Bot PATI mereka yang menceroboh, menyusup masuk Malaysia, guna bot enjin berkuasa daripada aset APMM ke ?
Sampai risikokan bot penguatkuasa terlanggar karang dan sebagainya ?
Ya, memang betul. Ini isu lama yang anggota APMM sendiri selalu risaukan.
Bot PATI yang menceroboh masuk Malaysia ni bukan bot kayu buruk. Kebanyakan bot yang dikesan di Perlis, Kedah, Selangor, Kelantan adalah jenis bot laju gentian kaca (fiberglass), badan ringan, draf cetek, dan dipasang 2 hingga 3 biji enjin sangkut berkuasa tinggi, setiap satu 200HP hingga 300HP. Kalau dicampur, kuasa keseluruhan boleh cecah 600HP ke atas. Kelajuan boleh mencecah 40 hingga 50 knot, dalam keadaan gelap terus pecut ikut lorong sungai dan pesisir yang tekong memang dah hafal.
Sebab itu mereka berani masuk ikut kawasan yang sangat bahaya, kawasan air cetek, kawasan bertembok, kawasan banyak karang, beting pasir dan tunggul kayu. Bot mereka ringan dan boleh cilok celah-celah yang bot besar tak boleh masuk.
Bot APMM pula macam mana ?
Aset APMM memang ada yang berkuasa tinggi, tapi jenis tugasnya berbeza.
Bot ronda biasa macam Kelas Penggalang, Benteng, ia berat, binaan aluminium/keluli untuk tahan lasak dan bawa anggota ramai, radar, senjata. Laju optimum sekitar 20-30 knot saja. Bila kejar bot ringan PATI di kawasan cetek, memang susah nak pintas.
Bot pemintas laju yang baru, seperti bot IC 1170CC yang dikurniakan Agong pada Mac 2025 di Pahang, haaa 😅 yang itu baru laju betul 🛥️ 💨 Panjang 12.6 meter, enjin berkuasa tinggi, kelajuan maksimum 56 knot, kelajuan layar optimum 40 knot. Bot macam ni memang direka untuk kejar bot penyeludup dan PATI.
Masalahnya, tidak semua stesen ada bot pemintas tahap ini dalam jumlah yang cukup, dan operasi selalunya berlaku tengah malam, tanpa lampu. Jadi aset begini dan anggota memang diperlukan / tambah.
Kenapa sampai terlanggar tembok / karang ?
Ini yang baru saja terjadi hari ini. Di Sungai Padang, Kangar, Perlis, lebih kurang jam 12.30 tengah malam tadi, bot peronda APMM yang sedang mengejar bot disyaki bawa 9 PATI warga Myanmar telah terlanggar tembok di pesisir pantai. Seorang anggota Unit Perisikan, Laskar Kanan Maritim Mohd Roshaimi Mohd Ridzuan, 41 tahun, maut tercampak keluar dari bot, tiga lagi cedera.
Kes macam ini berlaku kerana,
Keadaab mengejar dalam gelap, tekong PATI tutup lampu, APMM kejar guna lampu suluh dan radar saja. Batu pemecah ombak, tembok pesisir, karang memang tak nampak.
Kawasan cetek, bila air surut, bot PATI yang draf cetek boleh lepas, bot APMM yang lebih berat boleh terkandas atau terlanggar dasar. Kes di Pantai Kurung Tengar, bot PATI sendiri terkandas sebab air surut masa dikejar.
Tekong kadang bertindak agresif, bila disuruh berhenti, mereka terus memecut laju dan buat pusingan mengejut untuk lepaskan diri, jadi bot penguat kuasa terpaksa ikut rapat sampai masuk kawasan bahaya.
Menteri Dalam Negeri pun akui ini risiko kerja mempertahankan perairan negara, terutama insiden kejar-mengejar dengan bot PATI.
Bot PATI memang selalunya ada kelebihan laju di kawasan pesisir cetek kerana enjin berkuasa dan bot ringan, manakala APMM terpaksa korbankan kelajuan demi keselamatan anggota dan aset, tapi bila tugas memerlukan, mereka tetap kejar sampai masuk kawasan bertembok dan berkarang, itulah yang menyebabkan risiko kemalangan tinggi.
Jadi jangan anggap kerja mereka mudah, risikonya tinggi dan pelbagai...
Begitulah yer
Oleh Salman Al Farisy
#uniformsoriginal
#salmanalfarisy
#aviationnavalarmour
#UOCG


No comments:
Post a Comment