TIADA SEBAB PILIHANRAYA MENGEJUT DIADAKAN


Image result for tengku razaleigh




Semalam, tokoh veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah meminta UMNO agar bersiap sedia dengan kemungkinan pilihanraya secara mengejut diadakan.
Gesaan itu dilontarkannya berikutan kemungkinan kononnya Tun Mahathir Mohamad akan berdepan kesukaran untuk melakukan peralihan kuasa kepada Anwar Ibrahim, lalu jalan mudahnya ialah mengadakan pilihanraya secara mengejut.
Ahli Parlimen Gua Musang itu seterusnya meminta UMNO dan Pas agar bersiap sedia dan menyelesaikan soal pembahagian kerusi dengan segera.
Kemudian, apa yang diperkatakan oleh Tengku Razaleigh itu turut dipersetujui oleh Ketua Pemuda UMNO, Asyraf Wajdi Dusuki yang membayangkan tidak mustahil pilihanraya mengejut akan diadakan seawal tahun depan.
Asyraf juga melahirkan keyakinan bahawa UMNO, melalui kerjasama dengan Pas, mampu mengalahkan PH jika pilihanraya secara mengejut itu diadakan.
Soalnya, perlukah Tun Mahathir mengadakan pilihanraya secara mengejut?
Jika diteliti, PH baru berkuasa selama kira-kira setahun dan menjelang awal tahun depan, tempohnya menjadi kerajaan baru saja mencecah setahun setengah.
Ketika ini PH masih berusaha menunaikan janji-janji manifestonya dan berikutan beban kewangan negara, ada janji yang sudah ditunaikan dan ada yang terpaksa mengambil masa untuk dilaksanakan.
Menjelang pertengahan tahun depan juga, peralihan kuasa daripada Tun Mahathir kepada Anwar akan dilaksanakan sebagaimana yang telah dipersetujui dan dijanjikan.
Bermakna, tahun depan atau tahun 2020 adalah tahun yang penting bagi PH dalam membuktikan ia adalah kerajaan yang bersama dengan aspirasi rakyat yang telah bersatu padu menumbangkan BN pada PRU14 lalu.
Selepas tahun depan, PH masih ada tempoh berkuasa sehingga 2023 sebelum pilihanraya mesti diadakan.
Dengan yang demikian, adalah tidak munasabah untuk pilihanraya secara mengejut diadakan. Dalam tempoh yang berbaki ini, adalah lebih baik bagi PH berusaha menunaikan janji manifestonya dan memastikan peralihan kuasa berjalan lancar yang sekaligus akan memastikan gabungan itu terus stabil dan dipercayai rakyat dalam mentadbir negara ini.
Mengadakan pilihanraya secara mengejut di ketika banyak janji sedang diusaha untuk dilaksanakan, hanya akan mengundang risiko buat PH serta memberi kelebihan kepada BN dalam kempen-kempen mereka.
Dengan kata lain, PH akan lebih mudah ditolak rakyat melalui peti-peti undi jika pilihanraya secara mengejut diadakan berbanding menghabiskan penggalnya sehingga ke akhir tempoh.
Ini kerana dengan semakin banyak janji ditunaikan dan ekonomi perlahan-lahan dipulihkan, keyakinan rakyat kepada PH akan terus bertambah kuat lagi.
Tidak sukar memahami bahawa keinginan UMNO terhadap pilihanraya mengejut hanyalah gambaran merupakan kesengsaraan dan resah di jiwa menjadi pembangkang sejak setahun yang lalu.
Mereka beranggapan jika pilihanraya segera diadakan dan mungkin BN memperolehi kejayaan, keperitan menjadi pembangkang dan hidup tanpa kuasa akan segera dapat diakhiri.
Bagi UMNO dan BN, keinginan mereka hanyalah kepada kuasa semata-mata.
Tapi, tiada keperluan sama sekali sebenarnya untuk pilihanraya mengejut diadakan dan kepada pemimpin UMNO, bersabarlah kira-kira empat tahun lagi sehingga 2023 untuk belajar menjalani hidup tanpa kuasa, tanpa elaun dan tanpa peluang untuk menyamun seperti 61 tahun sepanjang BN berkuasa sebelum ini.
Setidak-tidaknya, jika sudah berjaya hidup sebagai pembangkang sehingga 2023, kalau kalah lagi pun dalam PRU15 akan datang, keperitan dan kesengsaraan hidup seterusnya tanpa kuasa sudah boleh dianggap perkara biasa saja. (Shahbudindotcom 17/05/2019)

PH PERLU PEKA MUSUH DALAM SELIMUT



Semalam blog ini telah mendedahkan wanita yang mengumumkan tentang sekatan PTPTN terhadap anak muda dengan cadangan menyekat memperbaharui lesen,passport untuk mengelak mereka ke luar negara. Satu idea mengarut yang mencetuskan kemarahan  bukan sahaja di kalangan anak muda lepasan universiti yang bergelut mendapatkan pekerjaan, malahan seluruh rakyat Malaysia yang mengundi PH . Mereka ibubapa dan anak muda bukanmengharapkan tindakan yang dianggap lebih kejam dan zalim dari Bn/Umno dahulu. 
Imej mungkin mengandungi: 3 orang, orang senyum, dalaman


