Pelik sungguh politik Perikatan Nasional ni. 🤣
Bila timbul isu pematuhan peraturan dalam PN yang dikaitkan dengan PAS, sampai pendaftaran PN berdepan risiko digantung, BERSATU pula yang kena marah kerana membawa perkara itu kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).
Yang lagi menarik, BERSATU sekarang berdepan ancaman tindakan tatatertib daripada rakan sendiri.
Muhyiddin Yassin pun dah bersuara. Kenapa nak ambil tindakan tatatertib terhadap kami yang tak buat salah?
Betul juga soalan Muhyiddin tu.
Kalau BERSATU merasakan hak mereka diketepikan, bukankah mereka berhak mendapatkan penjelasan daripada RoS? Sejak bila menggunakan saluran undang-undang dianggap sebagai perbuatan mengkhianati gabungan?
Kalau benar ada pelanggaran perlembagaan atau peraturan PN, sepatutnya perkara itu diperbetulkan. Bukannya sibuk mencari siapa yang pergi mengadu.
Yang buat aduan nak dihukum. Yang dipersoalkan pula nak dilindungi.
Belum jadi kerajaan pun dah bergaduh soal hak, kuasa dan peraturan sendiri.
Bayangkan kalau dapat Putrajaya nanti. 🤣

No comments:
Post a Comment