Cina di DUN Sungai Tua dan mengagihkan bantuan kepada 500 keluarga yang memerlukan. Semoga bantuan ini dapat menceriakan penerima.

“Menerusi Pusat Khidmat Parlimen Gombak, saya meluluskan peruntukan RM30,000 untuk Pertubuhan Penganut Dewa Yu Feng Zhi Fu Cai Bo Xing Jun untuk pertubuhan ini agar dapat meneruskan perkhidmatan perubatan tradisional percuma kepada masyarakat di sini,” katanya sebentar tadi.

Rata-rata orang ramai berpendapat Azmin yang juga Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN) itu telah mengingkari arahan kerajaan yang telah dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“YB (Azmin) ikut SOP (prosedur operasi standard) mana? Terang-terang SOP mengatakan tidak dibenarkan mana-mana majlis rasmi atau tidak rasmi di anjurkan.

“Kenapa ada double standard antara rakyat dan ahli politik?” soal salah seorang pengguna di ruangan komentar Facebook Azmin.

Sebelum ini, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengingatkan semua aktiviti majlis sosial dan keramaian, termasuk majlis perkahwinan, pertunangan serta resepsi, tidak dibenarkan di negeri terbabit PKP.

Dalam sidang media di Kementerian Pertahanan, 12 Januari lalu, Ismail Sabri juga berkata, majlis sosial seperti kenduri-kendara, majlis akikah, doa selamat, tahlil dan sambutan ulang tahun serta hari lahir, turut dilarang.

Selain itu, semua seminar, bengkel, kursus, latihan, persidangan, ceramah, pameran serta aktiviti berkaitan mesyuarat, insentif, persidangan dan pameran (MICE) secara bersemuka juga adalah dilarang. 



RAKYAT JUGA YANG KENA..

 


RINA HAMZAH

Sebab yang kena kompaun ialah rakyat, bukan puak dia. SEBAB tulah laju saja setuju sokong membabi buta.

Cuba cadang turunkan gaji MB, gaji EXCO kerajaan negeri, puak dia paling awal bangkang berserta DALIL nya, kalau gaji dipotong macam mana nak bantu rakyat.. Dasar lebai.

SR


May be an image of 2 people and text that says "BERITA RAKYAT BOLEH NILAI SENDIRI malaysiakini Sinar Harlan Naikkan kompaun kompaun bebankan si miskin, berat sebelah- Anwar iterbitkan Feb 2021, 2:15 pm MB Kelantan sokong naikkan kompaun langgar SOP ADILA SHARINNI WAHID 03 Februari2 2021 SR Mm Mana Yang Lebih Memahami Kesusahan Dirasai Rakyat"






CUBA KALAU MASA NI PH PERINTAH..FUH..HABIS KENA KAPIR LA KABINET MALAYSIA NI ..SEKARANG DIAM MEMBISU

 


May be an image of map and text that says "Arab countries in the Middle East and Africa that have normalized ties with Israel 1980 1994 2020 Morocco Jordan Egypt Bahrain Sudan United Arab Emirates"



BOB KELANANG


SEJAK HADI BEWOK JADI DUTA KHAS PM, EMPAT NEGARA ARAB IKTIRAF ISRAEL

Empat negara Arab mengiktiraf Israel hanya dalam tempoh lapan bulan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilantik sebagai Duta Khas Perdana Menteri ke Asia Barat bertaraf menteri.

Empat negara itu ialah Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 13 Ogos 2020 diikuti Bahrain (15 September), Sudan (23 Oktober) dan Morocco pada 10 Disember tahun lalu.

“Duta Khas PM tak berperanan? Senyap sepi… gaji jalan,” tulis aktivis politik yang juga bekas Setiausaha Eksekutif Pas, Malek Hussin di Twitter hari ini.

Untuk rekod, Pejabat Perdana Menteri pada 2 April 2020 mengumumkan Tan Sri Muhyiddin Yassin bersetuju melantik Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang ke jawatan itu.

Abdul Hadi yang juga bekas Naib Presiden Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia pernah bergelar Menteri Besar Terengganu sepenggal antara 1999 hingga 2004 dan masih memegang rekod berprestij itu…

Bahrain sebelum ini menyatakan perjanjian memulihkan hubungan diplomatik dengan Israel akan melindungi kepentingan negara itu.