Menjadi tanggungjawab semua menyedarkan PH bahawa, tindakan bodoh dan tolol mereka dengan  mengeluarkan kenyataan tidak berfikir terlebih dahulu , tidak akan berlaku seperti macai umno atau pun walaun dalam Pas kerana kita menegur bukan untuk menjahanamkan pemimpin , tetapi adalah untuk menasihatkan pimpinan PH  bahawa , mereka dipilih , adalah untuk membuat lebih kebaikan dari mengeluarkan kata kata pelaq yang dianggap bodoh oleh orang ramai.
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, duduk



Justeru , kita mengganggap memelihara penyokong Umno didalam GLC dan juga badan kerajaan yang masih banyak kini, harus diberi perhatian serius oleh pimpinan supaya kejadian sabotaj tidak lagi berlaku dimasa hadapan.Jangan anggap anda kononnya juara untuk berlaku adil, kerana tahap pemikiran rakyat Malaysia belum pun sampai ketahap untuk lebih adil.Ianya perlu lebih masa untuk diserapkan dengan pemikiran demokrasi dan ilmiah dan selagi isu bangsa dan agama yang digunakan, percayalah banyak lagi isu lain yang akan disabotaj.Penyokong melihat bahawa , walaupun mereka berjuang , adakah tidak ada cerdik pandai dikalangan penyokong untuk menggantikan orang atau  manusiaseperti  ini? Mengekalkan mereka dan meletak mereka dikedudukan mereka kini, hanya akan menyebabkan penyokong merasa marah dan tidak seharusnya dibiarkan berlaku. Di Kementerian Pendidikan misalnya,  di  PPD dan JPN, GURU BESAR,  sangat banyak dan jelas, penentangan terhadap kerajaan berlaku sebelum pilihanraya dan adalah jelas, mereka mereka ini kekal dikedudukan mereka dan sesuatu harus dilakukan.Begitu juga di GLC di badan badan berkanun, TAK ADAKAH PENYOKONG PH YANG LAYAK ?Ini bukanlah bermaksud untuk kerajaan menukar mereka seluruhnya , tetapi mereka ini dikenali dan masih kekal disitu. Beri pengajaran, sebagaimana ianya berlaku sebelum ini, ditukar,kenaikan pangkat disekat, dianaktirikan,menulis  rekod buruk tanpa usul periksa, tiada rekomen  kenaikan pangkat, dan ianya masih lagi berlaku. 

Di kementerian Penerangan, berapa kali program yang kononnya melibatkan pimpinan  Kerajaan tidak disiarkan. Ohh kononnya saluran TV bukan untuk kepentingan kerajaan. Dah tu kenapa segala program kerajaan tidak diberikan penerangan seluasnya.. Kita percaya rakyat masih lagi keliru  dengan apa yang telah dibuat dan apakah kejayaan kerajaan PH? Takkan nak minta para pengamal media sosial lagi memikul tanggungjawab di media sosial lagi ?

Imej mungkin mengandungi: 1 orang, tersenyum


Betul penyokong PH bekerja kuat baik di alam penulisan, ilmiah ,media sosial yang tidak seharusnyalah di ketepikan dengan kemenangan PH, namun jika jentera ini di pinggirkan, pastinya , untuk kesekian  kalinya PH akan menghadapi masalah pada PRU 15. Mereka merasa marah dengan keadaan ini kerana lantikan dan mngekalkan orang orang seperti ini hanya akan membebankan kerajaan yang hendak memulihkan negara. 


Imej mungkin mengandungi: 3 orang, orang senyum, orang duduk

PH JANGAN IKUT RENTAK NAJIB – DAIM

SKANDAL ‘LAND SWAP’ MENGEJUTKAN, GESAAN SIASAT KEMENANGAN ZAHID HAMIDI ADA ASASNYA


Pendedahan berkenaan skandal “land swap” yang melibatkan Kementerian Pertahanan ternyata amat mengejutkan sekali.

Skandal yang melibatkan pembinaan kem tentera melalui pertukaran tanah itu bukan saja menyebabkan kerajaan kerugian berjuta-juta ringgit, tetapi juga merupakan suatu penyelewengan kerana telah digunakan untuk kepentingan memenangi pilihanraya.

Laporan yang disediakan oleh Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan berhubung pembinaan kem tentera di Hutan Melintang, Bagan Datuk antara lain mendapati:-

⁃ Ahmad Zahid Hamidi yang merupakan Ahli Parlimen Bagan Datuk dan Timbalan Perdana Menteri ketika itu pernah memberi amaran dalam suatu mesyuarat bahawa tindakan undang-undang akan diambil jika kem gagal disiapkan sebelum Ogos 2017.

