PRU-13 Tidak Boleh Diadakan Sebelum PSC Laksana Tugas - Dr Abu Hassan
Kompas mohon maaf kepada Najib dan keluarga
Permohonan maaf itu adalah berkaitan dengan tulisan yang mengaitkan isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor dengan sebuah syarikat perniagaan, yang telah dinafikan kebenarannya dan juga cincin berlian berharga AS$24 juta, yang sebenarnya tidak pernah dipesan oleh Rosmah.
Permohonan maaf itu juga merujuk kepada laporan tentang bakal besan Perdana Menteri yang dikatakan kononnya mempunyai hubungan dengan mafia Rusia.
"Atas berita tersebut, Pemimpin Redaksi Kompas Rikard Bagun, Sabtu (20 Ogos) di Jakarta, secara khusus menyatakan permintaan maafnya kepada Ketua Kerajaan dan keluarga," kata Rikard dalam Kompas Minggu, hari ini, Ahad.
Reformasi Pilihan Raya : Hanya Suruhanjaya Diraja Langkah Terbaik
KUALA LUMPUR 21 OGOS: Sayap kanan Parti Keadilan Rakyat yakin langkah terbaik untuk melakukan penambahbaikan dalam sistem pilihan raya di negara ini adalah melalui penubuhan suruhanjaya diraja.
Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar ketika dihubungi Tv Selangor berkata, sikap dolak-dalih yang ditunjukkan oleh kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam penubuhan Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) mengenai reformasi pilihan raya, menunjukkan ia tidak lebih dari gimik politik semata-mata.
Oleh itu katanya, hanya melalui suruhanjaya diraja kecelaruan dalam sistem pilihan raya dapat diperbaiki.
“Soal PAS mencadangkan suruhanjaya diraja itu.. saya ingat ia adalah satu langkah yang baik, pengumuman Datuk Seri Najib sendiri dalam hal ini pun, kita nampak adalah satu gimik politik untuk menunjukkan kononnya bahawa beliau Perdana Menteri yang responsif pada hal yang berkaitan dengan pilihan raya.
“Walhal ini bukan sekadar pengumuman tetapi kita mahukan perubahan yang sebenarnya dari segi sistem dan beberapa keadah penipuan yang berjaya kita kesan,"kata beliau.
Ahli parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub semalam berkata, sikap 'flip flop' yang ditunjukkan oleh Najib menyebabkan Parti Islam Se-Malaysia itu tawar hati untuk menyertai PSC.
Sebaliknya, PAS terus berpegang supaya ditubuhkan satu suruhanjaya diraja bagi memastikan perjalanan dan pengendalian pilihan raya yang adil dan bersih di negara ini.
Panel parlimen mengenai penambahbaikan sistem pilihan raya akan ditubuhkan pada Oktober depan.
Bagaimanapun kelmarin Najib yang juga Presiden Umno berkata pilihan raya umum ke-13 boleh diadakan pada bila-bila masa dan tidak akan bergantung pada prosiding PSC yang dibentuk untuk membincangkan isu-isu berkaitan dengan pilihan raya.
Malah Najib memberitahu oleh kerana jawatankuasa itu akan terbubar dengan sendiri bersama pembubaran parlimen, apa sahaja pembaharuan yang boleh dilaksanakan akan dilakukan terlebih dahulu.
Malaysiakini melaporkan Pakatan Rakyat akan bermesyuarat Rabu depan untuk membuat keputusan bersama terhadap ketidakikhlasan Perdana Menteri dan BN untuk melakukan reformasi sistem pilihan raya sebelum pilihan raya umum ke-13.
Laporan itu yang memetik kenyataan media oleh ketua penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man turut menyatakan, PAS juga akan mengadakan mesyuarat khas bagi menimbang penyertaannya.
Dalam pada itu, Shamsul berkata, semua pihak harus menolak penubuhan PSC dan mendesak suruhanjaya diraja ditubuhkan demi membersihkan sistem pilihan raya negara ekoran ketidakseriusan Najib.
Sementara itu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang berharap Najib berpegang pada prinsipnya sebelum ini untuk memastikan keputusan-keputusan yang dibuat dalam PSC dilaksanakan sebelum PRU13 diadakan.
“Sekarang DAP dan Pakatan Rakyat akan memutuskan perkara ini. Memang pada awal, saya mengalu-alukan cadangan PSC (tetapi) kalau ada langkah yang serius dan bukan hanya satu skrip dan inilah asas penekanan kita.
“(Jadi) ini menimbulkan (tanda tanya) apa guna PSC (ditubuhkan) kalau usaha PSC itu akan sia-sia. Apa yang mustahak sekarang ialah untuk menentukan pilihan dalam penyiasatan sistem pilihan raya,"kata beliau kepada Tv Selangor.
Najib Harus Fokus Kebajikan Rakyat- PAS
SHAH ALAM 21 OGOS : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak diingatkan agar lebih fokus dan menumpukan kepada keperluan semasa rakyat berbanding membina imejnya melalui bangunan pencakar langit yang berjumlah berbilion ringgit.
Hal ini kerana menurut Lajnah Tanah dan Pembangunan PAS Pusat, Mazlan Aliman, asas kepada pembangunan sesebuah negara adalah kesejahteraan hidup rakyatnya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas perkembangan terbaru pembinaan Menara Warisan 100 tingkat yang kini sudah sampai ke peringkat mereka bentuk bangunan yang dicadangkan dan dijangka siap akhir tahun ini.