Dalam masa sama, Bahrain menganggap deklarasi itu tidak bertentangan dengan kedudukannya mengenai inisiatif perdamaian Arab dan keputusan legitimasi antarabangsa.

Sebelum ini, Mesir menjalinkan hubungan diplomatik dengan Israel pada 1979 manakala Jordan mengambil langkah itu pada 1994.

Perjanjian itu bagaimanapun mendapat kecaman besar-besaran daripada rakyat Palestin yang menyifatkannya sebagai tidak membantu menangani isu Palestin dan mengabaikan hak mereka.

Menurut pihak berkuasa Palestin, sebarang perjanjian dengan Israel mesti berdasarkan prinsip Inisiatif Damai Arab 2002, iaitu ‘tanah untuk perdamaian’ dan bukan ‘berdamai untuk perdamaian’ seperti yang dituntut oleh Israel.

 


SANGGUP BUAT APA SAHAJA...


AHMAD MUNIR

Memang Pas ni kalau dia baik dengan orang dia sanggup buat apa sahaja. Tengok sekarang pun dah tahu.Masa dengan DAP. cuba lihat  macamana punya baik..Dap itu ini..punya la baik....gitulah..ini bila dah diberi jawatan bagai...lagi la sanggup jadi khodam MCA sekali pun.

 No photo description available.

(LIVE) Bicara Dr Mujahid: Berbaloikah PRU Awal?



Dr Mujahid Yusof Rawa - Malam ini saya akan bersiaran Langsung membincangkan berkaitan Berbaloikah PRU di adakan sekarang ketika rakyat masih dalam suasana covid

EDISI KHAS MINGGUAN 007 | PANAS!! CUBAAN ANNUAR RAMPAS JAWATAN PRESIDEN


MENARIK DALAM EDISI KHAS 007 1. PELUANG ANNUAR JADI PRESIDEN CERAH 2. RASUAH RM3 JUTA, ISA SAMAD BERSALAH! 3. PRESIDEN UMNO DIDESAK LETAKJ JAWATAN









Amir Hijaz Fans - 7 Februari 2021 - Gendang PRU 15 Sudah Berbunyi

Muhyiddin Dimalukan dalam dan Luar Negara - Tok Abah




Perjalanan karier politik Perdana Menteri Malaysia, Muhyiddin Yassin sekali lagi tercalar dalam kalangan pengguna media sosial berikutan beberapa tindakan beliau baru-baru ini. Rakyat seolah-olah telah memberikan mesej yang sangat jelas kepada pemimpin no 1 negara itu bahawa kredibiliti dan kepercayaan rakyat kepada beliau telah hilang seperti mana hilangnya sokongan majoriti ahli parlimen kepada beliau. Perancangan demi perancangan yang dilakukan seakan-akan menemui jalan buntu. Sesungguhnya kebuntuan ini mampu dikekang dan dikawal sekiranya parlimen kembali bersidang supaya pelbagai idea dan hala tuju negara mampu dikembalikan melalui perbahasan yang lebih baik di peringkat parlimen. Semoga kepimpinan negara kini mampu melihat kewajaran dan kepentingan suara rakyat itu dikembalikan . INI BUKAN MASA BERPOLITIK


JANGAN BERSANGKA BAIK DENGAN MUSANG DALAM REBAN AYAM

 May be an image of 2 people and text that says "taU Mahathir perlu akui bahawa tindakannya meletakan jawatan sebagai PM adalah satu kesilapan Kit Siang"


KAK IDA ABDULLAH


Dulu Atok bagi sokongan kepada PH, terima sudah la... Yang p angkat julang dia, bagi jadi PM lagi WALAUPUN peringkat awal setuju Kak Wan PM sementara uruskan pembebasan Anwar, siapa suruh?

Kalau tak jadi pengajaran, ulanglah lagi. Siapa bagi sokongan angkat julang lagi supaya boleh dikhianat lagi dan lagi. Sepatutnya apabila yang pernah khianat datang semula bagi sokongan biarlah layan diberanda, jangan bawa masuk dalam rumah, tidur baring bersama lupa semua perbuatan khianat dia.

Sapa nak sokong terima, kita tak sombong, tapi jangan la sampai lupa diri. Bersangka baik dengan musang, cari padah la... Apatah lagi dari bibir pendusta tidak pernah meminta maaf atas kesalahannya. Fitnah itu dosa lebih besar dari mengambil jiwa. Anwar difitnah Mahathir melekat sampai bila-bila. Walau Agong dah beri keampunan, tetapi sipemfitnah tak pernah sangkal dan mohon maaf.