⁃ Wakil SPR didapati turut hadir dalam mesyuarat yang dipengerusikan Zahid Hamidi itu.
⁃ Wakil SPR juga didapati melawat tapak projek sebanyak tiga kali.

⁃ Wakil SPR turut memaklumkan pendaftaran pengundi hanya dapat dilakukan pada Ogos atau September 2017 iaitu tarikh akhir sebelum pengundian pada PRU14 dengan syarat beberapa kriteria perlu dipenuhi terlebih dahulu seperti penyempurnaan kem, infrastruktur, pagar, dapur dan stor senjata.

Laporan seterusnya mendapati penglibatan langsung SPR dalam memindahkan 1,563 pengundi – 935 anggota tentera dan pasangan mereka dari Batalion ke-23 Rejimen Askar Melayu di kem Tambun, 628 tentera dan pasangan mereka dari Batalion ke-3 Rejimen Artileri Diraja kem Kamunting ke kem Hutan Melintang itu.

Pembinaan kem Hutan Melintang itu adalah atas inisiatif pihak swasta dan sebagai balasannya, pemaju diberikan tanah seluas 18.6 hektar di Pahat, Perak dan Rasah, Negeri Sembilan.

Berdasarkan laporan tersebut, bukan saja pegawai SPR berkenaan wajar diambil tindakan kerana melangkaui tugasnya yang sebenar sebagai kakitangan badan pengendali pilihanraya yang sepatutnya adil dan bebas, tetapi sangat wajar sebagaimana desakan Lim Kit Siang agar kemenangan Zahid Hamidi di Bagan Datuk itu disiasat untuk menentukan kesahihannya.

Tidak itu saja, kemenangan BN di Sembrong dan Bera juga wajar disiasat sama kerana dibimbangi elemen penyelewengan yang hampir serupa dalam pembinaan kem tentera di kedua-dua kawasan tersebut mungkin juga berlaku.

Dalam hal ini, Malaysia Baru mesti menunjukkan ia benar-benar berbeza dengan Malaysia Lama. (Shahbudindotcom 16/05/2019)

PTPTN jangan tekan peminjam belum bekerja, kata Anwar


BANGI - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) harus memberi kelonggaran sebelum memperkenalkan semula sekatan perjalanan ke luar negara terhadap peminjam-peminjam yang gagal membayar balik pinjaman.
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencadangkan agar PTPTN tidak membuat keputusan yang menekan peminjam.
“Beri sedikit kelonggaran kepada peminjam yang belum dapat pekerjaan, beri mereka sedikit ruang.
“Saya akan sokong kehendak rakyat, dan saya rasa rakyat tidak akan bersetuju dengan apa-apa tindakan yang agak keras, terutamanya dalam kalangan mereka yang belum bekerja.
"Mereka pinjam tetapi tidak ada kerja, nak tekan lagi sebab apa. Itu pandangan saya,” katanya pada sidang akhbar selepas majlis iftar perdana sempena setahun pembebasannya dari penjara, di sini hari ini.
Terdahulu, Pengerusi PTPTN, Wan Saiful Wan Jan berkata, cadangan supaya PTPTN menguatkuasakan semula sekatan terhadap peminjam culas merupakan antara idea yang dikemukan pihak berkaitan hasil daripada sesi libat urus yang dijalankan.
Menurutnya, alasan bagi cadangan tersebut kerana ia berkesan ke atas peminjam PTPTN yang culas tidak membayar pinjaman bertujuan untuk mendisiplinkan mereka.

WARGA NETIZEN KEMPEN AGAR WAN SAIFUL LEPASKAN JAWATAN KERANA IDEA BODOH

Kami,rakyat Malaysia mahu Pengerusi PTPTN,Wan Saiful Wan Jan DITUKAR dengan pengerusi yang ADA OTAK dan ADA AKAL..Tak guna melantik seorang pengerusi Ptptn yang bakal menimbulkan kemarahan mahasiswa-mahasiswa dan ibubapa  terhadap PH..Kami tak memerlukan seorang pengerusi PTPTN seorg yang selalu berfikir dan membuat cadangan dengan menggunakan otak yg selapis..

-Kami mahu RAFIZI RAMLI dilantik sebagai PENGERUSI PTPTN YANG BARU dan tendang keluar pengerusi ptptn yang tak mampu menggunakan otak secara bernas..Kami mahu Pengerusi Ptptn yang mesra mahasiswa dan bukan seorang pengerusi Ptptn yang menjadikan mahasiswa sebagai seorang musuh..itu permohonan kami..NOTED!!!!



Imej mungkin mengandungi: 2 orang, teks


SELAMAT HARI GURU DARI ANWAR IBRAHIM

Guru adalah mutiara rakyat dan masyarakat, dan pembimbing umat yang hidup bagai lilin yang membakar diri menerangi ruang-ruang gelap. Semoga jasa dan jerit payah mereka dalam membangun bangsa mempunyai ruang khas dalam hati dan ingatan kita semua. Selamat Hari Guru kepada semua tokoh dan warga pendidik.