Menurut Mazlan, tindakan kerajaan yang mahu meneruskan projek tersebut walaupun dibantah keras sebelum ini kerana berlakunya pembaziran, jelas membuktikan ketidakupayaan kerajaan Najib untuk mendengar suara rakyat.
“Kalau sekadar mercu tanda ini dibina di zaman Perdana Menteri bagi gambarkan oh zaman dia ada bangunan setingi 100 tingkat kononnya jadi tatapan cucu cicit hanya kerana faktor kebanggaan itu semata-mata, saya fikir nampaknya pemimpin-pemimpin Barisan Nasional ini mereka langsung tidak mempunyai kepekaan terhadap apakah keutamaan untuk dilakukan oleh pemimpin terhadap rakyat dalam keadaan kenaikan harga barang, kos sara hidup yang semakin meningkat, pemimpin selalu bercakap tentang berjimat cermat, ikat perut dan sebagainya.
"Nampaknya rakyat sahaja yang dipaksa, diperingatkan tentang amalan budaya cermat, jimat cermat bahkan dalam kontek Islam pun, pembaziran ini merupakan saudara syaitan,"katanya kepada Tv Selangor.
Najib akhir tahun lalu berkata, pembinaan projek Menara Warisan yang dicadangkan oleh Permodalan Nasioanal Berhad (PNB) itu bakal menguntungkan negara.
Walau bagaimanapun, tidak pula dijelaskan oleh beliau keuntungan dari aspek apa.
Pembinaan menara 100 tingkat itu, yang akan mengatasi ketinggian Menara Berkembar Petronas, diumumkan dalam bajet 2011 pada Oktober tahun lalu.
Difahamkan kerja-kerja mereka bentuk menara tersebut sedang dijalankan manakala projek itu dijangka siap pada 2015.
Projek tersebut, yang dilaporkan membabitkan kos RM5 bilion, bagaimanapun terus mendapat bantahan umum dan pembangkang.
Rata-rata menganggapnya sebagai salah keutamaan termasuk Mazlan.
Keadaan itu ditambah pula dengan kos sara hidup rakyat yang semakin meningkat dan tangga gaji masih di takok sama.
“Saya ingin ulangi ketegasan kalaulah perancangan kerajaan untuk membina ini diteruskan, saya harap mereka dapat membatalkan hasrat tersebut kerana ini langsung tidak memberi apa-apa kebanggaan kepada negara khususnya rakyat dalam negara kita," kata beliau.
Terdahulu, kajian yang dilakukan oleh Merdeka Center juga menunjukkan dua per tiga rakyat membantah pembinaan menara pencakar langit itu.
Kajiselidik yang membabitkan 1,005 responden di Semenanjung Malaysia itu, menunjukkan 65 peratus tidak bersetuju dengan rancangan tersebut, dan hanya 25 peratus yang menyokongnya.
Penulis, Novelis Terkenal Meninggal Dunia
Allahyarham meninggal disebabkan sakit jantung setelah lebih enam bulan di rawat di hospital berkenaan.
Allahyarham menjani pembedahan jantung pada bulan April yang lalu dan mengalami sedikit masalah berkaitan buah pinggang dan berada di hospital sehingga kematian beliau.
Jenazah Allahyarham dibawa ke kediamanya di Taman Bersatu berdekatan Petronas Kulim tengahari ini.
Tema penulisan Azizi berintikan agama dan rohani telah mengukir nama sebagai penulis yang berpengaruh di Malaysia.
Antara karya beliau yg terkenal ialah "Seorang Tua Di kaki Gunung" yang diangkat menjadi drama TV.
Banyak novel dan cerpen karya Allahyarham mendapat pengiktirafan, antaranya Anugerah SEA Write Award (1988) dari Thailand.
Allahyarham juga merupakan seorang yang cekal dalam perjuangan Islam dan adalah antara aktivis yang gigih dan cekal untuk menyatakan kebenaran terutama dalam penulisannya.
Blog Allahyarham http://aziziabdullah.blogspot.com/ kali terakhir dikemaskini pada 15 April 2011 semasa Allahyarham hendak menjalani pembedahan jantung.
PENTADBIRAN NAJIB UMPAMA ”BERADA DI HUJUNG MATA PISAU”
http://atimes.com/images/f_images/masthead.gif
PENTADBIRAN NAJIB UMPAMA ”BERADA DI HUJUNG MATA PISAU”
Oleh Anil Netto
Terjemahan Oleh Amiruddin Ahmad
PULAU PINANG - lebih sebulan selepas satu perhimpunan besar di Kuala Lumpur untuk menuntut pilihanraya yang bersih dan adil pemerintah Malaysia, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan bahawa satu jawatankuasa parlimen yang dipilihmewakili kedua-dua parti akan ditubuhkan untuk mengkaji semula sistem pilihan raya. Langkah itu datang kerana kerajaan Najib menghadapi peningkatan tekanan dalam pelbagai bidang politik, termasuk cabaran spekulasi kepada kepimpinan beliau dari dalam parti sendiri.