Ramai juga selain Mahathir lenjan cerca Anwar, sekarang dok sendeng semula. Kalau tak serik angkat la, bagi jawatan bagi kerusi meja, kuasa. Esok musang tu koyak isi hampa baru ada akai.

Dalam dok berjuang sama-sama puluhan tahun pun boleh buat perangai macam Azmin pengkhianat, dan Khalid penjilat, ini kan pula terang-terang khianat datang semula buat gerakan dan tarik sokongan tanpa sikit pun tunjuk penyesalan ke atas fitnah yang disebarkan.

Samada Anwar jadi PM atau tidak itu kerja Tuhan. Kerja kita jangan mudah tergoda dengan permainan syaitan tak kiralah tua atau muda, strategi syaitan sama sahaja tak berubah. Kita saja tak istiqamah. Cepat melatah. Syaitan sumpah wallahi, terus kita percaya. Kita memang tak punya kuasa scan syaitan, tapi kita boleh bermunajat kepada Tuhan mohon panduan.

Asal kita sedar kita ini jahil dan lemah, barulah pertolongan Yang Maha Mengetahui lagi Maha Perkasa akan membimbing sehingga berjaya.

Saya masih percaya jika Wan Azizah kekal calon PM jika PH menang, undi wanita 52% majoriti akan beri kepadanya. First lady PM for Malaysia. Tp hampa lebih percaya Mamak Tongkang tu, padanlah muka! Lanie rasalah... Orang PH pun ada yang tak yakin Kak Wan boleh jadi PM, lebih yakin kepada MahaTua yang memakai topeng manusia.

Dan perkara sama akan berulang lagi, jika tiada keyakinan kepada parti sendiri. Ramai dalam PKR yang setia berjuang tidak meninggalkan. Rakyat sekarang bukan mau lihat populariti ahli politik dengan janji2. Rakyat mahu wakil yang berintegriti yang akan bantu mereka, membawa suara mereka untuk didengari.

Rakyat tak mahu dengar manifesto yang bukan kitab suci. Rakyat mahu dengar apa yang kamu akan buat untuk pulih nasib kami dan Malaysia yg kami cintai. Kami tak mahu dengar cerita rasuah lagi. Kami mahu dengar apa yang kamu akan buat untuk reform semua institusi demi kebaikan kami.

Kau mau undi kami, kamu datang jumpa kami. No ceramah2 lagi. No berkumpul bagi kamu penghormatan YB oh YB. Kami angkat kamu untuk bela nasib BUKAN tindas kami. Jangan sekali-kali sombong apabila menang dan anggap kami bodoh tak mengerti.

Kami bodoh jika kamu sombong dengan kami!

 



KENAPA EZAM MENJADI PILIHAN?

 



NORMAN RADZUAN


80% penyokong PH pilih Ezam berbanding Khalid

Saya membuat 'survey' dari pendokong2 PH jika berlakunya pertembungan Parlimen Shah Alam di antara Khalid Samad atas tiket PH dan Ezam Mohd Nor atas tiket Gerakan Reformasi 98... 80% memilih Ezam, 10% memilih Khalid dan 10% menolak kedua duanya sekali.

Alasan 10% menolak kedua duanya sekali kerana keduanya dianggap pengkhianat. Seorang bekas pengkhianat dan seorang lagi bekerjasama dgn pengkhianat.

Persoalannya kenapa mereka memilih Ezam dan bukan Khalid? Ia membuktikan pendokong2 PH sgt membenci Mahathir. Khalid Samad yg dilihat penyokong tegar Mahathir terpalit sebagai individu atau pemimpin yg dibenci penyokong2 PH. Sehingga mereka sanggup menolak Khalid Samad walaupun beliau bertanding atas tiket PH.

Ada yg menuduh 'survey' tersebut hanya memecah belahkan PH. Saya tiada niat utk berbuat demikian tetapi kita mahu lakukan 'survey' adakah kerjasama dgn Mahathir membawa kebaikan atau keburukkan. Ini penting utk PRU15 nanti.