Pengumuman Najib telah ditafsirkan sebagai satu usaha untuk menenangkan keadaan tidak tenang tentang integriti proses pilihan raya sebelum pilihan raya umum akan datang, yang mesti diadakan sebelum pertengahan tahun 2013, dan untuk mencegah apa-apa perhimpunan dari berlaku lagi,beliau telah bersdia dengan strategi baru . Parti politik pembangkang telah mendakwa pilihan raya adalah struktur yang ditubuhkan untuk memihak kepada Pertubuhan Melayu Bersatu Kebangsaan (UMNO) dan gabungan parti yang membentuk kerajaan Barisan Nasional (BN).
Pada 9 Julai lalu , pihak berkuasa polis melepaskan gas pemedih mata dan meriam air pada penunjuk perasaan dan menahan lebih 1,600 orang, termasuk ahli-ahli politik pembangkang. Perhimpunan tersebut, yang telah dianjurkan oleh Gabungan yang diterajui oleh masyarakat sivil bagi Pilihan Raya Bersih dan Adil, atau Bersih telah hadir dan menyatakan bantahan di jalanraya . Kumpulan itu telah mendesak agar pihak kerajaan untuk membersihkan daftar pemilih, penggunaan dakwat kekal untuk mengelak pengundian berulang dan tempoh kempen yang lebih panjang.
Satu lagi permintaan utama ilah agar merombak sistem pengundian pos untuk memastikan rakyat Malaysia di luar negara dan di luar kawasan pilihan raya mereka , agar mereka dapat mengundi tanpa wakil yang boleh mengundi untuk mereka . Bersih menegaskan bahawa anggota polis dan tentera, yang kini dianggap antara yang paling kontroversi iaitu mengundi dengan "undi pos" khas di luar pandangan umum, mesti mengundi biasanya seperti pengundi lain jika mereka tidak bertugas pada hari pilihan raya.
Sejak tindakan keras 9 Julai, Suruhanjaya Pilihan Raya telah mempertahankan tindakannya dengan menyatakan bahawa semua senarai yang di sediakan adalah betul dan tepat walau beberapa contoh dan bukti yang telah di ragui oleg pihak pembangkang yang mengeluarkan dan mngesan bahawa terdapat pengundi bukan warganegara di daftarkan sebagai pengundi.Walau punmendapat tekanan dari masyarakat dan rayat jelata , pentadbiran najib masih lagi berdalih dan berjanji aan mereformasikan daftar pilihanraya , namun belumpasti sama ada pihak pemerintah dan pembangkang dapat menerima apa yang dilakukan kerajaan di bawah pemerintahan Najib.
Pihak pembangkan dan rakyat sebaliknya mahukan kerajaan memperkenalkan dakwat kekal seperti yang dituntut oleh Bersih,namun kerajaan kerajaan Najib akan menyediakan peruntukan yang besar untuk membiayai rancangan Suruhanjaya Pilihan Raya untuk memperkenalkan sistem biometrik bagi pengesahan pengundi. Cadangan yang telah bertemu dengan keraguan yang meluas sama ada satu sistem yang rumit boleh siap menjelang pilihan raya akan datang dan jika ia benar-benar dapat mencegah manipulasi dan mengulangi mengundi.
Tanpa jaminan reformasi yang telus bermakna pilihan raya dalam masa diadakan raya umum, cadangan jawatankuasa parlimen yang dipilih pilih "tidak berguna dan tidak boleh diterima," kata ahli politik veteran pembangkang Lim Kit Siang. Beliau menegaskan bahawa Najib perlu "memberi jaminan mutlak bahawa tidak akan bermakna reformasi pilihan raya ketika pilihan raya umum yang akan datang diadakan jika semuanya masih tidak jelas dengan pembahruan dalam senarai pemilih yang berdftar didibersihkan".
Puluhan ribu yang hadir di perhimpunan Bersih bulan lalu - walaupun telah dihalang dengan berbagai cara - telah meletakkan pentadbiran Najib mengenai pertahanan dan kekuatan politik pada masa yang sama memberi momentum baru kepada Pakatan Rakyat (Pakatan Rakyat) pakatan pembangkang mengenai sokongan terhadap apa yang telah mereka tntut dalam BERSIH . Dalam masa yang sama ianya dikatakan meningkatkan spekulasi mengenai sama ada Najib dapat menghadapi cabaran dalaman oleh puak-puak yang bercita-cita tinggi dalam UMNO sendiri untuk menjathkan beliau.
Analisis telah tertumpu kepada cita-cita timbalannya, Muhyiddin Yassin, yang juga berfungsi sebagai menteri pendidikan. Muhyiddin telah dilihat sebagai insan yang sama-sama naik dengan Najib dan yang mendahului Najib, Abdullah Badawi, melalui komen yang bertentangan mengenai isu-isu utama dalam tahun-tahun kebelakangan ini.
Pada bulan Mac, sebagai contoh, Muhyiddin memberikan jawapan yang kontroversi apabila beliau mendakwa beliau adalah "Melayu pertama" dan barulah "Malaysia", suatu kontradiksi yang seolah-olah dasar Najib "1Malaysia" yang bertujuan untuk merapatkan berbagai etnik dan menggalakkan identiti Malaysia.
Muhyiddin, yang mula-mula dibawa masuk ke dalam Kabinet pada awal tahun 1980-an di anggap sebagai orang kuat bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohammad, dilihat bersama dalam beberapa kumpulan yang akan bersekutu dengan bekas bosnya dan anak lelaki ketiga , Mukhriz Mahathir, yang kini berkhidmat sebagai timbalan menteri dan dipercayai mempunyai cita-cita politik yang lebih tinggi.
Dinamik huru-hara
Mereka yang berada di dalam UMNO dan percaya adanya kekecohan dalaman yang sedang bergelora itu juga berkemungkinan didorong oleh penyiasatan di Perancis di atas penjualan kapal selam Scorpene Malaysia di bawah perjanjian yang dibuat dalam tahun 2002, ketika Mahathir masih lagi Perdana Menteri .Suaram kumpulan hak asasi manusia Malaysia yang bertindak bagi pihak, peguam Perancis membuat aduan kepada penyiasat Paris yang menyelesaikan sesuatu tawaran yang sama di Perancis untuk menubuhkan sama ada sogokan telah dibayar ke atas pegawai-pegawai Perancis dan luar negara berkaitan dengan kapal laut yang dijual oleh DCNS,salah sebuahnya syarikat pertahanan tentera laut.
Perhatian yang tertumpu di Malaysia ialah mengenai bayaran yang didakwa berjumlah 114 juta euro (US $ 167,8 juta) kepada Perimekar Sdn Bhd berkaitan dengan pembelian kapal selam. Firma itu adalah anak syarikat KS Ombak Laut Sdn Bhd, di mana isteri bekas pembantu Najib Abdul Razak Baginda dilaporkan pemegang saham utama . Najib adalah Menteri Pertahanan pada masa itu.
Walaupun kes di Perancis adalah terhad kepada siasatan rasuah, ramai di sini percaya ia akan berkait rapat dengan pembunuhan dan pengeboman di Malaysia ke atas seorang wanita Mongolia, yang dikatakan menjadi penterjemah ketika berurusan dengan pembelian kapal selam berkenaan . Menekankan sensitiviti kes itu, peguam Perancis, William Bourdon yang ditahan di lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur bulan lepas semasa dalam perjalanan untuk menghadiri majlis yang di anjurkan oleh Suaram dan menerangkan mengenai perkembangan penyiasatan dan untuk mengumpul dana untuk kos undang-undang. Beliau segera dihantar pulang, beliau berazam untuk menyisat dan mendedahkan kebenaran berkaitan dengan apa yang telah berlaku dalam kes pembunuhan tersebut yang berkait rapat dengan pembelian kapal selam diPerancis itu.
Sejak beberapa bulan lepas, kontroversi tercetus apabila ia telah mendedahkan bahawa kerajaan persekutuan telah mengeluarkan panggilan kepada syarikat-syarikat berkaitan kerajaan untuk menarik balik semua saman sivil terhadap Tajudin Ramli, salah seorang tokoh korporat yang mempunyai hubungan semasa era Mahathir.
Kerajaan telah dilaporkan membuat keputusan untuk menyelesaikan di luar mahkamah semua saman terhadap bekas Pengerusi Malaysia Airlines System Bhd. Syarikat penerbangan itu telah membuat aduan terhadap Tajudin berhubung dengan kerugian besar yang ditanggung apabila beliau menerajui pada tahun 1990-an.
"Satu penyelesaian [di luar mahkamah akan di kesan ...siapa menghalang kebenaran yang sebenarnya bertanggungjawab bagi kerugian yang ditanggung," kata mingguan perniagaan The Edge. Pemulihan Tajudin boleh dilihat sebagai usaha untuk menutup kes yang amat memalukan di bawah pentadbiran Mahathir. Pada masa yang sama, kekurangan ketelusan dan kebertanggungjawaban dalam menyelesaikan pertikaian di luar mahkamah tidak akan memberikan petanda yang baik bagi Najib yang cuba melancarkan kempen untuk melancarkan pelan transformasi ekonomi.
Ekonomi merudum dan berat terhadap UMNO dan populariti BN. Pertumbuhan ekonomi jatuh ke paras terendah dalam tempoh dua tahun pada suku pertama, menurun kepada 3.6% daripada 4.6% pada tahun lepas. Penurunan yang boleh melambatkan apa yang ramai penganalisis percaya kenaikan yang amat diperlukan dalam kadar faedah kepada inflasi yang sejuk, yang telah meningkat secara mendadak dalam tempoh dua tahun yang lalu. Diambil bersama-sama dengan rancangan kerajaan untuk menghapuskan beberapa subsidi harga, peningkatan tentang kos hidup yang lebih tinggi akan menjadi isu utama pada pemilihan akan datang.
Pada masa yang sama, kejatuhan harga minyak sawit mentah global (MSM) boleh melemahkan sokongan kepada BN di ladang-ladang yang datang di bawah skim kerajaan diuruskan melalui pembangunan tanah, yang secara tradisinya dilihat sebagai kubu kuat UMNO. Harga penanda aras MSM untuk Oktober di Bursa Malaysia Derivatives Exchange 3028 ringgit (US $ 1,014) bagi setiap tan pada pagi Khamis, turun hampir 25% dari yang tertinggi pad Februari iaitu hampir 4,000 ringgit.