Pentaksub Khalid mempertahankan tindakannya utk meramaikan kawan. Namun majoriti pendokong PH menolak dgn alasan utk meramaikan kawan bukan di kalangan pengkhianat. Isu ini telah berlanjutan hampir setahun lamanya hingga PH tidak dilihat solid sepertimana sebelum PRU14 yg lalu.

Ramai rakan2 dari PKR, Amanah dan Dap sendiri 'bisikkan' ke telinga saya utk nyatakan kebenaran. Mereka sukar berbuat demikian kerana terikat dgn parti masing2. Kata mereka kerjasama dgn Mahathir telah membuatkan PH berpecah.

Sebab itu kita kena jujur. Apa sekalipun kerjasama bersama Mahathir akn ditolak secara majoriti oleh pendokong PH. Ia hanya melemahkan PH dan menghancurkan peluang PH pada PRU15.

Ada yg berkata adalah lebih baik mana2 parti yg ingin bersama Mahathir menubuhkan pakatan baru utk melihat sejauh mana rakyat menerima Mahathir.

Keputusan 'survey' membuktikan mana2 pemimpin atau parti yg mendekati Mahathir akn ditolak oleh pendokong2 PH walaupun dia bertanding atas tiket PH. Ia bukan membawa kebaikkan tetapi hanya membawa perpecahan.

Jadi kpd mereka yg menuduh saya menulis utk menolak mana2 individu bersama Mahathir dianggap memecah belahkan PH... fikir2 kanlah. Fikirkan pengundi akar umbi jgn fikir satu dua pemimpin sahaja. Sb yg menentukan kemenangan adalah pengundi bukan beberapa kerat pentaksub pemimpin atau parti.

 

BERHENTILAH BERLAKON BUAT BUAT NYANYUK...

 

MP PKR ingatkan Mahathir berhenti berlagak seperti orang hilang ingatan

MP PKR ingatkan Mahathir berhenti berlagak seperti orang hilang ingatan

Tun Dr Mahathir Mohamad diingatkan supaya berhenti menafikan bahawa beliau bukan punca utama jatuhnya Kerajaan Pakatan Harapan (PH) selepas tindakannya sendiri yang meletakkan jawatan Perdana Menteri pada Februari tahun lalu.

Ahlli Majlis Pimpinan Keadilan , Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid sebaliknya mencabar Dr Mahathir menceritakan perkara sebenar selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin dinamakan sebagai calon Perdana Menteri ke-8.

“Nasihat saya kepada Tun Mahathir berhentilah berlagak seperti orang lupa ingatan. Selepas beliau meletakkan jawatan, Setiausaha Agung Keadilan, Datuk Seri Saifuddin Nasution telah menghubungi beliau untuk menyertai mesyuarat PH.

May be an image of 1 person, standing and text that says "11:46 Vo) 70% Pakatan Harapan jatuh sebab Anwar Ibrahim dipilih sebagai PM- Tun M Ridauddin Daud Februari 5, 2021 09:59 MYT RAYA Sekiranya ketika krisis politik tercetus, pemimpin Pakatan Harapan sepakat untuk memilih namanya, segala -galanya yang terjadi sekarang tidak akan berlaku, kata Tun Dr Mahathir Mohamad. Gambar fail KUALA LUMPUR: Sebab yang benar-benar menjatuhkan Pakatan Harapan (PH) adalah pemilihan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri (PM) ketika membuat pengakuan di hadapan Yang di-Pertuan Agong pada Februari tahun lepas. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir"

“Ia bagi membincangkan calon Perdana Menteri baharu tetapi jemputan tersebut ditolak oleh Dr Mahathir sendiri.

“Maka PH membuat keputusan secara konsesus melalui mesyuarat menamakan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri.

“Menyedari Pagoh (Ahli Parlimen) akan dilantik sebagai Perdana Menteri, barulah beliau mahu bersama PH ketika itu dan meminta namanya dicalonkan. Mengapa kisah ini tidak diceritakan dalam penafian dan penjelasan beliau sendiri?” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Semalam, Dr Mahathir menafikan tindakan beliau meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri menjadi punca kejatuhan Kerajaan PH pada Februari 2020.

Sebaliknya beliau berkata, PH jatuh kerana memilih Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri semasa membuat pengakuan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Dr Mahathir mengulas buku ditulis bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas bertajuk ‘My Story: Justice in the Wilderness’ yang berpendapat bahawa peletakan jawatan Perdana Menteri sebagai ‘surrender of power’, penyerahan balik kuasa yang sukar difahami.