Dengan peningkatan tekanan masyarakat sivil bagi pembaharuan, soalan baru tentang integriti ke atas pemimpin-pemimpin UMNO dan ekonomi yang kian menjunam , pemerintahan dua tahun Najib kini dikatakan menghadapi ujian terbesar. Haba kepada Najib dari dalam UMNO sendiri yang sedang meluap untuk menekan beliau dan pembangkang dan kesannya ialah kebangkitan yang mungkin akan mempercepatkan dan merumitkan lagi rancangan kerajaan untuk mengadakan pilihan raya umum awal tahun depan. Ini semuanya dilihat sebagai cubaan najib untuk tidak melakukannya atau melakukannya secepat mungkin.Semuanya masih menjadi tanda tanya..
PSC : Bukan Yang Terbaik, Hanya Sekadar Penghias Jendela
Panglima ATM Tak Perlu Jawab, Kami Tunggu Jawapan SPR-Suhaizan Kaiat
Pengarah Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat yang terlibat secara langsung mendedahkan aktiviti berkenaan berkata, pihak yang harus menjawab pendedahan itu ialah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan bukannya Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Malah katanya, tindakan Zulkifeli menyalahkan PAS dan menafikan dakwaan manipulasi undi pos yang dibuat oleh lima bekas anggotanya juga "tidak boleh berlaku".
Hal ini kerana, ATM katanya haruslah apolitikal dan hanya akan menyokong kerajaan yang dipilih rakyat dan juga setia kepada Yang Di-Pertuan Agong.
“ Kita nak maklum balas daripada pihak SPR sendiri macam mana ianya boleh berlaku.. Dan kita harapkan, panglima ini tidak campur dalam urusan politik kerana anggota tentera memang sepatutnya tidak terlibat dalam hal-hal politik dan kita mahu benda ni berterusan sampai bila-bila,"katanya kepada Tv Selangor.
Menurut Suhaizan, PAS hanya mahukan penjelasan daripada badan yang bertanggungjawab sepenuhnya mengendalikan proses pilihan raya dan bukannya campur tangan pihak yang tidak terlibat.
SPR sehingga kini masih belum menjawab mengenai pendedahan pemuda PAS berhubung pegawai ATM yang diarah memangkah ribuan kertas undi pos.
Baru-baru ini lima bekas anggota tentera mengaku diarah oleh pegawai atasan mereka untuk menjalankan kerja-kerja memangkah kertas undi pos bagi pihak orang lain dalam satu sidang media anjuran PAS.
Mereka adalah Abu bin Kasim, Mejar Bersara Rizman Mansor, Komando Mohd Kamil Osman, Mohd Nasir Ahmad dan Kamaruzzaman Ibrahim.
“ Lima individu ini telah mengaku dengan penuh insaf dan mahu membongkar perkara-perkara yang mereka telah lakukan semasa dulu. Mereka rasa mereka bersalah lakukan tersebut dan mereka sekarang ini mahu menyatakan bahawa undi pos ini memang terbuka kepada ruang manipulasi," kata Suhaizan lagi.
Sementara itu dalam portal Malaysiakini semalam, pakar Perlembagaan dan pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Prof Dr Abdul Aziz Bari menyelar kenyataan Zulkifeli berhubung penafiannya terhadap dakwaan berlakunya manipulasi undi pos.
Menurut Aziz, kenyataan Zulkifeli, khususnya soal kesetiaan kepada kerajaan adalah ’"memalukan perkhidmatan" dan menunjukkan kegagalannya memahami konsep kesetiaan dalam konteks negara dan warga.
Abdul Aziz juga berkata, tindakan Zulkifeli 'menyerang' kembali Pemuda PAS yang mengetengahkan isu itu juga tidak wajar kerana beliau sepatutnya berterima kasih terhadap dewan itu.
Tak Ada Makna Umum Laksana Reformasi Kalau Tidak Dengar Keputusan PSC
Najib sebelum ini dilihat mahu melaksanakan penambahbaikan dalam sistem pilihan raya dengan menubuhkan Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) mengenai reformasi pilihan raya pada Oktober ini setelah kredibiliti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terus dipersoal.
Namun belum pun reda pertikaian rakyat tentang isu daftar pemilih yang bercelaru dan pengakuan lima bekas anggota tentera yang disuruh memangkah ribuan kertas undi pos, Najib sebaliknya berkata, pilihan raya boleh diadakan pada bila-bila masa dan ia tidak terikat terhadap PSC yang ditubuhkan.
"Kalau dia (Najib) mahu tengok satu perjalanan yang lebih bersih dan adil maka dia kena tunggulah apa-apa saranan daripada jawatankuasa parlimen ini dan melaksanakan (keputusan) supaya semua pihak berpuas hati tetapi sekadar nak tubuh, lepas itu nak buat pilihan raya lebih awal jadi tak ada maknalah (ia ditubuhkan).
"Kita bercakap mengenai satu perubahan cara pilihan raya yang rata-rata pemimpin BN bercakap tak perlu, semua (kata) sudah ok. Jadi kalau kita menyerahkan majoriti jawatankuasa kepada orang yang tak berminat dengan satu perubahan yang positif kepada perjalanan pilihan raya, kita tak nampak jawatankuasa pilihan raya ini akan berjaya (tapi) dimanipulasi dan tidak ada apa yang signifikan yang akan dilakukan pada pilihan raya akan datang,"jelasnya kepada Tv Selangor.
Menurut Najib, pilihan raya umum akan datang boleh diadakan pada bila-bila masa dan tidak perlu terikat dengan keputusan yang dibuat oleh PSC mengenai reformasi dalam sistem pilihan raya negara.
Perdana menteri berkata, kerajaan akan cuba melaksanakan sebarang cadangan penambahbaikan yang boleh dilakukan dengan cepat di samping masa yang singkat.
"Kami akan cuba, pasti ada sesuatu yang boleh dilakukan dengan kadar segera, sesuatu yang mungkin akan mengambil sedikit masa. Jadi, apa yang kita boleh lakukan dengan segera, kita akan lakukannya dengan segera," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Menara Dato' semalam.
Namun menurut Hatta, reformasi pilihan raya memerlukan kesungguhan dan iltizam yang tinggi dan bukanlah sekadar penubuhan jawatankuasa yang kemudiannya tidak didengari keputusannya pada pilihan raya umum ke-13.
Oleh itu katanya, Pakatan Rakyat tidak akan berhenti daripada terus mempertahankan syarat-syarat yang dikemukakan sebelum ini dan akan membuat keputusan sama ada akan menyertai jawatankuasa itu atau tidak.
"Kita akan memperjuangkan dan berhujah, biar rakyat sendiri meneliti betapa seriusnya kita (Pakatan Rakyat), betapa seriusnya mereka (Barisan Nasional).
"(Tetapi) sama ada kita menerima untuk menyertai jawatankuasa ini kita akan tengok macam mana perkembangan selanjutnya apabila kita membuat desakan-desakan ini,"katanya lagi.
Najib semalam memberitahu, adalah mustahil untuk Pakatan Rakyat meletakkan wakil mereka untuk mengetuai jawatankuasa itu seperti yang dinyatakan sebelum ini.
Katanya, individu yang akan dilantik mengetuai jawatankuasa itu tentunya dari parti majoriti di parlimen.
Malah ujarnya, pengagihan jumlah wakil jawatankuasa secara sama rata seperti yang dituntut oleh pembangkang juga tidak akan dipertimbangkan kerana ia bergantung kepada kekuatan sesuatu parti.
PSC : Kenyataan Terbaru Najib Buat PR Makin Sangsi
Hal ini kerana, Najib dalam kenyataan terbarunya berkata, parlimen boleh dibubarkan pada bila-bila masa sahaja tanpa perlu menunggu PSC.
Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat antaranya yang nyata terkilan dengan kenyataan terbaru Najib itu.
“Sejauh mana kesungguhan Barisan Nasional untuk penambahbaikan pilihan raya jika kenyataan yang tidak berapa cerdik ini dikeluarkan?,"Nik Aziz dipetik sebagai berkata.
Najib petang semalam memberitahu pilihan raya umum ke-13 boleh diadakan bila-bila masa dan tidak akan bergantung pada prosiding jawatankuasa pilihan khas parlimen yang dibentuk untuk membincangkan isu-isu berkaitan dengan pilihan raya.
Bagaimanapun kata perdana menteri, oleh kerana jawatankuasa itu akan terbubar dengan sendiri bersama pembubaran parlimen, apa sahaja pembaharuan yang boleh dilaksanakan akan diadakan terlebih dahulu.
“Pilihan raya boleh diadakan bila-bila masa, tiada apa-apa kaitan dengan jawatankuasa pilihan khas parlimen. Ada perkara yang boleh dijalankan lebih awal,” kata beliau selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno semalam.
Sementara mandat semasa parlimen akan berakhir April 2013, sesetengah pihak berpandangan bahawa jawatankuasa itu memerlukan tempoh satu tahun untuk menyiapkan laporannya.
Jawatankuasa itu akan dibentuk Oktober ini.
Rabu lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz berkata, jawatankuasa khas itu akan dianggotai oleh sembilan orang dengan pengerusinya merupakan seorang menteri.
Turut melahirkan pendirian yang sama ialah Timbalan Presiden DAP Kebangsaan, Dr Tan Seng Giaw yang meminta Najib menjelaskan sebab Kabinetnya mengesyorkan pembentukan jawatankuasa pilihan khas pada sesi Parlimen Oktober ini jika beliau berhasrat mahu memanggil pilihan raya umum bila-bila masa.
“Rakyat Malaysia tertanya-tanya dengan apa yang dimaksudkan oleh Perdana Menteri apabila beliau mengatakan kerajaan akan berusaha untuk melaksanakan syor-syor dikemukakan oleh jawatankuasa sebelum pilihan raya.
“Sebaik sahaja jawatankuasa itu diluluskan oleh Parlimen pada sesi Oktober ini, ia akan mengambil masa, kemungkinan enam bulan atau lebih sebelum ia boleh memberi syor-syor dan undang-undang pilihan raya dipinda dan dilaksanakan,” kata Dr Tan yang juga ahli parlimen Kepong.
Oleh itu soal beliau, jika Najib mengisytiharkan pilihan raya umum awal, bagaimana syor-syor jawatankuasa pilihan khas ini boleh dilaksanakan.
Azmin Ali: Malaysia tidak akan capai sasaran pertumbuhan 6% pada 2011 dan 2012
Pertumbuhan ekonomi Malaysia yang lembap pada suku kedua tahun 2011 menunjukkan tanda-tanda yang membimbangkan. Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) merosot kepada hanya 4% (berasaskan tahun ke tahun), iaitu kadar paling perlahan semenjak suku keempat tahun 2009.