Sementara itu, Abdullah Sani yang juga ahli Parlimen Kapar mempersoalkan tindakan Dr Mahathir yang berterusan menyalahkan Anwar kerana kejatuhan Kerajaan PH sedangkan jelas ahli Parlimen Langkawi tidak mendapat sokongan majoriti ahli Parlimen.

“Setelah undian dibuat melalui undian persendirian ahli Parlimen, jelas Dr Mahathir jauh ketinggalan dengan hanya mendapat 62 undi berbanding Anwar yang memperoleh 92 undi. Kenapa yang dapat 92 undi kena ikut orang yang kalah?

“Dr Mahathir tidak pernah berhenti menyalahkan Anwar Ibrahim atas kejatuhan PH. Mahathir sepatutnya muhasabah diri atas apa yang berlaku semua ini adalah dari tindakan beliau sendiri,” katanya lagi. 








BALIK AWAL KHABARNYA SINGGAH DI SINGAPURA ?

 

BOB KELANANG


Dengar khabar Muhyiddin Yasin sudah balik awal dari Indonesia... Patutnya ader lagi 2 hari... tapi pasai tak tahan kena baham dalam media sosial tu yang balik awal... huhuhu... ntah la...

Tapi yang pasti... setiap masa kunjungan Muhyiddin Yasin tu ke Indonesia telah di'up'kan gambarnya dalam page FB Presiden Indonesia Jokowi... DAN setiap kali itulah penuh wall page FB Presiden Indonesia itu dengan hashtag #NotMyPM #MuhyiddinOUT

KOH KOH KOH…

Memang kena bahan la... tu yang agaknya xtahan tu sampaikan terpaksa balik awal... sabor je la... nasib baik tak kena troll #MakKauHijau...

Kalau kena xtau la menangis keluar air mata kot??


May be an image of 1 person and text




KHIANATI PENGUNDI SENDIRI, KEMUDIAN NAK RAMPAS KERUSI SENDIRI...GAMAKNYA ORANG GOMBAK NI TAK KENAL DIA KOT....

 


PRU-15: Azmin tekad rampas kerusi Parlimen Gombak dari PKR

PRU-15: Azmin tekad rampas kerusi Parlimen Gombak dari PKR

Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memberi bayangan akan terus mempertahankan kerusi yang disandangnya itu pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Beliau berkata, sebagai ahli Parlimen sudah menjadi tanggungjawab bukan sahaja untuk memimpin Gombak tetapi mewakili masyarakat berbilang kaum di Parlimen berkenaan.

“Saya mengulangi tekad untuk terus memimpin Gombak dan mewakili setiap lapisan masyarakat, tak kira kaum dan agama kerana inilah tanggungjawab saya sebagai ahli Parlimen dan warganegara Malaysia yang dambakan kemakmuran bersama buat semua anak Malaysia,” ciapnya di laman Twitternya pada Ahad.

Mohamed Azmin antara seorang pemimpin utama dalam pengaturan semula politik negara sebelum ini dan menyertai Kabinet Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai salah seorang Menteri Kanan.

Untuk rekod, Ahli Parlimen Gombak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa sejak 2008 itu merupakan Menteri Hal Ehwal Ekonomi di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berada di dalam gabungan PH di peringkat Persekutuan ketika parti itu menerajui pemerintahan negara selama 22 bulan.

Selepas PH tumbang, Mohamed Azmin mengetuai sekumpulan 11 ahli Parlimen PKR menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) diterajui Muhyiddin yang juga Perdana Menteri baharu selepas kejatuhan PH.


APA KHABAR ?

 

RINA HAMZAH


Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man .. apa khabar..??

Bila nak KECILKAN KABINET..

Bila nak BUANG MENTERI makan gaji buta yg langsung tak berfungsi tu.

SR

 

May be an image of 1 person, headscarf and text that says "Belum Jadi Menteri Harakahdaily Sudah Jadi Menteri Berita Q Hadapi Ekonomi Muram 2016; Kecilkan Kabinet, Buang Menteri 'Kontroversi' December 30, 2015 Ekonomi jatuh Merudum Pelabur Asing Keluar Gagal bendung COVID-19 BILA NAK KECILKAN SR BUANG MENTERI? KABINET, suara rakyat"