Adalah mudah untuk menyalahkan kelembapan pertumbuhan ini berpunca daripada iklim ekonomi global kerana penelitian terperinci menunjukkan bahawa wujud faktor domestik yang mempengaruhi hasil pertumbuhan dalam suku kedua tahun 2011.
Penguncupan ketara sebanyak 9.2% dalam sektor perlombongan akibat daripada penutupan penyelenggaraan kemudahan minyak mentah dan gas asli mempunyai kesan yang lebih besar terhadap pertumbuhan ekonomi secara keseluruhan meskipun berlaku pertumbuhan pada skala sederhana dalam sektor-sektor lain.
Ekonomi kita masih terlalu bergantung kepada pendapatan dari sumber-sumber hidrokarbon yang semakin berkurangan yang hanya berupaya menjana ekonomi Malaysia sehingga ke dekad yang akan datang. Malah, ketaksuban kerajaan terhadap industri minyak dan gas perlu dilihat dengan berhati-hati kerana ini akan menganggu tumpuan terhadap pembangunan sektor ekonomi lain yang lebih mampan untuk generasi akan datang. Meskipun industri minyak dan gas memberikan pulangan yang tinggi dalam jangka masa singkat; ketagihan terhadap hasil keuntungan petroleum untuk meningkatkan pertumbuhan sektor-sektor lain yang lembap adalah berbahaya.
Pertumbuhan dalam aktiviti pembinaan juga merosot dengan ketara kepada 0.6% pada suku kedua tahun ini, iaitu kadar pertumbuhan paling perlahan sejak suku keempat tahun 2006. Umum mengakui bahawa data-data ekonomi sedia ada menunjukkan kegagalan Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan menjadi tanda aras kelembapan projek-projek yang telah diumumkan sehingga kini.
Pentadbiran UMNO-BN mampu membelanjakan sejumlah besar wang hasil cukai rakyat ke atas untuk kos pengiklanan untuk menonjolkan ETP namun ujian sebenar kejayaan adalah di peringkat akar umbi. Seandainya hasil ekonomi tidak dinikmati di peringkat bawahan, rakyat tidak akan bertolak ansur lagi dengan pendekatan Perdana Menteri Najib Razak yang selalu membuat pengumuman ekonomi secara besar-besaran namun gagal dari aspek pelaksanaan.
Melihat kepada risiko kelemahan memuncak terhadap prospek pertumbuhan Malaysia di tengah-tengah persekitaran luaran yang lemah, saya percaya bahawa Kerajaan Persekutuan berkemungkinan akan gagal dalam sasarannya untuk mencapai pertumbuhan KDNK sekurang-kurangnya 6% bagi tahun 2011 dan 2012, iaitu satu kemestian berdasarkan Model Baru Ekonomi (MEB) jika kita berhasrat untuk menjadi negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.
Unjuran kadar pertumbuhan KDNK tahunan yang lebih realistik adalah di antara 4.5% - 5.0% bagi tahun 2011 dan 5.0% - 5.5% bagi tahun 2012, iaitu di bawah sasaran 6%. Malah, Gabenor Bank Negara sendiri telah meramalkan bahawa pertumbuhan KDNK tahunan bagi tahun 2011 adalah hampir 5% iaitu nilai yang lebih rendah dari julat ramalan Kerajaan Persekutuan iaitu sebanyak 5.0% - 6.0%.
Ini akan mengulangi kitaran kegagalan sasaran pertumbuhan ekonomi yang mana telah dilalui oleh Malaysia pada dekad terdahulu, bila mana pertumbuhan sebenar sentiasa lebih rendah daripada sasaran pertumbuhan yang dicanangkan. Apa yang lebih mustahak, ianya menandakan kegagalan dasar-dasar ekonomi pentadbiran kerajaan semenjak di peringkat awal.
*Kenyataan media oleh Mohamed Azmin Ali (gambar kanan) selaku Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN).
Isu FBC Media: Wang rakyat untuk propaganda atau kepentingan negara?
Isu FBC Media: Wang rakyat untuk propaganda atau kepentingan negara?
| Baru-baru ini, dunia kewartawanan bersifat penyiasatan dipelopori Sarawak Report <1> menyaksikan pendedahan skandal penyelewengan wang rakyat (baca: pembayar cukai) sebanyak RM57.68 juta<2> dalam projek "Global Strategic Communication Campaign" yang juga merupakan perjanjian antara Kerajaan Malaysia dengan FBC Media (UK) Limited, yakni sebuah firma media dan hiburan di Eropah. Terdapat kemusykilan berkaitan wang rakyat dipergunakan oleh pemimpin kerajaan untuk kepentingan politik tetapi bertopengkan nama "negara".
Rujukan
**Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) merupakan sebuah pusat kajian yang baru dan kritikal. KPRU ditubuhkan pada era pasca 8 Mac dengan tujuan membawa idea perubahan kepada warga Malaysia melalui kajian dan sesi dialog. KPRU memberikan fokus kepada kajian terhadap bidang ekonomi politik dan sektor strategik yang dapat membawa impak jangka masa panjang kepada masyarakat. Dengan penerapan idea baru dan interaksi dengan pelbagai pihak berkepentingan, kajian KPRU diyakini akan membawa pemikiran dan wacana segar untuk menghadapi cabaran negara dalam dekad yang akan datang. |
Panas : Kutuk Anwar Ibrahim ialah subjek terbaru di universiti!
| |||
Syarikat Filipina beli ekuti Esso-KERAGUAN MENGENAI PELABURAN DARI SYARIKAT YANG TERBABIT DENGAN MINUMAN BERAKOHOL
KERAGUAN TIMBUL APABILA IKUITI YANG MEMBABITKAN SAN MIGUEL INI KERANA IANYA DI KAITAN DENGAN PRODUK MINUMAN BERAKOHOL SEDANGKAN KAKITANGAN ESSO MALAYSIA 70% ADALAH MELAYU ISLAM...
San Miguel: from beer to oil
PETRON CORP...MIRZAN MAHATHIR ANTARA PENGARAH URUSAN-DAN PENGGABUNGAN AIR ASIA DAN MAS MENYAKSIKAN TAN SRI WAN AZMI KEMBALI.INI SEMUA BERKAITAN DENGAN DAIM ZAINUDDIN DAN MAHATHIR MOHAMMAD DAN AMAT MENARIK UNTUK DIAJI AKAN PERANAN MEREKA DALAM DUNIA PERNIAGAAN DI MALAYSIA.Other Board Members on Board*
| Name (Connections) | Board Relationships | Type of Board Member | Primary Company | Age | |
| Reynaldo David | 70 Relationships | -- | ISM Communications Corp. | 68 | |
| Bernardino Abes | 14 Relationships | -- | Philex Mining Corp. | 79 | |
| Ronald Haddock | 49 Relationships | -- | AEI | 70 | |
| Estelito Mendoza LLM. | 64 Relationships | -- | Manila Electric Co. | 79 | |
| Eduardo Cojuangco Jr. | 14 Relationships | -- | Petron Corp. | 75 | |
| Roberto Ongpin | 118 Relationships | -- | ISM Communications Corp. | -- | |
| Romela Bengzon | 14 Relationships | -- | EasyCall Communications Philippines Inc. | 51 | |
| Artemio Panganiban (Ret.) | 134 Relationships | -- | Manila Electric Co. | 73 | |
| Joseph Pineda | 28 Relationships | -- | San Miguel Corp. | 47 | |
| Aurora Calderon | 19 Relationships | -- | San Miguel Corp. | 56 | |
| Mirzan Mahathir | 37 Relationships | -- | AHB Holdings Berhad | 52 | |
| Ferdinand Constantino B.A (Econ) | 53 Relationships | -- | San Miguel Corp. | 59 | |
| Virgilio Jacinto | 25 Relationships | -- | Ginebra San Miguel Inc. | 54 | |
San Miguel strikes deal for Malaysian oil assets
BusinessWorld Online - 1 day ago
San Miguel Corporation : SMC buys EXXON Mobil's downstream oil ... 4-traders (press release)
SPEKULASI mengenai syarikat yang bakal mengambil alih 65 peratus ekuiti dalam ESSO Malaysia Bhd daripada ExxonMobil International Holdings Inc (EMIH) terjawab apabila konglomerat Filipina, San Miguel Corp muncul sebagai pembelinya.
Bersandarkan harga semasa saham Esso Malaysia, penjualan 65 peratus ekuiti itu sepatutnya pada harga kira-kira RM760 juta.
Namun, difahamkan faktor utama EMIH melepaskan 65 peratus ekuitinya itu kepada San Miguel pada harga lebih rendah itu berikutan kesediaan syarikat Filipina itu membuat pelaburan tambahan di kemudahan penapisan minyak Esso Malaysia di Port Dickson, Negeri Sembilan pada masa depan.
Kemudahan itu kini mengeluarkan pelbagai produk termasuk petrol, diesel, gas petroleum cecair (LPG), bahan api jet, minyak tanah dan lain-lain bahan berasaskan petroleum.
Ketika ini, konglomerat Filipina itu terbabit dalam perniagaan tenaga, telekomunikasi, infrastruktur serta pengeluaran minuman beralkohol.
Ia turut memiliki syarikat pemasaran dan penapisan minyak terbesar di Filipina menerusi penguasaan 68 peratus dalam Petron Corporation.
Esso Malaysia dalam kenyataannya kepada Bursa Malaysia semalam berkata, penjualan ekuiti itu akan menyediakan peluang yang unik buat San Miguel meluaskan portfolio perniagaan pemasaran dan penapisan minyaknya, di luar Filipina.
“San Miguel juga turut berada dalam landasan terbaik dan berpotensi untuk meraih manfaat dalam operasi bahagian penapisan minyak sedia ada Esso Malaysia yang sudah di naik taraf kepada segmen produk nilai tambah.
“Menerusi 560 stesen runcit di Malaysia, Esso Malaysia juga dijangka terus memberikan pendapatan stabil dalam pasaran sedang berkembang,” katanya.
EMIH melantik Maybank Investment Bank (Maybank-IB) sebagai penasihat bagi melaksanakan penjualan berkenaan.
Serentak tawaran pengambilalihan itu, San Miguel juga mencadangkan kepada Mobil International Petroleum Corp dan EMIH untuk mengambil alih ExxonMobil Malaysia Sdn Bhd dan Exxon-Mobil Borneo Sdn Bhd membabitkan jumlah AS$403.979 juta (RM1.2 bilion).
SPA yang dimeterai San Miguel dan EMIH itu bagaimanapun bergantung kepada beberapa syarat, termasuk kelulusan daripada kerajaan.